Saya bawa dua anak saya ke Dataran Merdeka hari ini bagi membuat liputan perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0. Di akhir perhimpunan itu, mereka faham mengapa masa depan negara tidak boleh ditentukan di jalan raya.
Perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan aman dengan di kawal rapi oleh pihak polis sehinggalah muncul perusuh di kalangan peserta perhimpunan itu yang tanpa sebab melainkan mahukan huru hara telah merempuh kerawat berduri yang memagari Dataran Merdeka.
Pihak Polis terpaksa melepaskan semburan air dan juga gas pemedih mata mengakibatkan peserta yang ikhlas menyuarakan hak demokratik mereka juga terjejas akibat sekumpulan perusuh tersebut.
Masa depan negara memang tidak boleh ditentukan di jalan raya. Sebabnya, terlalu ramai mereka yang bodoh akan mengambil kesempatan untuk menunjukkan kebodohan mereka dan akibatnya huru hara akan berlaku.

Pemandu kereta yang mencatatkan nama Che Gu Bard telah lari tinggalkan kereta ini ditengah jalan bila huru hara berlaku.







salah sheih
tak bersih dan tak aman
undang -undang perhimpunan pun dah ada so agaknya esok ramai yang akan berkunjung ke balai polis.
harta kerajaan yang rosak tu jangan lupa tuntut gantiruginya kepada pihak yang bertangungjawab.
saya yakin ramai rakyat sebagai pembayar cukai yang yang tinggal di seluruh ceruk rantau malaysia ini tentu tak suka harta negara dibuat begitu.
Seperti biasa, alasan yang pertama yang kita akan dengar ialah UMNO upah orang untuk buat kacau. Itulah standard template jawapan pada setiap musibat yang dilakukan oleh puak-puak PR.
Entahlah. Hari ni saya sungguh kecewa dan marah. Marah kerana melihat sekumpulan kecil manusia yang bernafsu buas mahu menjahanamkan negara kita yang tercinta. Kecewa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
macamana malayan union boleh diubah dgn demo jalanan, confius aku.
Saya bersetuju dengan pendapat Sheih sebelum ini agar Bersih 3.0 dibenarkan. Anggap saja ianya sebagai satu perayaan biasa. saya percaya tidak akan ada yang sanggup berdiri 3 jam ditengah panas dalam keadaan yang tidak selesa. Mungkin kita boleh gilirkan kepada pihak-pihak yang berminat untuk buat. Pasti ekonomi akan semakin rancak.
Bersih kali ini tetap dramatik, tetapi tidak menarik seperti sebelum ini kerana tiada Patriot dan Perkasa penambah rencah. Tapi Bersih masih lagi menjadi lagi menjadi anti-momentum buat kerajaan yg sudah berhabis billions thru BR1M dll.
malaysia menuju kehancuran
dude,selamilah hati rakyat,jgn anggap kami tak ada harga diri,lautan umat manusia tak mungkin semuanya jahil..apa sang pencuri ap,saham,tanah,kontrak itu hro dan yg marhain menentang kezaliman itu pengkhianat?dude…harga diri dude…fitnah tu kan makan daging orang…sanggup bela anak duit daging rakyat bro?
Menyalahgunakan “RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN” Rakyat digunakan sebagai benteng manakala pemimpin-pemimpin pembangkang hanya bercakap dan bersantai di rumah sambil beriadah menonton TV. Cita2 politik yang amat jijik dan kotor, menghasut anak2 muda yang tidak mengerti apa2 menyertai demonstrasi, dihasut supaya membenci sedangkan pemimpin2 PR yang akan meraih keuntungan.
ALHAMDULILLAH SYUKUR… ADA DIANTARA MEREKA SUDAH SEDAR AKHIRNYA..
Pengakuan Benar Dari blog penyokong kuat BERSIH mendedahkan anwar dalam video beri arahan rempuh penghadang dataran merdeka.Anwar penyebab rusuhan http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/konspirasi-serangan-dataran-merdeka.html
Kalau dari awal setuju untk ke stadium, ni takkan berlaku.
Kalau di tapak, xda sapa yg buat bodoh rempuh halangan, ni takkan berlaku…
HOT!! BUKTI ANWAR ARAH AZMIN CETUS REMPUHAN DI DATARAN MERDEKA! Baca di sini…
http://apakecoh2.blogspot.com/
AMBIGA TERSENYUM PUAS, LEPAS NI BOLEHLAH RANCANG BERSIH 4.0. MASIH RAMAI MONYET2 BELAAN ANUAR YANG INGIN IKUT SERTA.
Hanya kerajaan Dungu yg tak benarkan org berhimpun.Apa salahnya jika benarkan rakyat guna dataran merdeka sedangkan jika dilarang inilah akibatnya. Tapi polis upahan UMNO telah bertindak membabi buta, ya hari ini kau boleh tendang org,tampar,tumbuk muka kawe,tapi insayallah satu hari nanti jika PR yg memerintah Malaysia masa tu nanti baru kau tahu terhegeh-hegeh bodek pemimpin kami juga. Dasar anjing mmg mcm ni ikut je pemerintaha walaupun melanggar norma kemanusiaan.
Tak mungkin Ambiga akan anjurkan Bersih 4.0 setelah Anwar dan kuncu2nya hijack Bersih 3.0 Sabtu lepas. Kalau ada pun mungkin Pas yang akan anjurkan, itupun kalau Tuan Guru dapat refresh fatwa yang lebih mantop.. Kalau PKR memang takda sambutan. Anwar dan Azmin dah jadi liability, makin ramai meluat dengannya. DAP jauh sama sekali, mereka hanya opportunist cuma tahu jadi batu api aje.
Pendapat saya… terpulang nak terima atau tidak….
1. Pilihan raya yang adil sepatutnya dilaksanakan di negara ini. Semua orang memahami hal ini dengan sebaik mungkin.menuduh pilihan ray tidak adil semudah membuang sampah di tepi parit.Berikan bukti atas setiap tuduhan. Keluarkanlah bukti berlaku dan wujud keadaan yang tidak selaras dengan prinsip keadilan
2. sikap double standard pkr/dap/pas dalam keputusan pilihan raya menjadi suatu rahsia umum. Kalau dia menang dia kata itu kehendak rakyat. Atau rakyat telah bersuara. Dengarlah kehendak rakyat. Kalau bn menang dia kata ada undi hantu. Yang memenangkan bn ialah hantu. Yang memenangkan pakatan ialah rakyat.
3. Hanya rakyat atau pengundi sahaja yang menentukan kemenangan sesebuah parti yang bakal memerintah negara ini.keputusan 100 peratus terletak ditangan pengundi seramai 12 juta ini bukan gerombolan bersih.
4. cubaan mewujudkan suasana tidak tenteram dan kacau bilau di negara ini haruslah ditentang
5. pihak yang menggunakan bersih sebagai satu rali bagi memperlihatkan sokongan terhadap pkr/dap/pas/ambiga dll sewaktu dengannya merupakan satu bentuk penghinaan kepada pengundi yang telah memilih kerajaan pada pilihan raya 2008 yang lalu.
6. jumlah demonstrasi kira-kira 30 atau 40 atau 100 ribu pun tidak boleh diasimilasikan sebagai satu bentuk sokongan massa terhadap pihak dap/pkr/pas/ambiga.
7. pembentukan sesebuah kerajaan haruslah dengan restu rakyat/pengundi bukan para pendemonstrasi
8. bilangan demostrasi waima bersih 4, bersih 5, bersih 6,7,8,9,10 atau 20 sekalipun bukan satu lesen meruntuhkan kerajaan sedia ada yang masih sah hingga pilihanraya dijalankan .
9. berjuang melalui pilihan raya dan peti undi merupakan saluran utama ke arah ingin menjadi sebuah kerajaan yang memerintah di negara ini
10. rali bersifat aman tidak pernah berlaku di negara ini selagi pesertanya ialah ahli pkr/pas/dap dan ambiga