Skip to content

Archive for September, 2011

Speaking My Thoughts

Oleh Nazimuddin A.B

Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan pendirian dan fahaman masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya.  Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih untuk mencari angin badai melanda dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita bagi menghentam lawan disebelah sana, akan tetapi saya memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan, tetapi saya melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kaum mereka sahaja juga yang akan untung dihujung cerita. Tiada ketegasan pada kita umat Melayu dan Islam ini semenjak dari dahulu lagi yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah dengan perpecahan dan persengketaan sesama kita. Insaflah, kaum Ultra-Kiasu ini baik dalam DAP atau MCA/GERAKAN, sebenarnya boleh bersatu dalam senyap dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka. Read more

Tiger

Read more

Bokbong 3.0

Read more

Kenyataan Rasmi Berhubung Dakwaan Saman Oleh Husam

K E N Y A T A A N   R A S M I

Dengan rasa rendah diri dan bersyukur, saya ingin mengulas berhubung saman Dato’ Haji Husam Bin Haji Musa dan Syed Azidi Bin Syed Abdul Aziz yang didakwa difailkan di dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Walaupun sehingga saat ini saya belum menerima writ saman yang didakwa itu tetapi saya yakin, usaha sedang dijalankan oleh pihak penyaman untuk menyerahkan kepada saya. Saya akan memberi sepenuh kerjasama untuk menerima saman tersebut dan pihak penyaman boleh menghubungi saya di talian mudah alih saya pada bila-bila masa sahaja.

Saya mengalu-alukan saman tersebut dan seperti yang sedia maklum, saya telah beberapa kali menggesa Dato’ Husam supaya menyaman saya. Oleh yang demikian saya akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kelak untuk membuat pembelaan terhadap segala yang saya persembahkan selama ini di blog saya maupun di ruang akhbar dan lain-lain media.

Saman ini bukan sahaja memberi ruang kepada Dato’ Husam untuk kononnya membersihkan nama, tetapi juga adalah peluang untuk saya mempertahankan hujah dan dakwaan saya supaya sah diterima dari segi perundangan.

Saya turut dimaklumkan pihak penyaman akan mendapatkan satu perintah injunksi menghalang saya dari membuat sebarang pendedahan baru terhadap beliau dan menghalang mana-mana pihak menyebarkan tulisan-tulisan saya terdahulu. Suka saya memaklumkan bahawa saya bersedia mempertahankan hak saya itu di Mahkamah dan menggesa pihak penyaman tidak menggunakan tindakan ex-parte dalam hal ini. Read more

Terima Kasih Najib Razak

Hadiah istimewa buat Malaysia. Semoga pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menjadi hadiah buat rakyat Malaysia. Langkah berani yang luar biasa daripada Perdana Menteri Malaysia ini harus dipertahankan oleh rakyat Malysia yang cintakan pembahruan dan transformasi ke arah masyarakat yang matang, bijaksana dan berhemah tinggi.

Sebelum Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, ramai pemerhati politik terutama dipihak bukan kerajaan meramalkan Najib Razak akan menggunakan dasar kekerasan dan memartabatkan undang-undang seperti ISA, Akta Mesin Cetak dan lain-lain akta bagi menstabilkan keadaan politik tanah air yang semakin genting dan bagi mengukuhkan penguasaannya. Bahkan di dalam ucapan terakhir sebagai Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi sendiri menampakan bahawa beliau turut merasakan demikian sehingga antara lain beliau menegaskan bahawa kerajaan baru perlu meneruskan ‘sikap terbuka’ kerajaan pimpinan Abdullah sebelumnya. Read more

Dari Negara Islam Kepada Negara Berkebajikan Dan Akhirnya Jadi Negara Komunis

Sewaktu permulaan gerakan bersenjata oleh pengganas Cina di awal darurat, kalimah yang sering didengari dikalangan nasionalis Melayu dan tercatat di dalam buku-buku berhubung dengan dekad tersebut ialah, “jika pengganas Cina mengambil alih Tanah Melayu, ke mana orang Melayu hendak pergi? Sebaliknya jika pengganas Cina ditumpaskan, orang Cina yang tidak suka tinggal di Tanah Melayu boleh pilih untuk kembali ke Negara Cina dan orang India juga boleh kembali ke India”.

Apabila keamanan di Tanah Melayu semakin meruncing, hampir kesemua pertubuhan-pertubuhan nasionalis Melayu berhaluan kiri di haramkan, antaranya termasuklah Angkatan Wanita Sedar dan Angkatan Pemuda Insaf yang ada diantara pimpinan dan pengikutnya memilih untuk menyertai gerakan militan bagi menentang pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu dan Malaysia selepas itu.

Read more

Mengapa Saya Pilih Membantu Pembangkang Pada 2008

YB PAS Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, mengingatkan saya mengapa saya menolak kepimpinan Barisan Nasional semenjak dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi dan mengapa saya serahkan kudrat saya untuk membantu pembangkang di dalam pilihanraya ke 12.

Malangnya kejayaan pembangkang di dalam PRU ke 12 bukan menyebabkan lebih ramai wakil rakyat pembangkang yang bersikap seperti Che Rosli.

Saya memilih untuk tidak memblog sepanjang Ramadan kerana bagi saya tiada apa-apa yang bermanfaat untuk umat manusia daripada isu-isu semasa politik Malaysia di bulan Ramadan. Semuanya adalah politik murahan yang bertujuan politik semata-mata.

Saya bersetuju dengan satu sms yang saya terima dari seorang Tan Sri di pagi Syawal yang berbunyi,

“Salam Sheih Selamat Hari Raya – Negara kita jahaman.”

Jawab saya, “Sungguh Ku, patik pun rasa gitu”

Ini diikuti lagi dengan sms Tan Sri seterusnya yang berbunyi,

“… Saya kata negara jahaman, semua firaun!!! Orang kampung susah orang bandar susah – pendatang haram senang- macam mana? Kenapa ada 2 juta lebih orang haram? Siapa lepas? Apa terjadi immigration, polis, rela, JAIS? JPJ? Bandaraya? Semua ada kuasa – tidur atau rasuah?”

Ini mengingatkan saya mengapa saya menerbalikan bendera Malaysia sebagai protes saya dan tanda “Nation in Distress”.

Saya tidak terbalikan kerana menyerang kerajaan walaupun Abdullah dan Rais Yatim rasa begitu. Seperti yang pernah saya catatkan, saya terbalikkan kerana protes saya terhadap ahli-ahli politik yang terlalu mabuk bermain politik sehingga mengabaikan rakyat.

Merdeka tahun ini, Bendera Malaysia kini terus terbalik dilubuk hati saya sebagai tanda Nation in Distress. Negara kita sudah jahanam.

Contohnya bila JAIS pergi ke Gereja, tiada siapa yang peduli bagaimana untuk membantu 12 orang orang Islam yang didakwa terpaksa menerima bantuan daripada gereja. Yang semua pihak peduli ialah bermain politik.

Permainan politik tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada kita.

Malang sungguh bila sehari sebelum ulangtahun kemerdekaan Negara Kita, ada yang terpaksa menukilkan, ‘Negara kita (sudah) jahanam’.

Saya yakin nukilan itu datang dari hati yang remuk.

Hati remuk generasi yang pernah mengharungi kepedihan dan kesusahan sebelum merdeka dan membanting tulang membina negara selepas merdeka. Hati remuk generasi yang menjuruterakan Malaysia ke arah kemodenan. Yang mengubah tanggapan bahawa kita masih duduk di atas pokok kepada salah sebuah ekonomi penting di Asia.

Hati remuk setelah baru sedekad lalu sebahagian besar dari kita amat berbangga dengan kejayaan negara.

Dulupun ada juga segelintir yang terpekik terlolong mengatakan negara kita jahaman kerana membina kereta nasional, KLIA, Twin Tower, Litar F1 Sepang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Tetapi setelah terbukti sebaliknya di kaca dunia, tiada sebab untuk mereka terus menjahanamkan negara dengan apa cara sekalipun.

Bila kucing asyik sibuk bergaduh sesama kucing, seronoklah tikus-tikus menyelinap sana sini mencari makan dan menyebarkan penyakit.

Akhirnya kita mati dikencing tikus. Bila ini terjadi, siapa yang nak bagi makan kucing-kucing itu lagi?

Oh lupa, kucing ada sembilan nyawa.

Jahanam lah nampaknya.