Saya mengakhiri posting saya yang lalu berhubung Skandal Dinar Emas Kelantan dengan barisan ayat-ayat berikut, “Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali…” Ramai yang menyokong bahkan berjuang bersama mempromosikan Dinar Emas Kelantan atas dasar mencari keredhaan dan kebersihan dalam sistem kewangan dan ekonomi hari ini. Malangnya ramai yang telah terpedaya. Menerusi matawang syariah, kita mahu kembali kepada mekanisme ekonomi dan kewangan Islam kerana mahu mengelak dari terjebak ke dalam riba. Contoh suasana penuh riba masakini ialah sistem perbankan, sistem insuran dan sistem matawang. Tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh pihak…