Apakah kejayaan cemerlang bolasepak tanah air sejak presiden sekarang sekian lama memegang jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)? Lama sungguh presiden sekarang menjadi presiden sehingga ada generasi peminat bolasepak tanahair tidak pernah kenal presiden FAM yang lain. Sekurang-kurangnya generasi seperti saya kenal juga Tan Sri Hamzah Abu Samah dan ingat juga kejayaan FAM melahirkan kesebelasan utama pasukan bolasepak Malaysia di dalam serba kekurangan tetapi dengan kejayaan-kejayaan cemerlang? Berapa kalikah pasukan bolasepak kebangsaan berjaya beraksi di Sukan Olimpik sejak dibawah presiden sekarang? Apakah gol usang ini lebih banyak mencipta kenangan manis kepada peminat bola dari kepimpinan FAM sekarang? Mungkin ada mahu berkata bahawa di bawah presiden sekarang, FAM berjaya membawa liga bolasepak Malaysia ke peringkat profesional. Apakah hasilnya sejak liga bolasepak Malaysia mencecah ke tahap…