Pada tahun lepas YB Dato’ Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya.
Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Saya menulis antara lainnya tentang tindakan Husam yang mewakili sebuah Kerajaan Negeri cuba berjanji dan kemudian tidak menunai janji. Apabila Husam memberitahu media beberapa tahun yang lalu tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah badan audit bebas menyiasat berkaitan Bazar Tok Guru setelah isu itu menjadi hangat akibat tulisan saya, kita semua menyambutnya dengan baik.
Apabila isu Bazar Tok Guru terus tidak selesai lebih setahun kemudian, saya menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka dengan mendesak Husam supaya mendedahkan laporan audit bebas itu. Apabila melihat Husam yang mewakili Kerajaan Negeri terus berdolak dalik, saya melihat itu adalah rentak biasa Husam yang sering saya lihat sepanjang tempoh bekerja dengannya. Husam menyaman saya kerana mendedahkan rentak tersebut.
Adakah rakyat tidak boleh mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri dengan mempertikaikan apa yang dijanjikan oleh jurucakap kerajaan itu? Sudah tentu bagi pihak Husam pula, ia tidak dipanggil sebagai penipuan tetapi dipanggil matlamat menghalalkan cara. Keputusan Mahkamah terhadap permohonan injunksi Husam itu kelak penting untuk pemahaman rakyat dalam mengkritik janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang dilantik oleh rakyat sendiri.
Husam mengikrarkan didalam segala dokumen mahkamah bahawa kedudukannya adalah penting kerana mewakili sebuah Kerajaan Negeri yang dilantik secara demokrasi. Husam harus sedar, hak demokratik rakyat tidak terjejas sedikitpun walau mereka telah menyerahkan secara demokrasi hak mentadbir negeri kepada mana-mana pertubuhan politik. Oleh itu adakah rasional memohon mahkamah menyekat hak demokratik rakyat membicarakan janji yang tidak tertunai pada waktu tersebut?
Husam kini berjanji membina Lebuh Raya Rakyat yang dicita-citakan menyambung Kota Bharu ke Kuala Krai. Bila disebut Husam berjanji, maka Husam itu adalah Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Husam adalah jurucakap kepada Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.
Mungkin ada diantara kita tidak dapat hidup sepanjang Lebuh Raya Husam untuk menikmatinya, jadi nasihat saya sangat mudah. Nilailah hari ini Lebuh Raya Husam dengan apa yang kita lihat telah terjadi kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru. Jika program-program itu kita jadi kadar bandingnya, maka tidak lah perlu kita panggil Husam sebagai penipu bila kita bercakap soal lebuh raya ini pada tahun hadapan.

hu..hu..hu..husam
rakyat klate jangan percaya temberang HUsam
betul kata tuan
rakyat klate perlu menilai projek-projek husam sebelum ini’
semua kantoi
APA YANG PAS BUAT SEMUA BETUL, APA UMNO BUAT SALAH.
MAKLUM LAH PAS KAN MAKSUM, SYURGA GERENTI PUNYA.
TERBUKTI KELANTAN BAWAH PAS NEGERI TERMAJU, KERANA PAS TERDIRI DARI ORANG YANG CERDIK DAN BIJAK BERFIKIR. MEREKA HANDAL SERBA SERBI, TIDAK MACAM UMNO.
PAS MEMANG HEBAT. KALU TENGKING UMNO TERKENCING DI BUAT NYA, DAN DAP TU PAS JINAKKAN MACAM ANJING PELIHARAAN.
BEGITULAH HEBAT NYAPAS.
INILAH KEPRCAYAAAN ORANG PAS.
salam sheih
sebelum percaya elok rujuk Lembaga Lebuhraya Malaysia.
setidak tidaknya dapat mengelakkan mimpi disiang hari.dan menjadi mangsa penipuan sepanjang hayat.
adoi! bulls eye to husam!
Setuju. Kerajaan negeri sdh hilang akal dan cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu air.. Kalau blh buat lebuhraya, kenapa tak blh selesai isu air yg dh berpuluh2 tahun? Sy xfhm dgn cara mereka mentadbir negeri. Sepatutnya mereka mnjdi kerajaan yg prihatin sesuai dgn slogan negara kebajikan..mereka gila kuasa tapi xpandai mentadbir…jgn kn malaysia, kelantan pn mereka sdh gagal walhal dh lbh 20 thn memerintah..klu xpandai, alasan tu alasan ni, baik xpyh mentabir. Bg sj BN memerintah, PAS jd pembangkang..komplen keje BN. Lg sng..
Janji husam masih boleh digunapakai dan sederhana kalau mahu dibandingkan dengan mentornya yang menjanjikan ‘syurga’.
Menjanjikan sesuatu yang diluar kemampuan adalah petanda angin pengundian di Kelantan tampak ada perubahan walaupun kecil tetapi membimbangkan.
aku nk tunggu n lihat jah janji nih. sbgai rakrat, aku bersyukur jika ianya jadi nyata. tapi aku musykil 1 jer, naper PAS nk buat jalan ni mintak derma dari rakyat, persoalannya adakah ianya mampu dibuat? sebabnya awal2 lagi dh mengantoikan diri xda duit….
husam penipu besar1
standard lah. sekarang janji, cakap confident boleh buat. biar semua org percaya.
nanti lepas pilihanaraya nanti bila dah menang org tanya mane jalan, diorang cakap tak boleh buat sebab kerajaan pusat tak bagi royalti minyak.
Salam sheih,
Projek ni dah pecah tanah, tapi dia punya ‘due date’ untuk siap bila ye???…
Dalam hal pembinaan lebuhraya ini, tiada kerugian untuk kita memberi ‘benefit of the doubt’ pd usaha ini.
NAK JUGAK DENGAR HUSAM MINTA RAKYAT KELANTAN BAGI DERMA DARI RAKYAT UNTUK PULIHKAN KEADAAN AIR DI KELANTAN. MINTA JUGA DERMA UNTUK PULIHKAN MORAL PEMIMPIN2 PAS KELANTAN YG TELAH LAMA ROSAK AKHLAK DAN AQIDAHNYA … SAPA2 PUN BOLEH BERJANJI … SOKONG PAS JANJI MASUK SYURGA …
Projek koridor depu terus terang tipu oghe kelate. Pitih kerajae bnyok abis wat billboard dgn muko tok guru nik ajis. Menatam sungguh. Samo jugok caro dio tipu konon nok wat stadium baru di pasir puteh. Lagi menatam.. Dasar menatam pangge!
sebelum pru 2008, tok guru lancarkan koridor depu, projek tangki minyak, projek jamnapari, padi organik, skim kifalah, lombong emas, dan byk lagi. sheih boleh tolong senaraikan sebab dia bersama husam ketika tu, cuba imbas kembali apa jadi semua tu? dekat dekta time mengundi esok buat sembahyang hajat kat stadium, ambil gambar tok guru berdoa sambil mengalir air mata lepas tu buat banner dan bunting sebesat alam pasang kat laluan masuk ke seluruh kelantan. dapat kuasa satu penggal lagi. Itulah strategi Pas, lepas tu senyap tunggu pula 4 tahin lagi, ulang lagi drama sama. tak percaya kita tengok satu persatu selepas ni.
husam(baca musang) memang mcm tu, kalu tak, mcmana ada peribahasa musang berbulu ayam @ husam berbulu ayam.
20 tahun 1 tempoh yang panjang…20 tahun tempoh janji-janji manis ditabur untuk mengekalkan kuasa…
ramai rakyat kelantan berjawatan tinggi dalam banyak bidang dinegeri lain & di pusat, tetapi kenape tidak boleh membangunklan negeri sendiri???
ape silapnya, hanya rakyat kelantan saje maklum…
tiada dalam al-qurran mengatakan undi parti tertentu masuk syurga…tiada dalam al-qurran memecah belahkan umat islam dengan solat 2 imam, mengharamkan sembelihan orang lain yang seagama sendiri..
Mula-mula Malaysia ditubuhkan, antara usaha awal kerajaan pemerintah ialah dengan menyediakan saluran pembentungan najis yang baik. Tujuannya untuk mengelakkan penularan wabak dan penyakit serta meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia.
Siapa yang tahu, sedar dan menghargai? Masih ramai belum bayar cukai Syabas di Selangor.
Eh lupa ini Kelantan, paipnya pun tak ada.
At least he tried for the good of the people and he has good ideas. I think he’s much better than the rest of us who whine and complaints.
It is better to loose trying than giving up before putting effort or worst belittling other people’s efforts.
AKu royat gini je Syed..
Kalu setakat letak batu asas, rakyat Kelate dah masak sangat.. Nak2 dah ada depan mata iaitu batu asas PAS nak bina jambatan palekbang-KB. Batu asas tu mula dari 1997 lagi.. raja pun PAS buleh tipu.
Dekat nk ngundi ni dia mintak derma lagi.. nk pakai pitis la tu.. pah tu lesap duit macam gertak plakbang..
Bangunan UMNO di KB buleh pulak pas beli pada harga RM4.5 juta..
bukan lebuhraya yang diorang fokus…tapi kayu balak..
sheih,
saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab lebuhraya amat diperlukan oleh anok2 kelate.. saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab saya percaya dia beragama Islam.. saya nak percaya penipuan nik aziz ini sebab ada banyak gambar dia berdoa dengan linangan air mata terpampang sepanjang jalan dari Gua Musang ke Tumpat.. saya nak percaya penipuan nik aziz ini sebab dia orang melayu dan tak mungkin dia tipu orang melayu yang lain.. saya cuba nak percaya penipuan nik aziz kali ini walaupun sultan kelantan yang sedang gering sekarang pernah kena tipu hidup2 pecah tanah jambatan palekbang-b.cina.. saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab saya dah malu sokong PAS selama 20 tahun tapi habuk pun tarakkkk..
using
Rasanya ramai yang sudah datang ke Melaka untuk berehat, melancung atau urusan kerja…
Kami di sini berbangga sungguh dengan LEBUHRAYA AMJ. Lebuhraya yang dibina melintasi negeri Melaka dari Simpang Empat sehinggalah ke Muar. Jumlah keseluruhan lebuhraya ini melebihi 90km.
Tetapi sejak pembinaan bermula dari 2004 sehingga selesai projek pada 2008 dengan kos RM500 juta,juga tiada dikenakan kutipan tol.
Jika mahu dikecohkan tentang lebuhraya tanpa tol, negeri MELAKA sudah lama ke hadapan jika dibandingkan dengan Kelantan. Kos pun tidak sebanyak kos lebuhraya di Kelantan ini.
Sepanjang pembinaan Lebuhraya AMJ, tiada pula ianya jadi satu isu politik yang dijadikan satu kelebihan ketika PRU. Yang penting bagi kami rakyat Melaka dan juga yang tinggal di kawasan utara Johor, lebuhraya ini adalah satu hadiah BN kepada rakyat yang memerlukan perjalanan yang selesa dan cepat.
Terimakasih kami kepada DS Mohd Ali Rustam atas anugerah ini.
DAN YANG PALING PENTING, ALI RUSTAM TIDAK PERNAH MEMINTA RAKYAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAS PEMBINAAN LEBUHRAYA AMJ.
Sungguh memalukan satu projek yang disediakan untuk rakyat tetapi rakyat sendiri terpaksa mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk menjayakan projek …… DAN BELUM TENTU PROJEK INI AKAN BERJAYA DISIAPKAN.
JIKA PROJEK TERBENGKALAI, KE MANA PULA PERGINYA DUIT SUMBANGAN RAKYAT TADI?
UNTUK RAKYAT KELANTAN … BANDINGKANLAH NASIB KAMU DENGAN KAMI DI MELAKA INI!
tak po tok buat lebuh rayo pon
tak po tok tuna janji pon
tak po air koto pon
maso ngundi sikit lagi demo pakoh PAS jugok
PAS mesti mene ..
tok soh dok rusing la
rakyak klate tok kesoh bak2 air ko
bak2 jale ko
hok penting skali ngundi ni pakoh PAS
baru betol ……………
Saya sokong pendapat ‘adi’. Mula2 mereka akan tarah laluan jalan yang seluputi hutan dulu. Ambil balak dulu buat modal. Kalau tak cukup minta derma pilihan raya. Kalau ada lebih baru buat jalan. Itu pun kalau tak ada yang tercicir masuk poket.
RD
Saya sokong pendapat ‘adi’. Mula-mula mereka akan tarah laluan jalan yang diselaputi hutan dulu. Ambil balak dan jual untuk cari duit kempen pilihan raya. Kalau ada hasil lebih, campur dengan derma pilihanraya baru buat jalan. Itu pun kalau ada lebih & tidak tercicir masuk poket.
What s wrong with u at least the state gov is doin something when we all taxpayer been victimise by the federal gov . U r such an asshole blinded by the greed and hatred to whoever govern now in kel.
Dear Tuan Sheih,
Jalan KB – KKrai dah ada dah, cuma perlu di upgrade saja, tak payah buat baru. Yang paling mendesak skrg ni adalah AIR untuk kegunaan harian kebanyakan rakyat. Tak kan Husam tak perasan kot. Politik politik jugak bos, jange sapa rakyat ngamok.
har har har..
memang lucu kan dorang ni.. cakap nak wat jambatan macam nak wat jamban belakang rumah je..
Projek demi projek gagal dilaksanakan semenjak 20 tahun, projek kambing dan jambatan pun gagal malah ada yang naik cuma papantanda, masih ada yang kata “give them benefit of the doubt”……wake up saudari Aq, the highway would cost billions and this PAS gomen expects funding from public’s contribution, derma. Its not only doubtful, its ridiculous and utter rubbish.
Do you know that the name of company to contribute this fake derma is different from that on the sign board. For whatever reason, name change or what, this administrative error, abuse or blatant cheat or misrepresentation on the part of the PAS gomen reflects their stupidity, or highway to cheat.
Ask LLM about this fake highway….rakyat Kelantan ditipu dan diperbodohkan.
As for Ghazali, you baca buku jingga ka?
ghazali,
Banyak projek2 mega si Husam ni dah canang dan banyak yang gagal. Banyak yang langsung tak dimulakan. Apa kebenda idea2 bagus yang kamu cakap dia dah buat, boleh bagi senarai?
You cakap at least he tried. Tapi kalau try berkali2 pun masih gagal buat, ini makna nya incompetent, tidak cekap dan menghabiskan masa dan wang rakyat semata2. Tidak layak atau lemahlah pemimpin dan kerajaan PAS yang gagal macam ini.
You bandingkan Husam as much better than all of us? Yes, i agree he is better than you, but certainly not better that many of us. Kerana, kebodohan kamu terserlah bila kamu membandingkan Husam yang mempunyai kuasa kerajaan negeri dengan kami orang ramai yang tidak memiliki kuasa melaksana. Where is your brain ghazali? Oh i forgot, kepala lutut sama seperti Husam, biar betul.
saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab lebuhraya amat diperlukan oleh anok2 kelate.. saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab saya percaya dia beragama Islam.. saya nak percaya penipuan nik aziz ini sebab ada banyak gambar dia berdoa dengan linangan air mata terpampang sepanjang jalan dari Gua Musang ke Tumpat.. saya nak percaya penipuan nik aziz ini sebab dia orang melayu dan tak mungkin dia tipu orang melayu yang lain.. saya cuba nak percaya penipuan nik aziz kali ini walaupun sultan kelantan yang sedang gering sekarang pernah kena tipu hidup2 pecah tanah jambatan palekbang-b.cina.. saya nak percaya penipuan nik aziz kali ini sebab saya dah malu sokong PAS selama 20 tahun tapi habuk pun tarakkkk..- jangan bercakap macam orang hilang akal……tak kan 20 tahu tak ada buat apa-apa
using gila
Memang Using ni dah gila tak dapa menilai mana yang baik dan yang buruk….Using hang memang dah gila tak dapat menilai..antara kebaikan dan keburukan……….
Ini projek kedua yang bakal memberi banyak faedah kepada penduduk Kelantan untuk ke selatan Tanah Melayu selepas projek jambatan yang dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan untuk ke Palekbang dan Kampung Laut, Tahniah kerajaan negeri yang membawa slogan “menerajui perubahan” dalam bab menipu. Haa haa haa….
Tuan,
penyelenggaraan lebuh raya satu hal lagi, boleh kutip duit lagi.
sapa nak tampal jalan bila jalan berlubang, kemalangan, tanah runtuh? nak tunggu derma juga? hebat cara politik kita nie. lebih hebat pengikut PAS yang tak abis2 kena tipu. nak Tabung Memali berulang lagi? tak mengapa janji masuk syurga. semua yang terlibat kemalangan disini tak yah dikapankan. dijamin syurga. Patutnya motto lebuhraya ini “Dijamin Syurga”. selamat mencuba Husam
sebelum menuduh Hussam menipu, cuba kamu bilang umno tu menipu kerana lebuhraya itu telah dijanjikan berpuluh tahun dulu, tapi sekarang umno tak bikin juga lebuhraya itu. 5 % royalti petrol pun tak dibayar oleh umno. Cuba kamu cerita pulak tentang penipuan umno itu. Baru lah orang percaya kata kamu tu. Kalau tidak saya anggap kamu ini hanya mau melepaskan dendam terhadap Hussam saja.
ambo rusing doh masaloh air xselesai lg nie..tgk contoh kali nie..masuk nie kali ketiga rumoh ambo nk buat kenduri kawin..air xdop..air xdop..air xdop!!!!!! ambo mnetap di kawasan demit..kalu keperluan asas hk penting pon demo kerajaan pas xleh nk baiki, xpayoh la nk pase hajat nk buat highway!!!!!!
Kalau nak tunggu derma rakyat utk kutip RM 1.8 billion, sampai 100 tahun lagi pun xkan siap2 lebuhraya ni…
HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini…
http://apakecoh2.blogspot.com/
ore politik..projek politik. srupa nok jd projek jambate ppekan….pandai doh tu ore PAS tiru ore UMNO….HAMBA rakyat tengango tunggu lalat….
rakyat kelate hok cerdik pandai hasil dasar pendidikan dan hok street smart berjaya hasil dasar ekonomi negara tapi duk luar kelate pun majoriti takut n terpedaya dgn imej tok guru menangis.mereka jd lupo n takut nk kutuk nik ajik.
belum buat n siap hiway doh kutip tol.acu bui bantuan duit utk pasang borring kpd setiap rumah gak.nk harap bekalan air paip meme kerajaan negeri dok leh setel pun.
1 melayu………umno menipu buke la isu disini. Isu dio adakah projek lebuhraya ni akan betul2 jadi. adakah projek ini hanya satu lagi janji manis kerajaan negeri melalui Husam. Satu lagi isu dio ialah manakah tanggungjawab kerajaan negeri? Kalu projek ni betul2 jadi, alhamdulillah….. tapi setakat ni contoh hok kita buleh tengok kebanyokan tok jadi.
@1 melayu..
kot2 mana pun, Huse Kambing tetap menipu.
Sapo dio yg suruh rakyat naikkan status tanah dari kebun ke status kediaman, kawase hok pusat nk buat lebuhraya kalu buke tok lebai pas.
Kalu tok tukar status, lebuhraya tu buleh buat lama dah.
satu lagi terlupa masuk tu. projek jambatan kedua. perletakan batu asas tu oleh tuanku sultan ismail. harap timbulkan juga hal ni.
untuk apa menang pilihanraya?. menang pilihanraya untuk jadi pemerintah. untuk apa jadi pemerintah?. untuk berkhidmat pada rakyat. apa itu khidmat pada rakyat?. khidmat pada rakyat ialah menagadakan ceramah untuk rakyat, tadah kopiah untuk rakyat derma. kutuk lawan untuk rakyat seronok dan ketawa. sembahyang hajat bersama rakyat untuk musnahkan orang lain. buat poster besar2 tok guru berserban dan muka sedih untuk rakyat percaya. bila rakyat dah percaya, boleh lah lantik menantu jawatan dalam syarikat kerajaan, beri peluang anak kumpul harta, beri konsesi balak pada member rapat, dapat tajaan pergi umrah percuma. itulah kerajaan pas dan menteri besar tok guru nik aziz, exco dan wakil2 rakyat pas buat selama 23 tahun di kelantan. kebanyakan peluang kerja rakyat di kelantan bn buat. guru sekolah bn bayar gaji, kontraktor kecil dapat kerja dari bn, peniaga cari makan di pasar borong bn buat.tanah rancangan kesedar, felda, felcra, bantuan pekebun kecil, risda, petani tanam padi kawasan KADA, jambatan sultan yahya dan banyak lagi semua bn beri untuk rakyat kelantan. insyaalah kalau bn menang lebuhraya percuma dari kb ke g musang bn akan buat. tak perlu rakyat menderma. kerana bina kemudahan awam adalah tanggungjawab pemerintah bukan rakyat. kalau rakyat yang berada nak menderma berilah zakat untuk menaik taraf ekonomi rakyat yang tidak bernasib baik atau untuk meninggikan syiar islam. berpolitiklah untuk agama, rakyat dan negara bukan nak tonjolkan keangkuhan diri dan kumpulan sendiri. allahualam.
penipu besar!!!!!
Isu air di bawah potfolio Datuk Mejar (B) Anizam, kena tanya dia. W/pun sama-sama di bawah Pas Kelantan, ia bidang tugas masing-masing. Ya, faktor isu air bakal memberi beberapa peratus undi kpd Umno di Kelantan. Datuk Mejar sudah tentu ada strategi untuk recover kehilangan tu. Atau….
kalu dok tngok komen2 demo semuanyo tok kena, org sokong BN kutuk Pas org sokong Pas kutuk BN..pah apo kesudahan, asyik baloh sama sdiri…kita pakat dok diam sapa maso ngundi kito pakoh hok kita stuju..dok melalak sini pun tok kemana
penipu besar….
Boh,
dok kecoh nombor akaun pada billboard tak sama dengan nama syarikat.
taip no akaun pada mesin, tubik nama syarikat lain.
kalu adik kakak ada bank islam online, tra bubuh no akaun derma lebuhraya tu..tubik syarikat gapo/agensi mana..
Mugo pakat dok gege namo tak sama.. buke gapo, takut masuk akaun ore lain jah.. dekat2 nk ngundi ni ke..
tuan/puan/adik/kakak.
kami sokong umno tetapi dalam bab lebuhraya kami tabik pada kerajaan negeri kerana berusaha membina walaupun tiada wang.ini adalah wadah perjuangan yang betul yang mana rakyat jelata diberi saham akhirat untuk menderma kerana sepanjang umat dunia ini guna jalan selagi itulah ganjaran pahala yang dapat.kami merasa kecewa apabila pemimpin kami yang selalu minum kopi bersama PM diputrajaya tidak bersungguh-sungguh untuk menyatakan kedaifan jalan di kelantan walaupun roadtax dibayar sama nilai dengan negeri lain. fikir-fikirlah pemimpin yang ku undi setiap pilihraya
Betul kato paspros tuh.. Puok2 tok lebai PAS nih duk jual aksi kucing konon set diolah paling isle, tapi perbuatan lebih berat pado kapir zummi. Ore isle tok kecek blawok weih, ore isle x lantik anok branok pege jawate dale syarikat pmbk, ore isle x jual agamo utk kuaso politik, ore isle x semaye bowoh pokok sebab nok nunjuk, ore isle x penoh ngajar anok suruh jadi puok militant. Pok nik nih akan mati terkejut lepah nih.. Dio ingat jawate menteri besar tuh hok hakiki dio bakali, lamo berdo’oh pege post jadi lagu ni lar.. Buleh kecek dgn tuhe ampun doso tok wokil.. Berat berat mung nih pok nik!
“kami tabik pada kerajaan negeri kerana berusaha membina walaupun tiada wang…”
srupo ayah royak ko anok “esok ayah beli helikopter”, padahal ayah takdok pitih
kategori mano janji ayah ni? menipu ko blawok?
-kawekoambo-
belawok sepanjang masa…………hok betul alik puok2 dio jah…..buleh blako nok kato gapo….tak po la….mugo tok guru kato masuk syurga….
1.8b bnyk tu..
cube kita buat kira2,kalau ditakdirkan sorg derma RM100 maknanye perlu ade 18 juta penderma.Rakyat malaysia ade 27 juta++,logikkah 2/3 rakyat malaysia pelbagai kaum ni akan menderma utk projek tu?ok lah,ditakdirkn semua ahli pas 900 ribu++ tu derma RM100 sorg baru ade 90 juta.hmmm…kesimpulnnye baru rancang projek dh gagal.Jd duit yg dh diderma tu siapa pula akan dpt???wow senangnye nak jd kaya dlm pas,tp org mcm husam je lahh…rakyat ttp miskin smpai ke sudah..
syah, bulih la nak dapat 1.8b tu.. tp dengan syarat ahli pas seramai 900 ribu org kena derma RM100 selama 20 bulan… tp nanti diorg je la yg blh gune hiway tu ye tak?