Pada tahun lepas YB Dato’ Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya. Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan. Saya menulis antara…