Skip to content

Bekas Menteri dan Sandwich China Dolls

Bagi mendapatkan tandatangan  pada surat permohonan dan juga untuk lain-lain kontrak membekalkan kepada kementeriannya satu ketika tidak berapa lama dahulu, si pembekal yang berminat dikehendaki menyediakan pelacur dari Republik Rakyat China dan beberapa biji pil viagra.

Ini kerana Menteri tersebut ketika itu didakwa gemar mengadakan hubungan seksual dengan 2 orang pelacur dari China sekaligus. Bukan pelacur dari Bollywood walaupun Bollywood lebih sesuai dengan karektornya.

Lokasi dan stok akan disediakan oleh beberapa kumpulan usahawan berketurunan cina dari utara tanah air yang amat dipercayai oleh  Bekas Menteri itu. Lokasinya di sebuah hotel suite terkemuka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Modus operandinya simple. Usahawan-usahawan tersebut akan menyediakan sekumpulan 3 ke 6 orang pelacur dari China bermula dari jam 6 petang di suite kebiasaan mereka. Menteri itu akan tiba bergantung kepada kesesuaian waktunya dan akan memilih dua daripada pelacur-pelacur yang ada, kemudiannya menelan setengah biji pil viagra dan masuk ke dalam bilik.

Usahawan-usahawan itu kemudiannya akan menggunakan baki pelacur yang tidak terpilih oleh Menteri tersebut sambil berjudi sementara menanti Menteri itu selesai. Selalunya tidak lama, hanya dalam lingkungan 40 minit ke satu jam.

Apabila keluar daripada bilik, Menteri ini sudah siap mandi dan menandatangani apa-apa yang perlu diminitkannya sebelum terus beredar.

Bagaimanapun itu cerita sedekad lebih yang lalu.

Bekas Menteri ini kini mendakwa PAS adalah parti politik terbaik dan Husam Musa adalah ahli politik paling bersih. Bekas Menteri ini kini sibuk ke sana dan ke mari untuk mengumpulkan kekuatan bagi menggulingkan YAB Dato’ Seri Najib Razak dari terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 13.

Tidak diketahui sama ada tindakannya untuk menggulingkan Najib Razak adalah kerana beliau benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri Malaysia itu atau kerana kisah ‘Sandwich China Dolls’ nya itu diguna oleh pihak tertentu dalam kepimpinan pembangkang untuk menekannya melakukan apa yang sedan dilakukannya sekarang.

Apa yang pasti beliau kecewa kerana segala usahanya melobi untuk menjadi pengerusi sebuah syarikat milik kerajaan tidak dilayan oleh Perdana Menteri.

36 Comments Post a comment
  1. Lebai Malang #

    ..oooooohhhh !!!! kalau si Pak Menteri ni disandwich oleh 2 cinadoll, ia umpama ‘telor diatas tahi lembu’ la…sebelum cacing naik kemata cerita ini perlu didedahkan segera kerana dia ni lebih hebat dari Hj Anuuwar…

    January 23, 2012
  2. Wakafstani #

    Sheikh,

    Seorang exco (bukan Melayu) yang mengikuti rombongan MB-nya se sebuah negara di Asia Tengah (alaa negeri yang berakhir dgn -stan. Tapi bukan Wakaf Stan), berkata pelacur di sana amat cantik dan berkulit sangat putih dan gebu. Dia kata dia ‘bukan Melayu’ no hal, so dia tanya balik “you ingat kalau Melayu/MB pergi akan menolak ke di dihidangkan dgn ‘menu’ sedemikian.

    Masa utk menolak pemimpin korup dan fasik sepatutnya telah lama bermula, tapi PRU13 adalah waktu yang terbaik untuk Membina Malaysia Yang lebih Bersih dan Berintegriti.

    Peaz Yao !

    January 23, 2012
  3. sy dpt teka siapa ex minister tu….tak perlu guna buah dadu untuk meneka..ada komen sy dlm blog yg menyebut ex ni pun bukan clean sangat…basuhlah guna sabun,clorox atau apa cemical sekali pun tetap tak nampak putih bersih punya.

    January 23, 2012
  4. bro pinjam bow.hee hee hee

    January 23, 2012
  5. jazzjpj #

    saya bukan pemerhati politik, tp drpd 4 komen pertama , saya boleh simpulkan siapa bekas menteri yg dimaksudkan; ‘tepuk dada’ tanya selera….

    January 23, 2012
  6. @orgkampong: wow…satu hint yg baik sekali..haha..adakah beliau tim.presiden AMANAH??haha

    January 23, 2012
  7. ha..ha.. rasa dah boleh agak sapa dia.

    January 23, 2012
  8. anti bohmau #

    sheikh,

    it’s d same old story after all…

    you scratch my back & i’ll scratch yours…

    in conclusion, who’s bribing who?

    people with money end up buying others…then blackmailing them!!

    padan muka!!

    January 23, 2012
  9. Diehard 7.0 #

    Kalau bertahun berendam dalam tong taik, mana boleh bersih serta-merta. Ramai lagi yg masih berada dlm tong taik tu, macam-macam ada. Tu yg takut kalah bila media dah beralih kem, pecah tembelang yg lagi mengemparkan. Seperti Mat Sabu cakap, kalau kisah kentut dalam bilik sekolah dulu pun jadi modal politik media pencacai taik.

    January 24, 2012
  10. MDin #

    Diehard 7.0 … Mat Sabu pun sama. Logik ke bini orang pergi hantar minyak angin kepada jantan di bilik hotel tengah-tengah malam ? Tu belum cerita tentang perbualan talipon yg di rakam oleh Special Branch.

    Lagi teruk orang yg berlagak kononnya baik tapi perangai lebih kurang sama aje …

    January 24, 2012
  11. abdullah #

    siapa menteri ini ye? ..mesti menteri UMNO..tapi 10 tahun yang lepas?..wah mistri mcm wayang hantu…chop chop aku tahu dah..!!!! menteri tu Anuar Ibrahim..pasal dia kaki menyundal

    January 24, 2012
  12. mall8q #

    anwar , orang kampung dia panggilnya pak sheikh tp bekas menteri yg ni memang dah skeikh tp jenis yang mendung nk hujan la

    January 24, 2012
  13. Nik Abduh #

    Mat sabu cakap fasal ‘cerita kentut dalam kelas dulu jadi modal politik’ sebab dia nk tutup atau taknak orang ingat yang dia pernah kena tangkap khalwat dalam bilik hotel perdana no bilik 121.

    masa tu pas tengah buat hudud pas kelantan versi 1.0.

    cuba ingat berapa orang ahli majlis ugama islam kelantan letak jawtan gara2 mat sabun yang ditangkap khalwat – tapi di bebaskan.

    YB Mat Sabu dari PAS dilepaskan dari tuduhan khalwat. Sape tangan ghaib yg lepaskan mat sabun ni?

    Oh isle pas.

    January 25, 2012
  14. pok wei kayu #

    cari peluang baru..nak jd pengerusi tak dapat, baik sokong pak nuar, mane tau PR blh menang..dpt ‘makan’ free lg :)
    kalau dah expired buat la cara expired… ade hati nak jd menteri lg..pirah mabook!

    smoga ex-menteri ni insaf..kubur sudah panggil tu….malu ke anak cucu laaa…

    January 25, 2012
  15. ini kali laa #

    org kampung dan hisham56 dh bg hint yg baik punya siapaka gerangannya..hehehe..dahsyat pa sheih punya tulisan woo..ini kali la..

    January 25, 2012
  16. mohamed hussein #

    yang suka pakai bow…….. kot.

    January 25, 2012
  17. encik loma #

    k_ _ _ r, kalau tak silap lah nama dia, agung pun dah bagi tan seri kat dia kan….kat sabah semua bercerita tentang dia selalu stay dekat sutera harbour resort

    January 25, 2012
  18. betul ke cerita ni?

    January 25, 2012
  19. KADIR #

    abdullah..DSAI tu TPM ..ni menteri laa..aku rasa aku tau..

    January 26, 2012
  20. aloya #

    Mat Sabu lah yang paling bersih, bersih bau bur*t..

    January 26, 2012
  21. Remmy #

    Hmmm… nak buat analisa.. sheikh… mendung… bow… oh, confirm dia… tau dah!

    January 26, 2012
  22. Dunia akhir Zaman. Duit Menjadi Taruhan Walaupun ia sudah tiada sandaran buat masa sekarang.

    Kebodohan Manusia Sendiri Membodohkan Generasi

    Peace Not to Leave
    http://faizfakhirin.blogspot.com

    January 26, 2012
  23. klputrakl #

    salam sheih

    sangat teruja nak tahu siapa sebenarnya bekas menteri yang berkerja macam syaitan ini. Ada video ke?

    tapi berdasarkan hint yang diberi macam kenal aje.

    January 27, 2012
  24. Akulamat #

    Salam..
    1. Sebelum posting ini, sebulan yang lalu, seorang aktivis parti, yang juga pengundi dari kawasan bekas menteri ini menceritakan tentang China Doll dengan menteri ini kepada saya. Katanya, dia sendiri nampak dan mengetahuinya sewaktu berkunjung ke kediaman menteri tersebut. Wallahualam!!!.. Saya tidaklah terkejut kerana sebagai penduduk tempatan cerita sebegitu biasa di dengar pun. Itulah persepsi tentang diri menteri itu. Betul atau tidak saya sendiri pun tak tau.

    2. Bagaimapun saya hairan bagaimana beliau boleh membuat komen-komen sedemikian rupa sedangkan beliau orang yang berkuasa ketika itu. PRU yang lepas saya betul apabila menjangkakan adiknya kalah di kawasan yang pernah ditandingi oleh menteri itu. Kerakusan dan manipulasi kuasa politik menteri dan keluarganya membawa punca kepada bencana politik di kawasan itu. Saya menjangkakan PRU 13 adiknya akan kalah lagi!

    3.Tapi Sheikh, orang Kelantan yang menjadi penganut kepada parti ini suka padanya!!

    akulamat…

    January 27, 2012
  25. kurang pasti #

    Mana ada viagra masa tu?

    January 27, 2012
  26. pok amid #

    orgkmpung dah bagi hints, takkan sdr abdullah tk leh agak sapa! Fikiran slow mcm siput. Ni mesti geng ciput krn asyik2 nuar brahim je dlm kepala hotak dia!

    January 28, 2012
  27. itulah politik terkini..kuasa, wanita, takhta..

    January 28, 2012
  28. takbute #

    Cerita ni sebijik macam kisah pak Kadir kat kampung aku. Bapa dia kita orang panggil tok Del je tapi tak silap nama asalnya Padel. Orangnya mendung gak bila nampak amoi je mesti naik syeikh! Tu kadang2 orang panggil pak kadir sheikh. Masa keputusan kes liwat Anwar 9 Januari dulu aku nampak kelibat bekas menteri iras2 dia kat mahkamah. Nasib baik pak kadir kampung aku lilit leher dengan tuala good morning je tak pakai bow.

    January 28, 2012
  29. beeBUZZ #

    dulu ddlm umno bebas sebebasnya …tapi gandingan dgn pas tak buat lagi kot…takut kena rejam sampai mati, kalau ikut hudud TGNA. Tapi anjing mana menolak bangkai..hehe tak ada 4 saksi pun. Saksi video tak boleh guna. Cuma saksi cina doll dan geng seorang lagi ..baru 2 saja. kurang 2 lagi . Maka masih berleluasalah aktiviti….

    January 29, 2012
  30. anakel #

    aku tahu nama dia. pandir shes pandir. dia memang gitu sebab tu PM tak kasi dia jadi pengerusi syarikat.takut pekerja syarikat yang comel loteng dia nak wat sandwish.

    January 29, 2012
  31. q0l0p #

    hmmm…
    1. kalu cite ni bahan umpatan masa dia masih menteri… porak peranda satu mesia bro mintak PM (Tun Mahathir) letak jawatan
    2. cerita angin ini akan di jaja menjadi setulen tulennya kat ceramah /roadshow/kedai kopi seluruh pelusuk negara oleh ustaz2 PAS dan badut PKR. Kerajaan akan hitam sehitam hitamnya seperti sipelaku.
    3. fast forward ke masa kini… kini da jadi ‘orae kito’…. da insap dahh….
    4. Mana ada bukti…? takat cakap burung kakaktua, bukti besi… Isle tak diterima
    5. Adalah ulama yang akan menghalalkan dia dari tuduhan ini nanti, dan dia akan jadi putih seputihnya.

    Balik balik… UMNO gak yg kena.

    *p/s – Adik beradik dia yang masih dalam hireki UMNO menganggap dia ni To’ Pek Kong diaorg bro…. “your command is greater than Presiden UMNO’s command”

    January 30, 2012
  32. Lebai Malang #

    …..walau bagaimana ‘busuk’ pun seseorang itu kalau dia sudah jadi penyokong PAS, dia akan serta merta jadi bersih bersinar2. Seolah2 bila sokong saja PAS maka segala dosa akan gugur berguguran. Sebab itu sejak akhir2 ini terdapat artis2 atau pesara kerajaan yg dulu mungkin ada rekod kelabu bila saja bersara atau sudah tidak laku sangat ghairah masuk PAS dan terus saja naik pentas PAS untuk hentam kerajaan tempat mereka cari makan dulu.

    February 2, 2012
  33. Busuk Punya Olang #

    Bekas menteri yang suka pakai bow tie. Penyakit dia – suka menggatal dengan perempuan & minuman kegemarannya adalah red wine. Sesiapa yg pernah bercanda di Saloma Bistro tahu akan perangai beliau dan beberapa kerat bekas menteri UMNO yang lain (ada yang dah arwah pun) :)

    February 8, 2012
  34. Shark #

    Sheikh dia hidung mancung x?..,. Dia yg ada rumah agam kat tanah air ke?… Dia sebut pasal nak dedahkan penyelewengan UMNO kononnya tapi dia xsedar klu SPRM check aset dia dlu apa cerita. Gaji menteri RM15K je pun, tapi asal aset ko juta2? Ko bukan dari keluarga kaya pon, tapi pas jadi full cabinet minister, pak menakan tukang kebon pon boleh jadi kaya raya. Dei, diam sudey laaaa… Mamak teh unee… Sruuupppp..

    February 10, 2012
  35. anti bohmau #

    kurang pasti,

    VIAGRA diumpai dgn tak sengaja pada march 1998. tengok sini:

    http://www.foxnews.com/story/0,2933,340888,00.html

    February 12, 2012
  36. Sapa menteri tu….

    February 19, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

You may use basic HTML in your comments. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 973 other followers