Jika Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) akan di adakan pada tempoh cuti sekolah pertengahan tahun maka kita tidak dapat lari dari 3 hujung minggu. Hujung minggu itu tersebut ialah pada 26-27 Mei 2012, 2-3 Jun 2012 dan 9-10 Jun 2012. Maka seandainya salah satu tarikh tersebut mungkin menjadi tarikh untuk rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi maka April adalah bulan bila Dewan Rakyat akan dibubarkan.
Persidangan Dewan Rakyat sekarang juga akan berakhir pada bulan April. DYMM Yang DiPertuan Agung juga akan ditabalkan pada bulan April. Apakah Dewan Rakyat akan dibubarkan selepas itu?
Terdapat lima isu yang dikatakan perlu diselesaikan oleh Barisan Nasional sebelum ia boleh berdepan dengan PRU 13. Lima isu itu ialah melibatkan Felda, Lynas, NFC, MAS-AIRASIA dan skim gaji baru kakitangan awam. Persoalannya setakat mana lagi isu ini perlu diselesaikan?
Jika diharapkan isu ini selesai, ia mungkin berlarutan sehingga tamat tempoh Dewan Rakyat yang ada sekarang. Isu ini tidak akan dianggap selesai selagi ada pembangkang, selagi terbit matahari dan ada bulan dan bintang. Hanya dengan ketiadaan salah satu dari yang disebut tadi barulah rakyat Malaysia mampu mengalih fokus dari isu-isu membobrokkan Kerajaan Persekutuan.
Seandainya PRU13 tidak diadakan pada bulan Jun 2012, maka tempoh lain yang sesuai ialah membubarkan Dewan Rakyat selepas Hari Raya Aidil Fitri dan memanggil PRU 13 sebelum musim Haji. Parlimen dijadual bersidang semula pada 24 September hingga 27 November yang akan melibatkan pembentangan bajet. Kemungkinan membubarkan Dewan Rakyat sebelum bajet diluluskan mempunyai implikasi yang kurang elok terhadap sebarang niat Kerajaan di dalam bajet 2013.
Selepas itu, Dewan Rakyat hanya ada 6 bulan sebelum ianya terbubar dengan sendiri. Tidak pasti Barisan Nasional mahu berdepan dengan tekanan sedemikian.
Bila pun tarikhnya, kita amat mengharapkan Perdana Menteri hari ini tidak akan mempersendakan rakyat seperti Abdullah Ahmad Badawi. Menafikan hari ini dan esoknya Dewan Rakyat dibubarkan. Dewan tersebut dipanggil Dewan Rakyat kerana ia adalah milik rakyat dan bukan milik Perdana Menteri.
Selamat menujum masa depan negara.
Memang hak PM untuk membubarkan Dewan Rakyat kerana ia Perdana Menteri.Dan sesuatu yang agak merumitkan pentadbirannya jika lima isu ini tidak dpat dirungkaikan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.Apapun aku harap penasihat penasihatnya akan bertindak bijaksana untuk memberikan gambaran realiti sebenarnya.Jangan PM tersilap langkah seperti Tun Abdullah Badawi yang banyak membuat keputusan berdasarkan emosi orang orang kepercayaannya.PM perlu masa yang lebih panjang untuk merungkaikan lima isu diatas dicampurkan dengan isu isu yang terbaru yang bakal dicipta reka oleh pembangkang dan juga musuh musuh dalam selimut.Aku amat berkeyakinan bahawasanya pembubaran dewan rakyat tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.Sebaik mungkin penasihat penasihat nya akan mencadangkan plan B pada PM yakni biar pembubaran dewan rakyat berlaku hingga hari terakhir.Kaluu tidak pembubaran akan berlaku pada bulan November dan pengundi pengundi boleh mengundi pertengahan Disember.You wanna put a bet on this sheikh!
please listen to TDM. insyaallah ok.