Skip to content

Archive for November, 2011

Video Terbaharu Agen Johnson: Disko Halal Bandar Raya Islam

Apakah Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan permit atau lesen untuk pusat hiburan di Negeri Kelantan? Itu soalan yang perlu ditanya.

Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan membenarkan Majlis Perbandaran Bandar Raya Islam dan lain-lain majlis daerah mengeluarkan lesen menjual arak kepada bukan Islam. Alasannya meminum arak itu dibenarkan dalam agama-agama lain. Read more

Ops Johnson III: Disko Dut Bawah Pokok Ceri

Kami telah dibawa mengunjungi pusat karaoke di bawah pokok ceri ini pada bulan Februari 2011 lalu. Pusat hiburan ini dibuka sehingga ke azan subuh dan menjadi tempat kunjungan anak-anak muda, pak cik-pak cik dan pada waktu kunjungan kami itu, ada juga mak cik-mak cik GRO. Read more

‘Agent Johnson Learns To Disco-Dut’ di Bandar Raya Islam

Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.

Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh. Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Read more

Murtad: Bukan Injil Solar, Tapi Nilai dan Penghargaan

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata,

“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,”.

Read more

Calon Boleh Menang, Bukan Calon Boleh Lompat

Semua parti politik yang akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) sudah pasti mahu meletakkan calon boleh menang dan bukan calon boleh lompat. Bagaimanapun di dalam kedua-dua kategori ini, yang sukar ialah bagi UMNO.


Jentera pembangkang menanti 'winnable candidates' BN

Ini kerana hieraki di dalam UMNO akan menjadi penghalang utama. Setakat mana calon ‘tak boleh menang’ tetapi berjawatan kanan di peringkat bahagian boleh terima hakikat ini. Dan bagaimana pula kesungguhan peringkat tertinggi UMNO mahu meneutralkan mereka yang bukan kategori calon boleh menang di bahagian dari membuat kacau bila tiba PRU 13 kelak? Ayam tambatan siapa yang akan digugurkan? Bolehkah gembalanya terima pengorbanan sebegini? Read more

Ku Li Calon Bebas?

Khabarnya ada pertemuan di Langgak Golf yang berakhir dengan cadangan  YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang cendikiawan Melayu akan bertanding sebagai calon Bebas di dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Selepas itu timbul desas-desus akibat tulisan oleh mereka yang ada hubungan dengan pejabat Perdana Menteri Malaysia, bahawa YBM Tengku akan menubuhkan satu parti politik baru. Desas-desus itu terbukti tidak benar bila sidang akhbar yang didakwa untuk Ku Li mengumumkan parti politik barunya tidak berlaku. Sebaliknya  apa yang berlaku ialah pengumuman mengenai NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang mana Tengku selaku Presidennya. Read more

17 Tahun Untuk Bermimpikan Air Bersih

Kerajaan PAS Negeri Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah penyaliran air bersih kepada penduduk Negeri Kelantan. Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, YB Dato’ Mejar(B) Md Anizam Abd Rahman di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada akhir 2010.

Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027,”

Demikian yang dinyatakan oleh Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan itu. Apa yang Mejar (B) Anizam (foto di atas) tidak nyatakan bahawa, tempoh masa 17 tahun itu sebenarnya juga merupakan satu tempoh masa yang amat sukar untuk Pentadbiran PAS Kelantan menyelesaikan masalah air. Read more

Air Kelantan : Komiti Kecil, Meja Bulat dan ….

PAS sibuk dengan isu pengundi hantu bila tidak boleh menang pilihanraya, tetapi bila mereka menang, mereka tidak pula sibuk menyelesaikan masalah hantu-hantu yang membuat onar dalam pentadbiran negeri yang ditadbir mereka.

Lihat sahaja hantu-hantu di dalam Air Kelantan Sdn Bhd. Read more