Skip to content

Archive for December, 2011

Jika Media Baru Penentu PRU13 dan RM10 Juta Untuk Rocky

Antara kesilapan besar Barisan Nasional dibawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ialah memusuhi media baru. Bagaimanapun Barisan Nasional masih boleh bersyukur kerana pada waktu itu media baru banyak berkisar kepada ruang-ruang blog dan portal sahaja.

Waktu itu juga, Blackberry masih menjadi mainan eksklusif golongan korporat dan iPhone hanya dimiliki oleh Khairy Jamaluddin. Twitter dan Facebook belum muncul. Tablet walau sudah ada, tetapi tidak popular dan terbatas kepenggunaannya.

Datuk Ahirudin Attan, Rocky Bru.

Maklumat yang mengancam Kerajaan Abdullah di ruang siber, kebanyakkannya dari ruang-ruang blog. Ditulis dengan panjang lebar dan terperinci. Lantaran memerlukan setidak-tidaknya komputer riba dan masa yang terluang untuk membacanya dengan selesa. Kerajaan Abdullah bagaimanapun masih hilang majoriti 2/3 dan kehilangan 5 negeri. Read more

Revolusi Kambing Di Kelantan!

Dan YB Dato’ Takiyuddin Hassan serta YB Dato’ Mohd Amar bakal ditanduk oleh Sang Jamnapari?

Benarkah Husam Musa di kata berusaha mempertahankan kerusi DUN Salor walau banyak pihak mahu dia ke Parlimen Kubang Kerian?

YB Dato’ Takiyuddin Hassan ahli Exco Kerajaan PAS Kelantan selama 3 penggal sudah menerima hakikat bahawa usaha yang sudah sekian lama untuk mengenepikannya ke pusat akhirnya akan menjadi nyata di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Takiyuddin yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Bharu akan diletak bertanding kerusi Parlimen. Di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu juga, usaha sama telah dilakukan dan nama Takiyuddin di DUN Bunut Payung telah digantikan dengan Dr. Rosli Alani, bekas Pegawai Khas Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan. Bagaimanapun, disaat-saat akhir, ada juga pihak dapat berfikir secara rasional dan nama Takiyuddin kembali ke Bunut Payung. Read more

Manifesto Pilihanraya PAS 1990 Hingga 2008: Satu Analisa Bahagian 3

Baca di Detik.Perubahan.Com

Analisa PRU 12, 2008, Sejarah Perang Proksi Bermula

Sebenar-benarnya, tiada kerusi yang selesa di dalam PRU 12. Hampir di keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia menyaksikan kemuncupan undi yang diterima dan undi majoriti kemenangan.

Adakah UMNO tidak pernah menjangkakan ini akan berlaku di dalam PRU 12 tersebut? Mimpi apa yang mengulik mereka saat itu hingga tidak terjaga oleh kebisingan keluhan rakyat. Read more

Perang Proksi – Bagaimana DAP Tewaskan Melayu

Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

Husam Musa, Naib Presiden PAS, pakar hubungan Melayu-Cina

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%. Read more

Nik Aziz Turun MB, Kekal ADUN Chempaka

YAB Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang didakwa oleh mereka yang rapat dengannya sebagai menghidapi barah prostat akan tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS masih mengekalkan pegangannya di negeri pantai timur itu selepas Pilihanraya Umum ke 13.

"Ambo nok gi doh, ambo sakit perut...." walaupun itu ayat kegemaran Nik Aziz untuk mengelakkan diri dalam sesuatu keadaan, tetapi kali ini diyakinkan itu bukan alasan yang diguna.

Bagaimanapun Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh Read more

Detik Perubahan Sudah Bermula…

http://detikperubahan.com

Memacu Mandat Kejayaan

http;//detikperubahan.com