Barisan Nasional Kelantan merasakan mereka berpeluang untuk menubuhkan kerajaan baru di Kelantan pada pilihanraya negeri kelak. Berdasarkan pengamatan saya, BN Kelantan kelihatan berpeluang untuk dipilih di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri.
18 kerusi tersebut ialah,
- N1 Pengkalan Kubur
- N04 Wakaf Bharu
- N22 Jelawat
- N23 Melor
- N25 Kok Lanas
- N29 Selising
- N31 Semerak
- N35 Kemuning
- N36 Bukit Bunga
- N37 Ayer Lanas
- N38 Kuala Balah
- N39 Mengkebang
- N40 Guchil
- N41 Manek Urai
- N42 Dabong
- N43 Nenggiri
- N44 Paloh
- N45 Galas
10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli.
Kesemua 18 kerusi ini melainkan N35 Kemuning dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRN 2004. BN kemudiannya tewas 11 daripada kerusi-kerusi DUN tersebut di dalam PRN2008.
Bagi menubuhkan Kerajaan Negeri, BN perlu menang sekurang-kurangya 23 kerusi daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan.
Untuk itu BN perlu memenangi setidak-tidaknya 5 lagi kerusi daripada 10 kerusi yang mampu diusahakan oleh mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
- N11 Tendong
- N12 Pengkalan Pasir
- N15 Gual Periok
- N16 Bukit Tuku
- N21 Perupok
- N24 Kadok
- N27 Gual Ipoh
- N32 Gaal
- N33 Pulai Chondong
- N34 Temangan
Kerusi berikut dari senarai di atas diwakili oleh BN dalam PRN 2004,
- N11 Tendong
- N15 Gual Periok
- N16 Bukit Tuku
- N27 Gual Ipoh
BN Kelantan juga telah memenangi kerusi N12 Pengkalan Pasir di dalam pilihanraya kecil 2005. Walaupun tewas di dalam PRN 2008 dimana diperingkat nasional tercatat sebagai prestasi terburuk BN dalam semenjak 1974, BN Kelantan sebaliknya mencatat penerimaan undi yang lebih baik di 8 daripada 10 kerusi DUN ini dalam PRN2008.
Oleh yang demikian, jika dibandingkan prestasi terburuk PAS di Kelantan dalam PRN2004 dan prestasi terburuk BN, BN Kelantan tetap mencatat keputusan pungutan undi lebih baik di kerusi-kerusi tersebut berbanding PAS.
PAS Kelantan pula bersandarkan kepada 17 kerusi selamat mereka untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang diwakili mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
- N2 Kelaboran
- N3 Pasir Pekan
- N5 Kijang
- N6 Chempaka
- N7 Panchor
- N8 Tanjong Mas
- N9 Kota Lama
- N10 Bunut Payong
- N13 Chetok
- N14 Meranti
- N17 Salor
- N18 Pasir Tumboh
- N19 Demit
- N20 Tawang
- N26 Bukit Panau
- N28 Kemahang
- N30 Limbongan
Kebanyakan kerusi ini terletak di 3 Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi-kerusi DUN tersebut sudah menjadi kerusi tradisi bagi PAS sehinggakan sudah hampir mustahil untuk mereka kehilangan kerusi ini, melainkan jika mereka kehilangan tampuk pemerintahan mereka di Negeri Kelantan terlebih dahulu.

Sallehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian untuk 2 penggal kini akan kembali ke Johor. PAS akan utamakan calon tempatan.
PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas.
Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi?
Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu.
Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi ‘aggah’ atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan.
Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib.
UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri.
Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS?


“…Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau?”
Islam yang mana satu? Islam yang benar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syiah yang menjadi kebanggaan negara Iran?
Perhalusilah artikel-artikel berikut dengan lebih dekat;
1. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php/arkib-utama/%20http:/index.php?option=com_content&view=article&id=3474%3Anegara-islam-sunni-gagal-bela-saudara-seagama-di-lubnan&catid=1%3Autama&Itemid=50
2. http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=7655&Itemid=29
3. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9610-gabenor-qom-harap-kunjungan-erat-hubungan
4. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9746-kelantan-anjur-ekspo-kebudayaan-iran
BN menang semua kerusi bro. thn 2004 rakyat belom tgk video anwar, thn 2004 rakyat belom jumpa anak tanggang. thn 2004 rakyat belom jumpa negara kebajikan. thn 2004 rakyat belom jumpa dgn ambiga.
org umno pun Islam jugak… malahan lebih Islam drpd pas… org umno lbh bersederhana dan bertenang… Islam umno lbh cool dr Islam pas… Islam pas mengajak perpecahan. Islam umno menyru perpaduan ummah.
Sheih said: Saya dah anticipate jawapan sebegini di perenggan terakhir saya.
Tukar kepada Kerajaan Islam ASWJ -sebab sekarang PAS adalah wahhabi-buktinya- 70 sehingga 80 [eratus kepimpinan PAS dr Tok Penghuku, mudir, cawangan, bahagian dan negeri sehingga ke pusat adalah WAHHABI- saya menyeru umat Islam utamakan AKIDAH-wahhabi adalah SESAT
salam sheih
nampaknya orang kelantan macam terlalu sensitif.
harap orang kelantan jangan terlalu sensitif,fahami betul -betul apa tujuan pilihanraya diadakan dan lihat islam itu dari sudut yang betul.
bukan apa andainya rakyat kelantan tersalah pilih yang merasainya rakyat kelantan sendiri.
BN mampu mengurangkan majoriti pas di serambi mekah melalui pendekatan sederhana, Insyaallah.
sentimen agama masih menebal di kalangan rakyat serambi mekah ni tuan sheikh!
pengikut pas rata2 anggap ‘pas itu isle & isle itu pas’ padahal sudah ramai yg membuka mata bahawa parti politik melulu tidak boleh menaikkan ISLAM sekiranya pemimpin2nya masih bergelumang dgn sikap riak & takabbur. parti politik sepatutnya tidak mengheret nama agama krn ia boleh merendahkan agama itu juga bila kelakuan tidak selaras dgn ideologi agama itu sendiri. pas berani menggunakan perkataan ISLAM pada partinya sedangkan banyak perbuatan pemimpin2 & ahli2nya jauh tersasar dari landasan Islam. kepimpinan Islam yg dilaungkan cuma hiasan banner semata…
cukup jika sy bagi satu shj contoh bgmn Islam itu menjadi terhina bila pemimpin2 pas & ahli2 mrk sgt suka mengeji pihak lawan kononnya mrk lebih alim, lebih tahu bab agama drpd lawan mrk & secara terus ini bertentangan dgn ajaran Islam krn perbuatan mengeji pihak lain tidak diajar dlm Islam!
mungkin mrk tahu ilmu agama lebih dari orang lain tp ini tidak bermakna mrk pandai dlm bidang lain…ekonomi, sains atau matematik, misalannya. berapa ramai yg pandai ilmu agama tp tertipu & diperdaya dlm perniagaan krn tidak pandai menulis, mengira? berapa ramai pula yg rasa pandai dlm agama tp tidak memahami tafsiran ayat2 Alquran itu sendiri apatah lagi utk berdebat dgn bangsa lain dlm bahasa2 asing? berilmu seseorang itu umpama padi, bukannya lalang @ tong kosong…cakap berdegar2 di depan penyokong sendiri tp di laman orang lain, tersungkur!! setakat ini, belum ada lagi pemimpin2 pas yg mampu ke pesada antarabangsa (spt Allahyarham Ahmad Deedat) utk menerangkan betapa hebatnya Islam yg mrk bawa utk umat sejagat. tp mampukah pas buat begitu sdgkan dlm negeri pun bukan 100% faham ideologi mrk?
jika pas anggap parti lain tidak islamik, pas perlu menunjukkan ianya lebih islamik dgn menerapkan nilai2 murni kpd keseluruhan pemimpin2nya supaya berkata benar biarpun pahit terutamanya yg ada kes2 salahlaku, jgn disembunyikan utk mengelirukan pengikut & ajarlah perkara2 yg mengikut lunas agama yg benar & undang2 negara yg perlu dipatuhi kpd ahli2nya yg begitu suka mengganas, merusuh & memberontak tak kira masa terhadap pemerintah yg SAH!
jadilah insan yg sukakan keamanan. jauhi syak wasangka & permusuhan krn umat Islam itu bersaudara…jika orang syiah iran yg ternyata amat memusuhi Sunni boleh diterima sebagai tetamu istimewa, mengapa sesama melayu Islam dipandang spt musuh hanya krn politik? (pure shiite ada sumbernya)
InsyAllah, kalau Umno berjuang dgn jujur dan betul-betul utk rakyat k’tan. Tok saya ore kelante, dan saya kerap juga menziarah dia. Mungkin ini persepsi saya je, tetapi saya rasa orang2 (yg saya temui di kota baru) mcm ada penerimaan terhadap Umno. Berbeza pada zaman lampau. Tak boleh sebut namo pun. Mcm phobia gitu.
Amaran sheih pada jentera BN tu saya fikir cukup tepat. Jgn terlalu gah dan ghairah. Akhir nya kita semua sebangsa dan seagama.
Sheikh,
Sebagaimana kajian dan pandangan pelbagai pihak, Kelantan akan masih di bawah pemerintahan Pas. Tetapi bilangan kerusi DUN yang dimenangi UMNO akan bertambah ke ‘belas-belas’.
Banyak masa dan musim, UMNO menembak ke kaki sendiri, terutama dalam membaham projek dan akses ke lubuk harta negara. Fenomena ini menjengkelkan rakyat, di kala kos sara hidup yang semakin meningkatm
Gula-gula berupa BR1M sudah lawas, tiada kesannya lagi.
Koho tebal serban koho aku musykil. Minta maaflah, sebab ambo pernah lalu laluan ni.
BN bukannya maksum, tp PAS bukannya nabi. Kita ni nok begapo lagi?
Sudoh sudohlah jadi bodoh sombongnyo wahai oghe melayu PAS…. Masa zaman oghe putih, set-set melayu mace demolah hok keno tipu ko oghe putih.
isle pah peranga pongoh, mcm tok guru dialah, bercakap tanpa berfikir, tak boleh dikritik terus melenting, walhal ilmu setakat lutut je perasan je lebih, dgn jubah dan serban dah perasan islamik, sory lah weh……….kawan tak pandangpun serban dan jubah demo yg hapak benging tu
lama tak post….
Menarik dengan 10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli…
Terkenang dengan isu tanah…dengan peringkat umur peneroka semakin senja sekadar cukup untuk mengadap ilahi atau dengan hasil dari tanah teroka itu dapat menyara anak cucu..kini masih lagi bergolak dengan syarikat yang diswastakan oleh kerajaan negeri untuk dijadikan ladang…
Bn boleh menang tapi kena pastikan pemimpin yang korup tidak dicalonkan lg.. perlu ingt pas memerintah sejak tahun 1990, sekarang 2012 dah hampir 22 tahun .ape maknanya, 22 tahun , maknaya generasi yg lahir diantara 1985-1990 telah melihat pas sebagai parti yg memerintah yg baik jika dibandikan dgn BN .. PRU13 adalah penentu masa depan BN
Ambiga kalu ngucap 2 kalimah isle juga,kalu dok atas pentas pas panggil muslimat juga.Begitu juga org pas n umno.pada PRU ni cuba try undi BN mana tahu dapat lebuhraya senang puak puak kita juga.kalu tak betul kita tukar pulak.Lani pon gapo hak kita dapat kalu tinggal rukun islam neraka juga kita tak kira undi BN atau Pas.Dulu PAS kata nak buat hudud kita pakat sokong muga nak moleh akidah kita tapi lani supa pas lagi teruk.
N11 YB dia sombong..
Satu analisa yg amat komprehensif dan realistik. InsyaAllah BN akan menang di Kelantan. PRU13 bakal mencatat sejarah sebagai kejayaan terbesar BN. Tahniah Sheih!
juang tetap juang tidak kira menang atau kalah, kerana perjuangan itu yg diangkat menjadi kemenangan hakiki di akhirat, kampung kekal abadi berbanding dunia yg hanya sepagi sepetang dan yg nisbahnya setitik air dari lautan nikmatnya berbanding syurga, tempat kemenangan hakiki itu.
katalah umno manang di kelantan….tapi kalah di federal….tak dapat apa2 juga rayat kelantan , jadi apa sebenarnya yang terbaik…….
yg penting sikap lama perlu di ubah wahai pemimpin2 ku…jgn biarkan rakyat jelek melihatnya..
Tulih la, kato lah gappo pun, Pas akan tetap menang. BN sudah tidak releven lagi di Kelantan.
Noktah!
orang pas macam napi ni junjungan dia nik aziz kitab dia harakah. yang lain dia tak dengar dan tak baca dah. masa dah berubah dia dok khayal macam 2008 ni dah tahun 2012. masa tu negara berkebajikan belum ada, ambiga tak jadi nek guru lagi. ini pru 13 laa. pas dah tak relevan lagi.
apa kata pru 13 nanti orang kelantan jangan bagi pas kalah semua biar lah nik aziz menang di cempaka sebab dia kena jawab di DUN kelantan dan rakyat jelata penyelewengan dia lantik menantu dia ariff fahmi dan anak dia nik abduh bolot kuasa di perbadanan penteri besar, mpkb, beri balak dan tanah di ulu kelantan pada kroni dll. Itu di dunia, dia pecah belahkan umat islam dan fitnah sesama islam biarlah dia jawab di akhirat nanti.
nie sumber dari org umno sendiri…die org ckp die lbh suka umno kalah di kelantan sebab lagi banyak projek dapat kalu umno kalah lagi di kelantan…betul ke pak sheikh
saya sebenarnya tidak percaya dengan keikhlasan orang kelantan kerana orang kelantan terlalu taksub kepada tok guru.
Bila mind set dah tak boleh diubah sangat susah nak yakinkan orang kelantan…Saya tak kesah siapa perintah di Kelantan.. tapi kebajikan rakyat mesti diutamakan…
kawe raso umno kaloh lagi teruk sbb isu royalti minyok……isu ni mesti akn di gunokn lagi waktu pilihanrayo nanti….Umno takdo isu besar nak tangkis isu minyok ni…..
mcmana ada yg kata org umno lbh jslam dr org PAS. pengalaman sy dulu, setiap kali ada majlis anjuran umno. setiap kali lah xda org yg boleh membaca doa. susah sgt nak dpt. klw ada yg nk bacapun sampai tersangkut2.. mcm lekat tulang ikan.. bacaan plk entah ape2.. kelakar2
Saya lagi suka kalau berpakat sesama melayu.. kalau umno hebat dlm pembangunan negara dan pas pula hebat dan lebih arif ttg agama.. x salah bergabung.. pasti Islam dan melayu x kan kalah.. saling bekerja sama..