Saranan Tun Dr. Mahathir supaya pihak kerajaan memikirkan kembali kebebasan mutlak internet adalah tepat. Berita Minggu memetik bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai berkata, “Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui internet”. Membataskan ‘kekotoran’ bukanlah bererti menyekat kebebasan penyampaian maklumat menerusi internet, sebaliknya bertujuan mempertingkatkan kualiti penggunaan internet dikalangan pelayar maya. Walaupun Malaysia mengekalkan dasar internet tanpa tapisan sejak membangunkan Koridor Raya Multimedia, tetapi sejak kebelakangan ini, pelayar internet dari Malaysia mula sedar bahawa sudah ada sekatan yang menghalang mereka daripada mendapatkan data dari server-server tertentu. Halangan ini bukan sahaja dibuat oleh browser mereka tetapi juga oleh pihak penyedia perkhidmatan internet mereka. Namun begitu pelayar internet mempunyai pelbagai teknik untuk terus mendapatkan data-data dari laman yang dihalang itu sama ada secara percuma…