Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Archive for June, 2012

Arahan Husam dan Rumah 12 Bilik Minta Vadillo

Posted on June 26, 2012

YB Husam Musa masih mahu mendiamkan dirinya tentang hubungannya dan persoalan-persoalan lain yang berhubung dengan dia dan Umar Ibrahim Vadillo, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd syarikat yang kononnya diberi lesen oleh World Islamic Mint (WIM). Di dalam Husam mendiamkan diri, saya teringat pada tahun 2009, Husam meminta saya mencari tempat tinggal bagi Umar Ibrahim Vadillo di Kota Bharu. Arahan mula-mula dari Husam ialah untuk mengubahsuai bangunan pejabat Operasi Global Media Channel untuk menjadi tempat penginapan Vadillo dan keluarganya. Tetapi sewaktu saya menghubungi Vadillo, Vadillo tidak bersetuju dan meminta saya mencari rumah yang mempunyai 12 bilik untuknya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ketika itu Vadillo dan keluarganya masih menetap di Indonesia. Misi untuk mencari rumah 12 bilik untuk Vadillo di Kota Bharu adalah…

Kali Terakhir Husam Bertemu Umar?

Posted on June 24, 2012

Bilakah kali terakhir Husam bertemu Umar Ibrahim Vadillo? Adakah pada 18 Jun 2012 atau selepas Umar Ibrahim Vadillo menaiki pesawat Firefly meninggalkan Kota Bharu pada petang 20 Jun 2012? Sehingga hari ini Husam masih mendiamkan diri dan enggan menjawab 10 persoalan yang dikemukakan kepadanya termasuk antara lain mengenai hubungan beliau dan Umar Ibrahim Vadillo dan siapakah yang membawa Umar Ibrahim Vadillo ke Kelantan dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade. Umar kemudiannya menjadi penasihat Kelantan Gold Trade. Foto berikut dimasukkan ke dalam laman facebook Wazir World Islamic Mint, yang sebelum ini mencatat beberapa patah perkataan setelah skandal matawang syariah mula dibongkar kepada masyarakat. Irwan Izhar, Wazir kepada World Islamic Mint menulis di laman facebooknya, beberapa baris berikut, “I’m back! (Be careful… Yes…

Pendedahan Terbaharu Skandal Matawang Syariah Kelantan

Posted on June 24, 2012

Alhamdulillah semalam Gabungan NGO Kelantan telah membuat lagi satu pendedahan skandal matawang syariah Kelantan. Di dalam pendedahan tersebut Gabungan NGO Kelantan telah menampilkan seorang individu penting untuk ditemubual secara eksklusif oleh Wartawan TV3 dan Utusan Malaysia. Rakaman tersebut dijangkakan akan disiarkan di dalam Buletin Utama malam ini dan Utusan Malaysia esok. Sementara itu Gabungan NGO Kelantan juga akan menampilkan lebih banyak individu supaya masyarakat sedar asas tuntutan Gabungan NGO tersebut. Ini termasuklah pendedahan mengenai World Islamic Mint dan hubungannya dengan Kelantan Gold Trade dan Umar Ibrahim Vadillo. Gabungan NGO Kelantan juga akan mendedahkan aktiviti penempaan Dinar Dirham oleh WIM dengan Emirates Gold. Di dalam pada itu, Gabungan NGO Kelantan yang terdiri daripada lebih 20 NGO dan blog Kickdefella terus mendesak YB Dato’ Haji Husam…

Skandal Matawang Syariah Kelantan

Posted on June 20, 2012

Semalam rakan-rakan gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Kelantan dan saya telah mengadakan satu sidang media di Kota Bharu. Tujuannya ialah menjawab dakwaan YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung berita yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia, Isnin 18 Jun 2012. Pada hari Isnin 18 Jun 2012, Haji Husam sebagai respons kepada berita muka hadapan Utusan memberitahu media, Tidak ada laporan polis seperti yang didakwa. Beliau tidak kata tidak tahu, tetapi tidak ada. Ini semua perancangan UMNO. Tiga hari lepas saya telah ke Kelantan dan bertemu pemimpin UMNO. Saya adalah Kucing Kurap. Segala dakwaan berkenaan skandal matawang syariah ini adalah karut. Akan mengambil tindakan saman ke atas Utusan dan saya. Isu skandal matawang syariah ini  bukan isu peribadi antara saya dan YB Husam. Ini adalah…

Skandal Dinar Emas Kelantan – Mempromosikan Riba Bukan Mencari Keredhaan?

Posted on June 18, 2012

Saya mengakhiri posting saya yang lalu berhubung Skandal Dinar Emas Kelantan dengan barisan ayat-ayat berikut, “Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing. Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali…” Ramai yang menyokong bahkan berjuang bersama mempromosikan Dinar Emas Kelantan atas dasar mencari keredhaan dan kebersihan dalam sistem kewangan dan ekonomi hari ini. Malangnya ramai yang telah terpedaya. Menerusi matawang syariah, kita mahu kembali kepada mekanisme ekonomi dan kewangan Islam kerana mahu mengelak dari terjebak ke dalam riba. Contoh suasana penuh riba masakini ialah sistem perbankan, sistem insuran dan sistem matawang. Tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh pihak…

Skandal Dinar Emas Kelantan, Husam Tidak Boleh Diam Diri

Posted on June 13, 2012

Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato’ Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu  memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd. Umar Ibrahim Vadillo Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,

Rasa Masam Lebuh Raya Husam

Posted on June 6, 2012

Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut. Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan oleh RBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula. Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu…

Membataskan Kebebasan Internet

Posted on June 4, 2012

Saranan Tun Dr. Mahathir supaya pihak kerajaan memikirkan kembali kebebasan mutlak internet adalah tepat. Berita Minggu memetik bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai berkata, “Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui internet”. Membataskan ‘kekotoran’ bukanlah bererti menyekat kebebasan penyampaian maklumat menerusi internet, sebaliknya bertujuan mempertingkatkan kualiti penggunaan internet dikalangan pelayar maya. Walaupun Malaysia mengekalkan dasar internet tanpa tapisan sejak membangunkan Koridor Raya Multimedia, tetapi sejak kebelakangan ini, pelayar internet dari Malaysia mula sedar bahawa sudah ada sekatan yang menghalang mereka daripada mendapatkan data dari server-server tertentu. Halangan ini bukan sahaja dibuat oleh browser mereka tetapi juga oleh pihak penyedia perkhidmatan internet mereka. Namun begitu pelayar internet mempunyai pelbagai teknik untuk terus mendapatkan data-data dari laman yang dihalang itu sama ada secara percuma…

  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,456 other followers