Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.
Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan oleh RBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.
Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.
Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.
Secara kasar, jika dicampur kesemua kos projek tersebut ianya membawa kepada hampir RM10 Billion. Terkini dicampur pula projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion.
Tidak ada yang mustahilnya bagi Kerajaan Negeri untuk membina projek-projek bernilai berbillion ringgit. Bahkan Kerajaan Negeri Melaka yang mendapat peruntukan persekutuan yang amat kecil jika dibandingkan dengan Kelantan, mampu melakukan lebih dari yang dapat dibayangkan oleh kebanyakan kita.
YAB Ketua Menteri Melaka, yang dikeji dan dihina oleh pimpinan PAS, sebenarnya jauh lebih mulia dari YAB Menteri Besar PAS Kelantan di dalam menunaikan janjinya kepada rakyat.
Segala kelemahan dan kekurangan PAS ini berpunca dari kelemahan urus tadbir dan ketidakmampuan untuk mengembangkan sumber pendapatan negeri. Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan kembali kepada satu benda yang amat mereka pandai lakukannya, iaitu mengutip derma. Setelah puas mengutip derma dari tauke-tauke balak dan dari ahli partinya sendiri, sekarang rakyat Kelantan pula menjadi mangsa kutipan derma PAS.
Selain dari mengutip derma, PAS juga bijak menyalahkan orang lain didalam semua benda dan amat arif dalam strategi benci-membenci. Sudah pasti peristiwa masam Lebuh Raya Rakyat ini akan disabit kesalahannya kepada Barisan Nasional.
Apa yang PAS tidak pernah khabarkan kepada rakyat bahawa, hampir setiap jalan di Negeri Kelantan, tidak kiralah jalan persekutuan ataupun jalan negeri adalah dibuat hasil ‘derma’ Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bahkan projek jalan raya sepanjang 30 kaki untuk masuk ke rumah pimpinan-pimpinan PAS yang diberi kepada kontraktor berkopiah hijau itu juga datangnya dari wang pemberian Barisan Nasional.
Dari tahun 2006 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukan sejumlah hampir RM500 juta terus kepada Kerajaan PAS Kelantan bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri. Ini tidak termasuk pemberian tahunan untuk penyelenggaraan cerun jalan negeri, bil lampu jalan dan lampu trafik.
Dari 2008 hingga 2011 sahaja, Kerajaan Persekutuan memberi sebanyak lebih RM 22 juta bagi tujuan tersebut terus kepada Kerajaan PAS Kelantan. Data-data ini terdapat didalam Laporan Ketua Audit Negara dan ia juga tercatat setiap tahun di dalam penyata kewangan Kerajaan PAS Kelantan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan juga menyediakan peruntukan untuk naiktaraf jalan-jalan negeri dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Pada tahun 2011 sahaja, sejumlah hampir RM15 juta diperuntukan kepada 12 PBT di Kelantan.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung. Di dalam Rancangan Malaysia Ke 9, KKLW telah membelanjakan hampir RM5 juta untuk tujuan tersebut di dalam negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS.
Pimpinan PAS harus sedar, mereka perlu bijak mengurus tadbir negeri dan berusaha menambah sumber pendapatan negeri bagi menjamin segala janji-janji mereka dapat ditunaikan. Pemimpin PAS berceramah dan memaki hamun musuh politik mereka hampir setiap malam tidak akan membawa sebarang hasil kepada rakyat Kelantan. Ia hanya sekadar menambah sumber pungutan derma untuk parti PAS, tuan punya tapak ceramah dan para penceramah.
Rakyat hanya dapat rasa masam dari janji manis.
Salam sheikh….
tepat dan padat….
ISLAM itu bukan PAS…
ambo oghe kelate…buke bn..buke umno…jauh lagi oghe pas..
ambo oghe ISLAM….
Salam..
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah besar pitis ke kocek kerajaan negeri kelantan. Pitis tadi akan kerajaan negeri bahagikan kepada 3 jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran dan Majlis Perbandaran/Daerah.
Ada jugak yg kerajaan persekutuan bagi melalui projek ICU – ni dana lain pulak
Dana ‘tersepak’ pula hok Tok Pa bawa balik dan beri kepada AKSB utk projek air.. yg jarang2 buleh, tapi buleh.
Dari buat lebuh raya, baik bbesar jale tu.
Kena najib bubar parlimen tahun depan, naik semak la tepat pecah tanah tu. PAS doh harap najib bubar dun tahun ni, tak la habis banyak duit derma tu nk wat main wayang.
Keupayaan Kerajaan Kelantan Tarik Pelabur
KEUPAYAAN Kerajaan Kelantan sekarang menarik pelabur luar tidak boleh dipertikaikan selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional pada 1990. Sejak tempoh itu sehingga sekarang, 14 projek besar telah ditandatangani.
Jumlah pelaburan itu dianggarkan bernilai RM10.3 bilion yang berupaya menyediakan sebanyak 21,054 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ustaz Ahmad Yakub berkata, projek berkenaan termasuk kilang simen di Gua Musang oleh Hongkew Holding Sdn Bhd melibaktkan kos RM150 juta, kilang simen oleh Ranhill Corporation juga di Gua Musang (RM700 juta).
Bandar perikanan di Tok Bali (RM800 juta), projek agro tourism Pergau (RM250 juta), bandar baru Pengkalan Kubur (RM1 bilion), projek pelancongan di Danau Tok Uban (RM350 juta), bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas (RM885 juta).
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian (RM328 juta), projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok (RM2 bilion), pelabuhan di Tumpat (RM360 juta), pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang (1.5 bilion) dan projek pembinaan infrastruktur sesalor perkongsiam (RM324 juta).
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan YB Ustaz Nasuruddin Haji Daud (PAS – Meranti) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 26 Oktober lalu.
Sementara itu, menjawab soalan YB Ustaz Hassan Mahmood (PAS – Tawang), Ustaz Ahmad berkata, projek bandar baru Pengkalan Kubur akan mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan selepas ia dilaksanakan.
“Peluang pekerjaan penduduk tempatan dalam perniagaan dan perusahaan pastinya akan bertambah. Keadaan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran,” katanya.
Tahap kemajuan projek itu sekarang adalah di peringkat mengemukakan permohonan kepada pihak pentadbir tanah untuk memproses permohonan mengambil balik tanah bagi komponen yang dikategorikan sebagai kemudahan awam.
Manakala kategori lain belum diproses dan sedang menunggu pelaksanaan Akta Pengambilan Balik Tanah (Pindaan) yang dibuat di peringkat persekutuan tetapi belum lagi dikemukakan kepada Kerajaan Kelantan.
Menjawab soalan tambahan YB Mat Nawawi Mat Jusoh (BN – Pengkalan Kubur) katanya, sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit dengan projek bandar baru di Pengkalan Kubur itu bersetuju dengan kehadiran projek itu.
- kawe kopi dari : http://rostam97.tripod.com/nov7797/nov22.htm
- artikel ni tahun 1997 lagi.
- zame internet mula2 ada.
Allahuakbar….
Tak sangka Kerajaan persekutuan dah sumbangkan berbilion2 wang ringgit kepada negeri Kelantan… kalau saya jd PM saya takkan jadi sebaik Tun M, Pak Lah dan Dato’ Najib nak bagi peruntukkan sebanyak ni pada org yg mengeji dan mencerca kita hampir setiap hari.
Harap2 rakyat kelantan sedarlah… TUKAR lah… Acu test sepenggal..
Assalamualaikum. Tiap2 kali mengundi, royak Kerajaan Pusat tok bui peruntukan. Sepatutnya kerajaan Negeri Kelate doh buleh & mesti jana pendapatan negeri sendiri bukan menyalohkan ore lain. Contohnya kalu kita nikah selamo 20 tahun, ekonomi keluargo kito kure mampu – buleh koh kito salahkan tok tua(mertua) kita sebab x tolong. Ambo hormat pada Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz tapi bab memakmurkan ekonomi negeri Kelate ambo raso mesti dibaiki & tanggungjawab ini jugak terletak pada Exco. Agama Islam penting, kebolehan mentadbir pun penting. P/s minta maaf byk2 jika komen ini x sedap dilihat. Terima kasih.
Sheikh,
Dari paparan kali ini dapat kawe simpulkan maksud demo yang tersirat ialah; “tak payah try, tak usah berusaha, w/pun Kerajaan BN tidak akan membinanya (dalam masa terdekat), biarkan rakyat susah… kerana rakyat yg sengaja pilih untuk susah bila memilih PAS sebagai kerajaan di Kelantan…” Lagu tu ko? What a bosh!
Melalui Jalan KB-KK-GM-KK-KB menggamit kezaliman BN.
dan seperti biasa…setiap perancangan yg gagal dilaksanakan oleh PAS kelantan akan diletakkan kpd kerajaan pusat…pas amat bijak memainkan sentimen anak-anak kelantan…anak-anak kelantan kebanyakkannya cerdik pandai tetapi mudah terpedaya dgn lakonan PAS
sheikh, duit kerajaan pusat = duit rakyat atau duit rakyat Malaysia…Kelantan pun rakyat Malaysia, duit kerajaan Pusat bukan duit Barisan Nasional….dan kalau sumber duit Pas dari tauke balak, dan penderma, duit Barisan Nasional dari mana sumbernya? Ke duit tax ambe, duit kwsp ambe, duit minyak dan gas semua tu duit Barisan Nasional eh…
jangan bodohkan rakyat… semua dana itu bukan masuk ke kantung perbedaharaan negeri Kelantan… semua itu disalur kepada JPP negeri Kelantan… kamu bleh menipu kepada orang yang tidak tahu…
Sheih Said: Sdr Tarmizi Hassan, mengapa anda bodohkan diri sendiri dengan kenyataan di atas. Anda faham atau tidak membaca Laporan Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan. Anda pernah baca atau tidak? Anda pernah semak Belanjawan Kerajaan negeri Kelantan atau tidak?
Kenyataan anda di atas menunjukkan anda seolah berlaku bodoh. Dana yang saya sebut berupa pemberian Persekutuan di bawah peruntukan perbendaharaan dan ia perlu diberi terus kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri turut mencatatkannya sebagai sumber bukan hasil di dalam belanjawan tahunannya. Ia tercatat di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang akan memetik segala catatan yang tercatit dalam Penyata Kewangan negeri. Mengatakan wang itu di beri kepada JPP adalah suatu pembohongan oleh pihak anda. Tetapi saya mengesyaki anda bukan mahu berbohong tetapi ada telah dibohong oleh pimpinan PAS dan kerana anda membiarkan diri anda diperbodohkan, maka anda percaya dan akhirnya anda telah memperbodohkan diri anda sendiri di sini.
Syed..
Bakpo sultan Muhamad ke-V tidak dijemput mencemar duli utk rasmi Lebuhraya Rakyat itu?
Ambo rasa kalu serius nk buat dan buke modal politik, gambar baginda boleh ganti tempat ore tua tu di billboard atau sakelar.
Bukan rasa masam, terus dapat kencing manis. Terus terseksa….
Barisan Exco Kelantan perlu dirombak selepas PRU13. Kelantan memerlukan jurutera, arkitek, akauntan dan professional lain sebagai Exco. Jangan hanya didominasi oleh golongan ulama/ustaz kerana majoriti golongan ulama’/ustaz bukan pentadbir yg efisien dan berinnovasi moden utk membangunkan da memacu kemajuan ekonomi dan fizikal negeri.
Yang pasti, Exco Utiliti yang menjaga hal ehwal bekalan air telah gagal ! Bila Pengurus Besar AKSB gagal, maka Exco Utiliti gagal. Bila Exco gagal bermakna MB juga gagal. Bila MB gagal bermakna kewibawaan dan kemampuan k’jaan negeri gagal. Inilah akibatnya bila Exco menerima dan menelan bulat-bulat apa yang disuap oleh pengurusan AKSB.
salam syed , lama tak balik ke sini , dulu sebelum 2008 sllu akan dtg ke blog ni psal nak tau scoop awak terhadap pak lah aka bodowi yg ko and the gang sllu sebut msa tu .
akan tetapi , ku ada 1 perkara yg nak sentuhkan . dulu bila awak kerja dgn husam , kau sebut bahawa husam adalah seorang visionary ala2 dr.m ( skrang tak tau la , aku dah tinggalkan dunia politik ) , semua program ekonomi kelate adalah yg paling bersih , in the sense that tak ada rasuah , tak ada unsur2 kronisme dan neopotisme . sesungguhnya program husam adalah lebih baik dari program ekonomi pak lah and his SIL .
skrang , hari ni , bila dgr lebuh raya yg dikutip melalui derma , dan post yg baru ni , ku tnya sendiri , why , this person , yg dulu kerja dgn husam musa , skrang dah reverse 180 degrees terhadap dia , knapa skrang kata program ekonomi husam adalah indah khabar dari rupa . now dont get me worng , i dont support both sides , in fact ku fikir tak nak pergi undi kali ni .
minta komen anda , tima kasih .
Sheikh,
it”s very very difficult to ask people to open up their minds when theirs are already preoccupied with things they only wanted to believe…even though what they believe, in the end, is all just a mirage. heaven & hell belong to Allah The Al-Mighty. we are asked to search for divine perfection but not at the expense of others. do what is right according to Allah, not to the liken of some political figures cum holy-made leaders whom they themselves have not walked their talks…they gain monetary profit from others as an exchange for a promised heaven!!
what ever facts given will be totally denied by the pr fans especially pas & tok guru’s fanatics. when you realized things had not gone in a right direction & left the party (i.e husam) people accused you of being bought! how easy decisions made to justify their assumptions! i believe in fair treatment. when you treat others fairly, you are fairly treated in return, Insyaallah.
to me, at last, resurrections in doctrines by pas are happening then, right now & Insyaallah in the future. things are beginning to show their reflections. pas had accused before long that umno is infidel, corrupted to the core. right now, when pas keeps collecting money, non-stop, days & night to ‘buy’ heaven for its blind followers, who’s corrupted? Allah has destined his creations from the beginning, where they should be heading to in the name of FAITH, but with the topsy-turvy guidelines from so-called mullahs from pas, every member in pas is surrendering their fate to only one mullah….fair enough, eh?
Ambo rasa ni projek untuk pilihanraya. Sebelah sana kata bagi kat ambo dulu baru ada highway (boleh buat tapi bersyarat), jadi sebelah ni terus lancar projek highway, jadi tak perlu undi sebelah sana pun kita boleh buat highway, jadi keputusan pilihanraya ni masih status quo. Jadi ke tidak jadi nombor dua doh.
Kita org Kelate ni lagu tu la. Susah lagu mana pun boleh tahan asal yang kita suka tu dipilih.
Org balik raya 4 jam kita baham 14 jam. Air kerajaan tak berapa bersih, hok ada pitih sikit pakat gali telaga.
Orang kita boleh hidup ‘terlentang makan embun, meniarap makan debu’.
umno vs pas 2 x 5 jah. pas karut (sesetengah pemimpin tapi bukan parti) tapi umno lagi bergando-gando karut. Bab pitih gomo belako tok kiro halal haram. Baik negaro komunis pulok, baru betul2 merakyatkan rakyat, tapi rukunegara komunis keno modify la sikit, Islam dok atas sekali. komunis hanya dalam pengurusan khazanah dan kekayaan negara sahajo. Lo ni tidok serupo dulu, zame lo ni maklumat tanpa batasan, tokdan nk susuk doh. Gerak-geri boleh di track real-time. Kito sumo sayang pd org2 berilmu tinggi bertaraf ulamak spt tok guru NA dan Hadi tapi puok2 haramjadah disekeliling dio lah yang menjahanamkan segala-galanya.
salam sheih
oleh kerana tujuan nya baik dan telah dirasmikan bermakna projek sudah bermula.
untuk membuatnya dengan sumber derma dan jumlah yang besar rasanya payah dan susah.
disini saya cadangkan semua peminpin PAS kelantan dan Ahli Pas menjualkan kereta mereka yang lebih dari satu dan hasilnya dermakan kepada projek ini.
langkah ini pertama dapat mengurang jumlah kereta serta kesesakan buat sementara waktu menunggu lebuhraya siap.
kedua jumlah derma yang tinggi dapat mencukup 1.9 b dengan cepat.
menjadi contoh kepada rakyat yang lain untuk mencari wang untuk didermakan kepada
pembangunan projek ini.
matlamat projek siap tentu sahaja matlamat orang yang bertanggunjawab dan bertakwa kepada ALLAH.
Buanglah ego masing2 bersatulah.. tiada yg rugipun..UMNO nasihat pasal pembangunan PAS tarbiyahkan Islam dalam pemerintahan.. kan lebih molek…
Itu lebuhraya tuan-tuan, camana dengan yang berlaku di Tunjong nampaknya dari negara luar telah mula masuk ke Kelantan menduduki tanah-tanah yang sengaja di naikkan harga supaya rakyat Kelantan tak boleh beli sedangkan tanah itu dibeli dari rakyat Kelantan dengan harga murah
kalaulah lebuhraya PAS ini tak menjadi sekalipun, itu barulah serupa dgn rekod BN, kerana dari zaman Pak Lah , kerja ukur telah dibuat, kontraktor telah dilantik tetapi lebuhraya ini tidak juga dibina sehingga kini. Kalaulah projek ni masam, maka rekod BN lah yang terlebih masam dari rekod PAS, kerana projek PAS belum lagi terjeruk .
Kalaulah nak kira rekod, kegagalan Husam sekalipun; memang hampir betul belaka yg Sheih sebut tu, termasuklah kegagalan Global Network , yg dengar khabarnya bukan setakat bungkus kedai, tetapi sampaikan peralatan kamera dan komputer pun dah kena rompak oleh penyangak Ali Baba yg licik itu.
Dari segi positifnya pula, (itupun sebenarnya Sheih lebih tahu dari orang lain kerana Sheih sendiri adalah tukang canang bagi projek2 tersebut) bukan kah usaha-usaha Husam itu telah menolong dalam mempromosi peningkatan dalam industri penternakan kambing di peringkat nasional, industri gaharu di peringkat nasional, kesedaran tentang pelaburan dan simpanan emas-perak . Adapun Kifalah dan lain2 projek kebajikan masih berjalan walaupun terdapat kelemahan; dan kini tema ‘kebajikan’ telah diambil-berat oleh BN sendiri, umpama BRIM1 dan lain2nya. Adakah tuntutan royalti minyak dari Petronas yg dulunya dijuarai antara lain oleh Sheih sendiri juga adalah kerja2 masam Husam? Bukankah kita perlu memberi kredit di tempat yg sepatutnya diberi kredit, dan mengeritik di tempat yg perlu dikritik?
Saya baca balik posting2 Sheih selama 4 era: (1)era merempat di KL yg kuat mengata pada Pak Lah, (2) era di PMBK yg begitu kuat melampau mengampu Husam, (3)era berperang dgn Arif Fahmi, dan (4)era tiada yg baik pada Husam. Apakah dalam semua era2 ini Sheih menulis didorong gerak-hati atau kerana profesionalisme?
Masih ingat cadangan lebuh raya diterengganu semasa pemerintahan dipas dibawah kedalian Far East melalui hutan simpan pelagat, kononnya akan biayai oleh bank dari swiss, bila-bila masa nak masukkan dana , maka beduyun-duyun tukang sukat berebut dak buat kija, kerja percuma – kerja kebajikan.
Apa yang kawe nampak dalam kes KB-KK
Kawasan balak didalam hutan simpan ulu sat (bukit bakau)yang terlibat dengan jalan ini lebih kurang 4 Km – hutan dara kayu gred A – perlu dikeluarkan untuk modal pilihan raya.
Bagi tanah orang kampong perlu diberi pampasan , melainkan menyerah secara percuma/wakaf kepada kerajaan.
Derma haruslah dikendalikan oleh tabung yang diurus oleh kerajaan bukannya dimasukkan kedalam akaun individu – ini sudah jadi penyamun keatas orang nak buat kebajikan
guana bos , acu komen sikit kawe nak dengar
buat hiway pakai air liur je….
Bakpo gat nok pelik.. Biar susoh sapa nok mapoh di dunia.. Asal kenye make buoh ceramoh PAS. Biar bodo keno tipu ko ore pakai serban.. Hidup ni satu hukuman utk oghe kelate.. Doh mace agamo hindu aku tgk ajaran PAS nih..
Mat Jenin dengan angan2nya, Mat Husam dengan janji2nya. Kerajaan Pas Kelantan bijak menabur janji tanpa sebarang perlaksanaan. Disebalik janji ini ialah hasrat pimpinan kutip duit derma yg entah kemana disalurkan nanti. Dalam soal duit derma Pas banyak belajar dengan David Copperfield cara2 menghilangkan sesuatu dengan magik. Kohilal, Memali dan kini Highway Husam yg masam.
alah orang Kelantan ni sebenarnya taksub dgn si nikki najis..dia orang tak percaya orang luar lah..jadi aku ingat UMNO jangan habis duit nak tawan Kelantan ni..biar kan begitu..depa ni tak suka dan tak mahu kemajuan..mandi junub kat sungai dan laut aje..niat mandi junub..kemudian terjun laut/sungai..yang pempuan dia berkemban aje..
oleh itu aku ingat biar aje lah PAs merintah sampai kiamat..
Tuan syed, betulkah yg rancangan highway telah diisytiharkan di zaman Pak Lah lagi oleh Kerajaan Pusat? Kemudian dikatakan kerajaan pusat buat-buat lupa sehingga disambar oleh Husam.
Kalau begitu, kasihan orang melayu Kelantan, dah banyak kali kena kelentong, dulu kerajaan Pusat janji nak buat kampus UM di Bachok, sampai Mahathir buat-buat lupa dan isytihar penubuhan UUM di Kedah.
Tuan Syed kena bisik sedikit pada pemimpin UMNO supaya mereka simpati & kena jaga janji dgn rakyat Kelantan. Dah lah hasil petroleum yg sepatut dari segi teknikalnya mendarat di pantai Kelantan, Mahathir adjust supaya mendarat di Chenok, Thailand. Kemudian buat paip-line merentasi hutan untuk sampai ke Kedah….
Jasa besar kalau Tuan Syed dapat menyedar pemimpin2 di KL, tidak semua Melayu mudah lupa, bukan semua Melayu haprak. Sebahagian kecil mereka akan kenang jasa Tuan Syed dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu Kelantan.
Orang pas ni sebenarnya tak sir ngaku kelemahan dia. hak dia reti ialah dok nyumpah seranah dalam masjid. lepas isyak baca hadis dua patah, dok nyumpah 20 minit. pah tu dok baca doa minta hapus kezaliman. pada hal puok2 dia yang menzalimi diri sendiri. dah tahu tak leh buat benda molek ko rakyat, create alasan yang tak masuk akal.
Molek doh hidup macam tok pakir. nak buat benda sikit minta sedekah. cuba lah cari idea2 yang molek sikit. mikir macam orang lain mikir untuk memajukan umat kelantan. orang kelantan bukan mmalah.orang kelantan bukan sesak. orang kelantan bukan tak genius. cuba cek ramai mana orang kelantan dok tolong mmikir ko kerajaan pusat di kl dan putrajaya nuh. cuba tengok ramai mana orang kelantan dok ulang alik ke luar negeri sapa beratus syarikat bas express ada di segenap pelusok jajahan. keretapi mel/express siang malam penoh sokmo. kapal terbang berbelas kali sehari berulang alik dari pengkalan chepa ke kl, penang, johor bharu.
Molek doh weh, kita tukarlah. bo lah. pade doh.
Rome was not built in one day.
Pok Loh sukat nk wat lebuh raya, cek dana beres.. aloh kemari, tok leba pas gi arah tue tanah hok masuk line lebuh raya tukar status tanah kepada kediaman belako.. naik la rego tanah tu.. kelih-kelih dana hok setuju tak cukup pulok.. tangguh lagi.
ambo oyat doh..tok-tok leba ni panda lipat. dio tok sir wi dacing napok molek. panda susuk sek ni hok dio buat.
Apa salah kita terima idea julung-julung kali ini iaitu lebuhraya rakyat tanpa tol guna konsep wakaf. Jika berjaya di Kelantan, boleh guna pakai di seluruh negara mcm program pajak gadai Islam dan dinar emas. Jalan merupakan kemudahan awam terbesar utk maslahat umum. Projek lebuhraya ini pun tidak hanya bergangtung derma orang ramai, ianya ada kaitan dgn pembiayaian 25 tahun….
salam bro,
Tak pernah lagi aku dengar projek RM 1,800,000,000.00 perlukan derma. Tak logik. kalau projek RM 1 hingga 10 juta boleh aku terima. Aku boleh bet, segala derma yang diperolehi tidak akan di audit atau telus seperti biasa kutipan derma yang menjadi amalan PAS.
Sila fikir-fikir, berapa banyak derma yang boleh dikutip? Dalam sejarah Malaysia habis kuat pun 2 – 3 juta RM.
Apa impact 2-3 juta kepada 1.8 billion???? 0.002%
For argument sake…
Katakanlah Kerajaan negeri sumbang 99% dan 1% derma orangramai,
Maknanya
RM 1,782,000,000.00 (1.782 bilion) adalah dari sumber funding dari kerajaan negeri
RM 18,000,000.00 (18 juta) dari derma orang ramai ( aku rasa impossible kalau setakat rakyat kelantan yang sokong PAS dan penyokong PAS satu malaya )
Sekarang kita buat Value Engineering untuk kurangkan kos dari pelbagai sudut. Target pengurangan 5% – 10% adalah realistik . Aku Civil Engineer, so aku tau tak mustahil. Kita target 5% sahaja maknanya penjimatan sebanyak RM 90,000,000.00 (RM 90 juta )
Jadi kos pembinaan boleh diturunkan kepada RM 1,710,000,000.00
Daripada andaian diatas, Kerajaan negeri ada surplus funding sebanyak RM 72 juta. Wow!!! banyak tu.
Boleh dapat 50 buah masjid!! Bolehlah tambah bilangan masjid yang dibina kerajaan PAS dari 1 kepada 51.
btw,
2005, jumlah kutipan derma Tsunami Aceh berjumlah 2.5 million. Itu dari SELURUH rakyat MALAYSIA, termasuk GLC dan companies. Kalau setakat rakyat kelantan ( penyokong Pakatan) dan penyokong Pakatan dari seluruh Malaysia…. lu pikir sendiri laa…
ya, letakkan semua kegagalan kerajaan PAS pada BN. cerita lebuhraya rakyat pun boleh disalahkan pada Kerajaan BN kononnya kerajaan BN pernah berjanji nak buat. bodoh sungguh pemikiran setengah orang kita. mata hati dah mati sebab selalu dengar ceramah maki hamun oleh ustaz-ustaz PAS inilah hasil dia generasi kena tipu. sebab tu tak heran kalo ustaz janggut terang2 tipu pecah tanah tapi projek takde orang kita boleh percaya.
nama Majlis PERBANDARAN kota bharu (MPKB). tapi sebab nak tipu rakyat kelantan kita bubuh Bandaraya Islam. sebab perkataan BANDARAYA. nak tutup kelemahan tadbir negeri. mudah sungguh tipu orang melayu kelantan, bubuh nama Islam sikit semua jalan walaupun kekayaan negeri semua dibolot oleh menantu dan anak beranak nik aziz dalam pelbagai jawatan majlis daerah, majlis perbandaran dan syarikat bawah PMBK. takpe, orang kelantan tak perlukan pembangunan, orang kelantan semua nak kejar akhirat. lebih baik mati la dari hidup weihhhhh.
Meli Batu Berdiri
Syeikh….ingat sikit demo tu org kelantan. Kawe pun org kelantan. Dulu demo sekali dengan kawe dan kawe sekali dengan demo. Kawe juga banyak bantu demo….walau pun demo tak perlu bantuan kawe. Kawe nak demo fikir sikit jah….ingat la pertolongan waktu kita di ambang masalah. Kawe pernah kena soal siasat di Balai Polis Pengkalan Chepa kerana nak tolong demo.
Ab Hamid Aziz
Stadium untuk Wanita – Dulu dok dgr jugok Kerajaan Negeri Kelantan nak bina.. Loni senyap tupah..!
Makluman:
Saya pun nak bina jambatan dari Tok Bali ke Pulau Perhentian. Lebih panjang dan canggih berbanding Jambatan Pulau Pinang. Tiang lampu dusalut emas. Dok cari masa sesuai nak jumpa MB Kelantan untuk upacara ‘pecah tanah’…
Payoh aponya.., kalu stakat nak buat upacara ‘Pecah Tanah’…?
WOK YOH TERRR—10.5 BILLION DUK MANO KESEMUA PROJEK TU?X RAJIN KELIH SIKIT HABUK AMBO…SUPO PROJEK TOK BALI TU MANO??KERAJAAN NEGERI HANYA MAMPU RANCANG DGN MULUT NOK BUAT DGN TANGAN TU DIO X RETI…,BONGGOK BETULLAH…
Aku pas sokmo…
Jalan KB-KK di Kg.Sungai Durian dekat Gucil luar ,minta tolong di tambak bagi tinggi la.hujan sikit air naik. dah lah takder jalan alternatif.tak kira lah kerajaan pusat ke kerajaan negeri ke.tolong lah baiki untuk rakyat jelata.