Update
YouTube telah menarik balik video bukti dari laman YouTube. Pihak kami sedang berusaha untuk memuatturun semula video tersebut di sini dalam versi low res. Harap maaf.
Posting Asal
Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.
Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.
Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.
Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.
Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat secara terbuka.
Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menempah pelacur-pelacur yang berdiri di tepi barisan kedai Jalan Hamzah atau masuk ke kawasan perumahan Limau Manis di mana sekumpulan pelacur lagi sedia menanti pelanggan di hadapan kawasan perumahan di situ. Atau anda juga boleh terus memasuki sebuah lorong kecil dan terus ke sebuah rumah kayu yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan.
Pelacur yang dilanggan dengan harga RM60 untuk ‘satu shot’ ditepi jalan itu akan mengiring anda ke rumah kayu itu dimana terdapat beberapa buah bilik. Memandangkan di dalam operasi yang lalu Agen Johnson sudah masuk ke rumah tersebut, maka kali ini kami menggunakan taktik lain bagi mengesahkan sumber risikan yang kami terima.
Kami bertanya sekiranya pelacur itu boleh di hantar ke mana-mana hotel di sekitar Kota Bharu. Ternyata perkhidmatan itu juga disediakan dengan harga RM150 ‘satu shot’. Pelacur itu akan dihantar dan seorang lelaki akan memastikan bahawa perkhidmatan yang mereka tawarkan itu berjalan lancar tanpa gangguan dengan berkawal di premis yang anda arah agar pelacur itu dihantar.
Video yang kami rakamkan menunjukkan kawasan sekitar Jalan Hamzah, Kampung Limau Manis dan di hotel tempat pelacur itu datang untuk memberikan perkhidmatan.
Pelacuran di Jalan Hamzah terkenal sejak zaman pemerintahan PAS pada era 60an dan 70an lagi. Bagaimanapun, apabila Barisan Nasional mengambil alih Negeri Kelantan pada tahun 1978, kawasan tersebut telah dibangunkan. Tempat yang dulu terkenal dengan pusat ‘Kopi Korek’ telah berakhir. Barisan Nasional kemudiannya mengeluarkan lesen-lesen pusat hiburan dan kebanyakannya tertumpu di dua tiga hotel kecil.

Pelacur yang datang ke sebuah bilik hotel di Kota Bharu.
Tetapi apabila PAS menawan semula Kelantan pada tahun 1990, PAS telah memastikan pusat-pusat hiburan tersebut telah berkubur kerana bertentangan dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam’ oleh PAS. Tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan penguatkuasaan aktiviti pelacuran jalanan dan pusat-pusat hiburan haram mula tumbuh seperti cendawan.
Pelacur pondan Kota Bharu di bilik yang disediakannya
Hari ini, selain pusat pelacuran jalanan di sekitar Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, aktiviti pelacuran juga dijalankan dipremis-premis tertentu yang berselindung disebalik lesen-lesen tertentu yang dikeluarkan oleh MPKB-BRI. Bagaimanapun, apa yang kami difahamkan premis-premis yang menawarkan perkhidmatan GRO yang juga menyediakan perkhidmatan seksual ini hanya boleh dimasuki menerusi ‘invitation’ sahaja.
Sebuah tempat karaoke di berhampiran dengan DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz
Pada malam hari, disebalik pokok-pokok ini menjadi pusat karaoke terbuka dan terdapat juga ‘GRO-GRO Veteran’.
Apa guna penyokong-penyokong PAS membandingkan aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur yang di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat dan aktiviti pelacuran di Pulau Pinang dan Selangor yang dibawah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat? Tidakkah mereka sedar peratusan penduduk Islam di Kelantan dan di Kuala Lumpur dan di negeri-negeri tersebut jauh sekali bezanya. Bandar-bandar tersebut juga tidak berstatus Bandar Raya Islam dan tidak diperintah oleh ulama’ PAS dan Ahli Majlis Perbandarannya dipenuhi mereka berkopiah haji?
Namun begitu, setiap minggu kita sentiasa dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti membanteras aktiviti maksiat berjalan pesat di negeri-negeri tersebut tetapi tidak sepesat mana di Kelantan.
Apa guna Dewan Pemuda PAS terpekik terlolong setiap kali ada artis Barat dijemput membuat konsert di Malaysia? Apakah lebih baik mereka menjaga dulu aktiviti kemaksiatan yang tidak terkawal di negeri yang telah diperintah oleh Mursyidul Am mereka selama lebih 20 tahun.
Tidaklah perlu mereka mengatakan pelacuran adalah profession tertua dan Nabi Muhammad S.A.W pun gagal menghapuskannya kerana kalau itu alasan mereka, saya yakin seorang pelacur yang bertudung yang kami temui di Kota Baru itu akan mampu menjawab, ‘kubur mu hok mu, kubur aku hok aku, mu duli apa!’
Dan saat itu, pelacur itu jauh lebih mulia dari mereka yang hipokrit di dalam PAS. Setidak-tidaknya, pelacur itu hanya menggadaikan tubuh mereka untuk sesuap nasi, bukan menggadai Agama Islam untuk dapat konsesi balak, menambah bilangan isteri dan membeli kereta Mercedes.

fuuh, panas!
“bukan menggadai Agama Islam untuk dapat konsesi balak, menambah bilangan isteri dan membeli kereta Mercedes.”
Nice one syeikh! pedass gitu………….
your last paragraph is superb…
terbaiklah pok sheikh
Tahniah Bang Syed, mantooop!
betol betol kawe stuju benar…kawepun bnyok crito sbenar
kemah molek..
Sheih,
cuba tanya pelacur itu, jika pilihanraya nanti dia akan pangkah siapa, PAS atau UMNO ?
Sheih said: Ambo akan suruh Johnson tanya dlm Ops akan datang. Tapi ambo rasa dia akan jwb nak pangkah PAS. Ambo tanya Johnson pun dia nak pangkah PAS jugak.
Terbaek syeikh !!!
ni la kalau negri yg di perintah oleh org islam yang lebih islam dari islam itu sendiri….
Nice and ternyata berani syekh…may all bless you..
Sheih, ana sokong 200 peratus.
Ana dimaklumkan, puak2 ni akan buat `dekkk’ aje terhdp apa jua `post’ yg sheih paparkan ( malah bbaso) dgn harapan lama2 perkara ini akan hilang begitu saja.
Apa2 pun teruskan perjuangan ini dan jangan lupa, lebih berhati2 (terutama keselamatan diri) di masa2 akan dtg.
** penyelewengan dlm AKSB (projek NRW) makin parah…..Nik Aziz pun tahu, tapi buat2 tak tahu.
Ni lah realitinya di Kelantan negeri kelahiran ku.. Dah lama dh aku tahu tapi puak2 PAS buat2 tak tahu…
Ayat paling best yg pernah aku baca dari mana2 blog..
Dan saat itu, pelacur itu jauh lebih mulia dari mereka yang hipokrit di dalam PAS. Setidak-tidaknya, pelacur itu hanya menggadaikan tubuh mereka untuk sesuap nasi, bukan menggadai Agama Islam untuk dapat konsesi balak, menambah bilangan isteri dan membeli kereta Mercedes.
insyaallah dngan pendedahan sebegini akan lebih membukakan hati ore2 kelate…samo ado yang duduk di kelate ataupun yang duduk diluar kelate…teruskan syekh!!
Salam Sheikh
Terbaek punya…pendedahan dahulu telah disergah oleh penyokong tegar bahawa di Mekah pun ada pelacuran..sungguh memalukan krn setiapkali diajukan isu maka jawapan macam itu yang dijawab.
Teruskan dengan pendedahan yang lebih mendedahkan bahawa tiada tindakan oleh kerajaan PAS dalam menangani isu maksiat dan mungkar selama 21 tahun memerintah. Biarlah berulang kali penyokong tegarnya menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN yang menyebabkan kemaksiatan masih ada..insyaAllah semoga rakyat celik mata dan berfikiran lebih rasional dgn isu kemasyarakatan setempat..
awesome dude……………
saya ingat kan dah terhapus lah pelacuran selepas pendedahan pertama pak sheikh dulu. rupa2nya tak jadi apa pun. bior lantak dia lah pak sheikh oiii. melacur tu pun satu pekerjaan juga. daripada mereka cari makan dengan cara merompak, menyamun atau meragut yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain, teman rasa bior lah mereka buat kerja tu. mereka pun macam kita juga, perlu kepada makan pakai dan ada keluarga yang perlu di tanggung. sure mereka bukan jadi pelacur dengan rela hati, tapi kerana terpaksa sebab itu saja kerja yang sesuai dengan mereka. boleh jadi kerjaan pas nik aziz melihat dari sudut yang teman sebut nih.
think positive is wiser than think negative.
ayat perenggan terakhir tu memang terbaik.. i like this post !
Salam.smga rakyat kelantan dpt menilai apa hasil krajaan PAS telah buat slama ini.elok la PAS nk promote kelantan sbg pusat pelancongan.mgkin PAS ada suap org nya .kalau nk bentera tkkn la smpai dkt ngn pejbat mentri besar pon berleluasa aktiviti pelacuran.ya allah.selamatkn la bumi yg bertuah ini dr org yg tidak layak dan tidak mmpu mentadbir.
Perlu mendedahkn kpd sluruh rakyat kelantan dan di ngri2 lain..biar rakyat nmpk PAS ni ckp tk srupa bikin.insyaallah rakyat celik dgn pendedahan info ini.aamin
Kalu dio kato bilo dapat kat kito dio jadi caro Islae belako do tu.
Pah nok tanyo sikit ni …
gotu pun ado caro Islae jugok ko ???
All comments that are quite extreme. All the Muslims. But all political and non-responsibility as a Muslim. It is very embarrassing. I hope you can answer with the angels soon in the hereafter with what you have written.
Pak Sheikh, if you feel what you publish is true and not for revenge, continue. But if to discredit Islam, you shall answer also in the hereafter. To comment as a Muslim.
tuan Sheih, mengapa dedahkan di Kelantan sahaja? Kenapa tidak mendedahkan aktiviti pelacuran di negeri negeri lain juga? Post ini mempunyai niat yang mulia, akan tetapi saya dapat rasakan post ini suatu propaganda. It sure stinks like one.
Selagi manusia mempunyai nafsu, selagi itu aktiviti aktiviti tidak bermoral ini akan terus dilakukan. Tidak kira negeri, bangsa, agama ataupun parti politik yang memerintahnya.
salam tuan sheikh,
tu la.. oghe tuo2 pese doh, jange dok kato ko oghe, lamo2 blik ko dri sdri.
so jari tunjuk ko oghe, pak lagi tunjuk kito mula.
konspirasi umno nih… ;p
terbaik bro pendedahan yang mantop.
Insan Melayu #
tuan Sheih, mengapa dedahkan di Kelantan sahaja? Kenapa tidak mendedahkan aktiviti pelacuran di negeri negeri lain juga? Post ini mempunyai niat yang mulia, akan tetapi saya dapat rasakan post ini suatu propaganda. It sure stinks like one.
<— demo jgn jadi bodoh gak…negeri lain buat apo nak dedah..semua org dah tau belako..benda yg sudah terang lagi nak bersuluh…
lo nih kita nak tau berito di sebalik cerito yg selama ni org2 tuo pas duk susuk ..
Insan Melayu #
Selagi manusia mempunyai nafsu, selagi itu aktiviti aktiviti tidak bermoral ini akan terus dilakukan. Tidak kira negeri, bangsa, agama ataupun parti politik yang memerintahnya.
<– jadi apo bezonya negeri diperintoh PAS dan BN??? buko molek gak mato demo ni
salam…nampaknye terpaksa lah pok nik kena print lg byk2 tiket utk msuk syurga….byk org yg perlukan tiket tu dikelantan suatu masa nanti…
U are the best bro, ini hari saja 3 kali artikel ini aku mainkan di blog aku! masterpiece bro!
Tuan2 & puan2, ingin saya ulang sekali lagi…….
Tempat pelacuran itu hanya 400 meter dari pejabat Pork Nik@Menteri Besar!
Bayangkan kalau ada sarang pelacuran jaraknya 400 meter dari pejabat PM di Putrajaya? Pasti sampai ke dalam reban ayam orang PAS hendak beritahu walaupun ayam tidak tahu berpolitik macam Hadi Awang kelentong kata esok pagi sebelum ayam berkokok PAS akan laksana Hudud tetapi bila dapat perintah Terengganu pada PRU10 dahulu, Hudud terus bertukar menjadi 0.001% kepentingan dalam Islam untuk dilaksanakan menurut kata Hadi Awang. Selepas berpuluhan tahun Hadi Awang & PAS mengakfirkan UMNO & sanggup Ibrahim Libya bersama pengikut2nya mati menggadai nyawa kerana ‘Negara Islam’ yang diperjuangkan oleh PAS, baru kini Hadi Awang berkata ‘Negara Islam’ tidak ada dalam Al-Qur’an. Begitu juga dengan Pork Nik, selepas menantunya terpaksa melepaskan jawatan CEO PMBK baru Pork Nik tahu Nabi pun mengamalkan kronisme. Kenapa semasa Pork Nik hendak melantik menantunya menjadi CEO PMBK dia tidak mahu berkata begitu? Banyak lagi contoh perlakuan2 & kata2 pemimpin PAS yang sememangnya munafik jika hendak diperkatakan.
Penyokong@penganut@totok PAS yang kata di Mekah pun ada pelacuran untuk dijadikan alasan kepada aktiviti pelacuran di negeri bergelar(digelar tanpa memenuhi syarat & kriteria oleh Pork Nik & PAS) ‘Serambi Mekah’ memang jahil & haramjadah betul! Alasan tidak bertanggung-jawab seperti ini boleh mengotorkan imej Islam kepada pengetahuan orang bukan Islam mengenai tempat suci Mekah!
Kepada anak haram@penyokong@penganut PAS yang berkata begitu, jangan fikir kerajaan Arab Saudi seperti kerajaan negeri PAS Kelantan yang cuma tahu bertindak ibarat melepas batuk di tangga sahaja jika benar sekali pun ada pelacuran di Mekah. Kerajaan Arab Saudi adalah benar2 sebuah kerajaan yang Islamik, akan bertindak tegas & tidak akan berkompromi jika benar ada pelacuran di Mekah sementara kerajaan negeri PAS Kelantan adalah atau cuma “Isle” sahaja.
Islam yang ditonjolkan oleh Pork Nik & PAS di Kelantan ialah Islam plastik ibarat kosmetik wanita seperti membuat tempelen pada papan2 tanda berkata ‘Membangun Bersama Islam’ di tepi2 jalan tetapi pada hakikatnya sekarang PAS sebenarnya ‘Membangun Bersama Kote Anwar’ yang rakus suka berzina dengan pelacur & meliwat sesama sejenis.
haha..sedih la camni..
*ihsan kelantan;
bakpo x bongkar hk negeri laen?..demo keno pehe boh..klate ni negeri serambi Mekah..x ko wt malu namo tmpat suci jah gitu??..doh la umum Kota Bharu Bandaraya Islam..Islam atah dahi la gni gak..wt malu bangso jah puok pas ni..puihhhhhhhh..
tau cari silap org lain je, patutnya sama2 membantu membanteras maksiat yg berleluasa
إنا لله وإنا إليه راجعون ،
Sangat setuju dengan pandangan ini. “”tuan Sheih, mengapa dedahkan di Kelantan sahaja? Kenapa tidak mendedahkan aktiviti pelacuran di negeri negeri lain juga? Post ini mempunyai niat yang mulia, akan tetapi saya dapat rasakan post ini suatu propaganda.”"
Tersirat kejahatan mahu mengaibkan orang, memang jenayah / maksiat sukar dibenteras. namun usaha dan nawaitu tetap tegar. Ia lebih baik dari tiada usaha dan niat langsung, apatah lagi ada penggalakan dari pihak UMporNo.
berjuang la utk agama,bangsa dan negara pok sheik..
bukan utk balak,poligami dan mercedez..kekekek
insan melayu,amran zulkifli dan abdul hadi muhamad.. anda TAK FAHAM apa yang disampaikan oleh Tuan Sheih. Jgn komen kkalau x faham.
Adakah anda akan war-warkan seluruh negara yg rumah anda bersih , sedangkan rumah anda semak samun dan dipenuhi najis ayam??? CUBA FAHAMKAN APA YG TERSIRAT!! ATAU ANDA MUNGKIN TAK TAHU??
PUAH CARI BARU JUPO TEMPAT PELACUR TU….KAT BUKIT BINTANG TU BUKAK MATO TERUH NAPOK….ADA KORANG PEDULI
Memang terbaik la bro !!!
pelacur pun nak cari makan , kerja jadi kerajaan pun nak duit pelacurpun sama juga tidaklah sama tujuan itu
Isu isu camni, demo akan kate fitnah sebab kamera video tu ‘Besi’ takleh dipakei untuk jadi bukti. Sebab besi takdok mulut atau mata. Bodoh Sokmo demo loh ni… Tuhan bagi akal suruh pikir, no dok, main ikut bute tuli jek…
astaghfirullah..jarak tempat pelacuran tu hnya 400 meter dr pjabat MB tapi kerajaan Kelantan hanya menutup mata melihat maksiat berleluasa..ini baru jaraknya 400 meter, belom lagi jaraknya yang beribu2 meter..dan paling tidak boleh diterima akal dengan jawapan puak2 PAS dengan mngatakan Mekah pun ada aktiviti pelacuran..jgn la merendahkan martabat Islam dengan mmbuat jawapan sebegitu..Inilah faktor yg mmbuatkan org bukan Islam pandang rendah pd agama Islam..macammana nak laksanakan hukum hudud kalau maksiat yg terang-terangan di tempat sendri (jarak 400 meter) pun tak dapat dikawal..nauzubillah..semoga rakyat2 kelantan celik mata dengan keadaan ini.
Maksiat di Kelantan kena korek dalam-dalam, maksiat tempat lain dah terbuka dan jadi mangli dah. Sebab itu kes ini ada nilai scoop dan silver bullet. Ada peluang jadi pegawai media VVVIP selepas menang nanti.
Quote from Zorro …
“Pak Sheikh, if you feel what you publish is true and not for revenge, continue. But if to discredit Islam, you shall answer also in the hereafter. To comment as a Muslim.”
I wonder … what really Zorro was asking when he says ” to discredit Islam” … doesn’t it mean PAS as a pathetic political party does signify Islam … if that was what Zorro had in mind … such a big joke la my friend …
syabas pak syeikh…puak2 ni bukan nak bantu menyelesaikan masalah..tapi menambahkan masalah,.hang dah buat keje hang…puak2 ni nak cari alasan nak lepas tengkok….Pork Nik siap maki hamun marahkan bloggers kerana membuka pekongnya….dia haram tak tahu yg ahli pas pun ada share dlm businness penyundalan dan mungkin juga taukenya pemimpin Pas sendiri….itu lah lagi banyak mohon petunjuk dari tuhan, lagi banyak rahsia kemungkaran pas akan terburai………
Another pathetic moon lover that goes by the name Abdul Hadi … the bad deeds that happened at other states … especially the ones governed by BN … have been continuously exposed by the pussy lover Mat Sabu and friends … as you knew perfectly well Hadi thamby … Pakatan’s ceramah is all about exposing and humiliating the opponent parties …
Lain kali … kalau mau cakap gak … tengok dalam kain sendiri dulu la bruder …
Andai kata Pork Nik & PAS membuat demo BERSIH(berSHIT sebenarnya) 3.0 di Kota Bharu, orang PAS bernama Hanipa Maidin pasti merasa bangga sekali lagi sekiranya pelacur2 itu menyertai lagi demo memberi sokongan kepada PAS & Pakatan Haram(PR) seperti mereka lakukan dalam demo haram BERSIH(berSHIT sebenarnya) 2.0 di KL tempohari.
Jarak 400+ meter tempat pelacuran itu dengan pejabat Pork Nik@Menteri Besar boleh memudahkan pelacur2 sertai demo dengan memakai tudung membawa sepanduk bermesej ala2 “Isle” menyokong kerajaan negeri PAS & Pakatan Haram(PR) selain mengutuk kerajaan UMNO & BN.
Kalau di Amsterdam Holland 2 pemimpin PAS boleh bertembung(terserempak) jumpa sesama sendiri semasa mereka berdua melawat muzium seks disana, bagaimana agaknya kalau Pakatan Haram(PR) menjadi kerajaan berPMkan si peliwat & penzina terlaknat Anwar membenarkan muzium seks wujud di KL?
Pasti 2 pemimpin PAS itu suka selepas begitu banyak rumah2 urut@sarang2 pelacuran diwujudkan oleh kerajaan negeri Pakatan Haram(PR) & punahsihat ekonominya bernama Anwar Aljuburi.
Ada sedikit pertanyaan dari teman….
Kickdefella tidak menerima sampul surat berisi peluru ke selepas mendedahkan bahagian ke 2 tentang pelacuran masih berlaku dengan berleluasa di Kota Bharu dibawah pentadbiran Pork Nik & PAS yang dikatakan paling Islamik di dunia dimana jarak tempat pelacuran itu hanya 400+ meter sahaja dengan pejabat Menteri Besar?
Akhir kata, mengenai alasan yang diberikan oleh Pork Nik konon2 disebabkan kurang peruntukan, penguatkuasaan & pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT) menyebabkan aktiviti pelacuran di Kota Bharu terus berleluasa, aku anggap alasan seperti itu tidak munasabah. Kalau di Selangor dahulu semasa BN menjadi kerajaan negeri pihak berkuasa tempatan(PBT) boleh memotong bekalan air & eletrik premis2 degil yang berkali-kali terus melakukan aktiviti pelacuran walaupun si bapak ayam yang kini Exco Kerajaan Negeri Selangor bernama Ronnie Liu cuba menghalang. Kenapa pihak berkuasa tempatan(PBT) di Kota Bharu tidak mahu melakukan begitu terhadap premis2 degil seperti ini?
Nanti Nikky Ajis berfatwa…..
Sesungguhnya kerana terpaksa dan kerana sesuap nasi, tidok berdso umat isle melakukan zino, tuhan akan ampunkan doso tu, mana mana umat Kelantan yang berada dalam keadaan begitu, teruskan aktiviti kamu.
Jangan kamu dengar pandangan orang UMNO, kitab ambo ada sebut semuo.
Kepada Ababyl79….
Tentang sampul surat berisi peluru tu Kickdefella tak mungkin nak buat2 guna modal basi tu macam profesor kangkung aziz barua & lain2 pemimpin pakatan haram suka gunakan. Aku percaya diorang nak baling lagi kapak kat rumah Kickdefella susah sekarang sebab Kickdefella sudah berpindah tinggal di rumah alamat baru. Baling je kapak tu kat pork nik, hehehehe.
Kesimpulan aku tentang artikel terbaru Kickdefella ni….
PBT, pork nik & kerajaan negeri PAS Kelantan tak reti buat keje suka makan gaji buta je, mesti ada rasuah berlaku menyebabkan tempat pelacuran tu terus berlaku dengan berleluasa. Buat malu betul tempat pelacuran tu dekat dengan pejabat pork nik, setiap kali pork nik kutuk UMNO tentang maksiat buntut pork nik sebenarnya penuh dengan taik tapi dia tak perasan, hehehehe.
senang citerrr…xyah ngaku la malaysia negara islam sbb byk jgk pusat maksiat di ibu kota yg terang2 …so xder guna la jd negara islam..mcm kelan xguna digelar serambi mekah
memang amat memalukan bila negeri digelar serambi mekah ada bnda2 mcm ni walaupun tersembunyi…namun lebih memalukan bila negara yg digelar negara islam mempunyai pusat2 hiburan dan tempat maksiat yg lebih umum di ibu negara islam sendiri…renung2kan…huhuhu
Kpd yang marah pak sheikh bila dia dedah pelacuran di kelantan.
Kpd yang tanya kpd pak sheikh soalan berbunyi ” negeri lain tak ada pelacuran kah ” ?
Tokgaru tahu dah siapa anda sebenarnya … anda penyokong fanatik Pas kan ?
Tolong faham. pak shiekh tak ada apa2 agenda terhadap Pas. pak sheikh tak ada niat nak memalukan nik aziz. tapi tindak tanduk nik aziz yang mendorong pak sheikh bertindak begitu.
Tokgaru percaya. kalau nik aziz tak mendabik dada, kalau nik aziz tak bangga diri riuh satu malaysia kata dia berjaya menerapkan nilai2 islam sejati kepada rakyat kelantan, pak sheikh tak akan pi korek benda yang pelik2.
Pada tokgaru, niat pak sheikh cuma satu saja, dia nak bagi tahu rakyat malaysia bahawa ” nik aziz ni duk nampak kelemahan orang saja sedangkan kelemahan sendiri yang di tepi rumah dia saja tak nampak “.
Pada tokgaru, yang menggerakkan hati pak sheikh untuk mendedahkan pelacuran di kelantan ini adalah ” kehendak Allah swt “. Kalau Allah swt tak gerakkan hati pak sheikh, tokgaru percaya pak sheikh pun tak pernah terfikir nak dedahkan benda ni.
Tokgaru dapat rasa, banyak dah Allah swt dedahkan kepada kita tentang Pas. Diantaranya :
1. cabaran langkah mayat oleh sahabat karib Pas sendiri.
2. negara islam jadi negara kebajikan kerana Pas baru perasan negara islam tak ada dalam quran.
3. janji dengan Allah swt, jika Pas menang tak sempat ayam berkokok terlaksana lah Hudud.
4. dulu korek habis hadis dan ayat quran untuk mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan orang kafir, tapi hari ni baru perasan bahawa hadis dan ayat quran yang Hadi Awang guna untuk mengkafirkan Umno selama ini rupanya dah “expired” untuk menghalalkan kerjasama Pas-DAP.
Allah swt sebenarnya kasihan dekat orang melayu, kerana nak selamatkan orang melayu Allah swt melalui orang2 spt pak sheikh mendedahkan benda2 pelik supaya orang melayu tak tertipu.
Kepada yang tak puas hati, jangan marah kpd pak sheikh tapi lepaskan lah kemarahan anda kepada Allah swt.
Kepada pak sheikh, teruskan dedah apa yang anda tahu untuk menyelamatkan orang melayu kerana anda sebenarnya telah dipilih oleh Allah swt untuk melaksana misi ini. Misi untuk menyelamatkan orang melayu daripada mereka2 yang menyembunyikan wajah mereka yang sebenar di sebalik serban, jubah dan jambang.
Walaupun aku percaya Pork Nik & kerajaan negeri PAS Kelantan ada berkempen memberi kesedaran kepada pelacur & orang awam(pengunjung2) di premis2 pelacuran tentang perlunya mereka memakai kondom, rakyat Kelantan terus menjadi juara penghidap HIV paling teramai berbanding negeri2 lain.
Aku syak mesti kondom2 itu sengaja dibocorkan oleh orang UMNO yang berpura-pura menyokong atau menjadi ahli PAS yang berkerja dengan kementerian kesihatan seperti di hospital & klinik kerajaan serta badan2 sukarela yang konon2 membantu kerajaan negeri PAS Kelantan tentang kesedaran menggunakan & memberi kondom secara percuma kepada pelacur & orang awam.
Mungkin orang(di kedai atau secara persendirian) yang menjual kondom2 itu di Kota Bharu ialah orang UMNO juga sengaja membocorkan kondom2 itu untuk membuat rakyat Kelantan menjadi juara penghidap & pembawa HIV sekali gus dapat memberi imej buruk kepada Pork Nik & kerajaan negeri PAS Kelantan sebab sakit hati sangat dengan cara pentadbiran Pork Nik & kerajaan negeri PAS Kelantan yang begitu Islamik.
Satu siasatan menyeluruh harus dilakukan dengan segera oleh semua pihak berkuasa untuk memberi keadilan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan yang telah ‘disabotaj’ oleh tangan2 orang UMNO yang tidak bertanggung-jawab kerana tamak & tidak sabar2 hendak berkuasa menjadi kerajaan negeri Kelantan!
Terbaik laa… status like! like! like!!!
mOon RiVer….
aper cerita??
di jajahan kecil lojing,dah dekat dengan pejabat D.O rasanya….perlukan bantuan jOhnson jagak la rasanya ni…please!!!
Kepada ‘theglass’……
Orang luar seperti Raja Fahd dari Arab Saudi yang memberi pengiktirafan sehingga memberi anugerah kepada PM & Malaysia berkata Malaysia sebuah negara Islam contoh yang maju, progresif & sebagainya, takkan kerajaan harus menolak pengiktirafan & penganugerahan itu kepada PM & negara?
Malaysia dikatakan sebuah negara Islam sebab PM & Yang Dipertuan Agong seorang beragama Islam. Selain orang Islam merupakan penduduk majoriti, Islam juga merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan Negara. Cuma yang membezakan Malaysia dengan negara Islam lain seperti Arab Saudi ialah mengenai sejarah & sosio-politik negara serta rakyatnya dimana Malaysia mempunyai rakyat yang majmuk dengan kepelbagaiaan bangsa, agama & budaya. Kejayaan Malaysia menyatukan kepelbagaain bangsa2nya hidup dalam keadaan aman damai & maju sudah tentu dianggap sesuatu yang luarbiasa ataupun benar2 mengikuti ajaran Islam & juga Rasulullah saw oleh Raja Fahd kerana walaupun bangsa Arab itu cuma satu mereka tetap mudah ‘dimalaskan’ & dilatahkan untuk bermusuhan antara satu sama lain sehingga kini oleh kaum kafirun. Disebabkan kejayaan Malaysia ini, Raja Fahd & Arab Saudi memberi pengiktirafan & anugerah itu.
Nak kata tempat lain(kecuali di Mekah & juga Madinah) di Arab Saudi ada pelacuran(sudah tentu sukar dilihat menonjol atau ketara) katalah tiada siapa akan marah tetapi jangan berkata di Mekah pun ada pelacuran untuk dijadikan alasan kepada negeri bergelar Serambi Mekah di Kelantan ada pelacuran sebab ianya merupakan satu kenyataan yang amat kotor, dangkal & jahil dibuat oleh penyokong@penganut@totok PAS kepada imej Islam.
Mengenai komen ‘tokgaru’, aku sokong 100%.
Apa didedahkan oleh Kickdefella hanya untuk memberi kesedaran kepada PAS, Pork Nik, pemimpin2, ahli2 & penyokong2 supaya mengurangkan sikap suka mendabik dada & suka mencari kesilapan & kesalahan orang lain. Cuba berhenti suka mendabik dada & suka mencari kesilapan & kesalahan orang lain itu dengan memperbanyakan ‘membuat kerja’.
Apa pun mengenai kemarahan & kekecewaan rakyat Kelantan tentang tanah ladang mereka yang dirampas & diberikan kepada orang luar itu tidak akan ada pusingan-U kepada kerajaan negeri PAS Kelantan kerana mereka akan pastikan PAS dihukum dalam PRU13 nanti. Tidak usah Pork Nik & kerajaan negeri PAS Kelantan cuba menabur lagi janji2 manis sebab ‘orang kampung semua sudah tahu itu semua auta cakap tak serupa bikin’.
Juak2 PAS kata Kelantan antara negeri yg paling kurang masalah kemaksiatan. Terima kasih banyak pada yg exposkan masalah pelacuran di Kelante… Amboi dekat kediaman pok nik pula tu
Hahahahahaha PADAN MUKA, ajar sikit parti kelabu asap yang ego macam babi haram jadah ni
Kota Bharu, 1 October, kerajaan PAS negeri kelantan merancang untuk membina projek jambatan ke syurga. Jambatan ini akan menghubungkan kota Bharu terus ke syurga, Nik Aziz berkata “dengan ini ambo rasa… akan dapat selamatkan ahli parti kita daripada terjerumus ke neraka…” tiket untuk menaiki jambatan ke syurga akan mula di lancarkan secepat mungkin, dan akan mula dijual kepada ahli parti.
Penyakit ‘denial syndrome’ penyokong@penganut@totok PAS selalu berada di tahap paling kronik sebab ada yang berkata pelacur di Kota Bharu itu di import oleh UMNO & BN, hahahaha.
Agaknya PAS yang ajar suruh pelacur itu pakai tudung. Penzina wanita dari golongan orang politik seperti Elizabeth Wong yang terkenal dengan bulu lebat pun Pork Nik berjaya tarbiyah suruh pakai tudung walaupun untuk seketika sahaja semasa Pork Nik menjemput dia naik di atas pentas untuk membuat ucapan puji-pujian kepada Pork Nik & PAS. Selepas itu, kepala & lebih2 lagi ‘karipap’ Elizabeth Wong tak perlu terus pakai tudung walaupun selepas Pork Nik berkata ada bulan di buah dada Elizabeth Wong, hehehehe.
Janji syorga kepada yang sokong Pas.
Aku tak fikir rakyat kelantan yang berbangsa melayu dan beragama islam ni bodoh sampai macam tu.
Memang betul bila nik aziz nafi dia ada kata siapa sokong pas akan masuk syurga. Memang dia tak kata macam tu. Tapi dia cakap pusing (mungkin belajar dengan Karpal Singh kut). Yang dia kata “Pas berjuang untuk menegakkan islam, siapa yang sokong Pas ertinya menyokong perjuangan islam, dan orang yang sokong perjuangan islam di janjikan syurga oleh Allah swt”. Haa nampak tak cerdiknya nik aziz. Kalau dia kata “sokong Pas masuk syurga, tak sokong Pas masuk neraka” kenyataan nih akan makan dirinya balik. Sebab orang Umno akan tanya balik “macam mana dengan nabi mohamad dan para sahabat, kerana pada masa tu Pas tak ujud lagi ?”
Tapi yang silapnya orang melayu kelantan nih adalah mereka terlalu mengidam nak masuk syurga. Maka bila nik aziz sebut saja “sokong Pas” kemudian terdengar pula perkatan “masuk syurga” jadi sangkaan mereka nik aziz kata “sokong Pas masuk syurga”.
Minta maaf banyak2 pak sheikh. Mu ore kelante. Tok ke la ore kelante ni mace tu punyo bodoh sekali. Tok payoh semaye tok payoh posa, hanyo sokong Pas sajo doh boleh masuk syorga. Ehhh sene banyok wei…. Kalu lagu gak Lim Kit Siang atau Karpal Singh pun boleh sene2 dapat masuk syorga, janji waktu nok habis nafas kata “hai ya tokgulu nik ajis, gua manyak sokong Pas lor:”.
Pakai lah otak yang waras. Syurga dan neraka adalah hak Allah swt. Allah tak pernah perturunkan kuasa sama ada secara lisan atau bertulis pun kepada Nik Aziz untuk menentukan siapa boleh dan siapa tak boleh masuk syurga.
Melayu oh melayu. Apa lah nak jadi dengan korang….
Masa kes Rahim Tambi Chik dgn budak bwh umur dulu, yg paling bising juga Mat Sabu. Sampai dia pernah kata kalau tiang lampu dipakaikan skirt, pasti Rahim Tambi Chik akan selak satu persatu. Tapi tak lama tu, dia kantoi, kena tangkap khalwat dgn Norma. Seperti biasa dia nafi, keluarlah berjurai2 ayat Quran sebagai dalih.Bila kes Cua Soi Lek keluar, dia juga yg lantang suruh letak jawatan dan Soi Lek gentlemen letak jawatan. Tapi bila kes Anwar Ibrahim main pelacur Cina, siap dgn video lg, dia juga nafi kata itu fitnah, superimposed dll.Selama ni pelbagai fitnah terhadap PM, isterinya, jadi mainan mulut org PAS. Tapi bila usik sikit anak Lim Guan Eng, semua suruh minta maaf dan jgn libatkan anak. Kalau dah politik namanya, semua keluarga terbabit. Jgn ada double standard…
memang berat pas di bawah klate ni..tp butpo la ramai lagi hok dok bodonya sokong pas..tak reti aku nk bui pandai set set bodo ni..dadah no 1, aids no 1, hiv no 1, bercerai no 1…kerajaan islam korok kering pas ni..bo lah do keno bodo ko n.ajis wei rkyt klate..pasni jomla pakat undi umno..
I saw a police beat base in the video… hmmm where is the policeman?
ramai orang kg di kelantan nakkan perubahan,nakkan kemajuan.nak jalan baru,nak siapkan flyover yg dah bertahun2 tak siap2 kat depan kb mall,nak siapkan jambatan pasir mas yg dah bertahun2 progress cuma setakat letak batu asas.
masalah paling besar ialah kat puak2 kelantanese yg dok luar.time pru pakat balik kampung,pakat pangkah pas sbb benci umno,benci gomen.bila pas menang..bersorak,bertakebeer.tapi kemunduran masih stalled kat takuk sama.pahtu dia balik kl,balik putrajaya yg ditadbir kerajaan pusat,maju,selesa,tinggalkan taik kat orang2 kampung dia yang memang duduk kat situ sepanjang masa.
baghal.
abe ja
nak wat camna. memang dah allah aturkan sejak dari mula lagi orang kelantan ni nak bodoh macam tu. depa tak heran ke dunia. yang depa nak kejar ialah akhirat. di akhirat ada syurga. macam mana nak mudah dapat masuk syurga .. haa bab tu kena pi tanya tokguru nik aizi la wei.
nampaknya dalam syurga nanti penuh dengan orang kelantan saja lah. tak kisah lah. kami dapat jadi security jaga pintu syurga pun tak pa dah.
tok gurau nik ajis suka main ilmu mantik:
premis 1 : pas nak menubuhkan negara isle
premis 2 : sapo2 sokong penubuhan negara isle, masuk syurga
kesimpulan: sokong pas masyuk syurga.
kesimpulan ni yg kita gunakan sebagai statement utk attack tok gurau.jadi dia buleh counter balik “ambo tak pernah royak kato pangkah pas ambo wi tiket one way trip ke syurga”.betul la dia kata tu,tok gurau tak bohong..dia tak pernah cakap direct.cuma kesimpulannya yg mengatakan “undi pas masuk sorga”.power kan ilmu mantik?
nak counter juak2 pas gini,kita guna balik ilmu mantik ni untuk kenakan diorang.
premis 1: Kata PAS: sesebuah parti itu menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah hadi awang Di Marang 1983)
premis 2: PAS bekerjasama ngan parti kafir (DAP)
kesimpulannya: PAS kapir.
ilmu mantik semantaik! bila percakapan dah jadi ikutan, maka lahirlah manusia yg hanya tahu jd tukang angguk, tukang amin…
ke mana perginya akal kurniaan Allah jika penentuan syurga & neraka pun dibiarkan & dimonopoli oleh seorang tok guru shj?
kalau di Kelantan yang diperintah berkonsepkan Islamiah pun masih ada pelacur2 yang tak terhapus, sudah tentulah di negeri yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam boleh jadi sangat berleluasa kes pelacurannya. Di Kelantan ni pun pelacur2 yang ada hanya orang tua2 yang tungu masa nak “mampus”, lepas tu tiada pengganti lagilah dan diharapkan kes pelacuran akan hilang di Kelantan.
Pas dah bawa kejayaan apabila dapat mengurangkan kadar pelacuran walaupun tidak 100% dihapuskan,tetapi pelacuran di negeri bawah kerajaan BN semakin meningkat. Itu adalah fakta dan bukannya auta..wallahualam
kelate sarawak,
memang tak dinafikan memang kat tempat2 lain yang diperintah oleh BN pun ada pelacur, waima kat Djibouti yang takde bn,pas pis pus dan p gay r pun ada pelacur jugak.
persoalan yg sheih timbulkan kat sini, lokasi tu cuma 400m dari pejabat MB.apa diorang tu semua buat2 tak tau ke?ataupun ceramah lagi penting sebab masyuuuukkkk (tabung jihad@jahat)?
tentang pelacuran semakin meningkat kat luar kelantan..sila kemukakan fakta, sebab memetik kata2 demo “Itu adalah fakta dan bukannya auta..wallahualam”.
tapi kan,agak2 tempat mana fames ngan pelacuran kat kl?bukit bintang?bukan dap jaga ke?lagi satu,ko cuba jenguk2 kat bdr baru bangi.sejak2 bawah pemerintahan dap ni (mpkj),makin2 banyak pulak hotel2 murah,berepah2 serata bangi.siapa yg diorang serve?pelancong?ada tarikan pelancong ke kat bangi??ke hotel2 ni serve student2 u nak buat projek?.dan usha2 sikit kat reko sentral,dah ada pusat2 karaoke pulak sekarang.oiii sapiie..daripada ko buat puisi puja ambiga baik ko tutup pusat karaoke dan hotel2 ayam tu lagi bagus.
Kawe baru jah make sup belut sat neh..kihkihkih..cam la power beno sup belut tu..pandai demo belakon..ko meme beso buat doh..hehe..lawak jer..camner pun gud n nice job. telanjangkan PAS Kelantan..
Assalamualaikum Pak Habib
Tumpang copy artikel tp dgn tajuk sendiri
Harap halalkan
Lorrrr….bak po dok banding ngan tempat lain. Cubo terimo caro molek. Royat kato “Kami akan pastikan semua tempat-tempat maksiat tersebut dihapuskan dan kami amat mengalu-alukan laporan sebegini untuk memastikan pemerintahan islam di Kelantan berada pada landasan yang sebenar”. Abih semuo ore angkat topi denge kepioh ke PAS. Tapi, jange lor royat jo tak buat ghapo satu. Ambik lor tindakan.
memang patut dedahkan negeri kelantan dulu, sbb negeri parti islam. Negeri pengasas sepatutnya jadi contoh pada umat2 Islam negeri2 lain. Kedah cam mana pula? Kalau elok boleh thumbs up pada Tsri Azizan. Bukan kelantan. Thumbs down pada pentadbiran Kelantan. Negeri lain mana ada bising macam kelantan. Nampak panau kat tengkok orang, tapi punggok kurap tak diubati.
” Setidak-tidaknya, pelacur itu hanya menggadaikan tubuh mereka untuk sesuap nasi, bukan menggadai Agama Islam untuk dapat konsesi balak, menambah bilangan isteri dan membeli kereta Mercedes.”
- Semoga Allah bimbing hati2 mereka kejalan yg benar,,,,,tahniah saudara,kenyataan yg sgt berani…
Fitnah itu lebih dasyat dan lebih bahaya dari pembunuhan, Jaga-jagalah dan berhati-hatilah kerana hidup kita hanya sekali. Jangan sampai menyesal nanti
lo ni ramai ore ktn tanding suara buro titir…kawe rakyat ktn harap mb kito hapuskan amalan ini….nyanyo ko burong tuh…kalu mace ni pun tokleh nak hapus…macam mana nak buat hukum hudud
ambo harap tok guru kito tu terimalah perpaduan dgn umno…marila kita bersatu…ambo bimbang kapo ambo lo ni dok pcah belah…sama sama pas pun tak tegor sapo bahkan.ambo bimbang weh tok guru.sebelum terlambat marilah kita berdamai.itu hajat ambo sebelum mati.nak wat hukum hudud guano kalu puak kito dok balah sokmo.
umno yg mencipta pelacur dan pusat karaoke di kb…umno sama dengan lembu buat perkara salahkan orang lain
xabz2 ckp xdew bukti.. dasat taksub betol nan pas.. kesian.. XD
aku ni bkn org kelate tpi aku rasa selamat gi kelate tenang bru rasa duk d malaysia dan rakyat malaysia rasa betuah aku duk d bumi kelate. banga dgn pekehidupan org melayu dri segi peniagaan pembangunan petanian .hotel mewah pn dh ada deretan kedai mcm cendawan tumbuh. aku tekejut tengok umah banglo beratus ribu duk dlm sawah je kat tmpt jgn harap la nk ada. mkn pn murah sedap plak tu. bangunan yg bediri megah sape punya org melayu punya keta beso yg empunya org melayu gak kalu tmpt aku umh keto beso mejoriti bkn bangsa melayu. org kelantanpatut banga dgn pencapaian ni .maksiat ada di mane sbb selagi ada manusia selagi tu la ada saitan yg mengoda ank adam. pegi la gi negeri lain seme je. sbb tu kita kena byk bejalan merantau dri kita dpt dpt rsa nik mat negeri sendri. jgn la duk begaduh same melayu biar la melayu aman mcm skrg duk d kelate nk niaga senang nk mkn muroh. aku ni selalu melancong di kelate. walaupn kurang bujet tpi aku tengok bgn ko betambh d kelate tpmt aku kulu naik bgunan tingi pn bkn hak melayu nama je maju tpi hak sape maju tu. bab miskin mne negri pn ada tpi aku tengok org kelate niaga budu sayur je boleh jdi usahawan bejaya banga aku. banga dgn kemajuan tpi kemajuan sape yg punya. patut org kelate banga kemajuan yg di capai ada hak org melayu. kat bandaraya kl pusat peniagaan sape punya jual kain kapet kedai mkn salon spa kedai jual emas yg pasti mejoriti yg d kuasai oleh org bkn melayu. bangkit melayu besatu la jgn kerana politik kita sendri sebagai rakyat rugi ape yg kita nikmati ari ni mungkin xdpt nikmati pd msa akn dtg krana sikap kita. jgn kerana politik kita bemusuh d hina sama sendri tengok la rakyat jepun org politik silih beganti tpi rakyat tetep besatu negara maju. maaf ye aku bkn nk hentam tpi sebagai org melayu besatu la jgn krne politik kite x besyukur ape yg kite kecapi pada hari ini..aku suke klu kite org melayu besatu..tmbah kn peningkatan hidup melayu..bkn bangse asing yg bertuh hidup di malaysia..menikmati ape yg kita x taw..klu mcm ni la org melyu hidup asyik nk bebalah..kerana politik..sampai bile2 melayu ttp d takok lame..bangsa asing sedap je menumpang hasil bumi kita sdgkn kite berbalah kerana politik..habis perang politik..org politik senang kite pulak merangkak cari rezeki hasil sisa2 org bangsa asing..org politik..selese..org asing kaya..padan muke kite org melayu..yg peting sebagai rakyat..kite tunaikan kewajipan sebagai pegundi.. nk pagkah sape? itu hak individu..slmt mengundi…
wow gambar real punya..tq bro for info pasal pelacuran di kelantan ini untuk kajian tesis saya. terima kasih admin
tq bro info kelantan yg detail untuk tesis saya.
Pasti dio orang senang pangkah pas.
sebab apa saje yang dilakukan semua tak dosa kato pok nik.