Saranan Tun Dr. Mahathir supaya pihak kerajaan memikirkan kembali kebebasan mutlak internet adalah tepat. Berita Minggu memetik bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai berkata, “Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui internet”.
Membataskan ‘kekotoran’ bukanlah bererti menyekat kebebasan penyampaian maklumat menerusi internet, sebaliknya bertujuan mempertingkatkan kualiti penggunaan internet dikalangan pelayar maya. Walaupun Malaysia mengekalkan dasar internet tanpa tapisan sejak membangunkan Koridor Raya Multimedia, tetapi sejak kebelakangan ini, pelayar internet dari Malaysia mula sedar bahawa sudah ada sekatan yang menghalang mereka daripada mendapatkan data dari server-server tertentu.
Halangan ini bukan sahaja dibuat oleh browser mereka tetapi juga oleh pihak penyedia perkhidmatan internet mereka. Namun begitu pelayar internet mempunyai pelbagai teknik untuk terus mendapatkan data-data dari laman yang dihalang itu sama ada secara percuma atau berbayar.
Walaupun sesetengah pihak berkuasa dalam kerajaan merasakan internet membuka ruang baru untuk menggugat kestabilan politik, saya merasakan itu bukan sebab utama kita perlu memikirkan semula sekatan terhadap internet.
Masalah yang lebih besar ialah ancaman jenayah siber dan moral terhadap pengguna. Pelbagai skim penipuan bercambah dengan pesat menerusi internet dan pihak berkuasa sehingga kini gagal untuk bertindak selain dari sekadar mampu menasihatkan pengguna supaya berwasapada.
Skim penipuan menerusi email yang kebanyakannya didalangi oleh warga dari Afrika adalah salah satu daripadanya. Terbaharu pula ialah penggunaan Facebook bagi dalam insiden penculikan berprofil tinggi melibatkan seorang murid sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur.
Walaupun kita mempunyai pelbagai undang-undang untuk mendakwa pelaku jenayah di alam maya sama seperti di alam nyata tetapi tindakan sekatan secara bijak lebih baik sebagai langkah pencegahan.
Sekatan secara bijak ialah sekatan yang menghalang ancaman terhadap masyarakat tanpa menghalang hak mereka mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Pada waktu yang sama menghormati hak masyarakat menentukan jenis maklumat yang mereka inginkan.
Era pihak penguatkuasa menentukan jenis maklumat yang sesuai untuk masyarakat sudah berakhir.
Asslamualaikum…Kenapa nak sekat….apakah dengan adanya intenet semua keburukan, koropsi, penyalahgunaan kuasa keraja terbongkar…Kerajaan UMGOK pada hari ni hanya takut pada bayang-bayang sendiri. Penggunaan Media elektronik yang berat sebelah….Kerajaan yang baik dan berintergriti adalah mempunyai kesimbangan…ingatlah Kerajaan bawah UMGOK sekarang tengah bersiap sedia untukuk dikuburkn….Aku harap umno akan dikubur untuk selamanya…Kalau masih bangkit lagi itu Hantu UMGOK
sepatutnya kerajaan dah lama buat . jangan nak tunggu rakyat terkena baru lah tersedar dari lamunan..kalau dah tersedar tuh ..jangan nak abiskan masa nak buat konvensyen lah, seminar lah …buang duit je semua tuh ..kalau nak buat..buat diam-diam saja
kpd en Hamdan,
satu pertanyaan, bolehkah kita mengutuk atau menhina ayah kita hanya kerana beliau tidak mampu memberi keadilan dan juga kekadang melakukan kezaliman terhadap diri kita.
Sedangkan dia bertungkuslumus berkerja utk menyara keluarga sehingga kita mampu membesar dan juga mampu berdikari.
fikir2kan lah jangan terlalu mengeji kerajaan yang telah terbukti membawa kita keluar dari kemiskinan dan juga mampu mentadbir negara dalam keadaan aman dan makmur.
En Hamdan… Jangan kecilkan pemikiran anda kepada isu politik sahajalah… Jumud…
Ramai IbuBapa melarang anak-anak menonton TV kerana bimbang pengaruh buruknya… tapi Ibu-Bapa yang sama tidak pernah melarang anak untuk menggunakan internet termasuk tujuan media sosial.
Kalau kita lihat, TV sebenarnya berbentuk sehala, TV ibarat air yang keluar dari kepala paip, kecil dan boleh diduga.. kita segera boleh tahu kalau airnya kotor dan berkarat.. dan kita boleh buat keputusan mudah untuk tutup saja paip air kalau airnya memburukkan kesihatan.
Tetapi bagaimana dengan internet yang dipandang Ibu Bapa sebagai media yang bersih dan selamat serta bermanafaat.. salurannya bukan sebatang paip besi.. Ibu Bapa tak sedar internet itu ibarat empangan air yang besar yang mampu menelan segalanya berbanding saluran paip… dari jauh empangan air nampak majestic, hebat.. tapi tak ramai nampak airnya dalam dan berbahaya penuh pelbagai kandungan yang sukar diduga… begitulah internet.. nampak cantik tapi merbahaya… sengaja atau tidak, anak-anak terancam dengan segala keburukan di dunia.. jangan hanya pandang setiap perkara dikaitkan dengan politk… ambil contohnya bahan lucah.. kalau tidak mahu akses kepada bahan lucah, ada saja malware yang mampu menembusi skrin komputer dengan bahan yang tidak sepatutnya.. Hakikatnya, Anak-anak belajar segala perkara buruk ini tanpa sengaja dengan kebenaran kita.
Contoh lain, sukar bagi kita nak maki hamun secara bebas menerusi kaca TV.. tapi dalam internet.. setiap daripada kita tanpa sekatan boleh kata apa saja, maki hamun apa saja, mencela nista apa saja tanpa takutkan dosa.
omputih kata, ” internet is like a double edge sword ” …. lebih kurang camtu la…