Skip to content

Revolusi Kambing Di Kelantan!

Dan YB Dato’ Takiyuddin Hassan serta YB Dato’ Mohd Amar bakal ditanduk oleh Sang Jamnapari?

Benarkah Husam Musa di kata berusaha mempertahankan kerusi DUN Salor walau banyak pihak mahu dia ke Parlimen Kubang Kerian?

YB Dato’ Takiyuddin Hassan ahli Exco Kerajaan PAS Kelantan selama 3 penggal sudah menerima hakikat bahawa usaha yang sudah sekian lama untuk mengenepikannya ke pusat akhirnya akan menjadi nyata di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Takiyuddin yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Bharu akan diletak bertanding kerusi Parlimen. Di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu juga, usaha sama telah dilakukan dan nama Takiyuddin di DUN Bunut Payung telah digantikan dengan Dr. Rosli Alani, bekas Pegawai Khas Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan. Bagaimanapun, disaat-saat akhir, ada juga pihak dapat berfikir secara rasional dan nama Takiyuddin kembali ke Bunut Payung.

Tiap kali pilihanraya, ada usaha menyingkirkan Takiyuddin keluar dari Kelantan.

Kali ini nama Takiyuddin tersenarai untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu tetapi terkini, ada usaha daripada kumpulan ‘Revolusi Kambing’ dalam PAS Kelantan dan beberapa gengnya di peringkat PAS Pusat yang mahu nama Takiyuddin digugurkan terus dari senarai. Ini berdasarkan nama lain telah dicadangkan oleh kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini untuk menjadi calon PAS bagi Parlimen Kota Bharu.

Turut diragut dengan ganas oleh kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini ialah Mohd Amar, Yang DiPertua PAS Pengkalan Chepa. Mohd Amar disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan tetapi kini di dalam bahaya.

Kumpulan ‘Revolusi Kambing’ merupakan penentang kuat kepada Mohd Amar dan menurut sumber yang diperolehi, seandainya Husam Musa tidak terpilih sebagai Menteri Besar kerana tidak tercalon untuk mempertahankan DUN Salor, kerusi Menteri Besar itu bagaimanapun tidak akan diduduki oleh musuh Husam, iaitu Mohd Amar.

Mohd Amar, pewaris darah perjuangan PAS sejati.

Kumpulan ‘Revolusi Kambing’ ini mencadangkan abang kepada Ustaz Latiff Ab Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan dan ADUN Mengkebang, yang merupakan seorang ahli akademik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Usul ini dikatakan sudah dimajukan di peringkat pusat dan telah mendapat sokongan pihak tertentu di dalam Dewan Ulama PAS.

Ustaz Latiff dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Krai, yang kini di wakili oleh sahabat baik Husam, iaitu Dr. Hatta Ramli. DUN Mengkebang pula bakal diberikan kepada bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.

Husam lebih kerap ke Republik Rakyat China, mungkin sesuai jadi Menteri Luar Negeri atau Duta Besar Ke China?

Nampaknya Mohd Amar tidak perlu memikirkan dulu saingan dari Dato’ Sri Mustapa Mohamed untuk kerusi Menteri Besar Kelantan kerana saingan sebenarnya buatnya kini ialah dari dalam partinya sendiri.

17 Comments Post a comment
  1. THe last photo looks weird. The two guys bottom looks so big and broad.

    December 19, 2011
  2. hunny bunny #

    Husam should get a new image advisor.

    December 19, 2011
  3. batuapi #

    ada gaya nak jadi blogger batu api, namun belum cukup power.

    December 19, 2011
  4. pru13.pas(kalah) #

    ‘bewak pasir lawan kambing’ baik kambing buleh make daging…Takiyuddin buang terus je balik negeri lagi bagus

    December 19, 2011
  5. aloya #

    gambar last sekali tu, Takebeer!!

    December 20, 2011
  6. Nik Abduh #

    Kambing vs Bewok Pasir..
    kawe rasa mene kambing, tapi belum tentu juara mutlak.

    December 20, 2011
  7. the last pic, Husam dulu gorgeous. Now gebok. Too much luxury.

    December 20, 2011
  8. Dengan RedhaMu #

    Salam,

    Sila rujuk pada Ibn Khaldun, antaranya, perihal memilih pemimpin. Memimpin sebuah negeri, apatah lagi sebuah negara, memerlukan seorang yang soleh (dan bukannya alim semata), berwibawa, berkelayakan, ‘bersih’, berwawasan, dan mendahulukan rakyatnya.

    Timbang dan sukatlah, siapa yang lebih baik di antara ‘si kambing’ dengan ‘si bewok pasir’.

    December 20, 2011
  9. mohd Ali Kutan #

    Gambar mula2 meme cun..tp xdok seni lagi tuh..

    December 20, 2011
  10. plet D #

    kambing mamoh slipar jepun….jebok mulut2….katanyo bewok…..

    kecek comel blako puok2 ni weh!!

    bkucar bojeng kali nih!!

    December 21, 2011
  11. pru13.pas(kalah) #

    Gini la waeh belako2 kita nak tgna buatlah keputusan hak iklas jgn ada pengaroh dari mamo2 pihak samaada bulat,leper,bujur dan segala bentuk, biar dia buat sebagaimana hak dok ceramah tu……ni napaknya anok dia sokong dua ore hak kena jerat ayah kato tak leh wak kiro anak kato juruh ore tu…..mari kita tengok siapa yg turut siapa?????? Pikirlah sendiriiiii

    December 21, 2011
  12. Lane #

    Negera Kebajikan biasanya adalah motto bagi negara sekular… Dulu kata nak buat Malaysia sebagai negara Islam.., tetapi apabila dunia Islam mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam.., PAS kona leper, nak jadikan Malaysia Negara Kebajikan pulak. Itu yang pemimpin2 atasan PAS kata..

    Sebaliknya, di masjid2 merata2 di Kelantan, para2 kader PAS masih dok laung2kan seolah PAS tetapi nak jadikan Malaysia sebagai Negara Islam. Kepala kata lain.., ekor kata lain. Bila Hassan Ali buka pekung ‘flip-flop’ PAS, kader2 PAS kat Kelantan mula menuduh Hassan Ali sebagai seorang yang meninggalkan jemaah pulak..

    Tak gila ke puak2 munafiq ni..?

    December 22, 2011
  13. Bekas pegawai Husam kini buat pertunjukan Husam …

    December 24, 2011
  14. paspros #

    Husam hanyalah exco di kelantan, tapi gaya macam menteri luar, selalu ke china. lebih chopstik dari kuetiaw. entah2 yang baju merah tu ada apa2.

    December 25, 2011
  15. Lebai Malang #

    ..dia bukan sebarang japnapari..ini japnapari spesis tandok satu tapi ada dua lidah..baka spesis Al Jubb…spesis yg sangat berbahaya.

    December 25, 2011
  16. boniboni #

    toksoh dok pelago ore lah rakyat kelate bukenyo tak bijok kerajaan la ni masih ada peluang untuk terus kekal MB sapo-sapo pun boleh diterima takda baloh pun inyyaAllah..

    January 5, 2012
  17. salam tuan kickdefella..
    mohonkan link blog ini
    http://penaksj.wordpress.com
    terima kasih.

    February 3, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

You may use basic HTML in your comments. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 973 other followers