Kelantan Gagal Tarik Pelabur
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
Utusan Malaysia
“JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal untuk menarik sebarang pelaburan baru dalam tempoh 10 tahun ini malah keadaan menjadi lebih buruk apabila ada di antara pelabur sedia ada berpindah ke negeri lain.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, itu adalah hakikat sebenar yang berlaku di negeri ini disebabkan kerajaan yang memerintah tidak dapat mewujudkan suasana yang ‘mesra’ pelabur.
Beliau berkata, negeri ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain tetapi ia tidak pernah digunakan.
“Saya tidak marah kepada kerajaan negeri, saya bercakap untuk membaiki kelemahan, banyak turun padang dan jumpa pelabur dari dalam dan luar negara. Mereka pernah bersungut macam-macam masalah dengan saya. Apabila keadaan ‘tidak menentu’ lebih baik mereka pergi ke negeri lain.
“Sejak 10 tahun lalu tiada pelaburan di negeri ini, saya pernah sebut (mengenai masalah pelaburan) ini tetapi nampaknya saya seperti budak di tepi jalan yang tidak diendahkan kerana saya bukan orang besar yang kata-katanya perlu diambil berat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai entri terbaru dalam laman blog Kickdefella bahawa Pang Chaw tidak akan meninggalkan Pas dan beliau kecewa dengan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan melakukan transformasi.
Dalam entri tersebut, penulisnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata: “Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chaw dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua untuk membantu membangunkan Kelantan.
“Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.”
Pang Chaw berkata, pelabur hari ini boleh pergi ke mana-mana tempat di seluruh dunia yang menyediakan tawaran yang lebih baik kepada mereka.
“Pelabur ada duit, mereka boleh pergi satu dunia, apa kelebihan kita untuk menarik mereka datang. Contohnya Kelantan kalau tidak tunjukkan kelebihan dan keistimewaan pelabur tidak akan masuk.
“Sebenarnya Kelantan kaya dengan sumber asli, penduduk yang ramah dan tanah yang luas, negeri yang penuh dengan sejarah, tetapi semua ini tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.”

Saya sendiri terkejut dengan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Saudara Hu Pang Chow yang menyebut bahawa sejak sepuluh tahun tiada pelaburan masuk ke Negeri Kelantan. Kenyataan Hu Pang Chow ini seharusnya membuka mata anak-anak Kelantan terhadap negeri tumpah darahnya ini.
Jika tiada pelaburan yang masuk ke Kelantan sejak sudah hampir sepuluh tahun, mengapa hutan di Kelantan semakin gondol sejak sepuluh tahun terakhir ini. Apakah penggondolan hutan ini bukan kerana terdapat perkembangan pesat yang memerlukan pembukaan kawasan baru?
Tidaklah perlu saya menjawabnya.
Husam, Naib Presiden PAS dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, antara yang rapat dengan Hu Pang Chow.
Hu Pang Chow amat arif dengan keadaan ekonomi sebenar di Kelantan. Banyak yang boleh Hu Pang Chow perkatakan jika dia mahu. Itulah sebabnya Hu Pang Chow merasakan PAS seharusnya menumpukan lebih perhatian membangunkan Negeri Kelantan dan bukan menghabiskan air liur dengan retorik agama semata-mata menjelang pilihanrayaSaya pernah menemu bual Hu Pang Chow beberapa kali sewaktu saya berkhidmat di Kelantan. Sedikit sebanyak saya dapat rasakan jerih perih anak dagang ini dalam membantu membangunkan negeri angkatnya untuk dijadikan manifestasi kejayaan parti politik yang dimartabatkannya. Individu seperti Hu Pang Chow sebenarnya adalah satu pemberian kepada rakyat Kelantan.
Saya tidak yakin insiden terbaharu kebelakangan ini akan membuatkan Hu Pang Chow akan tinggalkan PAS dan Kelantan, tetapi tidak mustahil seperti biasa, PAS dan Kelantan yang akan tinggalkan Hu Pang Chow kerana akhirnya parti itu mendapati idelisma Hu Pang Chow ‘lebih PAS dari PAS’.
Dan bila semua itu selesai, Hu Pang Chow akan sedar, pakaiannya sebenarnya lebih hijau dari warna bendera PAS dan darahnya lebih merah dari bendera Negeri Kelantan. Hu Pang Chow juga akan sedar, sejarah hanya mengulangi dirinya dan belaiu adalah pilihan sama ada untuk kekal dengan harga diri serta perjuangannya.
Mungkin kita mahu mendengar banyak lagi cerita dari Hu Pang Chow. Mungkin Hu Pang Chow juga tahu atau pernah mendengar kisah bagaimana seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS pada sessi 2007-2009 telah membawa seorang tauke cina ke pejabatnya dengan tujuan mendapatkan kelulusan tertentu. Exco tersebut juga kemudiannya menuduh tauke cina itu cuba menyogok wang kepadanya serta yakin, Ketua Dewan Ulama PAS itu sendiri telah mendapat habuan dari tauke cina itu.
Masih banyak kisah yang akan terungkai.
PAS kelantan perlu ‘persetankan’ ekonomi rakyat..
Dengan kebajikan yang dilaung2kan.. PAS berjaya beli bangunan UMNO KB dengan harga RM4.5juta.. dan pas mendabik dada katanya berjaya menumbangkan umno KB..
Tok Guru’s ke oversea bukan nk cari pelabur..dia nk makan angin je. Najib cari pelabur, pelabur masuk ke Malaysia, pelabur bertumpu ke Penang..negeri DAP. Kalu najib zalim..kenapa dia tak sekat pelabur dari memasuki penang..kenapa tak paksa pelabur masuk ke pahang je?
Western Digital Thailand ditutup dan dipindah ke penang..
salam sheih
bagi saya kenyataan Hu Pang Chow bukanlah satu perkara yang baru atau luarbiasa.
khabarnya PAS akan berjumpa beliau disebabkan kenyataan ini.
dan bagi pendapat saya daripada berjumpa Pang Chow lebih baik Menteri Besar dan exco yang bertangungjawab berjumpa Perdana Menteri meminta tolong semua agensi kerajaan seperti MITI,bank negara,kementerian kewangan dan lain- lain lagi datang menyelesaikan masalah ini.
datanglah berjumpa mereka dengan rasa tangungjawab kepada rakyat,kasih sayang sesama muslim,berlapang dada,berfikiran positif,berperangsangka baik ,insyALLAH akan berjaya kerana orang yang beriman dan bertakwa itu berada dimana-dimana.
10 tahun tiada pelaburan. Tapi Kelantan peduli apa. Anak-anak kelantan tetap dapat biasiswa dari kerajaan persekutuan dan boleh mencari rezeki diserata negeri (selain dari Kelantan). Bila sampai raya, semua balik kelantan dengan rezeki yang di kaut dari negeri lain. Bila sampai pilihanraya, undi lagi pas.
Teringat dengan kisah syarikat TIMBERMIND & 800juta…..
Sistem monopoli yang membuatkan keluar kenyataan tu….
Lepas ambik balak terus buat ladang,hutang dah nak habis tapi masih dikatakan tiada pelabur….
industri lain masih tak berapa aktif lg di kelantan…kenapa??adakah negeri kelantan merupakan kawasan yang tidak strategik??tanggungjawab siapa??
aku juga rakyat kelantan…
PAS ni dari semua segi lemah…
keliru dan terus keliru….
dan mengelirukan….
Anak anak ahli Pas paling senang mendapat pekerjaan di sektor awan,kerana mereka mempunyai kabel yg cukup berpengaruh di jabatan dan kemeterian.Anak anak BN tidak di perdulikan,itulah hakikatnya.10 tahun tiada pelaburan masuk tidak mengapa bagi MB nya.Kerana rakyat kelantan dah kaya dgn pelaburan utk akhirat dgn menyokong PAS.
Walaupun pendedahan demi pendedahan di buat rakyat tetap dgn pendirian sokong PAS dapat balasan Syurga.Inilah pelaburan sebenar bagi mereka.
ingat blog terkini…… tak sedar dari manusia ketandusan idea… and tak relevant…. anymore
Ambil contoh Melaka, negeri yg kecil dan takde apa2 hasil bumi. Tapi negerinya maju, pemimpinnya berwawasan dan tak malu mengetuk pintu kementerian2 meminta projek pembangunan. Tapi di Kelantan memusuhi kerajaan pusat, enggan berjumpa kementerian, tak berusaha menarik pelabur. Hidup dgn retorik syurga neraka, mencaci mencela org dan bersandiwara. Yg menderitanya rakyat sdri, tiada peluang pekerjaan, tiada air bersih, tiada tanah bercucuk tanam. Buka mata dan buka minda bukan sekadar mencela.
Sebenarnya mereka tertipu oleh dakyah PAS.
Sheikh,
izinkan ambo
man,
nak ke syurga macam mana kalau jambatan ke sana sudah di bakar hangus? Hablumminallah wal hablumminannas…
hubungan dgn Allah mungkin baik tapi hubungan baik sesama Melayu Islam? mengapa pas tidak mahu berbaik sesama Islam? rela bermusuh sesama sendiri & anggap pemerintah negara lebih buruk dari kapir dap tp sanggup mengambil dap sebagai rakan seperjuangan sedangkan dap jelas menentang & memburuk2kan Islam?
tak payahla bagi seribu satu alasan kononnya umno menolak Islam walhal wujudnya Islam sebagai ugama rasmi negara ini adalah krn usaha memertabatkannya dijayakan oleh umno juga bila negara ini merdeka. jika tidak, apakah kita boleh yakin Islam menjadi ugama rasmi kita? jika komunis yg di anggap pejuang kemerdekaan oleh timbalan presiden pas memerdekakan negara ini, apakah komunis akan meletakkan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara ini?
apalah salahnya mengukuhkan ukhwah sesama Islam demi Islam itu sendiri & umat Melayu amnya, drpd mengambil dap yg ternyata hanya gemar bermain politik semata2…
jika yg inipun pas boleh pandang ringan, jgn harap syurga Allah itu milik pas krn seorang Islam yg bermusuh dgn saudara Islamnya sendiri amat dibenci Allah. mungkin syurga parti jaminan tok guru janji sj milik pas…
Nauzubillah…
em,,betul tu,,kewangan kelantan memang teruk..pembangunan ntah apa2..(ye ke?hehe),,tapi laporan audit negara menunjukkan pengurusan kewangan negeri kelantan antara yg terbaik,,,
nampak gayanya pas akan menerima nasib sebagaimana umno tahun 90. pada masa itu orang umno kelantan cukup yakin boleh mengekalkan kemenangan memandang banyak hasil kerja telah ditunjukkan. Disebab persaingan tempat no 2 maka umno pun berpecah , nampak gayanya pas mengikut jejak langkah umno. Dr Hassan ali pun telah mula menampakkan taringnya , sebenarnya Hassan ali jauh lebih hebat berbanding mat sabu. Apakah tanda pas sudah mula retak
NIk aziz jual tanah laut di hilir pula..dia jual tanah pesisir pantai Geting kepada sebuah syarikat. Tanah yang semakin nak menambak dijual pada harga RM 1,000 se ekar. dan sebanyak 1,000 ekar di jual. dengan erti kata lain, dia jual laut kepada syarikat tersebut.
mengurus negeri tak pandai..asik jual harta yang ada.. last2 anak cucu menumpang di negeri orang.
Kita sokong Pas terus perintah Kelantan selepas PRU 13. Sekurang2nya ada juga negeri yang orang melayu perintah. Tak maju tak apa. Tak maju di dunia tapi di akhirat di jamin maju. Kedah pun biar pi lah duk dengan Pas.
Kita nak sarankan kepada Umno. Umno jaga Perak tuh, jangan sampai dapat balik kepada DAP pada PRU 13 nanti. Umno kena kerja kuat di Selangor, rampas balik daripada PKR sebab silap haribulan PRU 13 nih Selangor boleh dekat DAP macam Perak pada PRU 12 dulu. Umno kena pertahankan Negri Sembilan daripada jatuh kepada DAP pada PRU 13 nih. Umno kena jaga Trengganu dan Perlis, jangan sampai terlepas.
Kita nak ingatkan Umno. Jangan buang masa dan jangan bazirkan wang rakyat untuk nak letakkan balik Gerakan dekat Penang. Setakat ini kita tak nampak lorong yang Gerakan boleh balik bertapak di Penang. Ke depan mai kita tak tahu lah kalau tuhan Allah rengan tangan nak tolong.
Kita nampak. Umno tak perlu fikir sangat tentang PKR. Anwar Ibrahim dah tak menyengat lagi dah. Rakyat dah tahu siapa Anwar, so dont worry about Anwar, Umno should worry more about DAP because Pas without DAP is not going to be a real threat to the malay survival.