Skip to content

Liwat: Keputusan Yang Baik

Jika saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.

Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.

Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.

Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isteri. Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.

Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.

Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya. Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari. Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.

Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.

Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.

Tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.

“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”

64 Comments Post a comment
  1. Bukti jelas kebebasan sistem kehakiman negara kita. Yang herannya macam mana pula Azmin kata keputusan ini kemenangan besar buat Pakatan? Pada aku, ini kemenangan besar, petanda ketelusan sistem pentadbiran negara bawah BN.

    January 9, 2012
  2. dexs #

    well said …

    January 9, 2012
  3. Right on bro!

    January 9, 2012
  4. Mummy #

    ingatlah saiful, kami rakyat malaysia yang tidak buta hati dan perasaan terus menyokong, percaya dan mendoakan untuk adik saiful. Sabar dan ingat penghakiman Allah SWT adalah yang maha adil

    Mummy

    January 9, 2012
  5. Awe #

    Allah adalah sebaik baik hakim.. itu yang sebetulnya.

    Jika anwar bersalah, dia tetap dihakimi juga dan mendapat balasannya.

    Buat apa kita nak rasa hiba, malu, sedih jika kita di pihak yang benar.

    Ada orang anwar kata, najib jumpa hakim pukul 6 pagi beberapa bulan dulu agar anwar di penjara.. pokoknya, semua tuduhan tersebut adalah rekaan semata2.

    Yang penting, sokongan kepada anwar akan naik jika dia di penjarakan. Tetapi harapan agar dia sendiri dipenjarakan tidak menjadi kenyataan.

    January 9, 2012
  6. RPKyet #

    bro………kick lu sudah hilang la………lor ni mu mcm org hilang arah jer………mu masuk umno ke

    January 9, 2012
  7. Benar sheh….dimahkamah dunia ini bawalah satu kontena kitab suci Alquran dan bersumpahlah walau di atas kubor si luncai sekali pun anda belum tentu kita dikata benar.
    Nanum kita jangan lupa…Allah Maha mengetahui dan mahkamah Akhirat akan menanti kita.
    Pesanan buat syaiful…sekiranya anda benar teruskan doa anda jangan kecewa diatas keputusan ini.
    INSYAALAH!!!kita akan dapat melihat kebenaranya nanti…

    January 9, 2012
  8. Hmmm… tadinya berbaur emosi tetapi atas penjelasan ini… teman rasa puas.

    T.kasih.

    January 9, 2012
  9. Anok sepila #

    Dari awal kes lagi DSAI akan membuktikan bahawa dia akan menang secara teknikal.

    January 9, 2012
  10. klputrakl #

    salam sheih

    apa yang betul betul benar yang berlaku pasti mereka berdua sangat mengetahui.so biarlah mereka berdua diadili oleh ALLAH .nanti.

    rakyat hakim negara ! hakim rakyat belum buat keputusan mungkin akan buat keputusan pada pru13 nanti.IsyAAllah.

    January 9, 2012
  11. anti bohmau #

    sheikh,

    anwar bukan tidak bersalah tp dibebaskan krn kurang bukti & dna nya diragui…

    lagipun ini bukti mahkamah sgt adil sbb membebaskan anwar. ini amat berlawanan dgn ‘kehendak’ pgayr sendiri krn penyokong2 nwar tidak akan dapat menggunakan alasan mahkamah tidak adil bg meneruskan pemberontakan mrk….

    kali ni slogan “lawan tetap lawan” kembali makan tuan!

    saiful akan bawa kes ni ke mahkamah rayuan plak….
    berapa lama plak nak kena tunggu?

    jgnla sampai dua kali ganda lamanya. nnt salah seorang ‘pergi’ dulu, tak selesai kes…

    January 9, 2012
  12. Amier Yahya #

    yo doc.. you spin my head right round right round!

    January 9, 2012
  13. Semoga negara kita akan ditadbir oleh pemimpin yang adil.

    nFx
    http://noframex.blogspot.com

    January 9, 2012
  14. tokgaru #

    Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik pembebasan Anwar. Memang ramai yang keciwa dengan penghakiman pada hari ini. Ramai yang berdoa siang dan malam minta Anwar dipenjarakan.

    Mari kita hayati tajuk perhimpunan yang diadakan oleh orang2 Anwar. Nama perhimpunan itu adalah ” Kempen Bebaskan Anwar 901 “. Fahami betul2 perkataan ” Bebaskan “. Jika Anwar dimasukan ke dalam penjara maka pengikut2nya akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk membebaskan Anwar. Tetapi hari ini Anwar dibebaskan oleh mahkamah, maka gerakan untuk membebaskan Anwar sudah tidak relevan lagi.

    Kita percaya para pengikut Anwar akan merusuh dan membuat huru hara selagi Anwar tidak dibebaskan. Apa akan jadi kepada negara kita ?

    Kepada mereka2 yang keciwa, jangan lah terlalu emosional sehingga kita terlupa bahana besar yang menanti di hadapan jika Anwar disabitkan. Akui lah dengan penuh keinsafan bahawa keputusan hakim Mohd Zabidin telah menyelamatkan negara kita. Saya percaya kita semua merasa lega bukan kerana kita menyebelahi Anwar, tetapi kita lega kerana tidak berlaku huru hara di Kuala Lumpur yang boleh merebak ke seluruh negara.

    January 9, 2012
  15. Sabri Jaafar #

    … selepas baca komen-komen disini baru lah lapang dada… the truth will prevail..

    January 9, 2012
  16. Benefit of the doubt.. ini lah keputusan yang terbaik.

    January 9, 2012
  17. idin #

    Berdoa Allah beri petunjuk yang jelas dan nyata…..

    January 9, 2012
  18. Denan #

    Kepada Saiful, harap bersabar kerana hidup ini bukan hanya di dunia ini sahaja. Kepada hakim Mohd Zabidin sekali lagi di ucapkan terimakasih kerana telah menyelamatkan negara ini. Rakyat bukan hakim..hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..

    January 9, 2012
  19. Karpal Singh menang kerana isu teknikal sahaja. Frame charge yang dibuat berdasarkan laporan Saiful diliwat secara paksa, namun jika diikuti perbicaraan sepenuhnya tiada unsur paksaan dalam kejadian liwat berkenaan. Karpal menekankan kenapa Saiful yang pergi sendiri dengan membawa jel K jelly ke kondominium berkenaan untuk menemui Anwar. Kenapa Saiful tidak melarikan diri atau meraung meminta tolong apabila Anwar hendak meliwtnya. Kenapa Saiful boleh pergi minum dan makan karipap setelah selesai Anwar meliwatnya. Kenapa selepas kejadian itu Saiful berkali-kali pergi berjumpa Anwar.

    Mengenai kejadian liwat memang ada bukti terjadinya liwat seperti adanya sampel DNA Anwar dalam dubur saiful dan sebagainya. Namun tajuk frame charge tidak boleh diubah sesuka hati contohnya “Anwar meliwat saya secara suka sama suka”. Kalau Saiful betul-betul nak try sekali lagi boleh, Frame Charge Anwar liwat saya dan tentu ada kes untuk dijawab. Sebab tu Anwar tak akan boleh berasa lega sampai bebila ponnnnnnnnn. SEKALI BUAT SALAH BADI DOSA TU AKAN SELALU MENGHANTUIMUUUUUUUUUUUUUU.

    January 9, 2012
  20. Zam ala ka Zam #

    Sallam,

    Alhamdulillah, keputusan hakim hari ini adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Ini menunjukan Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang tidak mengizinkan huru hara berlaku di Malaysia. Dan ini tidak juga bermaksud Allah swt tidak berlaku adil kepada hambanya yang teraniaya. Allah swt Maha Mengetahui. Pastinya Allah swt tidak mengizinkan Malaysia hancur kerana hal satu orang ini. Biarlah mahkamah Allah swt menentukannya di Masyar kelak. Kita doakan semoga orang ini kembali kepangkal jalan dan bertaubat. Sesungguhnya kematian itu pasti, azab kubur itu pasti, azab neraka yang maha dasyat juga pasti.

    Dunia ini hanyalah sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Manusia boleh ditipu tetapi tidak Allah swt.

    Sekian

    January 9, 2012
  21. Lebai Malang #

    ..keputusan hakim membebaskan Hj AnuWar adalah satu kemenangan besar bagi Hj Najib. Hj Anuwar sebenarnya mengharapkan supaya dia dipenjarakan supaya perancangan jahatnya bersama musuh luar yg akan membantunya untuk menghuruharakan negara dapat dilaksanakan seperti yg telah berjaya dilaksanakan bagi menjatuhkan beberapa buah negara Islam semenjak dua menjak ini. Hj AnuWar dan musuh dari luar itu terpaksa menbuat perancangan lain. Mereka terpaksa mencari isu lain bagi menunjukan kerajaan Hj Najib ini sangat zalim…

    ..tapi dalam soal ‘meliwat’ atau ‘terliwat’ atau ‘liwat suka sama suka’…ia diyakini telah berlaku walau pun hakim memutuskan bukti kurang kukuh kerana mangsa liwat Hj Saiful telah bersumpah dengan nama Allah, sedangkan Hj AnuWar masih takut untuk bersumpah dengan nama Allah. Mengapa dia takut ditimpa kifarat ??? Oleh itu diyakini kejadian LIWAT itu benar-benar berlaku selagi dia takut untuk bersumpah laknat.

    January 9, 2012
  22. yang menang tidak bererti dia BENAR & yang kalah tdk bermakna dia SALAH..walau pun pahit harus ditelan tapi kita kena ingat ketentuan Allah tiada siapa yang ketahui..bagi saya walau pun saiful kalah tetapi semangat juangnya begitu tinggi..beliau hanya rakyat kecil yang mahu kan keadilan & saya percaya sampai masa & ketika keadilan itu akn menjelma jua..InsyaAllah.

    January 9, 2012
  23. kotepanjangg #

    lose the battle, but win the war bro, that is the objective,

    with one stone you hit two brids

    biar kalh sorak asal jamgan kalah perang

    January 9, 2012
  24. Diehard #

    Jiwa anda semakin celaru dengan perjuangan yg bersifat ghurur.

    January 9, 2012
  25. Kembara #

    Hmm..Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat dan siap buat haji lagi lepas tu. Apapun, kalau dia tak puas hati, akan ada lagi perbicaraan di mahkamah Allah.

    January 9, 2012
  26. yayasan anda 81-83 #

    ramai betul yang ada bakat ustaz macam hasan ali dimalaysia ni….keputusan dah diketahui marila kita buat kerja masing-masing menghadapi pru13 nanti…

    January 10, 2012
  27. smsuzaidi #

    Bro…
    bila dapat tahu keputusan jiwa jadi kacau…tapi bila terbaca “Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….” jiwa kembali tenang… TQ

    January 10, 2012
  28. umno golongan yg tkkan insaf.. #

    Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah. Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak?” – Datuk Seri Anwar Ibrahim

    January 10, 2012
  29. umno golongan yg tkkan insaf.. #

    dh terang2 blogger pun mengakui saiful ada jmpa najib..dh terang2la konspirasinya..tp yg comment semua melayu sungai tah dr felda mana la ni dtg..najib dh checkmate sebenarnya..jailkan anwar dia tumbang..dia bebaskan pun tumbang..

    January 10, 2012
  30. Kepada saiful, saya yakin anda yang telah menjadi mangsa kezaliman oleh sianuwr. Banyaklah bersabar dalam menghadapi masa hadapan. Saya doakan kesejahteraan anda dunia akhirat.
    Betul kata anda, “Tidak didunia, namun diMasyar pasti”.
    Anuwr boleh menipu penyokong2nya dan boleh gunakan peguam2 & pakar2 upahan untuk lepaskan diri secara teknikal, tetapi Allah swt tahu segala2nya. InsyaAllah, kebenaran akan teserlah juga akhirnya, Allahuakbar.

    January 10, 2012
  31. Mat Yee #

    Kepada yayasan anda 81-83,

    Lebih baik jadi macam hasan ali dari jadi ustaz yang ikut telunjuk kafir dan syaitan. Kita perlu pemimpin yang berani memperjuangkan Islam walaupun ia bercanggah dgn kehendak rakan sekeliling yang dah sesat.

    January 10, 2012
  32. Busuk Punya Olang! #

    Kita sepatutnya menunggu penghujahan bertulis. Barulah komen. Ini belum tahu hujung pangkal dah buat analisa sendiri. Ramai orang percaya dna itu kepunyaan Anwar walhal perkara yang disembunyikan adalah bagaimana ‘air mani’ Anwar boleh berada di dalam dubur Saiful? Sheikh, itulah perkara yg sebenarnya perlu diberitahu kpd umum. Tapi oleh kerana tugas blogger adalah ‘spin’, maka yang batil boleh jadi benar.

    January 10, 2012
  33. ky jelly #

    Technically, we lose. InsyaAllah, we gonna win tactically..

    January 10, 2012
  34. Remy #

    Saiful berani bersumpah kerana liwat itu benar berlaku..Anwar tidak berani bersumpah untuk menafikan beliau meliwat Saiful kerana Anwar memang meliwat Saiful dan Anwar sebolehnya tidak mahu mengaku. Anwar tidak mahu ambil risiko dilaknat Allah S.A.W.

    Sama seperti kes baby doll, memang sah Anwar melanggan pelacur berkenaan dan atas faktor yang sama seperti diatas , beliau tidak akan bersumpah kerana Anwar kerana takut hilang populariti sebagai pemimpin PKR.

    Semua sebab diatas secara tidak langsung telah membuktikan semua pertuduhan dan kejadian liwat/zina adalah benar2 berlaku. Bukan FITNAH.

    January 10, 2012
  35. antipas #

    Sepatah kata Vince AF, ‘tidak ada pengalah tapi semunya pemenang’ Sepatah kata Anwar, ‘rakyat hakim negara’ Bersedialah kamu Anwar untuk dihakimi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang

    January 10, 2012
  36. yfrancis #

    YA ALLAH, TUNJUKANLAH KEPADA KAMI PERKARA YANG BENAR ITU ADALAH BENAR DAN PANDULAH KAMI SUPAYA MENGIKUTNYA, DAN TUNJUKANLAH KAMI PERKARA YANG BATIL ITU ADALAH BATIL SUPAYA KAMI MENINGGALKANNYA.

    January 10, 2012
  37. aloya #

    Semalam masa ambil exam jiwa tak berapa tenang lepas dapat tahu keputusan mahkamah.. Tapi lepas baca blog2 pro bn jiwa kembali tenang, harap lulus la paper semalam..

    Buat Saidul, Semoga tabah..Doa kami bersamamu!

    January 10, 2012
  38. ANAK DIDIK KUIN #

    Mudah sangat Hakim jatuhkan hukuman, bukan hukuman rakyat saperti tekanan PKR.

    Alasannya teknikal. Bahan bukti, air mani Anwar dalam dubur Saiful telah dicampur aduk. Berus gigi, tuala dan botol miniral yang ada DNA Anwar buang ditempat sampah?.

    Keputusan Hakim adalah adil. Kok ini, adalah satu tamparan kapada Anwar bahawa konspirasai yang dicanang Anwar diseluruh pelusuk tanah air/nusantara memang tidak ujud antara Badan Kehakimaan dengan Eksikutif negara ini.

    LAGI?, APA MAHU DITUDUH DAN DIGEMBAR GEMBUR ANWAR MELEMAHKAN PENGARUH NAJIB UNTUK MENUJU KA PUTERAJAYA?. RASUAH? IYYAAA…JIKA ADA BUKTINYA, JANGAN DITUDUH DIPENTAS CERAMAH… DISITU ANWAR BOLEH MEMBOHONGI RAKYAT.

    January 10, 2012
  39. Nik Abduh #

    Hebatnya Azmin dan anwar ialah mereka boleh arah itu ini dalam kempipinan PAS, dan PAS hanya mengikut tuannya.

    Mana majlis syura, ke dah jadi bubur asyura dan dikacau2 oleh Anwar dan Kit Siang?

    January 10, 2012
  40. aina #

    lps ni anwar pula akan bawa kes qazaf terhap saiful di mahkamah syariah..baru kita tau siapa saiful yg sebenar nya

    January 10, 2012
  41. kingzack #

    Ya Allah tunjukkanlah kebenaran

    January 10, 2012
  42. Sheih… No PKR dies a virgin. Anwar screws ‘em all.

    Jean

    January 10, 2012
  43. Hussein ibrahim #

    DI BEBASKAN PUN MELETUP TIGA BOM. KALAU DAPATI BERSALAH BERAPA BOM AKAN MELETUP ?

    January 10, 2012
  44. Mohamad Keramo #

    Keadilan dimahkamah Allah lebih tempat dari keadailan mahkamah manusia. Kita serahkan uruasan ini kepada Allah swt. Siapa benar dah siapa salah hanya antara Anuar dan Saiful saja yang tahu. Allah swt akan memberi azab kepada orang yang mempermainkan hukumnya dan perkara liwat ini bukan perkara kecil kerananyalah umat nabi Lut as dilingkumpkan kedasar bumi. Semuga Allah memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang tidak bersubhat dalam perkara ini. Amin.

    January 10, 2012
  45. SAYA RASA INI ANALISIS YANG SANGAT BAIK. KEPUTUSAN MAHKAMAH INI DARI SATU SEGI TELAH MEMADAMKAN KEBAKARAN YANG TELAH DIMULAKAN OLEH PAKATAN RAKYAT. DARI SEGI LAINNYA IA MEMPERBAIKI IMEJ UMNO DI KALANGAN KOMUNITI ANTARABANGSA. UMNO SANGAT PERLU MEMPERLIHATKAN IMEJ YANG PRIHATIN KEPADA ISU HAK ASASI MANUSIA, INKLUSIF, BENAR-BENAR MENGAMALKAN SERTA MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI DAN PROFESSIONAL. INILAH JUGA IMEJ YANG DISENANGI OLEH GENERASI Y. PAKATAN RAKYAT TIBA-TIBA MUNCUL SEBAGAI KUMPULAN YANG MEMPUNYAI MASALAH MORAL DAN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. SAYA LEBIH YAKIN BAHAWA PADA PRU13 NANTI, BN, TERUTAMANYA UMNO AKAN DIBERIKAN KEPERCAYAAN SELANJUTNYA UNTUK TERUS MEMIMPIN NEGARA.

    January 10, 2012
  46. beeBUZZ #

    Tok Guru AlHaj Anwar sudah ke India…atau mumbai?? mencari suaka atau puak*….

    January 11, 2012
  47. Lat Juno #

    Saya tak berniat untuk menghina mahkamah, tetapi hairan juga kenapa DNA tak boleh dijadikan asas untuk sabitkan kesalahan. DNA bukan boleh dibuat-buat. Tak boleh ditiru pun. Kalau nak hapuskan DNA, tukar DNA DSAI dgn DNA orang lain bolehlah.

    Yang pasti DNA orang lelaki Y dlm anu….sama dgn DNA yg diambil dari towel dan berus gigi DSAI, apa yang tak menyakinkan lagi ? Pelik ?

    Lat Juno

    January 11, 2012
  48. Anakmansor #

    Aku respek dengan saiful.. masih lagi tenang, tak memberontak, tidak menyalahkan mana2 pihak.

    Orang yang bersalah selalunya jiwa kacau berbanding dengan orang yang benar, jiwanya tenang.

    Orang yang jiwanya kacau tidak tenteram duduknya, cuba berbagai cara untuk tenang tapi jiwanya tetap kacau. Raut wajah orang yang jiwanya kacau amat mudah dikenali, tiada nur atau cahaya. Siapakah antara Anwar dan Saiful yang ada nur dan siapa yang tiada nur.

    Siapakah antara mereka yang berani bersumpah, siapakah antara meraka yang berani bersumpah di kandang saksi,

    Aku 99% percaya liwat itu berlaku, 1% lagi aku simpan sebab di luar pengetahuan kita Allah lebih mengetahui. dan tiada sebab munasabah untuk aku tolak liwat tidak berlaku.

    Allah maha mengetahui

    January 11, 2012
  49. Anakmansor #

    Aku nak panaskan Anwar, sila saman Saiful kalau berani. Tentu tak berani punya.

    January 11, 2012
  50. Mohon tuan link blog http://terompahbesi.wordpress.com

    January 12, 2012
  51. Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

    Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

    Setuju yg amat sangat. Tetapi peringatan juga, anwar tidak akan tewas di mahkamah. Jalan terbaik bagi saiful adalah mendedahkan keseluruhnya bukti bukti termasuk gambar beliau bersama anwar, samada di hong kong, singapore, ataupun di mana mana. Anwar tidak akan kalah di mahkamah, tetapi anwar akan kalah di mata rakyat. Anwar sebenarnya telah damage, totaly damage. Wahai saiful, dedahkan sahaja video anwar tala anda itu.

    January 12, 2012
  52. Nik Abduh #

    Salam..

    Pembebasan anwar membuatkan anwar tak keruan.
    Keputusan mahkamah saya anggap ada moleknya.
    Kita takutkan huru hara, kumpulan anwar berjaya meresap dalam PAS. Huru hara boleh berlaku. Pahit untuk saiful terima, tetapi jika di fikir dalam..banyak manisnya.

    Berserah kepada Allah sepenuhnya, macam orang berhutang dengan kita, taknak bayar.. kita minta..taknak bayar juga, redho lah.. jangan pukul orang yg berhutang dengan kita macam Ah Long. Allah Maha Berkuasa, sesungguhnya di akhirat tiada dinar atau dirham, yang ada adalah amalan/pahala untuk diberikan kepada kita sebagai ganti hutang yg tak di bayar di dunia.

    Dan anwar dan karpal pun tak senada. anwar kata dia dilepas kerana tekanan kerajaan, karpal sangkal dan kata tak. (Taknak pecat karpal?).

    Anwar takut kepada karpal kerana su dap itu tahu banyak rahsia anwar lebih2 lagi dalam kes liwat ini. (Anak guam perlu cerita hal sebenar kepada peguamnya agar peguam dapat bela anak guamnya-dan anwar sudah tentu ceritakan hal sebenar)

    January 12, 2012
  53. q0l0p #

    Nampaknya tiada mahkamah dunia yang boleh mengadili Anwar.
    Oleh itu, A’uzubillahhi minalAnwar Ibrahim addholin……

    January 12, 2012
  54. man on da street #

    To my own opinion ” enough of the sugar coating ” ! to justify whatever is being said and done to pacify both sides.If its not the expectations of the majority opinion of the BN’s supporters so be it. Let the rakyat be the judge. Most of us are learned to be debating about this issue , everyday we keep in touch , to the ongoings of this case, Am I right? So if the defendent “chief” says its as “suka sama suka , so be it!. So , is there any penetration or not?Whatever analysis you may have its your opininon., but what transcribe during the trial is the most important. A strategy is a stragey , but do not let the case between the VIP and the commoners be a double standard, thats awkward!. To prove a point why dont the authorities raids the pondan joints in Lorong Haji Taib or some other lorongs in Chow Kits and nabs those commoners , what say all of you?

    January 12, 2012
  55. Hizbul tahrir #

    kita sbg org Islam boleh fikirkan sendiri, buatlah pertimbangan sendiri. Simpan dlm hati dan sama2 berdoa ke hadrah Allah supaya ditetapkan hati dgn pertimbangan kita.

    DNA tak rosak walau sampai berjuta tahun, walau tercemar sekalipun DNA itu tak akan decompose to another compounds, realtinya dna yg diperolehi dlm anus itu adalah bersumber dr mani, bukannya dr air liur, bulu etc.

    dalam pertimbangan hakim utk disabitkan dgn kesalahan mestinya bukti itu ‘absolute’, dari segi angka mesti 100%, ratio bukti dna dlm perkiraan mahkamah adalah 90% shj, baki adalah persekitaran dan saksi2, yg 10% nilah yg saifol takda, ini menybbkan 90% bukti masih tak mencapai integriti dlm nak sabitkan dgn salah utk yg kena tuduh.

    So utk bersalah hakim mengambil kaedah yg paling selamat sbb tak mencapai 100% mutlak maka tertuduh dibebaskan, namun kita sbg manusia tentunya boleh fikir sendiri kenapa kita nak mempercayai pada nilai 10% yg sbbkan integriti dlm fakta di tolak, kenapa tak amek majoriti value(90%) terhadap bahan bukti yg telah ada, kebenaran sepatutnya tak boleh bercampur dgn kepalsuan walau 1%, tapi utk pertimbangan sendiri bukan utk mempengaruhi org lain tuan2 buatlah pertimbangan sendiri, adakah anda ingin berada pd nilai 90%(bukti dna dari air mani) atau 10%( faktor yg membolehkan tertuduh absolutely disabitkan dgn kesalahan- yg ni saifol tak ada)

    # utk peringatan air mani yg keluar ada sebab musabanya bukannya boleh dicuri spt bulu, sel2 kulit,air luir etc.

    semuga Allah memberi petunjuk yg mana benar dan yg mana yg batil, dan tetapkan kami pada yg benar amin.

    wassalam

    Jengka khazanah alam

    January 13, 2012
  56. ciput #

    Looking forward to watch the old man with curvy big cock having threesome at………

    January 13, 2012
  57. gedik50 #

    Alhamdulillah, berakhirnya episod Saiful vs Anuar memberi kelagaan kepada rakyat Malaysia buat masa ini. Penghakiman yang memberi kemenangan kepada Anuar ada hikmah di sebaliknya. Untuk orang yang mahu berfikir. Jelas pembebasan Anuar membuka mata rakyat siapa yang banyak membuat fitnah kepada negara dan kepada individu. Kepada Saiful, bersabar anda sebenarnya tidak kalah. Allah adalah sebaik-baik penghakiman. Seperti kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”

    January 14, 2012
  58. samsudim pakmuda #

    Salam Bro Sheikh

    Sememangnya, mata pena itu lebih hebat dari mata pedang.. semoga kita menulis atas dasar menegakkan kebenaran, dengan kejujuran dan keikhlasan.. demi keredhaan Allah Yang Maha Kuasa.

    January 14, 2012
  59. cuak #

    kalau tengok jawapan anwar pada soalan wartawan BBC berkaitan hak gay di Malaysia, dia kata nak review undang-undang lapuk..agaknya undang-undang apa tu? adakah undang undang berkaitan salahnya perbuatan liwat suka sama suka? pening ngan jawapan anwar ni.

    January 15, 2012
  60. FikirTajam #

    Premis 1: Jika Anwar tak meliwat, maka Anwar bersumpah laknat.
    Premis 2: Anwar tak bersumpah laknat.
    Kesimpulan: Anwar meliwat.

    Premis 1: Jika Anwar tak meliwat, maka Anwar memberi sampel DNA.
    Premis 2: Anwar tak memberi sampel DNA.
    Kesimpulan: Anwar meliwat.

    Penaakulan mantik di atas hanyalah sekadar cebisan topik matematik SPM.

    Profesor Matematik dll yg sebok menyalak wadah Pempribumian Matematik, PeMelayuan Matematik dan PengIslaman Matematik ternyata hipokrit diam membatu!

    January 15, 2012
  61. kiasu #

    Penghakiman bertulis bakal mengejutkan Anwar dan pihak Pendakwa akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

    Sebagaimana kes liwat Anwar tahun 1998, ketiga2 hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 2004 bersetuju bahawa kejadian2 liwat membabitkan Anwar memang berlaku namun dua dari tiga hakim tersebut membebaskan Anwar atas sebab teknikal iaitu masa yang tepat kejadian2 liwat tidak dapat dipastikan.

    Jelas, tahun 1998 Anwar memang bersalah meliwat, tahun 2004 Anwar tidak merayu keputusan hakim2 menyatakan dia meliwat, tahun 2012 Anwar bakal dilondehkan lagi oleh Mahkamah Rayuan.

    Jadi nasihat kepada penyokong2 Anwar, jangan terlalu taksub dan gembira dengan keputusan awal Mahkamah Tinggi baru2 ini. Tunggu penghakiman bertulis!

    January 16, 2012
  62. tokgaru #

    Salam Pak Sheikh

    Napa topik ni lama sangat. Kuar lah topik yang panas ikut semasa pulak. Contohnya : PKR sebab tak caya ngan Pas, tu yang exco agama islam MB Khalid sendiri yang pegang. Itu pun nasib baik Khalid tak bagi Terresa Kok pegang .. nampaknya Teressa terlepas lah tiket nak senang masuk mesjid dan surau orang melayu.

    January 19, 2012
  63. As’salam Abg Sheih..,

    Ulasan yang baik..terima kasih.

    January 23, 2012
  64. Saiful Bukhari #

    Ala….aku x kesah pun, Anwar tu, dia xnak bayar, sbb tu aku report….masa aku pegi jumpa najib, aku ‘offer’ kat dia….dia xnak…dia kata, takut kat rosmah….auwww….

    February 24, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

You may use basic HTML in your comments. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 973 other followers