Pemandu teksi dan kereta sewa Jajahan Pasir Puteh Kelantan sedang menanti untuk bertemu Dato’ Seri Najib Razak di sebelah pejabat UMNO Parlimen Pasir Puteh.
PM Najib tiba di sini sebentar tadi dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan.
Pemandu Teksi ini telah berkumpul seawal lapan pagi lagi. Mereka mahu mengadu tentang tindakan Kerajaan PAS Kelantan mahu menyerahkan tapak stesen meteka kepada peniaga Cina. Di dalam lawatan tahun lepas, PM turut menerima memorandum dari pemandu teksi di Kota Bharu yang turut tertekan dengan Kerajaan PAS Kelantan.
Update
Perdana Menteri berjanji kepada pemandu teksi untuk dapatkan pemilikan tanah itu kepada mereka. Kalau Kerajaan PAS tidak setuju PM janji untuk usahakan cara yang lain sehingga isu ini selesai.
Tapak ini diberikan oleh Kerajaan BN Kelantan tetapi bila PAS ambil alih kerajaan negeri mereka telah tidak iktiraf pemberian tersebut.
Pihak pemandu teksi dikatakan telah menawar untuk membeli tapak ini dengan harga RM100 ribu tetapi kerajaan PAS telah menjualkannya kepada peniaga Cina dengan harga RM150 ribu.
Sudah lama pemandu teksi bertapak di situ ketika PAS mengamalkan Negara Islam dan mereka wajar berkorban untuk orang lain pula bagi memenuhi Negara Kebajikan.
Menyerahkan tanah2 strategik kepada kaum cina yang menguasai perniagaan untuk dimajukan adalah amalan lama UMNO dan kini mahu diamalkan oleh PAS setelah bertaraf Negara Kebajikan. Apakah rakyat Kelantan terfikir jika Kelantan jatuh ke tangan UMNO, amalan menyerahkan tanah seperti ini tidak berlaku??
Dasar PAS kini dan UMNO selamanya menjahanamkan Melayu dan islam.
PakSheikh,
Adalah hamba Allah yang masuk blog saya dan belasah Pak Sheikh. Sabau jer ler… hehehe..
BTW,
Teruskan berkarya
UMNO adalah parti politik, PAS juga sebuah parti politik. mereka adalah ahli politik, tak lebih dari tu. apabila ada kuasa segalanya mungkin.
Kluangman..(10:27:33)..Ye memang betul..selagi Melayu tak kuat dan tak bersatu China akan ambil kesempatan.. macam diJohor Ghani Othman kasi tanah berlambak2 ekar kpd Lim Kang Hoo..dan pasal menolong China Singapura membesarkan pulau tu.. siapa dalang eksport pasir????nun penghuni bkt serene..semua Melayu…tapi Pas ni aku tak suka dgn berpura2 mereka yg gunakan Ugama..
Semua ni pasal wang. Di mana ada wang yang mudah, di situ akan ada ‘beruang’ meludah. Kluang pun suka buah-buahan yang manis/wang yang mampu di beri oleh orang Cina. Mungkin Kluangman lebih tahu. Takkan orang Melayu, baik UMNO & PAS, mahu menyerahkan tapak/tanah, begitu saja, tanpa ‘manisan’, hanya kerana slogan Negara Kebajikan.
Nampak gayanya, Melayu sama Melayu yang bertembung, pada 9 July atau pun di mana-mana.. Nanti negara terlepas kat orang kerana terlalu banyak Melayu yang nak cari duit senang melalui politik & guna agama sebagai wayang. Patut la TDM menangis masa istihar letak jawatan 2002. Nampak macam dia pun dah putus asa dengan tabiat Melayu suka cari kemewahan cara senang. Kalau kita bergaduh sama sendiri, lagi la dia sedih & frust.
Saya ada seorang adik ipar lelaki, jadi kontraktor di Perak. Masa PR pegang dulu, terus jadi kaya sekejap, boleh buat duit atas angin, jual kontrak. Siap boleh pakai MPV, & tukar H/phone harga 3 ribu. Bila BN dapat balik kuasa, project pun kurang. Berlakun warak boleh tahan, siap pergi tabligh 3 hari tak balik. Tidur masjid, katanya. Betul ke tidak, tiada siapa tahu. Cara bercakap, lebih kurang Al-Juburi sial tu. Tapi adik ipar saya ni saya yakin bukan la jenis dua alam. Kita datang rumah pun, boleh minta izin ke Surau sembahyang waktu. Tapi Subuh tak bangun sembahyang pulak. Pelik manusia ni, guna agama untuk memperdaya orang. Hutang saya RM60k, sudah 2tahun, tak boleh bayar balik. Nampak gaya, saya kena bawa parang ke Perak, tuntut hutang. Saya sanggup buang adik-beradik yang tunjuk warak tapi tak nak bayar hutang. Lepas hantar message ni, nak sambung asah parang panjang. Kalau tak guna tuntut hutang, boleh gantung belakang pintu, kalau-kalau 13May berulang. Pada 1969, usia saya 10thn.
Baguslah. Kebetulan Najib melawat Kelantan. bolehlah mengadu. Akan tetapi, jika Najib tidak melawat Kelantan. Dimana mereke boleh mengadu? Siapa yang akan menangani masalah mereke? Kalau bukan Kerajaan Negeri, bolehlah pilih demonstrasi macam Bersih. Lagipun, ini hak rakyat untuk berkumpul yang termaktub dalam Perlembagaan. Freedom of expression is guaranteed by the Constitution. Biar pemimpin tahu akan kesusahan and kesengsaraan rakyat. Barulah kita boleh maju.
Abdullah (10:44:44) :
Orang Melayu juga perlu bersatu dan kuat agar orang-orang Melayu yang keji, mementingkan diri sendiri, dan korupt tidat mengambil kesempatan terhadap kita seperti kontraktor-kontraktor yang membina stadium yang bumbungnya runtuh, makmal sekolah yang tidak selamat, dan banyak lagi.
Kita juga perlu menentang pemimpin-pemimpin yang korupt dan suka merompak duit rakyat seperti Mahathir, Khir Toyol, Najib, dan sebagainya. Ini barulah berlandaskan prinsip-prinsip ajaran Islam.
alaarr syeikh biasale tu. esok bila gerombolan dpt balik Kelantan dan bila ada yg tak puashati dgn gerombolan maka mereka mengadu plak dgn PAS. manusia mana ada puashati. aku pun pelik org dok kata PAS pakai agama utk politik yg aku tahu PAS pakai politik utk mendaulatkan agama. nanti kalau pakai pedang ke pistol ke…geng gerembolan termasuk ko syeikh marah plak kan?
tolongla sikit agama bro….bukan tolong org PAS. cuma dah nak terjadi org PAS yg ‘nampak’ nak daulatkan agama maka apa boleh buat…jadilah cam kita nak tolong org PAS. aku suka agama aku dan aku suka pada org yg suka agama aku….camna dgn ko syeikh? sekali-sekala bawa-bawalah diri dgr kuliah marghrib ke…kuliah subuh ke…kuliah dhuha ke…(tapi kalau dah buat alhamdulillah teruskanle syeikh).
Buah Ciku ni akal tak ada sbb itu diberinya contoh yg tak ada bukti…yg ada contoh jelas dlm PR tak disebutnya……giloooooo
Insaflah. U ni lupa diri. Jgn lupa “sejarah” diri kamu
Patutnya orang yang perjuangkan agama tak buat keje2 kotor seperti orang yang dituduh jahil. Kalu guna agama, Ayah Pin pun mengaku mendaulatkan Islam. Janganlah menghalalkan perbuatan dengan menuduh orang lain lagi hebat buat jahat. Tak selesai masalah bro. Apa2 pun jangan melacurkan agama dan usah merendahkan martabat Islam apabila menyamakannya dengan PAS. penting selesai masalah ummah, ketepikan seketika perbezaan. Rasulullah SAW tak pernah pun mencaci, maki hamun Abu Jahal. Gunalah akal bukan guna otak sebab lembu pun ada otak. PAS daulatkan Islam pada janggut sejemput je layak panggil pakjanggoat.
Kebajikan tu bro..
Kebajikan ala PAS adalah seperti berikut;
RM 150,000.00 lebih tinggi dari RM 100,000.00
Sapa tawar harga tinggi..dia dapat la.. Dari bagi free kepada pemamdu teksi, baik dia pow..dapat habuan..
Kalu tak buat camni..camna nk beli bangunan UMNO kota Bharu dari Zaid dengan harga RM 4.3 juta..
Dari tekan kroni..baik tekan rakyat.
Salam Sheikh<
Terharu membaca nasib pemandu teksi di Pasir Putih, teringat kepada arwah ayah yang juga seorang pemandu teksi yang berhempas pulas mencari rezeki untuk anak-anak.
Tapak stesen teksi Pasir Putih yang strategik berdekatan pasar dan di tengah bandar terpaksa berpindah dek kerana tapak dijual kepada bangsa cina, inilah realiti pemimpin PAS yang rela dan sanggup menganiaya bangsa dan seagama demi pulangan duit. Pernahkah kita tahu bahawa pemandu teksi di Kelantan adalah terdiri orang MELAYU beragama ISLAM.
Nasib mereka tidak terbela, jika ini berterusan saya pasti satu hari nasib pemandu teksi akan makin teruk malah mungkin orang Cina akan ambil alih persatuan pemandu teksi dengan cara memberi sewa kereta teksi dan permit nanti dek nasib pemandu Melayu yang hilang punca pendapatan.
Terima kasih kepada PM kita yang sudi mendengar dan prihatin nasib pemandu teksi Pasir Putih.
Betul ke ni? Kalu nak up harga.. kenapa tak bagi tahu nak up harga? Boleh runding apa? Atau takut tak ada komisen kot? Melepas lerr kalau orang lain beli,. ya tak?
Sungguh malang orang Melayu
Dapat pemimpin yang bodoh dan dungu
Bila pemimpin dapat kuasa
Tipu bangsa sendiri jadi agenda
Depan kita mereka meratah
Belakang kita depa mengomol
Harta negara harta mereka
Itulah ahli politik melayu
Hati mereka penuh karat dan nanah
Nafsu serakah mesti dipuaskan
Pas dan Umno macam dah sama modus opereandinya
Mendapat kuasa dan mengilai kuasa
Ada mengaku jadi tok guru
Walhal gurunya kita tak kenal
Apa akidahnya betul ke tidak
Tugasnya mengelirukan rakyat dengan agama
Sapo-sapo tak ikut dia katanya tolak Islam
Padahal diri sendirinya Jahil Tukee
Adakah kita sekarang ini dipimpin oleh ahli-ahli politik BEROK MAKYEH.
aku kesian la kat manusia bergelaran superman tu Pak Sheikh, Superman tu bukan kaa ciptaan yahudi, tak ada lain nama ka nak guna? Tun Dol kaa Tun M kaa Dr M kaa… dia lagi lebih super dari Superman ciptaan Yahudi
UMNO PARTI POLITIK. BETUL!
PAS PUN PARTI POLITIK! LAGI LA BETUL!! (BUKAN PARTI AGAMA?)
tapi, ada tapinya. benarkah satu tu didakwa kapir & satu lagi parti islam? sejak bila parti kapir menolong begitu ramai orang melayu islam keluar dari kepompong kemiskinan & memajukan negara hingga ke tahap sekarang? mengapa parti kapir membantu begitu ramai anak2 melayu islam menuntut pelajaran di universiti2 dalam & luar negara, & mrk kembali menjadi orang2 yg berjaya pula? sejak bila plak parti kapir ni begitu mulia tindakannya mengadakan banyak institusi/agensi membasmi kemiskinan & jabatan2 yg memberi bantuan dlm bentuk wang & material utk meningkatkan taraf ekonomi orang melayu islam di negara ini & kadang2 tempiasnya sampai ke negara2 islam lain yg agak mundur…bosnia, kemboja dll…? Maha Suci Allah yg Maha Melihat..siapa sebenarnya yg berjuang utk bangsa, agama & negara ni?
mengapa pulak parti yg mengaku memperjuangkan islam masih membiarkan kejahilan & kemiskinan menimpa sebahagian besar rakyatnya & terus menyalahkan parti yg dia kata kapir bila gagal menjadikan rakyatnya lebih berjaya? siapa pulak yg selalu marah2 menuduh orang lain menggunakan anak2 sekolah dlm aktiviti politik tapi tiba2 parti islam ni mengumpulkan berpuluh ribu anak2 sekolah tahfiz utk menunjukkan kekuatan parti? justifikasi apa plak nak guna? boleh buat sebab orang lain dah buat? samala tu namanya…nak ubah tak berdaya..kita ikut buat sama…bajukain saja pesen lain, pe’el kalau tak lebih teruk, lebihkurang saja…tp parti islam ni memang lain dari yg lain!! sekarang dah jadi chameleon…apa2 pun boleh, asalkan menang undi!! bersimpati dgn peliwat, komunis & yahudi pun boleh kini!
yg mana satu ikut anjuran agama islam ni sebenarnya???
Dengar cerita kerajaan kelantan nak buat stadium bola sepak berharga rm140 juta..saya rasa adalah lebih baik kerajaan kelantan buat masjid dengan duit tu… kalau satu masjid bernilai rm10 juta, bermakna kerajaan negeri dapat membina 14 buah masjid yang besar…kelantan kan negeri serambi mekah…stadium kecik x apa, jangan masjid yang kecik…
kickdefella style of ‘reporting’ sama dengan standard utusan malaysia… tidak objektif…kalau dia objektif dia kena beri background mengapa keputusan itu dibuat…give both sides of the story in a fair manner.
but never mind, i’ve long stopped reading political blogs to get to the truth but only for comic relief…and never read utusan malaysia. kalau blog kickdefella ni di keluar dalm bentuk hard copy…ia nya layak untuk di buat bungkus taik kucing saja…macam utusan malaysia…
orang Pas akan kata .. orang UMNO lagi banyak jual tanah kat orang Cina…
Husam: Saya malu Najib diberi info silap isu stesen teksi Pasir Puteh
July 02, 2011KUALA LUMPUR, 2 Julai – Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menegaskan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak pernah menjual tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di bandar berkenaan.
Walaupun sebelum ini, PKINK mengenakan sedikit bayaran ke atas persatuan pemandu teksi Pasir Puteh, tetapi kini, bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut, PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.
Kata beliau, perdana menteri atau sesiapa sahaja boleh menunjukkan bukti atas dakwaan mereka.
“Sudah tentu perdana menteri tidak mampu berbuat demikian kerana isu ini adalah modal atas angin semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Selaku rakyat Malaysia, kata Husam, beliau merasa malu atas salah maklumat yang disampaikan kepada pemimpin terpenting negara ini sehingga Najib menyebut sesuatu yang tidak berasas dalam ucapannya.
“Saya menggesa agar perdana menteri menyemak pihak yang telah memberikan maklumat tidak bertapis seperti itu bagi mengelakkan kenyataan yang sama berulang, yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau,” katanya lagi.
Dalam ucapan pagi tadi di Pasir Putih, Najib yang mengadakan lawatan kerja ke Kelantan berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Jajahan Pasir Puteh setelah kerajaan PAS Kelantan merampas tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.
Beliau berkata kerajaan pusat akan mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tapak perhentian teksi di dalam bandar Pasir Puteh.
Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan negeri melalui PKINK yang memutuskan untuk menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun perhentian itu beroperasi.
“Insya-Allah kita akan bantu dirikan pejabat baru,” katanya.
Selain itu, kata Husam, perkembangan pagi tadi juga menunjukkan Barisan Nasional tidak mempunyai isu besar yang boleh dibangkitkan sehingga maklumat tidak berasas pun terpaksa dijadikan modal.
“Saya yakin, jika perdana menteri sanggup menggunakan maklumat atas angin seperti itu, tentulah dalam isu yang lain juga beliau mudah membeli maklumat bakul sampah, termasuk dalam isu himpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 julai ini.
“Isu yang lebih besar seperti rampasan wang royalti minyak Kelantan tidak pula disebut. Isu-isu janji pilihan raya Pengkalan Pasir, Manek Urai dan Galas yang belum selesai juga tidak disebutkan,” katanya lagi.
Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau yakin kerajaan negeri bersedia memberikan tapak berkenaan untuk dimajukan dengan kemudahan yang lebih baik jika kerajaan pusat serius untuk memajukannya.
Katanya, apa yang berlaku ialah ada pihak tertentu pernah memohon untuk membeli tapak berkenaan bagi kemudiannya diserahkan kepada pihak lain untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh PKINK bagi mengekalkan kedudukan tapak teksi tersebut.
“Saya selaku anggota Kerajaan Negeri terkejut dengan dakwaan perdana menteri bahawa tapak stesyen teksi Pasir Puteh yang beroperasi sekarang telah dijual oleh PKINK. Selain itu, kenyataan beliau juga menyebut tapak itu telah dirampas oleh Kerajaan Negeri melalui PKINK,” katanya lagi sambil menambah, kenyataan Najib tidak berasas sama sekali.
—–
Pah guano ni syekh…najib dapat info salah pah tu demo pun dapat ibfo salah..jko husam bui info salah.
“Eh salah jugak la, tapi itu tak jadi apa, sebab undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padammm… ehehe…”
Dato menteri nikah khawin musang berjangut.
Tahniah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Hdup mudah2 je (14:38:08) :
Aduhai….Where have you been? Stadium kat Terengganu tu apa cerita? Tanyalah naluri diri sendiri. Betulkah orang-orang yang saya sebut tu betul-betul bersih? Setahu saya masa perhimpunan UMNO, ada suara-suara yang menjerit “Rasuah”. Ada orang, sampai menangis.
Falsafah gila-gila “ADA WANG SEMUA BOLEH JADI”…sebelum PM mari semua diam! Tak kan tunggu PM baru nak ngadu…mana Tok Pa, Awe Dik, Ketua Umno , Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan beberapa jenis ketua lagi selama ni dok wak gapo? Ni serupola hak dok wak naik wah nyor tuan mari baru kocok pelepah…..tak dok tuan dok garu pungung je..pehe benar perangai oge la ni tak kiro belah mana serupa je……
tu laa lu orang selalu laa turun K.Bharu,,, kan ada hari tuu non-muslim sedekah tanah untuk buat mesjid kat negeri serambi mekah…sebagai balasan ,,,,adalah udang sebalik nasi goreng…. kalo tak caya pegi cek,,,,
setahu ambo, tanoh d klate ni anok jati keturunan klate jah bulih milik..mn2 bgsa lain ataupun melayu dr lain negeri xleh beli kecuali menerima pusaka..penulis kata dijual kpd cina?? ada bukti?
Sheih said: sebenarnya kamu tidak tahu strateginya. Kalau tahu baru kamu sedar bertapa mudahnya.
Tak Payah cakap banyak, Nik Aziz bukan tongkat langit, apa darjat PAS nak setarafkan dengan Islam kebajikan pun belum tentu, sebab itu PAS turunkan darjat perjuangannya dari Islam kepada kebajikan, kerana PAS sedar diri yang dia tak mampu!!. Nik Aziz dapat RM20ribu sebulan MB lah katakan !! tak masuk sumbangan dan derma taja umrah, taja haji, mana dia ada masa nak fikir soal ayah Zainomar seorang pemandu teksi, sebab dia dah ada pemandu. Saya tahu Zainomar dah dapat PhD walaupun arwah ayahnya pemandu teksi . Zainomar ! Nik Aziz dok pikir tanah sapa lagi yang nak jual di Pulau Melaka ni, dia nak beli ,dengar khabar nak besarkan stesyen minyak Al Sobru Trading, Atau Al Sobariah (bininya Nik Aziz)Trading. Kerana komisyen minyak sekarang lumayan dan kereta banyak sekarang. Itukan zuhud namanya,
kalu tak dok manisan,mane sedapnyo pulut durian…tamboh pulak dengan kepala santan!!
kalu tak dop komisen,tak tergadai la tanoh@tapak tu…mesti nok %…penamboh perisa,derma la pada tabung PARTI..guarantee lulus…nama syrikat je yang bumi,untuk % jah…
hak rakyat marhain,tapi duit masuk tabung..aliran duit tabung kemana pergi??
Nak buat stadium…??
gaul-gaul,,beru sedap pulut durian tuh!!
clako nate parti Pas,…puak2 penjual agama tegarrrrr!!!
orang politik, duit mesti masuk poket. kalau tidak, macam mana mau hidup???
@plet D betol3!kalu xdok manisan mana sedap pulut duyan tu…tp xpo barang kerajaan pusat buleh cayo lg…kerjaan negeri?mampu buat batu asas jah setakat nie…iklan je berdegar2!
Nate puak2 pas ni clako,abih doh tanoh nyo pajok gadai ko nate cino,ambik komisyen.Menatang puak2 nie melacor,meliwatkan agama mengikut acuan pasaran semasa..konon pengikut sunnah nabi saw,,afaal mace pelesit,iblis,rakyat tok peduli make ko tidok mugo dio boleh gaji besar2 blako,perut kenye sokmo,puak mung ni nok baiki islam konon mace bewok baiki labu…jaso takdok lagi make doh mace litang barat,mung bentuk agama ni mengikut cito raso pasaran semaso yg mung boleh untung pitihhh dengannyo…clakolah puak2 mung yg mengadaikan agama dengan habuan dunia yg sikit nie,mung penuh poket anok bini,kaum krabat mung,rakyat mung tok caro..take beeeeerrrr!!!,,,masok surgo konon,nerako belum tentu nok terimo ko dok,mung buat surgo ni supo nilai 20sen.pejuang agama konon,pelahap ko dunia supo ore hok mung duk kato jugok…aku mohon ampun dari Allah swt…!!
kepada hok nak komen dgn sumpah seranah tu, tak payah lah wei, buat malu umno jah.. ko demo ni org pas saje menyamar kecek huduh nak suruh org benci ko umno,
anything can happen in malaysia
hehehehe… ni la yang terjadi jika politik, ekonomi, sosial telah di pisah dari islam….
aku tak sokong mana mana parti, baik pas, umno, pkr, dap, mca, mic, sup n macam macam lagi….
aku sokong pada pemimpin yang perjuangkan hak Islam…
Islam itu kan syumul, @ universal yang mencakupi keseluruhan kehidupan muslim @ orang2 islam…
berbalik lah pada islam sejati yang jadi iktikad kita semase solat tu…. atau korang ni saje saje ucap kat mulut tanpa mengerti erti ape yang korang lafas dalam solat…?
mmmmm ni lah bila masjid dipenuhi @ diguna pada teraweh, majlis khatam Al Quran, tahlil malam jumaat…. mmmm aku malas la nak sembang panjang… kan kita semua ni tahu apa itu erti islam…
percayalah , maut itu benar, azab kubur itu benar, Munkar n Nankir itu benar, hari pembalasan itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar…
fikir fikir kan….