Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato’ Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.
Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
- Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?
- Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?
- Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?
- Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?
- Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?
- Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?
- Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?
- Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?
- Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
- Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?
Husam dan Umar Vadillo dirakamkan oleh Kickdefella, 2007
Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato’ Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera.

banyak soalan. Harap dapat jawapan di posting akan datang.
SYed..
Kedai emas lebur balik kepingan dinar untuk dibuat rantai dan perhiasan lain. Ar-Rahnu milik koperasi tak ambik dah dinar lama dengan harga special.
Takda org nk beli kecuali pengumpul emas.
Gaji YB Kelantan kata nak bayar dengan dinar dulu, bila nk start?
salam sheih
dah dapat jawapan ke tuan sheih? mungkin soalan-soalan pasal skandal dinar emas perlu di hantar pakai pos laju atau serahan tangan terus kepadanya.
walaubagaimana pun kalau tak jawab sekarang nanti dia kena jawab juga.diakhirat nanti.
vadillo is imposter!
oh kelantan ku..KENO TIPU pah ceroh….
Truth always reach the surface no matter how many lies you cover it with…
Laa tu ko Omar Vadillo?Ingat ko hok mano so.hehe.Berat sungguh KGT nih.
sheikh,
apa nak jadi ni? penipuan demi penipuan utk meraih keuntungan dgn mengutip duit rakyat kelantan! projek yg ni dah sampai tahap maksum juga ka? no asking! no seeking! no investigating! halalan thoyyiba?
typical Melayu kalau mat salleh/muka macam arab pandai cakap omputeh aje dah kena tipu…kalau melayu sendiri dia kata Melayu bodoh, Melayu kafir , Melayu UMNO., Melayu orang luar.maccam 2 Melayoo nah skrng kena tipoo
This matter runs very deep – freemasonry @ play…
Macam itu rugi la beli dan simpan kelantan dinar dan dirham…..
Tak faham…..kenapa umar boleh jadi Penasihat syarikat kepada KGT? kenapa Husam bawa masuk orang asing tak ada Kelantan rakyat boleh jadi Penasihat ke??
Sebagai Penasihat Syarikat kepada KGT kenapa Umar boleh jadi penandatangan cek syarikat? tak masuk akal langsung!!
Tok Guru start jual tanah tepat pelupusan sampah di kele chepa plk dah. Lepas ni nk tohok sapah di mana?
Umat vadillo is Spanish (andalusian) probably married or related to one Malay lady named Alawiah. Can find in FB.dono if related. Try to Find Vadillo. seems she also involved in promoting the dinar.
WIM = world imposter mint
Teruskan pendedahan pak sheikh. Orang kelantan kena disedarkan. Dah 22 tahun mereka duk kena bodoh dengan Nik Aziz. Kesian dekat orang Kelantan.
saya cuma ada beberapa persoalan,
1) apa jadi dengan Dinar Perak? (Dinar Perak tidak dijaja sebagai matawang syariah)
2) berapakah harga yang mereka jual? (Sila semak dengan penjual)
3) adakah sama dengan dinar kelantan? (Dinar Kelantan dijaja sebagai matawang syariah untuk urusan pembayaran gaji dan jual belia di pasaran terbuka)
4) sejauh manakah kebenaran tentang ‘akitiviti keagamaan yang luar biasa’ Tuan maksudkan seperti yang dinyatakan dalam suratkhabar, luar biasa macam mana ya? (Biar pihak berkuasa yang menyiasat. Saya tidak sebut intipati laporan polis kerana tidak mahu menggangu siasatan. Tiada di dalam blog ini mahupun di dalam sidang akhbar. Kami cuba mendedahkan terdapat 3 laporan polis dan minta pihak berkenaan menjawab sama ada mereka sedar atau tidak)
5) kenapa sekarang berita ini muncul? bunyi macam dekat dengan pilihanraya. (Semua benda perlu tunggu pilihanraya ke? Hidup kita tidak berputar pada pilihanraya sahaja. Lihat laporan polis ketiga dan rujuk tarik itu. Kami mendedahkannya sebaik sahaja kami dapat memastikan dan mengumpulkan semua bukti. Ianya hanya beberapa detik selepas laporan polis ketiga.)
We must not forget, Vadillo is a newly ordained (by phone) Shaykh of the Murabitun, a movement linked to many scandals, selling of mosques, beatings and violent threats against their financial “brand” of Islam. The Murabitun always quote Imam Malik, but they could do well to take his advice: “Look from whom you take your Deen.” If deen means “transaction”, then certainly financial fraud is akin to being a fraud (imposter) in Deen. If such are the “shayks”, think not of the “congregation”!
http://www.sinarharian.com.my/semasa/skandal-kgt-polis-tutup-kes-1.69857