Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut. Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan oleh RBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula. Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu…