Bukti Pelacuran Terus Pesat di Kota Bharu : Ops Johnson II
Update
YouTube telah menarik balik video bukti dari laman YouTube. Pihak kami sedang berusaha untuk memuatturun semula video tersebut di sini dalam versi low res. Harap maaf.
Posting Asal
Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.
Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.
Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.
Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.
Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat secara terbuka. Read more










