Update YouTube telah menarik balik video bukti dari laman YouTube. Pihak kami sedang berusaha untuk memuatturun semula video tersebut di sini dalam versi low res. Harap maaf. Posting Asal Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana. Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan…