Skip to content

Ops Raba ‘Bersama’ Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS

Baru-baru Agen Johnson di pelawa oleh Bro Torpedo untuk menyiasat aktiviti maksiat di DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yacob.

Dato’ Haji Ahmad Yacob juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Kelantan selain Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat.

DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya. Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.

Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.

Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan.

Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Beberapa hari lepas Nik Aziz berkata, jika BN berjaya menawan Negeri Kelantan di dalam PRU ke 13 kelak, akan membiaklah riba dan judi di Kelantan.

Bagaimana pula di bawah pentadbiran Nik Aziz sendiri? Apakah kerana BN berjaya menjadi Pembangkang di Kelantan selama lebih 21 tahun menyebabkan kegagalan Nik Aziz membanteras judi dan maksiat di Kelantan?

Atau, seperti biasa, penyokong PAS akan berkata, apa peliknya, sudah lebih 1433 tahun Islam mendiami Mekah, ‘tapi di Mekah pun ada maksiat juga!’

Saya yakin PAS akan lebih mampu menentang maksiat dan kemungkaran di Kelantan jika mereka pula menjadi pembangkang. Kerana pemimpin dan penyokong mereka tidak akan terleka dengan kesibukan mencari hutan baru untuk ditebang balaknya selain sibuk mencari isteri baru dan kereta Mercedes.

20 Comments Post a comment
  1. Ahmed Bahjan #

    Lately you’re slowing down, syeikh. Please update a bit more often for your avid readers.

    February 23, 2012
  2. Kelate mmg dari dulu popular dgn disko. Tapi setelah PAS mengambil alih, perkara tersebut telah dibendung dan pada hari ini ia mula menular kembali. SALAH SIAPA ? Pemerintah cuba menghapuskan segala bentuk jenis judi dan aktiviti kemaksiatan. Tetapi masih ada ore kelate sendiri yang bodoh lagi dungu hanya pandai bermain kata-kata manis di bibir dengan menyalahkan kerajaan Negeri tetapi diri sendiri tidak mampu berbuat apa-apa. Adakah mereka yang petah berkata-kata itu cuba membuat satu pasukan untuk membanteras @ dirinya sendiri adaah seorang penakut yang hanya pandai berkata-kata.

    Jangan salahkan Islam jika maksiat masih berleluasa walaupun islam memerintah, ini berikutan terdapat berjuta umat islam yang bodoh menyalahkan pemerintahan cara islam dimana mereka sendiri tidak memahami pemerintahan bagaimana harus ditegakkan. Mereka inilah lebih bodoh daripada orang yang tidak tahu apa-apa berkenaan ekonomi, financial dan pemerintahan.

    Manusia akan menjadi bodoh apabila nafsu duit menghantui diri. Sebab itu, perkara utama yahudi untuk mengawal seluruh manusia di dunia adalah dengan cara mengawal kewangan dunia. Kerana mereka tahu, manusia menjadi bodoh bila bercakap soal duit. Hinggakan orang islam sendiri menjadi dungu bila disabitkan dengan duit. Itulah kebodohan umat islam sekarang.

    Maaf jika terdapat kekasaran dalam perkataan. Generasiku generasi ke 21.

    TheStoryOfLusA
    http://faizfakhirin.blogspot.com

    February 23, 2012
  3. aloya #

    Tiada bagusnya PAS sebagai pemerintah, berkokok kuat tetapi ekornya bergelumang tahi..Acu test sepenggal, TUKAR!

    February 23, 2012
  4. Kelantan bershit 22 Tahun Bersama Pemimpin Islam PAS

    February 23, 2012
  5. Salam..

    Untuk makluman, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Kolokium Sejarah Malaysia pada waktu/tarikh/tempat berikut;

    Tarikh – 25 Februari 2012 (Sabtu)

    Waktu – 8.30 pagi – 4.30 petang

    Tempat – Panggung Eksperimen, Universiti Malaya Kuala Lumpur

    Tujuan kolokium ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan maklumat sebenar fakta-fakta yang cuba dipesongkan oleh sesetengah pihak, kononnya gerakan Komunis turut memperjuangkan kemerdekaan di tanahair, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    Sekian, terima kasih.

    Hesmel Faznee Faisal
    Bahagian Pengurusan Acara,
    Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
    MALAYSIA

    February 23, 2012
  6. Wakafstani #

    Sheikh,

    This is quite a big issue. But, do you have a bigger one that resonates into the veins of Kelantaneses?

    February 23, 2012
  7. pokjik #

    Jangan nak tuduh pas je, cuba tgk kat negeri umno jaga – ambo tolong jwb pagi pihak org pas. Dan ambo nak jwb balik kpd org pas ni “kalu gitu gak, apa bezanya pas dan umno?”

    Kalu takdop bezo gak, sama je lah nak pakoh sapa2 pun

    February 23, 2012
  8. anti bohmau (separuh klate) #

    kesian orang kelantan!! budak faiz tu dah bodohkan mrk!! jika maksiat berlaku di negeri2 lain, kerajaan BN disalahkan sepenuhnya tp maksiat yg berlaku di kelantan, faiz salahkan orang kelantan semata2 sbb bodoh tak tahu gapow satu!! baca balik apa kata faiz:

    “Pemerintah cuba menghapuskan segala bentuk jenis judi dan aktiviti kemaksiatan. Tetapi masih ada ore kelate sendiri yang bodoh lagi dungu hanya pandai bermain kata-kata manis di bibir dengan menyalahkan kerajaan Negeri tetapi diri sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.”

    kalau hal ini berlaku di negeri2 lain, maka kerajaan BN la yg salah, umno yg salah kononnya tidak berbuat apa2 bila berlaku di kelantan, orang kelantan sendiri yg salah pulak. pemimpin2nya seolah2 maksum!!

    memang sedap menyalahkan kerajaan BN selama ni walaupun kegiatan maksiat, jenayah & rasuah sebenarnya sentiasa dibendung oleh kerajaan negara kita. sebagai orang Islam kita diberi hak sepenuhnya utk mengamalkan agama kita yg suci, jd tidak timbul soal Islam di persalahkan spt kata faiz:

    “Jangan salahkan Islam jika maksiat masih berleluasa walaupun islam memerintah, ini berikutan terdapat berjuta umat islam yang bodoh menyalahkan pemerintahan cara islam dimana mereka sendiri tidak memahami pemerintahan bagaimana harus ditegakkan. Mereka inilah lebih bodoh daripada orang yang tidak tahu apa-apa berkenaan ekonomi, financial dan pemerintahan”.

    di kelantan, Islam tidak memerintah tp orang2 yg gunakan nama islam yg memerintah!! kerajaan negeri bwh pas cuba menunjukkan mrk memerintah secara islam tp sayangnya semakin hari semakin hebat maksiat berleluasa. paling memeranjatkan kegiatan maksiat berlaku dlm kawasan pentadbiran MB sendiri. terdapat aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. rujuk sini: http://kickdefella.net/2011/10/31/bukti-pelacuran-terus-pesat-di-kota-bharu-ops-johnson-ii/

    mengapa kerajaan MB kelantan tidak boleh dipersalahkan? kenapa kerajaan BN terus dipersalahkan? double standard sungguh!!

    tidak ada sesiapa pun yg menyalahkan islam bila berlaku sesuatu maksiat tp mengapa kerajaan yg mengambil nama Islam tidak mampu memperbaiki keadaan tp terus menyalahkan pihak lain terutamanya umno & BN? kemana perginya cakap2 nak tegakkan Islam sepenuhnya sekiranya berkuasa krn dah lama negeri ni ditadbir oleh kerajaan pas? dah lama sgt dah…20 thn lebih!!!

    jgnlah salahkan pihak lain jika kerajaan negeri gagal membendung maksiat yg berlaku dlm negeri sendiri. jika tak jujur, amanah & fathonah spt akhlak Rasulullah yg tok guru selalu kata dia ikut, buatlah seperti yg digebang2kan! jgn menunding jari kpd pihak lain terutama kpd rakyat yg dungu!! yg dungu wajib ditegur ajar sebenarnya mengikut ajaran islam, bukannya dibiarkan bodoh berterusan…mana orang kelantan ni? gi cari faiz nih!!

    February 24, 2012
  9. Faizal #

    Hahaha…dekat umoh ambo ni..guling duo kali sapa slaluh

    February 24, 2012
  10. anti bohmau : Terima Kasih atas komen saudara..ambo ore kelate, ambo tahu gapo jadi negeri ambo..kalu nok copy paste ayat n explain, sila copy sepenuhnya…ambo tidak taksub pado mano2 parti politik. Tapi gapo ambo oyak, kebodohan ore hok komen pasal setiap pemerintahan islam cuba ditegakkan.

    Kalu PAS xbagus n pemimpin PAS xbagus..rakyat kelate ado hok nok tukar..Tu terpulang pada individu..Tapi kalu isu maksiat, gapo ore sekeliling buat?. Menunggu pemimpin amik tindakan jah. ambo copy ayat hok demo tertinggal nok copy.

    “Pemerintah cuba menghapuskan segala bentuk jenis judi dan aktiviti kemaksiatan. Tetapi masih ada ore kelate sendiri yang bodoh lagi dungu hanya pandai bermain kata-kata manis di bibir dengan menyalahkan kerajaan Negeri tetapi diri sendiri tidak mampu berbuat apa-apa. Adakah mereka yang petah berkata-kata itu cuba membuat satu pasukan untuk membanteras @ dirinya sendiri adaah seorang penakut yang hanya pandai berkata-kata.”

    Ayat ngujung ambo ado royak, bakpo xdok pasukan khas hok ditubuhkn oleh ore hok panda komen ni sajo g banteras..Tunjuk pado semo, igak tokey2 besar..Ambo xdok sebut salahkan BN, ambo setuju demo kato kerajae buat mcm2 untuk banteras maksiat n pelbagai isu salah di sisi islam.. ambo pejelas doh maksud secara umum. ore islam hok bodo loni..kecek sajo reti..nok banteras jadi penakut. ambo komen secara masalah overall, xdok memihok pado mano2 parti.

    “tidak ada sesiapa pun yg menyalahkan islam bila berlaku sesuatu maksiat tp mengapa kerajaan yg mengambil nama Islam tidak mampu memperbaiki keadaan tp terus menyalahkan pihak lain terutamanya umno & BN? kemana perginya cakap2 nak tegakkan Islam sepenuhnya sekiranya berkuasa krn dah lama negeri ni ditadbir oleh kerajaan pas? dah lama sgt dah…20 thn lebih!!! ”

    gapo kawe tengok, demo explain dari sudut politik semata2. bukan sudut nk membanteras. demo baco molek ayat kawe, demo pehe molek ayat demo. Untuk pengetahuan demo, kawe orang Kg Sireh..Dekak bedooh ngn Jalan Hamzah..Kawe tahu gapo jadi tmpt kawe..Paka la ID hok buleh kenal..Jange duk paka ID nyamar kalu nok debat. Nok cari g la kawasan Jalan Hamzah, KG Sireh, Jalan Zainal Abidin, Pade Bas..Tu area kawe duk main belako tuh.

    February 24, 2012
  11. Nik Abduh #

    Penguarkuasaan longgar syed.
    Kena ketuk dulu baru gerak. Tu pun puah paksa.

    February 25, 2012
  12. namron #

    saya lihat statement sdr faiz ada nampak kebenarannya dan buleh kita pakai buat rujukan…..saya org luar yang sudah duduk di kelantan 30 tahun dan berkeluarga disini…selama tempoh tersebut boleh dikira saya sebagai pemastautin tetap dan 6 kali mengundi dikelantan. Kegiatan Maksiat di Jln Hamzah wujud sejak zaman kerajaan BN lagi. Ianya tempat paling selesa dan berleluasa seolah2 tidak ada perhatian dari kerajaan BN. Cuma bila kerajaan sekarang mengambil alih barulah usaha dilakukan untuk membenteras kegiatan tersebut. Walaupun tidak hapus sepenuhnya tetapi usaha berterusan dilakukan kearah itu.. Jika kita jujur untuk sama2 membenteras kegiatan maksiat ini, iktikad harus dilihat dalam konteks agama bukan dari sudut politik kerana pendirian politik masing2 berbeza. saya sendiri sebelum ini memang kaki disco, cari makan di kelab dangdut…tetapi alhamdulillah saya selesa dengan keadaan sekarang…..prinsip saya dimana bumi dipijak disitu langit saya junjung!…ayoh rakyat kelantan kita bersama2 kerajaan membenteras kegiatan tidak bermoral supaya kelantan dilihat bebas daripada maksiat….

    February 25, 2012
  13. wakafbharu #

    minta maap saudara sheikh,

    terima kasih atas maklumat tersebut, dan beberapa pihak terlibat telah membuat ops bersama mencegah jenayah dan maksiat berdasarkan maklumat penduduk setempat di bandar baru pasir pekan. Pihak pbt memaklumkan kepada pemilik premis dan menyuruh penyewa menghentikan aktiviti mereka…. buat makluman tida lesen serta permit dikeluarkan termasuk premis untuk minuman keras di semua premis yang terlibat dalam aktiviti ini dan pihak polis juga telah menerima makluman serta report bersama oleh pbt dan skuad amru…. tindakan keras mungkin akan dilaksanakan jika mereka masih enggan berbuat demikian.

    February 26, 2012
  14. Faizal #

    Mujur laa syeikh wak tubik maklumat ni.Kemarin dulu keno serbu ko penguatkuaso doh tepak tu..haha.Bederu poklih gi

    February 28, 2012
  15. antipas #

    assalamualaikum saudara namron dan faizfakhirin

    saya jugak seperti namron, yg berasal dari luar kelantan tapi dah bermastautin hampir 30 tahun di sini. saya pertama kali menjejak kaki di kelantan pada jun 1987 ketika pemerintahan BN. tahun 1990 Pas memerintah Kelantan. secara jujurnya saya dapati Pas berjaya membentuk masyarakat yg hipokrit. dulu masa zaman BN memerintah, stiap kali puja umur sultan bila ada konsert di stadium sultan muhammad puluhan ribu yg dtg tgk sbb masa tu tiket murah aja. tapi bila konsert diharamkan oleh kerajaan Pas takkan puluhan ribu yg pergi ke konsert tu tetiba menjadi alim serta merta? Saya secara peribadi pernah menghadiri konsert penyanyi pempuan yg diadakan secara exclusive di renaisance kota bharu dan hotel grand river view. ada jugak pertunjukan tarian seksi di renaisance kota bharu. Takkan semua tu tak dikatahui oleh pihak MPKB BRI? saya percaya ada unsur rasuah terhadap penguatkuasaan peraturan oleh pegawa MPKB. Cuma susah nak dibuktikan

    February 28, 2012
  16. Saudara antipas :

    Semua itu terletak atas kesedaran. BN memerintah, PAS memerintah..kalo ajaran sesat yg di ajar. sesat la jadinya. Skng apa yg sy cuba ketengahkn adalh pkara yg terlalu banyak cakap n tindakan xder..seolah-olah kenyataan untuk mencari salah semata-mata n diri sendiri tidak mampu mengubahnya. Dunia dulu n dunia sekarang telah berubah. Terlalu banyak perubahannya. Semua kerana duit manusia sanggup lakukan apa-apa saja. Saya tidak menyebelahi mana-mana parti samada PAS atau BN. Keduanya di pimpin oleh orang islam.

    “Ego Brains Man Made Changes”

    March 3, 2012
  17. rusdi b. nor #

    Pakcu tak pandai komen bak sapa salah sapa betul dalam hal buat maksiat ni…tapi kalu mari ko Rantau Panjang lebih-lebih lagi malam Jumaat penuh kereta yang penumpang dan drebarnya gi Golok………sebelum subuh ada yang kelik dan setengahnnya balik esokkan.

    Perkara ni tak pun berkurang malah makin bertambah…biarpun Kelantan digelar Serambi Mekah……jadi Pakcu rasa hak buat tu semuanya Melayu kita. Jarang-jarang jah Cina , India. Jadi kesimpulannya rasa-rasa Pakcu bubuhlah nama gapo pun kalu manusia tu tak berubah maka ia tetap tak berubah…..Cuma hak tak sedap nama glamour …manusia tetap macam tu……Dan yang lebih sedap dok nak ceramah agama musim dekat pilihanraya ….dan mula tuding sana tunding sini…….masing-masing selak kain antara Umno dan Pas…..kebajikkan rakyat letak belakang.

    Cuba cari penyelesaian bersama……Pas yang jadi kerajaan negeri kelih getek gapo hak buat untuk cegah benda ni……kerajaan Pusat bantu segi fasarana…… mari pakat samo-samo. Kelantan adalah milik kita……..jatuh bangun Kelantan orang Melayu yang perintah (cuma jangan tidur sudahlah…sebab lamo perintah).

    Negeri lain hak ramai bangsa lain tu……harap-harap pandai-pandailah pilih weh..lama gak kering gusi…..baru menyesal…….

    March 3, 2012
  18. sy nk komen skit kata2 anti bohmau (separuh klate).

    ” kalau hal ini berlaku di negeri2 lain, maka kerajaan BN la yg salah, umno yg salah kononnya tidak berbuat apa2 bila berlaku di kelantan, orang kelantan sendiri yg salah pulak. pemimpin2nya seolah2 maksum!!

    memang sedap menyalahkan kerajaan BN selama ni walaupun kegiatan maksiat, jenayah & rasuah sebenarnya sentiasa dibendung oleh kerajaan negara kita.”

    Bkn nk menyokong mn2 pihak.. Tp sy lbih dahulukan AGAMA.. sepanjang pemerhatian sy,perkara yg di bangkitkn ini bkn isu politik sgt pn tp di politikkan.. Cuba kita renung betul2..
    AKTIVITI ni ade LESEN x..?

    Setahu sy xde kot…Sbb tu panas sgt..

    Tp Yg jd masalah sekarang bila ADA lesen maksiat yg HALAL oleh kerajaan tnpa BATASAN atau tiada akta KHAS buat UMMAT ISLAM..

    xde PULAK tertera d SIGN BORD mn2 pusat HIBURAN berlesen di MALAYSIA yg tertulis ” MUSLIM di LARANG MASUK. ”

    manakala di KELANTAN
    Sememangnye xde pn LESEN PERNIAGAAN HIBURAN.. yg wujud tu pn illegal pnya..

    RENUNG2 KAN LAH WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU..

    March 6, 2012
  19. hjh #

    hati hijau x akan gtukar biru walau apa keadaan

    March 7, 2012
  20. kuda #

    Hati Biru boleh jadi Hijau tapi kembali ke Biru setelah bergelumang dengan Hijau yang nampaknya lebih biru dari yang BIru

    March 16, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

You may use basic HTML in your comments. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 973 other followers