Skip to content

Nik Aziz Turun MB, Kekal ADUN Chempaka

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh

Ariffahmi, bakal terbang tinggi dalam arena politik Kelantan?

akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang. Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu.

Demikian maklumat yang diberikan oleh orang kanan PAS Kelantan kepada seorang ahli politik terkemuka negeri itu.

Sementara itu, hari ini juga DetikPerubahan.Com memetik Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, iaitu Mohd Amar Abdullah sebagai berkata bahawa Nik Aziz sudah bersetuju dengan senarai calon yang disiapkan oleh Perhubungan Negeri.

Mohd Amar juga mengesahkan bahawa senarai itu sudah diserahkan kepada PAS Pusat.

Antara perubahan yang dikatakan berlaku ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub akan kehilangan kubunya di Parlimen Kubang Kerian yang akan diambil oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu Husam Musa.

Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Antara nama besar lain yang turut digugurkan ialah Bekas Timbalan Menteri Besar, Halim Abdul Rahman untuk memberi laluan kepada anak Nik Aziz. Timbalan Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaacob yang bergelumang dengan isu Ladang Rakyat dan Air Kelantan Sdn Bhd turut tergugur.

Takiyuddin, sudah lama ada usaha menyingkirkannya ke Parlimen oleh faction tertentu dalam PAS Kelantan.

Sementara itu, Takiyuddin Hassan turut akan menerima nasib yang sama seperti Husam apabila dipindahkan dari DUN Bunut Payung untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen PAS Tumpat sejak 1999 pula akan dipindahkan untuk bertanding DUN Pengkalan Kubur untuk menentang Noor Zahidi Omar, Setiausaha UMNO Kelantan. Zahidi merupakan ADUN Pengkalan Kubur sejak 2004.

Sekiranya Kamarudin Jaffar berjaya di Pengkalan Kubur dan PAS berjaya mengekalkan kuasanya di Kelantan, beliau akan di lantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Kamarudin bersama ADUN GAAL, Dr Nik Mazian.

Mohd Amar, yang kini exco Kerajaan Negeri sejak 2004 akan di lantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz. Mohd Amar dikatakan menjadi pilihan Nik Aziz setelah beliau berkali-kali membuktikan sebagai pemimpin yang bersedia berhadapan dengan krisis dan tidak seperti calon pilihan Nik Aziz sebelum ini, Husam Musa yang suka mengamalkan politik kura-kura. Husam terkenal dengan strategi menyembunyikan diri setiap kali krisis timbul dan tidak seperti Mohd Amar.

Bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.

Sementara itu PAS dan PKR juga dikatakan telah bersetuju untuk bertukar-tukar kerusi Parlimen. Salah satu kerusi yang dipersetujui dikatakan sebagai kerusi Parlimen Machang yang sebelum ini dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PKR.

Kerusi DUN Pengkalan Kubur yang dikatakan bakal di tandingi oleh Kamarudin Jaffar dari PAS juga merupakan kerusi yang ditandingi oleh PKR pada 2008.

Sumber dari pihak UMNO Kelantan pula mengatakan hampir 80% Ketua Bahagian UMNO negeri itu akan diletakkan sebagai calon bagi Dewan Undangan Negeri termasuklah Pengerusi Perhubungannya, Mustapa Mohamed. Mustapa dikatakan pasti menjadi pilihan UMNO sebagai Menteri Besar jika UMNO berjaya mengambil semula Kelantan setelah kehilangan negeri itu sejak 1990.

Namun begitu, bekas calon Menteri Besar Kelantan dalam kempen UMNO 2008 dan juga Ketua Bahagian Bachok, Awang Adek Hussin akan bertanding kerusi Parlimen Bachok. Manakala bekas Pengerusi Perhubungan Negeri, Annuar Musa dikatakan tidak akan dicalonkan walaupun sahamnya dikatakan naik semula setelah berjaya mentransfomasikan pasukan bolasepak Kelantan.

Presiden UMNO Najib Razak perlu mengutamakan prestasi di Kelantan dan Kedah sekiranya beliau benar-benar mahu mengukuhkan kedudukan UMNO di Parlimen dan memungkinkan BN kembali menikmati majoriti 2/3. Ini kerana BN dikatakan sudah pasti tidak akan dapat merampas semula Pulau Pinang dan kedudukan UMNO sendiri di Perak dan Selangor dalam bahaya terutamanya di kerusi-kerusi campuran.

18 Comments Post a comment
  1. ah lee bin ah tan #

    jaga AIR sapa pulok?

    December 3, 2011
  2. Salam tuan syeikh. Smart Husam, ada gaya TPM.

    December 3, 2011
  3. Pengguna Perkhidmatan AKSB Yang Merana #

    Sheikh,

    Exco Air yang biasanya dok bagi press conference dengan ayat-ayat cerdik seperti “bukan ai klate jah kotor, air di negeri lain pun kotor juga”, “belum ada orang mati sebab minum air kelantan”, atau “macamana kata tak ada air, projek perumahan naikm di sana sini” kekal lagi ke?

    December 3, 2011
  4. oretepirumohkick #

    supo hitler masa mudo pom ada jugok tu..

    December 3, 2011
  5. Bukan Kelate #

    Camna nak ambil balik Kelantan… masa Budget haritu pun Kelantan dilupakan… projek elak banjir boleh tak tersenarai…

    December 4, 2011
  6. pru13.pas(kalah) #

    Aduhai mb sedarlah apa yang dicaturkan itu adalah cadangan meja bulat…tak sah we la nantu tanding di machang kalah nanti..dah la kucar perangai dipmbk ni nak kelik kucar di macang plk. Ambo mewakili dun dan parlimen machang batalkan lah cadangan itu dulu biar di cuci segala tahi hak dia ecer tu, cukuplah apa yang dilakukan tak kabar lagi ko weh.

    Nik amar nak we jadi mb habihla rakyat kelate jadi bewak pasir pah ni…ni semua percaturan yang salah!!! PAS NAK MERETAH LAGI KO TAK SIR DAH??????? kalu nak tak sah dok ikut la cadangan bodo tu

    December 4, 2011
  7. Tok Wan #

    Nampok gaya Wan Rosdi (PKR) penyelia DUN Pkln Kubor kena tendang? Ko dio kena hantar ke DUN lain.. Kalu kena tendang..PKR buleh memberontak.. banyok benar pitis Wan Rosdi perabis dale Dun kale Kubor slamo kenin.. lagipun Hj Di menang PRU 2008 maj 100 undi jah.. Pakat berebut DUN kale kubor plk ko?

    Wan Rosdi dok lena doh sbb dia cuma ada 100 undi utk di atasi.

    Tapi ambo raso.. kamaruddin buleh bayar ko Wan Rosdi mugo kakas tu pitih betambung.. Saim rapat dio, Nuar Berahim bue tender banyak maso jadi TPM dulu.

    December 4, 2011
  8. Hussein ibrahim #

    Dulu doa agar najib pecah perut. La ni perut kau pula sakit. Apa ni nabi nik aziz. Ingat lah Kitaa ni HAMBA . Jangan takbur Dan besar diri.

    December 5, 2011
  9. diehard #

    Sheih pula kena jadi Pengurus kempen Jentera UMNO, bila UMNO menang bolehlah jadi S.U akhbar menteri besar baru. Setiap hari boleh buat PC macam white house spokesman. Bila wartawan tanya macam mana nak buat dgn pelacuran dan disco yg agen johnson dedah tu, pandai-pandai sheih jawab..itu tiada dlm manifesto kita. Kita mahu ekonomi sejahtera dulu baru rakyat tidak jual tubuh nak hidup. Kota Bharu akan menjadi Bandaraya Islam wasatiyah, tidak taliban tidak erdogan. Kebersiihan tandas dan kejernihan air priority no.1. Hidup UMNO !!

    December 5, 2011
  10. anakmelayu #

    meme soh doh mesti lah anok nak jadi ore nombo satu kelante…kroni la tu. Terang-terang PKR pun ado kroni….DAP pun ada kroni. cito-cito tinggi tuh…

    December 5, 2011
  11. Dalam gambar husam, perempuan tu kepalanya macam kepala orang lain. Photoshop ke?

    December 6, 2011
  12. TakebeerPAS #

    Terimalah hakikat, pic Husam kambing J tu gambar betul bersamai amoi. Jangan amal sindrom penafian..nanti payah nk terima kebenaran dan hakikat. Diri juga merana.

    December 6, 2011
  13. zik #

    Ada yg kena saman kat court lagi ni..hahaha!!

    December 6, 2011
  14. anony #

    mcm penah tgk gamba nie…masa tu menang kes…datuk apa ntah mintak maaf tanpa sebarang syarat dengan husam nie…

    December 6, 2011
  15. kulop #

    sering terdapat maknusia yg berhidung belang, pandai berklentong dgn janji2 manis kpd sijelita, apabila berjaya menjadikannya isteri, dilayaninya pula saperti hamba sex dan dia hidup membuang masa berpolitik kosong. Nampaknya kelantan sama senasib !

    January 29, 2012

Trackbacks & Pingbacks

  1. Nik Aziz to relinquish Mentri Besar post? | MALAYSIAN INSIDER - MALAYSIAKINI
  2. Siapa Gadis China Tersenyum Di Sisi Husam Musa ? | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan Nasional | warisan2057
  3. Husam hanya dapat amoi Golden Resort? | Kumpulan Menyokong UMNO (MYKMU)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

You may use basic HTML in your comments. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 973 other followers