Apakah kejayaan cemerlang bolasepak tanah air sejak presiden sekarang sekian lama memegang jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)?
Lama sungguh presiden sekarang menjadi presiden sehingga ada generasi peminat bolasepak tanahair tidak pernah kenal presiden FAM yang lain. Sekurang-kurangnya generasi seperti saya kenal juga Tan Sri Hamzah Abu Samah dan ingat juga kejayaan FAM melahirkan kesebelasan utama pasukan bolasepak Malaysia di dalam serba kekurangan tetapi dengan kejayaan-kejayaan cemerlang?
Berapa kalikah pasukan bolasepak kebangsaan berjaya beraksi di Sukan Olimpik sejak dibawah presiden sekarang?
Apakah gol usang ini lebih banyak mencipta kenangan manis kepada peminat bola dari kepimpinan FAM sekarang?
Mungkin ada mahu berkata bahawa di bawah presiden sekarang, FAM berjaya membawa liga bolasepak Malaysia ke peringkat profesional. Apakah hasilnya sejak liga bolasepak Malaysia mencecah ke tahap profesional? Hasil yang saya boleh ingat ialah meningkatnya rasuah dikalangan pemain dan pegawai. Sehingga pada satu ketika semua pemain bolasepak ternama negara layak mewakili pasukan Penjara Malaysia dan tidak ramai juga yang masih boleh mewakili kelab rekreasi bekas banduan Malaysia.
Ada juga yang mahu berkata bahawa kepimpinan FAM sekarang berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan kepimpinannya disegani dunia. Apa hasilnya kepada mutu bolasepak Malaysia? Langsung tidak ada pun.
Sejak hampir tiga puluh tahun kebelakangan ini, seingat saya sering lahir barisan kepimpinan bolasepak negeri yang berjaya membawa pasukan negeri-negeri berkenaan dari sebuah pasukan belasahan kepada pasukan yang mencipta gelombang luar biasa.
Saya masih ingat bagaimana dibawah kepimpinan Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, bila musim bolasepak, hampir semua tiang di Bandar Alor Setar bertukar warna kepada hijau kuning. Allahyarham yang memimpin pasukan Bolasepak Kedah berjaya membawa pasukan bolasepak Kedah ke persada kebanggaan bolasepak tanahair.
Ramai juga tidak lupa dengan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bila pasukan bolasepak Perak dibawah kepimpinannya menjadi pasukan yang paling lincah hingga beberapa kali Stadium Merdeka digegarkan dengan teriakan ‘kejor yeop kejor’ bukan sahaja oleh anak-anak Kedah, tetapi juga oleh anak Kelantan seperti saya yang tertarik dengan barisan ‘Kinta Express’ yang amat lincah ketika itu.
Apakah yang terjadi kepada mereka selepas itu? Raja Ahmad Zainuddin digantung tiga tahun pada 1991. Allahyarham Ahmad Basri pula terpaksa menjalani pergantunggan sebanyak 2 pusingan, iaitu selama 4 tahun pada 2001 dan setahun pada 2006.
Apakah persamaan dua tokoh ini dengan Tan Sri Annuar Musa? Banyak. Apakah persamaan Tan Sri Annuar Musa dan dua tokoh sebelumnya dengan presiden FAM dari segi kejayaan? Tepuk dada tanya selera.
Setelah Raja Ahmad Zainuddin dan Ahmad Basri dikorbankan kerana kesalahan mengkritik FAM, apakah kejayaan yang dicapai oleh FAM? Presiden FAM mungkin boleh melaporkan kepada rakyat apakah kejayaan terhadap mutu bolasepak kebangsaan sejak pengkritik kepada FAM dihapuskan?
Tan Sri Annuar Musa mungkin mendakwa ada pihak cuba meracun presiden untuk mengambil tindakan terhadapnya. Raja Ahmad dan Ahmad Basri pula mungkin sebenarnya menerima nasib malang kerana membela pihak yang perlu dibela. Ini membawa kita kepada peristiwa zaman istana Melaka dahulukala.
Hang Tuah didakwa difitnah tetapi akur dengan keputusan itu. Hang Jebat pula bangkit kerana membela ketidakadilan dan tindakan membabi buta tahta Melaka. Apapun watak mereka, Hang Tuah atau Hang Jebat, yang penting kita semua tahu kesudahannya. Kita tahu apa terjadi kepada Tamadun Melaka ketika itu. Kita juga tahu dimana puncanya.
Sudah masanya kita berdepan dengan masalah sebenar. Sudah masanya kita sebagai peminat sukan bolasepak, sebuah sukan rakyat perlu lebih prihatin menyelesaikan masalah ini. Kita tidak bercakap mengenai sukan Polo atau lain-lain sukan elitis. Bolasepak adalah sukan rakyat.
Ini bukan soal masa depan Tan Sri Annuar Musa dan bukan pula sekadar soal masa depan bolasepak negeri-negeri yang tiba-tiba bangkit menjadi juara. Ini soal nasional. Tanya diri kita peminat sukan rakyat ini apakah KPI presiden yang sudah berzaman memerintah persatuan bolasepak kita ini.
Mutu bolasepak negara kita sedang meningkat naik sejak Sultan Ahmad Shah & anakandanya mengambil alih pengurusan bolasepak negara. Setiap tahun menaiki tangga yang teratas & tidak pernah menurun. Tuanku Sultan teruskan memimpin bolasepak ke arah merudum. Skuad Barcelona, Skuad Harimau, Skuad Olimpic dan bermacam2 lagi skuad yang akan diwujudkan namun tiada satu yang pernah berjaya. Yang berjaya ditingkatkan adalah rasuah di kalangan pemain dan pemimpin pasukan.
Sultan dan anakandanya perlu berundur untuk menyelamatkan bolasepak negara, berikan peluang kepada golongan professional yang tahu selok belok pengurusan bolasepak. Sultan & anakanda hanya perlu sponsor utk dapatkan nama, tak perlu memimpin kerana ini akan menjatuhkan maruah sebagai SULTAN.
Kita tidak sanggup lagi menunggu 30 tahun lagi utk melihat mutu bolsepak kita merudum.
Zaman Tunku Rahman : Malaysia Cemerlang
Zaman Tan Sri Hamzah : Malaysia Gemilang
Zaman Sultan Ahmad Shah : Malaysia Membilang ( ranking yang makin merudum…..)
Adakah Annuar Musa pun langsung tidak bersalah atau dipertanggungjawabkan diatas prestasi FAM?Beranilah berkata benar.
Berikan satu nama yg boleh diangkat menjadi Presiden. Mudah juga kita lupa skuad negara di bwh kepimpinan Tuanku, FAM dan kejurulatihan jugalah yg berjaya membawa kembali peminat utk dtg ke Stadium Bkt. Jalil. Lupakah kita pada kewujudan pasukan Harimau Muda? Lupakah kita pembiayaan peribadi Tuanku ketika skuad ini menimba ilmu di Slovakia. Biarpun sebentar, hasilnya? Indonesia kita tawan. Jgn lupakan hubungan baik yg diwujudkan dgn FIFA.
Kecermerlangan bolasepak negara patut bermula dari akar umbi, FA negeri. Mantapkan pengurusan peringkat awal ini dahulu spt yg dibuat oleh Perak, KL dan Kedah dahulu. Jika akar dah kuat, pemain berkaliber barangkali boleh dipetik begitu sahaja.
Dlm hal ni kita tunggu dulu pembelaan Timbalan Presiden. Jgn kita jatuhkan hukum. Tugas Timbalan hampir sama berat dgn Presiden. Timbalan juga antara yg arif berkaitan tata-laku dlm FAM. Kita doakan semua berakhir aman. Sy pasti, Tuanku tak perlu dipaksa berundur. Tuanku akan berundur tiba masanya. Bolasepak negara tugas kita semua..pencinta bolasepak tanahair.
Terima kasih
bolasepak nie bukan sahaja dipandang pada orng yg
ada kepentingan shja,ada baiknya sorotan dan perjalanan fam di kekalkan pasal apa ada jgk kejayaan yg di lakarkan semasa dulu dan sekarang..kita wajib hormat pada ketua nya disamping mengakui bahawa anuar musa tlh berjaya membawa kelantan melalui satu fanomena luarbiasa bgi negeri kelantan..sejajar dgn terengganu,pahang.Tapi itu lah salah salur pada media komen yg mungkin akan menjatuhkan moral pemain kebangsaan bgi aff akan datang tlh menunjukkan bahawa anuar musa tlh buat silap besar..isu rumahtangga dia pun nk di keber pada umum..apa lah orng mcm nie lemahkan semangat pemain.
Sejarah telah membuktikan hanya ahli politik sahaja bole memajukan sukan bolasepak seperti Tunku Abdul Rahman. Dan kini pewaris kepimpinan sudah ada.
Tan Sri Annuar Musa adalah bekas menteri belia dan sukan. Beliau juga adalah orang kerajaan. Beliau terbukti berjaya menaikkan pasukan Kelantan selaku gergasi bola sepak Msia yg digeruni. Beliau layak dianggap arkitek pembngunan bolsepk .
Presiden FAM adalah org yg sama sejak puluhan tahun yg lalu. Kejayaan tidak ada yg bole dibanggakan. Sekadar peringkat Asia Tenggara tu adalah. Olimpik pun x pernah layak di bwh presiden skrg.
Apakah wajar jwtn presiden dan timblan presiden anak beranak? Bukankah ini nepotisme namanya?
Apakah wajar presiden org yg sama sejak puluhan tahun lalu?
Apakah tindakan yg bakal diambil terhadap Tan Sri Annuar Musa dilakukan atas niat tersembunyi?
Apakah tujuan tindakan itu? Apakah ada pihak2 tertentu cuba mehapuskan karier TASM? Atau bertujuan menghancurkan bolasepak negeri Kelantan yg semakin berkembang maju?
Apakah ia juga kerana dengki atau irihati krn org Kelantan berjaya membangunkan bolasepak di sebuah negeri pembangkang menjadi satu kuasa yg digeruni dalam arena bola Msia?
Apakah org yg melakukan ini adalah org Selangor? Diketahui umum bahawa Selangor kurang selesa malah sukar menerima kejayaan kelantan bukan sebab bolasepak semata-mata tetapi kebijaksanaan org Kltn dlm pelbagai bidang.
Apakah reaksi seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia amnya berkenaan isu ini?
Salam,
Sebagai seorang timbalan presiden FAM, Tan Sri Anuar Musa seharusnya faham peraturan yang telah ditetapkan. Isunya sekarang beliau dituduh melanggar peraturan – kritik pasukan negara. Saya pun anggap peraturan sebegini tak baik untuk pembangunan bola sepak. Tapi, kalau Tan Sri Anuar Musa tak setuju dengan peraturan ini, kenalah bawak ke dalam mesyuarat FAM, bukan sesuka hati melanggar peraturan ni….
Bila kenangkan kes Peter Butler, tersenyum pulak..
nak bawak dalam mesyuarat FAM?..ko pernah hadiri mesyuarat bersama RAja@Sultan..ko ingat ko boleh kritik atau membantah ke dalam tu?. Lagipun kalau isu kelemahan dibangkitkan TSAM dalam meeting tu tentu sekali akan ditutup.Kalau buruk pun dikatakan baik. cakap biar ada asas abg lancini oii…
Jadi je lah presiden sampai akhir hayat tuanku..patek tak kisahh…
dok wo wa wo wa tak dok guno. setiap org kena buat la sesuatu. kalu buat sikit sorg pun tok apo doh. dok gege saja pah kiamat pun x berubah apa (berubah pun ranking la, koho jatuh)
Dalam persatuan bolasepak memang ada peraturan,saya melihat kenyataan Tan sri anuar bukan satu kritikan yg pedas,Tapi kenyataan Presiden tehadap anuar sebelum keputusan jemaah tatatertib itu apa,
Sepatutnya dalam dunia bolasepak sekarang sesiapa saja boleh memberi pandangan.Begitu juga dgn jawatan jikalau gagal berhenti saja.Pihak KBS perlu merencanakan tranfomasi bolasepak negara.Sayang bolasepak negara baru saja bangkit jgnlah ia sepi semula .
Dgn ketiadaan anuar semoga bolasepak negara terus maju.
Syabas tsam kerana dapat beli pemain handal dari pelbagai negeri dan negara main untuk red warriors. samping tu dia tubuh akademi untuk cari bakat di kelantan. ketua jurulatih pun hebat. sathia, karatu, pet butler dan sekarang bojan. penaja pun suka happy, yusmira, alhambra, nike, adidas dll. Di kota bharu, bila main bola politik dok tepi, mb, exco, orang pas, dato pa, awang adek, orang umno bahkan sultan semua pakai baju merah bila time bola. ramai orang dapat sara keluarga jual jersey, accesories ada lambang red warriors, jual cendol, keropok dan lain2. Orang yg suka bola sepak memang kuat mengkritik dan gaduh. kalau sesiapa di stadium kota bharu, kelantan menang rioh rendah sorak dan puji, tapi kalau kalah rioh rendah boo dan keji cacian dihemburkan kepada jurulatih, pemain2 dan tsam sendiri, tapi stadium tetap penuh. Peminat2 ini lah yg mengikat perut untuk beli tiket masuk stadium, tiket bas malah tiket air asia untuk ke serata tanah air tengok bola. Orang2 ini lah yang bergaduh di stadium malah ada yg cedera kerana cintakan pasukannya dan bolasepak. Memang itulah sikap peminat bolasepak, mengkritik dan bergaduh hirok pikok kemudian back to normal. Pondan, lembik dan penakut tidak akan bayar tiket untuk memenuhi stadium macam mereka ini. Di mana2 di atas dunia ini sama sahaja. Mereka inilah yang boleh menaik bola sepak. contohnya Sir Alex Furguson kaki kritik FA dan bergaduh dgn pemain dan peminat, kalau FAM tidak suka dikritik, tukar saja nama kpd POYTSDK.
bagi lagi peluang untuk tsam meneruskan perjuangannya
Kepada saudara Azmie Tan, yang menarik peminat ke stadium bukan usaha FAM tapi sebaliknya usaha TSAM yang menaikkan kembali aura bola sepak melalui pasukan Kelantan. Dulu mana ada siaran langsung, kalau ada siaran tertunda mahupun perlawanan akhir FA atau Piala Malaysia.
Revolusi yang dilakukan oleh TSAM inilah yang menarik peminat pasukan lain untuk turun ke stadium. Masing-masing makin ghairah menyokong pasukan negeri masing-masing dan juga sokongan terhadap pasukan bola sepak malaysia amnya meningkat.
Hamba yakin dan percaya sekiranya Tuanku berbesar hai untuk mengundur diri, maka ini adalah satu keputusan yang baik. Berilah peluang kepada generasi yang lebih muda untuk memimpin FAM dengan idea-idea yang baru. Takkanlah dari 28 juta penduduk Malaysia, tiada seorang pun dapat mengganti Tuanku bak kata Azmie Tan.
Rakyat sudah bersuara..Apalagi.
hahaha…..dalam artikel kali ini termasuk ruangan komennya membuktikan satu perkara je…sifat kenegerian org kelantan…sampai org selangor pun dikatakan jeles…wahhh…sedapnya mulut berbicara…..
xpa laa…sedangkan mb kelantan sekarang pun kata dia tak bangga jadi melayu…sbb islam itu tiada sempadan….jadi buat apa org kelantan nak bersifat kenegerian……..ALLAH dan malaikat kubur tak tanya pun korang dari negeri mana….?????????????????????????????????????????????????????????
saya anak selangor dan anak selangor percaya bumi ini milik ALLAH…tak kisah lah kelantan ke bangla ke pakistan ke india ke cina ke…asalkan islam kami redha sapa2 pun tinggal dan mencari rezeki disini….
kali ini annuar musa …walaupun saya tak setuju..,.tapi sikap org kelantan membelangkan sultan pahang tapi mendewakan sultan kelantan yang mengenepikan ayahandanya dan ibundanya amat mengecewakaan sekali….
beginilah…pendapat jujur saya sememangnya sultan pahang selaku presiden fam ada salahnya….dia manusia bukan nik aziz yg maksum…malahan dibawahnya bola sepak malaysia tidak segar dan saya percaya hanya orang sukan sahaja dan bukan org politik boleh majukan bola malaysia….negara bolasepak dunia punya peraturan ketat agar tiada politik masuk campur…malaysia siap jemput dan diangkat hero…;pooodahhhh….
tapi….percaya bukan fakta….faktanya..nak majukan bolasepak ada tiga kaedah sahaja
1.duit 2. duit dan yang ke 3.duit….presiden akan datang boleh ke adakan duit??????????
1. duit………….dulu rokok taja mmg gemilang bola…duit banyak pemain pun manusia nak kaya dan mewah juga….tapi sesuai dengn WHO rokok dilarang taja….tapi EPL masih pakai carlsberg dan tiger…alaaaa……bagi je la diorang taja…kalau kita tak bagi carlsberg and tiger taja pun…ingat anak2 melayu kelantan selangor pahang tak minum arak????????????nak realiti dan berubah ikut dunia internet…ubah ini dulu…terima arak sbg penaja utama….-bersediakah org islam esp mendidik anak membezakan kaca dan berlian?????
2.duit…………semua org tahu matematik 1+1 = 2……pun kita tahu guit akan gerakkan semua dari eprsatuan, aktiviti, gaji pengurus, pemain dan lain-lain……so ingat duit nie jatuh dari langit…….tidak….EPL sendiri suffer untuk majukan bola dan kini mengubah permainan bola menjadi entertainment unlike spain argentina brasil, berjayakah england di piala dunia..sampah…..semuanya gara2 nak tarik ramai org ke stadium dan penajaan iklan sedangkan kualiti dibelakangkan……..justeru masalah sama berlaku di malaysia….PEMINAT….kalau peminat penuhkan stadium…..iklan tajaan pun masuk…so salah sapa PEMINAT taknak ke stadium….sebelum salahkan permainan, pemain,FAM dan sultan ahmad shah sendiri….salahkan diri…berapa kali kita ke stadium tahun ini??????????kalau kia bayar astro rm 15 untuk channel sukan…bersediakah kita bayar astro rm10 untuk channel sukan malaysia??????????????????????????????????????sesen pun kita taknak kan…sbb apa…sbb kita tidak bersifat kebangsaan dan patriotik..kita bersifat kekelantanan sahaja…… dan ada pula yang bersifat lebih pelik…sokong liverpool arsenal mu…tapi live bola malaysia taknak tgk….so ingat stesen tv nak tayngkan ke…akai pakai sikit….
3. duit…….duit yg ini pelik…tepuk dada tanya selera…dari 20-100 pembaca disini termasuk saudara kick sendiri….kamu semua nak didik anak jadi apa…..doktor….lawyer…pegawai kerajaan…….sbb apa..mewah…gaji banyak…duit terjamin…..cuba anda pertaruhkan anak anda dan didik dia jadi pemain bola sepak….xnak…takut….100000001 alasan…..kesimpulan nya..anda sendiri taknak anak anda jadi pemain bola sepak sbb takder masa depan….so sapa yang nak anak dia jadi pemain bola???????????????maka jadilah pemain bola yg ada diatas padang ini kebanyakan menjadikan bola sbg kareer no 2…kareer backup kot2 spm terkandas……….jadi pemain bola malaysia semuanya iq ada kurang berlainan dengan omputih spt david james-doktor gigi…..
ini sukan rakyat….betul..maka rakyat lah harus merakyatkan sukan ini….jadikan anak anda sendiri pemain bola…jgn salahkan org lain..kalau 2,000,000 ibu bapa wakilakn seorang anak mereka jadi pemain bola…saya pk duit penajaan bukan masalah…nie kalau kita ada kompeni besar duit besar pun kita nak taja akademi bola yg free sedangkan permintaan kurang?????????????
justeru…baru terkena annuar musa berdarah kelantan…isu ini dah dijadikan kenegerian……ini isu kebangsaaan……isu ini seharusnya ditangani bersama….mulakan langkah anda ke stadium……tonton live malaysia walaupun masanya sama dengn epl….kalau x…tutup mulut je kerana sumbangan anda pada bola negara adalah 0000000000000000000 dan anda juga merosakkan bola negara sebanyak 1000000 …sekian……….
kepada deep dahnill,
Anda bercakap seolah2 andi ni bijak,rupanya anda ni sedang telanjangkan diri sendiri..bodohnya anda ni..dok diam2 kat rumah ajelah.x payah nk bg pendapat kalau sekadar pendapat budak yang baru belajar berjalan!!!!!!
alahai deep dahnill…
ko ni kenape?… awat tak bace betul2?… skang ni isu sultan @ presiden bola
bukan nak menderhake kat die… kenape bile mintak die turun dari kerusi fam, rakyat di anggap menderhaka?.. ini isunye
mmg zaman arwah dato basri “scene” bolasepak Malaysia mmg meriah… ko merase tak?.. jgn nak salahkan peminat atau penyokong bila stadium tak penuh..
sampai sekarang masih mengharap akan terbocor minit mesyuarat agung FAM kat internet.. so kite boleh tahu ape yg diorg bincangkan