Sebenar-benarnya, tiada kerusi yang selesa di dalam PRU 12. Hampir di keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia menyaksikan kemuncupan undi yang diterima dan undi majoriti kemenangan.
Adakah UMNO tidak pernah menjangkakan ini akan berlaku di dalam PRU 12 tersebut? Mimpi apa yang mengulik mereka saat itu hingga tidak terjaga oleh kebisingan keluhan rakyat. Itulah bahananya mempunyai kepimpinan yang asyik tidur. Mana mimpi dan mana realitipun sudah tidak dapat lagi dibezakan. Hulubalang di dalam UMNO pula lebih sibuk mengampu Abdullah Ahmad Badawi sekeluarga daripada mengatur langkah di medan juang. Akibatnya, keputusan terbaik BN pada 2004 bertukar menjadi keputusan paling ngeri di dalam sejarah BN.
Di konstituensi Parlimen pemilih Melayu melebihi 50%, BN UMNO hanya menang 31 kerusi dengan majoriti melebihi 20%. 17 kerusi itu dimenangi dengan menewaskan PAS, 13 menewaskan PKR dan 1 menewaskan PRM. BN GERAKAN menang 2 menewaskan PAS Manakala MCA menang 3 menewaskan DAP.
Bagi pembangkang pula, PAS menang 4 kerusi dengan kesemuanya menewaskan UMNO. PKR menang 2 dengan menewaskan UMNO dan MCA.
Carta-carta berikut menjelaskan keadaan sepenuhnya.
Di dalam konstituensi Parlimen pemilih Bukan Melayu melebihi 50% pula, BN hanya menenangi 4 kerusi Parlimen dengan majoriti selesa melebihi 20%. BN UMNO menenangi 1 kerusi menewaskan PKR manakala parti komponen Bukan Melayu dalam BN hanya menang 3 kerusi. Kesemua 3 kerusi itu dimenangi oleh MCA dengan masing-masing menewaskan DAP di Kulai dan menewaskan PAS di Tebrau. Kedua-dua konstituensi ini di Johor. Kerusi terakhir yang dimenangi selesa oleh MCA pula ialah di Bentong, Pahang menumpaskan PKR.
Bagi pembangkang pula, DAP menang 19 kerusi dengan majoriti selesa 20% atau lebih, PKR menang 1 dan PAS menang 1.
Carta-carta berikut menjelaskan keadaan sepenuhnya.
Secara keseluruhannya, UMNO menang 13 kerusi Parlimen di Johor dengan majoriti selesa melebihi 20%, dan Johor dalam 2008 terus kekal sebagai sebagai kubu kuatnya. MCA juga menang 4 kerusi parlimen dengan majoriti lebih 20% di Johor. Prestasi terbaik bagi DAP pula ialah di Pulau Pinang dengan memenangi 6 kerusi dengan selesa. Di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan pula DAP menang 4 kerusi dengan selesa di setiap negeri tersebut.
PAS pula menang selesa di 3 kerusi di Kelantan dan masing-masing 1 di Perak dan Selangor.
Majoriti kemenangan 20% dalam PRU 2008 dianggap sebagai satu majoriti yang selesa dan sukar berubah di dalam PRU akan datang. Ini kerana setakat ini masih belum terdapat indikasi jelas menunjukkan perubahan mendadak sokongan pemilih kepada BN atau Pakatan Rakyat. Rata-rata dirasakan prestasi BN di kawasan-kawasan tertentu di Semenanjung, terutama di kawasan pemilih Melayu melebihi 50% akan bertambah baik tetapi tidak sebaik PRU 2004.
Bagi pembangkang pula sehingga kini belum ada indikasi jelas bahawa kekuatan mereka semakin bertambah, sebaliknya selepas kejayaan cemerlang dalam PRU 2008, mereka terus dirundung kontroversi demi kontroversi yang tidak menasabah menyebabkan indikator mereka semakin ke bawah. Namun begitu, dirasakan prestasi mereka tidak akan seburuk PRU 2004. Bagaimanapun pembangkang mempunyai kelebihan dari segi kejayaan mendaftarkan pemilih baru dan kejayaan mengumpulkan kekuatan dikalangan bukan Melayu.
Walaupun secara keseluruhannya jumlah undi popular yang bakal di perolehi oleh pembangkang akan merosot tetapi ini tidak sekali-kali akan memberi kesan keseluruhan kepada jumlah kerusi yang akan mereka perolehi. Tambahan pula kekuatan pembangkang ialah terhadap perbezaan ideologi dan varieti kepimpinan yang niche terhadap konstituensi-konstituensi tertentu. Ketidak-seragaman ini akan menjadi kelebihan yang sukar ditandingi oleh BN yang lebih seimbang ideologi dan perjuangannya.
Di dalam erti kata lain, PAS walau gagal mengaut sokongan majoriti Melayu di kawasan pengundi Melayu boleh menang dengan sokongan DAP dan DAP boleh menang dengan sokongan PAS dalam pertembungan satu lawan satu dengan MCA, GERAKAN atau MIC. Inilah Perang Proksi.
Di manakah medan Perang Proksi ini? Medan perang proksi ini ialah di konstituensi-konstituensi di mana kemenangan sesebuah parti dalam PRU 12 lalu kurang dari 20% undi.
Di Semenanjung Malaysia jumlah medan itu ialah sebanyak 97 buah konstituensi Parlimen. Di dalam PRU 2008 lalu, BN UMNO menang 33 kerusi dengan majoriti kurang 20%, BN MCA 11, BN MIC 5, BN GERAKAN 4.
PAS pula menang 20 kerusi Parlimen dengan majoriti undi kurang 20%, PKR 18 dan DAP 6.
Berikut adalah carta-carta yang berkaitan.
salam sheih
PRU13 memang menarik.dan mendebarkan.
Keputusan PRU12 tak semestinya menjadi trend kepada pilahanraya ke13 kerana telah banyak berlaku perubahan dan juga pengajaran kepada semua.
kepada parti parti tertentu mungkin kejayaan yang lebih hebat tercapai atau mungkin juga akan menerima kekalahan yang teruk atau lebih berjaya tetapi tiada kuasa.
Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS akan membangun bersama DAP. Kaki bontot akan jadi PM. Sudah pasti PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara. PAS tunduk kepada DAP. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. PAS ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di pijak Islam di hina
Semakin jelas nasib kita akan sentiasa terumbang-ambing dlam percaturan politik, tiada ketentuan. Selepas 50tahun lebih UMNO berkuasa, Melayu semakin terpinggir sehingga kuasa politik mereka pun sangat-sangat dikhuatiri hilang.
Kalau kita bertanya kepada pemimpin UMNO dan penyokong tegar UMNO, adakah mereka secara ikhlas mahu kekalkan UMNO kerana perjuangan nasib bangsa dan memartabatkan agama? Atau sekadar mempertahankan kekuasaan demi kekuasaan itu sendiri dan demi perolehan peribadi mereka?.
PAS dan PKR pula tidak juga boleh diyakini akan memperjuangan nasib bangsa dan ketinggian agama, paling kurang itulah yang Sheih serta rakan-rakan bloggers UMNO (yang secara resminya mendakwa mereka berjuang demi bangsa dan agama) berusaha menyakinkan masyarakat.
Jadi di mana jalan keluarnya dari masaalah sesulit ini?. Marilah kita bersepakat mencari Jalan yang kita yakini akan menyelamatkan kita dan menyelamatkan ummah kita. Marilah kita berusaha dengan usaha yang sekiranya kita mati pada hari ini sekalipun, kita .tidak akan menyesal dengan usaha kita tersebut. Marilah kita tumpukan pada usaha yang akan menyelamatkan kita secara aqidah, syariat di dunia ini, yang akan menyelamatkan kita dalam kubur, akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Tentu kita akan menyesal sekiranya usaha kita itu kita lakukan bukan kerana mencari reda Allah, sekiranya usaha kita kita tidak mengikut syari’at Allah, sekiranya usaha kita itu digerakkan untuk kepentingan duniawi semata-mata, sekiranya usaha kita itu merupakan usaha jahat, memburuk-burukkan orang lain, sekiranya usaha kita itu akan menyulitkan kita apabila dipersoalkan di Mahkamah Allah kelak.
Kita semua beriman segalanya berlaku dengan izin dan Iradah Allah, kita hanya sekadar berusaha di peringkat manusiawi, Pennetu dan Pengatur yang mutlaq adalah Allah. Oleh itu Sheih , ayuh kita ajak ummat ini kembali kepada punca kekuatan kita sebenarnya, ayauh kita ajak ummat ini kepada usaha yang telah dijanjikan kejayaannya oelh allah dan Rasul-Nya, ayuh Sheih, saudara sebagai pewaris darah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam, serulah ummah untuk kembali kepada Jalan Saiyyidina Muhammad yang terang benderang itu. Janganlah saudara terus menerus bergelombang bersama pamabuk-pemabuk kuasa dan penggila dunia
Politik pilihanraya melalui peti undi hari ini memang tiada pada zaman Rasullullah dan khalifah dulu. Pemilihan dulu dibuat secara syura yakni pemilihan di kalangan mereka yg terpilih. Dalam sistem demokrasi hari ini, undi dari penagih, pengedar dadah, penzina, pencuri dan sewaktu dengannya sama nilai dengan undi dari ustaz, ustazah, tok imam, guru dan sewaktu dengannya. Sebagai umat islam, kita perlu membuat keputusan dan pilihan berasaskan usul syariah yakni memilih maslahat berbanding mudarat. Jika jelas jika parti A tidak dipilih, maka mudarat lebih besar dari maslahat, maka wajib pilih parti A. Jika demikian, tidak perlu lagi sistem demokrasi itu, haramkan terus pilihanraya. jika pilihanraya itu menjadi pintu kehancuran bangsa dan negara. Sepertilah kalahnya parti A itu, dunia menjadi kiamat. Siapa yang takut akan nasibnya di dunia melebihi nasibnya di akhirat, maka tiada tempatnya di akhirat nanti. Siapa yang sentiasa menghitung nasibnya di akhirat, dia akan sentiasa memakmurkan dunianya. Apa yang ditanam di dunia, hasilnya dituai di akhirat. Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak manafaat kepada orang lain (Hadis). Nisbah nikmat dunia dan seisinya berbanding syurga ialah setitik air dari seluas lautan. Maka, marilah kita menjadi orang cerdik seperti para Sahabat dan salafusoleh. Seorang soleh di akhir zaman ini setaraf seorang wali di zaman dahulu. Sama-samalah kita menjadikan pentas politik sebagai jambatan ke akhirat.
Aku berpendapat dasar umno BN adalah jauh lebih baik dr pakatan pembangkang.Dasar Pas boleh berubah pd bila2 masa sahaja sebab takutkan Dap.Tp pimpinan Umno mesti berubah kpd perjuangan melayu islam dan bukan perjuangan poket.Dlm hal ini aku masih bole pecayakan umno BN jika dibandingkan dgn Pas utk Pru 13.Pas sekarang jauh berbeda dgn Pas dulu2.Ini banyak diperkatakan secara senyap2 oleh veteran pas terutama bila ianya berkaitan dgn ushasama Pas dan Dap yg tiada titik noktahnya dlm perjuangan Islam.
PAS,DAP,PKR UMNO, BN
Pening molek nk pilih tahun nih…khilafah pulok ado g jupo TGNA suh implement penstrukturan negara khilafah kalu meney election nih…
DAP pulok xse hudud, PKR pulok wat xtahu…UMNO pulok acu xacuh ngn perundangan islam…Nok pakoh hok mano so ni nk wi jadi leader sedak…
nFx
noframex.blogspot.com
Pak Sheikh
Nampak kelakor. Parlimen Grik melayu 74%. Pas (melayu/islam) boleh kalah kepada Gerakan (cina/kafir). Kalau Grik tu bukan melayu 74%, dan jika Umno berlawan dengan DAP, belum habis pengiraan undi kita dah boleh agak siapa yang akan menang. Kerana pengundi bukan melayu ni CerBi belaka (cerdik dan bijak). Mereka tahu siapa yang patut mereka undi.
Nak jadi pengundi Ngok dan Ngap ? .. pi lah tanya orang Umno di Grik .. berguru lah dengan mereka.
@tokgaru.. org melayu disitu tidak lihat pada calon.. sebaliknya likat pada cap penimbang atas kertas undi.. jadi kalau letak batang pisau bertanding atas logo BN pun tetap BN menang.. sbb pengundi2 disitu berkehendakkan parti BN menang di situ..
Klu mengundi ikut calon, di DUN pasir panjang la hasilnya.. pengundi2 melayu disitu lebih suka lihat calon lebih dari parti. Pada PRU 2008, BN letak calon MIC, dan PAS letak Nizar (adik beradik DAP). Majoriti pengundi di DUN Pasir Panjang adalah melayu.. disebabkan mereka mahukan calon melayu mewakili mereka maka lahirlah Nizar si Boneka DAP!
Terbaru adalah kisah Pas dan PKR berkelahi dengan DAP di Selangor. Puncanya kerana DAP nak letak calon melayu. Pas dan PKR rasa terancam sebab yang DAP duk nampak adalah kawasan melayu sebab kalau letak calon melayu di kawasan cina mesti pengundi2 cina akan bagi undi kepada MCA atau Gerakan yang bertanding.
Berani kah Pas nak sergah DAP supaya jangan ganggu kawasan melayu ? Takut bila disergah balik oleh DAP terkencing dalam jubah pemimpin2 Pas. Dah banyak kali dah kita terkena dengan pemimpin2 Pas.
1. Perlaksanaan Hudud .. senyap begitu saja bila kena sergah dengan Karpal Singh ” over my dead body ”
2. Negara Islam .. tertukar jadi Negara Berkebajikan bila Lim Kit Siang kata ” I will never allow Malaysia to be an islamic state ”
3. Pengharaman Pusat Hiburan Pada Bulan Ramadan .. Azizan MB Kedah buat U Turn dalam masa 24 jam saja bila Karpal gepaq nak saman kerjaan negeri Kedah.
DAP kena letak calon melayu, jika tidak jangan mimpi lah nak jadi MB walau pun dia menang majoriti dalam DUN di Selangor dan Perak .. sultan halau macam tu saja.
So apa macam orang Pas. Nasib korang lah .. kami setakat boleh kata .. Kaaasiiiiiihaaaaannnnnnn Dia..
Mengagamakan parti dan mempartikan agama boleh membawa kepada kekufuran. Betapa hinanya Islam kalau disamatarafkan dengan parti ciptaan manusia yang serba-serbi lemah sedangkan Islam itu sempurna dan tidak ada cacat-celanya.
Ada yang menyentuh mengenai PAS takut kepada DAP dlm isu penubuhan negara Islam dll. Sebaiknya isu negara Islam ini dibahaskan dengan teliti. Sebab, para pengkaji seluruh dunia juga ada punyai keraguan yang nyata mengenai ‘Negara Islam’ itu. Maksudnya, adakah secara realiti ia boleh ditakrifkan sebagai ‘Negara Islam’? Sebab pada masa itu, majoriti yang menghuni Madinah atau Yathrib pada masa itu adalah golongan Yahudi. Yang paling penting dibuat oleh Nabi s.a.w pada masa itu adalah menyatupadukan kabilah-kabilah yang ada baik Arab & Yahudi serta mempersaudarakan golongan Muhajirin & Ansar. Isu-isu rakyat diselesaikan terlebih dahulu. Berperingkat-peringkat. Barulah masuk ke bab pentadbiran, ekonomi, undang-undang, pertahanan dll. Baru lengkap. Ia (negara Islam) tidak terbentuk sehari semalam.
Soal yang terpenting adalah, pada hemat saya, selepas kewafatan Nabi s.a.w, tidak ada yang majoritipun yang berlindung di bawah apa yang disebut sebagai wilayah Nabi s.a.w. ‘Wilayah’ ini sangat penting, kerana tanpanya, tidak akan tertegak syariat Islam di situ. ‘Wilayah’ yang dimaksudkan adalah wilayah Nabi s.a.w dan ahli keluarganya. Sebab itu, kita berselawat juga ke atas Nabi s.a.w & ahli keluarganya
Diehard 5.5 ada menyebut,”Politik pilihanraya melalui peti undi hari ini memang tiada pada zaman Rasullullah dan khalifah dulu. Pemilihan dulu dibuat secara syura yakni pemilihan di kalangan mereka yg terpilih. Dalam sistem demokrasi hari ini, undi dari penagih, pengedar dadah, penzina, pencuri dan sewaktu dengannya sama nilai dengan undi dari ustaz, ustazah, tok imam, guru dan sewaktu dengannya”.
Benar, saya setuju sangat. Dalam Islam, tidak ada pilihanraya. Yang ada adalah sistem aristokrasi yang bersandarkan kepada kepimpinan wilayah manusia suci & yang disucikan oleh Allah swt sesuci-sucinya. Ini dibuktikan melalui ayat alQuran dlm surah alAhzab ayat ke-33. Isunya pada hari ini, apakah kita semua sebagai umat Islam mengikuti apa yang disuruh oleh Nabi s.a.w? Jawabnya tidak! Sebab itu PAS tiba-tiba mengubah haluan daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan. Sebab pemimpin mereka sudah diberi kesedaran (brainwashed) oleh pemimpin Islam lain di rantau Arab yang berhasil memerangi Israel pada tahun 2006 dulu.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan muslimin-muslimat yang berkeluh-kesah di sini, usah dibimbangi sangat pilihanraya akan datang. Ini semua urusan dunia. Kita dah menghampiri kemenangan mutlak. Usah dipedulikan siapa yang nak berkuasa pun di Malaysia ni!
Maka bersabda lah Nabi Nik Aziz saw, bahawa Pas boleh bekerjasama dengan DAP kerana DAP menerima islam. Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno adalah kerana Umno itu menolak islam, sabda baginda saeterusnya.
Bodoh2 saya, yang saya faham bila seseorang menolak sesuatu ertinya orang itu tidak mahu menerima langsung. Contoh : Ah Chong menolak pemberian rasuah oleh Ah Seng kepadanya, ertinya Ah Chong tak terima pemberian daripada Ah Seng.
Orang Umno duk pi sembahyang jumaat sampai tak muat masjid setiap kali jumaat Sedangkan orang cina kafir DAP, saya tak pernah jumpa walau pun sekali bersembahyang jumaat dimana2 masjid sekali pun. Jadi siapa yang tolak islam kalau macam tuh ?
Eh makin nampak mengarut dah fatwa dari Nabi Nik Aziz saw nih …. nak dengar tak apa .. asal jangan percaya dan beriman dah la.
Komen dari tokgaru adalah melampau. Walaupun dalam bentuk gurauan kita tidak wajar mempersenda-sendakan taraf kenabian.Singkatan ‘SAW’ yang mewakili ‘sollallahu ‘alaihi wa sallam’ ( Selawat dan salam daripada Allah ke atasnya) adalah ucapan yang kita khususkan bagi Nabi kita.
Kita harap Ustaz Budak bertaubat, kita juga berharap tokgaru bertaubat.Senda gurau kena ada batasnya. Janganlah bersenda-gurau dengan perkataan yang akan mencampakkan kita ke dalam kebinasaan ,
.
Saya sendiri bukan apa, risau kalau DAP dan pakatan Islam cetek memerintah. Dikhuatiri menjadi semakin sukar untuk beribadat dan mencari rezeki.
Saya langsung tak nampak pemimpin PAS di sucikan (brainwashed) oleh pemimpin arab. Yang saya nampak ialah kebangkitan golongan sekular dalam PAS yang mengubah halatuju perjuangan. Jika PAS terus menerus menggunakan slogan Negara Islam, orang-orang Cina pengundi DAP akan takut untuk bersama pembangkang, ini akan memberikan impak kepada undi DAP, malahan undi kepada PAS dan PKR di kawasan campuran juga.
Inilah kelebihan menaikkan golongan sekular PAS dalam pemilihan baru-baru ini, mana-mana yang di lihat menentang dasar, akan di singkir..
bermacam-macam rekayasha dan cerita bari yang menarik untuk dimain tarik tali, menggodek-godek hadis yang kabur gara-gara mahu betulkan yang salah.
Adakah kematian syuhada Memali kerana perjuangan negara Islam adalah sia-sia?
Nik Abduh
Mereka2 yang mati dalam peristiwa Mamali bukan syuhadah. Tolong jangan guna perkataan itu. Tak tepat sama sekali. Kematian mereka sama macam orang mati eksiden saja. Mereka mati kerana memperjuangkan sesuatu yang tidak dituntut dalam quran, perjuangan mereka bukan perjuangan islam malah tak ada kena mengena dengan islam. Kalau mereka mati kerana niat hendak menegakan Negara Berkebajikan, baru lah mereka layak digelar para syuhadah.
Selizmar
Awak kata saya melampau kerana guna “saw” kepada Nik Aziz. Saya kata tidak. Kalau dah Nik Aziz tu semace nabi apa salahnya kalau saya sebagai menghormatinya menyebut ” Nabi Nik Aziz saw ” semace saya sebut ” Nabi Muhamad saw “. Kalu tak mahu ore sebut mace tu, jange lah duk kata Nik Aziz tu semace nabi.
Ustaz Budah tu masih mentah, dia bukannya tahu yang dia sebut tu betul atau tidak. Entah2 sebelum berceramah tu dia dah telan beberapa biji pil kuda untuk menghilangkan nervous naik pentas. Jadi dia pun cakap merapu lah di atas pentas Pas. Tapi Nik Aziz tak marah pulak ko budak mentah tu, nampak mace Nik Aziz suka benar bila ore samakan dia denge nabi.
blog tak up-date. Sibuk ke Mahkamah ke ? Tak pe lah, buat sementara Hakim tarik diri.