PAS semakin terjerat dengan DAP dan Anwar Ibrahim. PAS sedar agenda Islam yang menjadi teras kepada parti politik itu semakin luntur dan semakin mendapat tempat duduk belakang di dalam Pakatan Rakyat. Bila bercakap soal Islam, PAS tidak lagi perlu menjawab kepada Allah S.W.T tetapi kepada Karpal Singh dan juga kepada Lim Bersaudara.

Pimpinan PAS mampu tidur lena kerana Karpal Singh ada untuk memastikan bagaimana PAS mahu menegakkan Islam.
Masyarakat Melayu yang mengikut perlembagaan Malaysia adalah beragama Islam sudah lama menyedari beralihnya kiblat PAS dari Baitulah ke Georgetown sejak selepas pilihanraya umum 2008. Jika ada pun segelintir pimpinan PAS yang masih berkiblatkan Baitulah, mereka terpaksa melakukannya secara senyap-senyap kerana takut ditimpa bencana dari DAP dan Anwar Ibrahim.
Nik Aziz akhirnya menjilat air liur yang diludahkannya dengan kenyataan yang semakin membuktikan ketidakwarasannya. Sekarang Nik Aziz mendakwa bahawa perkataan ‘Kebangsaan’ perlu digugurkan daripada nama UMNO jika mahu menyaksikan kejayaan muzakarah ini.
Kedangkalan Nik Aziz menjadi-jadi lewat kini. Kebangsaan dalam nama UMNO itu bukan bermaksud nasionalisme tetapi meletakan UMNO sebagai sebuah parti politik peringkat nasional (kebangsaan). Dan UMNO tidak perlu meletakan Islam ke dalam nama parti itu kerana, ia sudah ada nama Melayu disitu. Dan Melayu itu jika ditafsirkan dalam konteks perlembagaan persekutuan sudah jelas bahawa semestinya Islam. Jadi orang-orang beragama Islam di peringkat nasional atau dalam konteks Malaysia ialah disebut Melayu. Kalau Lim Guan Eng masuk Islam pun, kita akan kata dah masuk Melayu.
Apa yang Nik Aziz tidak sedar selama ini, dengan meletakkan nama Melayu pada parti berbanding dengan nama Islam, secara langsung tingginya agama Islam itu dan bagaimana usaha untuk tidak menjadikan kelemahan kita sebagai manusia dilihat sebagai kelemahan agama suci ini.
Nik Aziz seterusnya mahu UMNO menerima parti-parti komponen lain didalam Pakatan Rakyat sebagai syarat muzakarah. Terima dalam konteks apa? Nik Aziz tidak pula meletak syarat kepada DAP dan Anwar Ibrahim untuk menerima UMNO.
DAP dan Anwar Ibrahim adalah beban PAS bukan bebanan UMNO atau Barisan Nasional. DAP dan Anwar Ibrahim jelas sekali tidak berminat untuk melihat Islam berkembang pesat, itulah sebabnya PAS akhirnya merasa sedar akan keperluan bermuzakarah dengan UMNO sebelum datangya pilihanraya umum yang akan menjelang.
PAS tiba-tiba berbicara semula sebab muzakarah kerana Nik Aziz akhirnya sedar bahawa kewujudan Pakatan Rakyat adalah satu ancaman kepada orang-orang Islam di Malaysia yang diikat dengan nama Melayu.
Tetapi jangan salah faham. Tujuan Nik Aziz beria-ria pula untuk bermuzakarah bukanlah untuk menyelesaikan masalah Melayu akibat perpecahan politik tetapi menyelamatkan PAS akibat kedangkalannya memecah belahkan Melayu selama ini menerusi Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, tidak seperti PAS, majoriti kita orang Melayu mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan bukan seperti PAS yang mengamalkan Islam sebagai alat mendapat kuasa. Oleh itu, selaras dengan amalan Islam sebenar, kita sentiasa berprasangka baik terhadap sesama Melayu. Terbalik dengan PAS yang asyik berprasangka buruk kepada orang Melayu yang bukan penyokongnya.
Oleh itu, kita menerima tawaran bermuzakarah ini dengan semangat yang amat positif walau kita sedar bahawa PAS tiba-tiba membuka pintu muzakarah kerana ideologi matlamat menghalalkan cara dalam PAS. Kita tahu Nik Aziz menggunakan angin muzakarah ini untuk mendapat ruang bagi memburuk-burukan UMNO sebelum pilihanraya tetapi sebagai orang Islam, kita akan terus berdoa yang baik-baik sesama Islam dan semoga, disebalik berbakul-bakul maki hamun Nik Aziz terhadap UMNO, ada sepatah dua bicara UMNO yang dapat membuka pintu hati Nik Aziz ke arah Islam yang sebenar, yang lebih tinggi dari semata-mata bertujuan mendapat kuasa.

salam sheih
elok umno menumpukan fokus kepada proses tranformasi negara sebagaimana yang telah dirancang.
jika ada masalah katakanlah dari segi perpaduan islam rasanya lebih elok Umno bermuzakarah dengan orang islam yang pandai dan ikhlas kerana Allah dan tak semestinya dengan PAS.
Ikhlas kerana ALLAH, INSYAALLAH ia akan berjaya.
Salam Sheikh,
Saya bukanlah nak menuduh atau prasangka yang buruk terhadap TGNA mahupun PAS tetapi saya merasa agak sangsi apabila idea bermuzakarah ni di cadangkan pabila kita di ambang PRU 13.Setelah hampir 4 tahun pasca PRU 12,parti pakatan rakayat sering meleparkan berbagai tuduhan terhadap kerajaan,UMNO khususnya sehinggalah pada kemuncaknya yakni Bersih 3.0 tempoh hari.
Bersih 3.0 telah membuka mata ramai orang niat sebenar parti pembangkang yang dipelopori ramai dari parti PAS yang terang terang di pergunakan oleh DAP dan PKR.Akibatnya ramai yang telah mula sedar akan bahayanya bersekongkol dengan mereka2 yang bersifat ekstrim.TGNA pun sedar akan marahnya ramai orang melayu temasuk para penyokong PAS sendiri apabila pihak Polis dipersalahkan sedangkan merekat tahu siapa yang telah menyebabkan ianya berubanh menjadi ganas.
Apabila Tunku Aziz naib presiden DAP sendiri secara terang terangan mengkritik Bersih 3.0 dan seterusnya keluar dari DAP telah menampakkan bahayanya bersekongkol dengan parti pembangkang.Sebab itlah TGNA cuba untuk bermain silap mata dengan mencadangkan muzakarah antara UMNO dengan PAS supaya akan menampakkkan usaha di pihak PAS yang semakin kehilangan pengaruh dengan undi melayu.Ianay adalah hanya satu usaha untuk ‘divert’ isu sebenar iaitu PAS tersilap langkah.
Sebab itulah apabila UMNO bersetuju untuk bermuzakarah tanpa apa apa syarat,TGNA pula mengenakan dua syarat yang tak masuk akal.Sekiranya UMNO menolak maka akan PAS canangkan yang UMNO tidak berminat membela agama Islam kerana tidak setuju untuk mengugurkan ‘nasional’ dari namanya untuk digantikan dengan islam,mudah untuk dijadikan modal berkempen kelak.
Lebih baik UMNO juga mengenakan syarat supaya PAS meninggalkan pakatan rakyat sekiranya ia benar benar komited untuk bermuzakarah demi perpadua melayu.,senang cerita!
salam bro …
saya lebih setuju dengan pendapat khalid nordin …Cadangan muzakarah bukan untuk UMNO tapi untuk menakutkan rakan Pakatan yang lain! “
Sekarang dah x jadi muzakarah balik kan sebab PAS tiba2 letakkan syarat baru. Saya rasa ni semua sandiwara politik PAS je. PAS jelas x ikhlas buat undangan muzakarah.
KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini…
http://apakecoh2.blogspot.com/
Salam Syed..
Elok nik aziz bermuzakarah dengan PAS kedah (MB Azizan) kerana PAS kedah sendiri menolak untuk melaksanakan Hudud di Kedah atas dasar raliti politik. (ada 1 je kerusi DAP di Kedah)
Betul pendapat dexs itu. Cadangan muzakarah hanyalah perang psikologi PAS hehe. Bagi royalti minyak pada Kelantan dululah. Pergi minta lebuhraya kasih tu buat apa? Apa la lu ni Sheikh!
Syed..
Dulu nik aziz yg tutup pintu muzakarah PAS-UMNO. Dia kata tertutup rapat.
sekarang dia sendiri jilat balik..kah kah kah.
Aku rasa nik aziz buka isu muzakarah ni sebab dia nk tutup isu Hudud yg dia kata nk buat tu.
Nik aziz tu berbelit cakapnya..
Kah kah kah.. pok nik pandai buat lawak la.
Kalau dah syarat utk UMNO terima PKR dan DAP habis tu UMNO tak boleh letak syarat supaya PAS mengiktiraf MCA,MIC,SUPP,GERAKAN,PPP dan semua parti komponen BN???
kalau dah masuk semua parti dalam muzakarah tak payah lah panggil muzakarah PAS dan UMNO..itu dah di panggil muzakarah PR dan BN…
Akai ada ka???
Muzakarah itu utk berbincang permasalahan umat islam dan bangsa melayu… macam bangsa cina bila berbincang pasal bangsa mereka buang semua idologi politik,DAP,MCA,GERAKAN semua boleh duduk semeja..
tapi bila orang ISLAM MElayu mcm mcm dengki,sakit hati,fitnah timbul..kenapa??
Kalau PAS ikhlas kenapa takut..???
Ini tidak macam macam syarat dah keluar.. kalau mcm2 syarat dah keluar itu dah POLITIK namanya BUKAN MUZAKARAH…
PAS=PERGERAKAN AGEN SYAITAN.
AWAS! JANGAN TERPEDAYA.
Adalah menjadi agenda mereka yang kafir untuk memecah belahkan umat islam. Sudah termaktub didalam Al Quran.
Adalah agenda SYAITAN untuk menyesatkan manusia. Juga termaktub didalam Al Quran. Fikirkanlah.
Proses menjalin dan menguatkan perpaduan sesama ummah bukan sesuatu yang bermusim (apatah lagi semasa musim umno tersepit, dilihat lemah dan perlu rakan kongsi), sebagaimana nas alQur’an, firmanNya, “dan berpeganglah kamu dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu berpecah belah…”
Bersatu di bawah Islam (bukan di bawah bangsa) itu wajib !
Salam semua,
Tindakan Tunku Aziz patut membuka mata penyokong PAS bahawa DAP adalh parti yang tidak menyokong ISLAM. Hari-hari kita orang berdoa supaya ISLAM mencapai kemenangan tetapi PAS masih bersama DAP yang terang dan jelas menentang ISLAM. Kan lebih baik PAS dan UMNO bersatu untuk menegakkan negara ISLAM kerana kedua-duanya ISLAM tidak perlu beri alasan lagi untuk melaksanakan hukum ISLAM apabila gabungan ini berkuasa.
Saya percaya andaikan PAKATAN berjaya mengambilalih kuasa, alasan yang sama akan diberikan untuk tidak melaksanakan hukum ISLAM. PAS tidak akan mampu mengawal DAP dan PKR dan sedikit demi sedikit hak ISLAM sendiri akan terhakis. Orang bukan ISLAM akan semakin kaya dan orang ISLAM akan terpinggir.
Kita tahu betapa kejapnya pegangan tangan TGNA terhadap tangan sami budha, menggambarkan begitu kejapnya hati TGNA terhadap Karpal Singh, Lim Guang Dua beranak dan Lee Kuan Yew.
Maka, di mana pula kedudukan orang Melayu dalam pandangan TGNA. Pada TGNA “bangsa” Melayu tidak ada apa-apa. Tak perlu dijaga dan tak perlu dibantu. Nasib baik ada UMNO, masih menyediakan MARA untuk membantu membuka peluang Malayu belajar di peringkat tinggi. UMNO masih mengekalkan hak istimewa Melayu dalam perlembagaan, masih mengekalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kalau harapkan PAS dah lama membiarkan DAP merobek-robek perlembagaan kita.
Sudah la Syed, dulu kata Nik Aziz bagi balak pada kroni dan nak bagi bukti pada sprm supaya siasat Nik Aziz, akihirnya SPRM diam membisu sampai sekarang. Mana buktinya nak dakwa Nik Aziz?
Kalau cakap saja tak guna Syed, buktikan. Dari keluar PMB sampai sekarang kerja Syed hanyalah mengatakan Nik Aziz je.
Masa Abdullah Badawi dulu macam-macam syed kata padanya, sampai akhir nya Pak Lah letak jawatan.
Lepas ni Nik Aziz la pulak letak jawatan disebabkan serangan Tuan Syed ni……………….
Boleh belah la Syed……….hang bagi info pada umum hanya untuk bagi orang suka-suka je.
‘Udkhulu fil silmi kaffah #” umno ke atau pas yg tersepit..tlg la berpijak di bumi yg nyata.. jgn berkhayal kerap sngat sbb itu pun mainan syaitan…