Skip to content

Archive for July, 2011

Mengingati Mama

Kekadang saya bertanya pada diri sendiri, satu hari kelak, bila saya sudah tiada, bagaimanakah diri saya akan anak-anak ingati? Adakah mereka akan ingat saat-saat saya memarahi mereka waktu kecil? Atau mengingati saya melalui tempat-tempat yang kami pernah terokai bersama? Atau… ingatan itu datang dari melihat insan-insan lain?

Adakah kita hidup untuk diingati?

Ingatan awal saya terhadap ibu saya banyak berkisar kepada makanan-makanan yang dimasaknya. Dan bila makan disuap mama, tangannya ada macam ‘magic’, bertambah-tambah sedapnya. Kata orang, masakan ibu memang tiada tandingan. Ikan cencaru belah belakang, asam tumis, gulai lemak dan lain-lain resipi mama semua saya warisi tetapi keenakan menikmati juadah masakannya telah pergi bersamanya. Benar kata orang, masakan itu bukan sekadar pada ramuan resepi tetapi pada sucubit kasih sayang dan seulas keikhlasan yang digaul bersama yang membezakannya.

Selain alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran, zikir dan doanya, saya juga sering terkenang lagu-lagu yang mama nyanyikan. Kadang-kadang, di dalam diam, saya sendiri perlahan-lahan mengalunkan irama itu. Syukur kepada teknologi maklumat masa kini dan kehadiran media seperti youtube serta penyumbang-penyumbangnya, lagu-lagu tersebut satu demi satu dapat saya jejaki.

Kadang-kadang mama akan selitkan anekdot bagi lagu-lagu tersebut, ada yang sedih dan ada yang lucu. Contohnya lagu Joget Jauh Pandangan nyanyian Allahyarham Abdullah Chik. Saya sentiasa ingat mama menyanyi pada saya waktu kecil antara lain liriknya,

“Lamanya kita tidak berjumpa,

sedihnya rasa hatiku,

sambutlah salam dari adinda,

dengan selalu digoda rindu.

Walaupun jauh seberang lautan,

kanda tak lupa sehingga mati,

sungguh pun surat dinda kirimkan,

seperti badan datang sendiri.”

Yang lucunya mama selalu bercerita bagaimana lagu itu terlalu mengganggu emosi para isteri perajurit negara sewaktu anggota tentera kita dihantar bertugas untuk misi keamanan di Congo. Maklumlah misi ke Congo yang turut disertai oleh arwah ayah saya merupakan antara misi ketenteraan keluar negara yang terawal di dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya ada sekali, akibat mendengar lagu itu di Radio Malaysia, kuarters tentera tempat ibu dan keluarga turut menetap menjadi kecoh bila seorang isteri tentera telah menjadi tidak keruan dan tak tertanggung rindu hingga cuba untuk mengambil nyawanya sendiri.

Ini menyebabkan timbul permintaan agar lagu tersebut dihentikan dari disiar di radio sehingga anggota-anggota tentera kita di Congo pulang ke tanah air.

“Janganlah kanda berhati duka,

dinda tak mungkir segala janji,

bila ku dapat surat kekanda,

barulah senang rasa di hati.

Bagi generasi yang membesar di zaman dunia siber dengan teknologi email dan web cam, sudah tentu sukar untuk dibayangkan kerinduan yang diakibatkan oleh perpisahan pada zaman dahulu.

“Baik lah baik belayar rakit, janganlah sampai putus talinya. Kasih sayangku bukan sedikit, jikalau boleh mati bersama.”

Sewaktu saya sedang menghadiri Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang pada 2007, saya menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa mama di dalam keadaan tidak sedar akibat komplikasi sakit jantung dan diabetesnya. Saya terus meninggalkan festival itu dan pulang malam itu juga ke Kota Bharu, tidak pasti masih berkesempatan atau tidak untuk bertemu mama.

Sepanjang perjalanan saya teringat sebuah lagu yang mama sering nyanyikan sewaktu mendodoikan saya waktu kecil. Sehingga hari ini saya gagal mengesan lagu itu, antara lain, liriknya lebih kurang berbunyi sebegini,

“dulu… dibendung di pangku, dipimpin berjalan, di selimutinya. Nasi, dipipih di suapkan, di ajarnya berkata, kasih mesra ibu….”

“…tapi kini hanya, kulihat pusara mu, tempat baring si ibuku, yang sangat ku sayangi…. tapi kini hanya… ku lihat pusaramu, tempat baring si ibuku, yang sangat ku sayangi….”

Saya akan bertanya mama, “mana mama dia pergi?’. “Mama dia dah mati…” jawab mama. “Kenapa mama dia mati….?”, dan saya akan menangis.

“Mama jangan mati okay…. mama janji ya…” desak saya waktu itu.

Banyak yang mama dan saya lalui bersama semasa saya kecil. Mama ada pilihan selepas berpisah dengan arwah ayah untuk memulakan hidup baru. Tetapi pilihannya ialah untuk meneruskan hidup lama bersama kami sehinggalah kami seorang demi seorang meninggalkannya. Dengan mama, benarlah kata orang, kasih saudara waktu berada, kasih ibu hingga ke syurga.

Mama tidak pernah tinggalkan kami walau susah walau senang. Tetapi setiap tahun demi tahun, dia menangisi ditinggalkan seorang demi seorang kami sehinggalah dia tinggal bersendirian.

Mama ke Mekah sendirian, pindah rumah sendirian dan banyak lagi yang dilakukannya sendirian. Sehingga akhirnya, bila dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia juga bersendirian.

Sewaktu mama berpisah dengan arwah ayah, pada perkiraan saya, mama belum mencecah empat puluh tahun. Dunianya masih luas tetapi pilhannya untuk terus di dunia lama. Saya ingat, saya sering mengugut untuk membaling batu kepada nenek saudara saya yang sering datang memujuk mama untuk berkahwin lain. Tidak dapat dibayangkan betapa idea bahawa kami akan terpaksa berkongsi mama dengan orang asing lain sungguh menggerunkan. Tetapi tidak pernah kami terfikir satu hari nanti, mama akan terpaksa berkongsi kami dengan ‘total stranger’.

Itulah pengorbanan seorang ibu.

Hidup tanpa suami dan tanpa pekerjaan, mama memang seorang ahli ekonomi yang hebat. Sepanjang hidupnya dia bergantung kepada pemberian arwah ayah yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak dan kemudiannya sumbangan daripada kami adik beradik. Namun sewaktu dia meninggal dunia, segala urusan jenazahnya sehinggalah ke urusan batu nesan dan hiasan pusaranya semua adalah dari sumbernya sendiri. Mama tidak mahu kami keluarkan wang untuk urusan jenazahnya, semuanya dia mahu tanggung sendiri.

Lebih dari itu, mama meninggal dunia dengan meninggalkan barang emas untuk setiap anak, menantu dan cucu perempuannya dan wang ringgit lebih dari yang kami miliki di dalam simpanan kami termasuklah peralatan rumahnya yang serba lengkap.

Saya masih ingat sewaktu kecil, tiap kali arwah ayah gagal menyumbangkan wang untuk menyara hidup kami, mama akan ke pajak gadai untuk menggadaikan barang emasnya. Apabila dia ada wang sedikit, dia akan menebusnya semula. Bila arwah ayah kembali mampu untuk memberi sumbangan, mama akan simpan sedikit demi sedikit untuk membeli lebih lagi barang emas.

Seingat saya, keluar masuk pajak gadai adalah aktiviti hampir empat lima kali setahun bagi mama. Dan menerusi aktiviti itu kami enam beradik dibesarkan sehingga ke maktab dan universiti. Disebalik keperitan yang ditanggung mama, walau kami tahu kami tidak kaya tetapi kami tidak pernah merasa diri kami miskin. Kami miliki apa yang seorang anak pada usia kami harus miliki.

Mama adalah pakar di dalam ekonomi emas, itulah yang sering saya katakan kepada banyak pihak.

Serasi dengan kehidupan di zaman 70an, Mama juga minat menonton wayang. Sewaktu kecil, mama dan saya sering menaiki beca untuk menonton wayang di panggung Odeon Kota Bharu, kini Bangunan UMNO Kelantan. Filem seperti Bukit Kepong, Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Masih Ada semuanya kami menonton berdua.

Memandangkan mama seorang perempuan dan saya masih kecil, kami sering terpaksa membeli tiket ‘black market’ kerana waktu dulu, filem Melayu mendapat sambutan hangat di pawagam.

Terpaksa di akui, kami adik beradik sering risau kerana merasakan mama lemah dari segi fizikal dan kesihatannya sering terganggu tetapi mengenangkan kembali apa yang dilaluinya, rasanya ia adalah satu cabaran besar untuk jadi segagahnya.

Untuk dikenang sebagai seorang yang tabah dan gagah bukanlah sesuatu yang senang. Kerapkali kita terpaksa melakukan apa yang kita telah dipertangungjawabkan dan itu tidak membuat kita seorang yang gagah. Namun kami adik beradik kini menyedari mama ada pilihan. Tetapi mama telah memilih pilihan yang membawanya melalui segala liku-liku kehidupan supaya jalan yang akan kami tempuhi terjamin lurus dan mudah.

Hebatnya pengorbanan seorang ibu dan amat bertuahlah sesiapa yang masih memilikinya.

Kadang-kadang mengapa begitu sukar untuk kita mengingatinya sewaktu dia masih boleh menerima secubit kasih sayang dan seulas kemesraan dari kita.

Istana Kelantan: Kickdefella Dipanggil Beri Kenyataan

Jam 0930 esok, 22 Julai 2011, Saya diarahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, di Ibupejabat Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Kuala Lumpur.

Siasatan dibuat berdasarkan laporan polis oleh Halim Bin Hamad dan pegawainya. Halim Bin Hamad ialah pengelola Istana Kelantan dan antara pemain utama di dalam penabalan Sultan Kelantan yang baru.

Laporan polis oleh Halim Bin Hamad merujuk kepada artikel kickdefella yang bertajuk, Usaha Menabalkan Sultan Kelantan Yang Baru Di Dalam Proses, pada 17 Mac 2010.

Blog Kickdefella adalah antara sumber pendedahan paling awal berhubung usaha menabalkan KDYMM Sultan Muhammad Ke 5, iaitu Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru. Pendedahan itu yang berbekalkan rakaman audio penjelasan oleh dua lelaki (salah seorangnya ialah Halim bin Hamad sendiri) berhubung strategi yang akan digunakan untuk menabalkan Sultan Kelantan yang baru.

Sehari kemudian, Halim bertindak membuat laporan polis. Enam bulan kemudian iaitu pada 13 September 2010, Sultan Kelantan yang baru ditabalkan berdasarkan peruntukan 23A di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan yang dikatakan telah diwartakan pada 22 Julai 2010. Ini membuktikan artikel yang disiarkan di blog ini pada 17 Mac 2010 adalah tepat.

Apakah pengelola istana Kelantan telah membuat satu laporan polis palsu?

Pada 30hb April 2010, lebih kurang jam 12 tengahari saya menerima panggilan telefon daripada Ketua Polis Kelantan ketika itu. Dalam keadaan cemas beliau ingin mengetahui lokasi saya.

“Syed jangan balik Kelantan. Jangan balik Kelantan!” katanya kepada saya. Beliau kemudian meminta alamat kediaman saya dan nama sekolah dan kelas anak-anak saya dengan segera untuk tujuan keselamatan. Beliau juga mengarahkan saya untuk berlindung dan elakkan diri dari keluar di tempat awam.

“Saya tidak boleh kongsi maklumat yang saya terima tapi Syed jangan keluar pergi mana-mana. Kalau nak pergi, bagi tahu saya. Tapi dengar nasihat saya, jangan balik Kelantan”, katanya lagi.

Keesokkan harinya, pada 1 Mei 2010, Pegawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad ditembak. Agaknya Kelantan adalah tempat yang berbahaya untuk berada pada waktu tersebut. Ramli meninggal dunia 19 hari kemudian.

Apapun ancaman terhadap saya pada waktu itu, saya amat berterima kasih kepada keperihatian Ketua Polis Kelantan ketika itu. Saya sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes berhubung laporan polis ke atas saya. Itu sudah menjadi tanggungjawab kita selaku warganegara Malaysia.

Berikut adalah artikel saya pada 17 Mac 2010.

Usaha Menabalkan Sultan Kelantan Yang Baru Di Dalam Proses

Oleh Kickdefella

“Jika Pemangku Raja (YTM Tengku Mahkota Kelantan) mahu menjadi Sultan, esok pun boleh!” – Shukri Mohamed, Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Cakera padat yang mengandungi rakaman audio pertemuan diantara seorang yang mendakwa namanya bernama Halim bin Ahmad dan Shukri Mohamed bersama wartawan-wartawan dari Kelantan diselitkan dipintu pejabat saya.

Ia adalah sebuah rakaman yang dibuat beberapa malam yang lalu di dalam satu sessi yang kononnya sessi ramah mesra dengan pihak media. Namun begitu ia lebih kepada bersifat sessi mengugut dan membambu wartawan secara halus.

Di dalam rakaman tersebut, beberapa kali seorang bernama Halim Bin Ahmad menekankan kepada wartawan bahawa, ‘ini bukan sidang media’ dan ‘jangan tulis apa saya kata’ serta ‘jangan quote saya!”. Oleh yang demikian, saya tidak akan tuliskan apa yang dikatakan oleh Halim Ahmad.

Tetapi rakaman itu juga mendengarkan penjelasan panjang lebar hampir dua jam oleh Halim dan Shukri berhubung isu KDYMM Al Sultan Kelantan dan perlunya YTM Tengku Mahkota Kelantan ditabalkan sebagai Al Sultan Kelantan yang baru.

Saya menghubungi seorang wartawan kanan di Kota Bharu yang saya cam suaranya di dalam rakaman tersebut.

“Halim” itu ialah Pengelola Istana DiRaja Kelantan dan “Shukri” itu ialah Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan jawab wartawan tersebut.

Bagaimanapun semua pihak keliru sama ada kedua-dua mereka bercakap atas kapasiti rasmi jawatan mereka atau atas inisiatif sendiri ataupun atas arahan seseorang yang lebih besar dari mereka.

Antara lain  Shukri berkata, bahawa beliau boleh menentukan bila-bila sahaja Pemangku Raja akan menaiki tahta. “Esok pun boleh”, katanya. Menurut Shukri apa yang boleh dirancang untuk menurunkan KDYMM Al Sultan Kelantan dari tahta ialah dengan, ‘meminda Undang-Undang Tubuh Negeri. Memanggil satu sidang Dewan Undangan Negeri dan dengan kekuatan 39 orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS berbanding 6 Ahli Dewan Undangan Negeri BN, bila-bila masa sahaja undi dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri boleh dilakukan. Lantaran esok YTM Tengku Mahkota boleh menjadi Al Sultan Kelantan.’

Bagaimanapun Shukri juga menjelaskan bahawa perancangannya ialah untuk bersabar dan menunggu tempoh 12 bulan berlalu sebelum bertindak. Ini kerana ‘terdapat kekaburan didalam Undang-Undang Tubuh Negeri berhubung ketidak upayaan KDYMM Al Sultan menjalankan tugas sebagai Sultan atas sebab-sebab kesihatan.’

“Hanya ada peruntukan yang mengatakan bahawa jika KDYMM Tuanku on his own accord atas kehendak bagi Tuanku sendiri meninggalkan Negara ini lebih dari 12 bulan, kalau Tuanku meninggalkan Negara lebih dari 12 bulan, Majlis Perajaan Negeri boleh bertindak mengisytiharkan kerusi Sultan itu kosong…” Kata Shukri.

“Dalam kes yang berlaku di  Kelantan bukan Tuanku on his own accord sebab Tuanku sakit,” jelas Shukri yang berpendapat ‘sakit’ itu bukan boleh ditafsirkan sebagai kehendak Tuanku.

“Dalam keadaan ini ada sedikit kekosongan,” tambah Shukri dan berpendapat kekosongan itulah yang perlu dieksploit untuk menabalkan YTM Tengku Mahkota ke tahta.

Shukri juga mendakwa beliau sendiri pernah berkali-kali berjumpa dengan Peguam Negara, Peguam Cara Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sembilan bulan sejak Tuanku gering bagi ‘berunding’.

“Jadi at least dalam kes sakit ini, kita kena tunggu ke peringkat itu (12 bulan),” kata Shukri. Bagaimanapun adalah tidak jelas sama ada keputusan untuk menunggu 12 bulan itu adalah atas nasihat pihak-pihak di atas.

Shukri menambah bahawa didalam kes ini, Majlis Perajaan Negeri hanya akan bersidang selepas tempoh 12 bulan bagi menentukan masa depan tahta Kesultanan Negeri Kelantan.

Shukri juga mengakui bahawa YTM Tengku Mahkota gundah dengan keadaan sekarang dan merungut kerana tidak dapat memerintah. Tetapi beliau menasihati Tengku Mahkota supaya tidak dilihat umum sebagai seorang yang ‘gila kuasa’ dan perlu bersabar.

“Tok’ sampai bila kita nak gi gini tak leh nak perintoh kita ni Tok’ sampai bila?” Shukri menceritakan soalan Tengku Mahkota kepadanya.

“Jawapan yang Tuanku tanya patik, senang di jawab. Tuanku nak esok, esok jadi Sultan. Nak kelmarin, kelmarin (boleh ditabalkan sebagi Sultan), nak lima bulan lepas, lima bulan (lepas boleh ditabalkan sebagai Sultan),” begitulah jawapan yang Shukri dakwa diberikannya kepada Tengku Mahkota.

“Tapi patik, harus menggambar, potray kepada rakyat  Tuanku bukan jenis seorang Sultan yang gila kuasa,” nasihat Shukri kepada Tengku Mahkota Kelantan.

Terlebih dahulu, Shukri menyelar Majlis Perajaan Negeri terhadap kemelut istana Kelantan hari ini.

“KDYMM Tuanku memerintah Negeri Kelantan sehinggalah kepada 24 Mei 2009. Sebenarnya daripada tempoh 14 Mei hingga 24 Mei itu ada 10 hari gap itu tidak sepatutnya kekosongan itu berlaku dalam institusi beraja. Masa itu saya tidak jadi ahli Majlis Perajaan Negeri lagi,” jelas Shukri.

Shukri dilantik sebagai Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan oleh Tengku Mahkota Kelantan setelah Tengku Mahkota atas kapasiti sebagai Pemangku Raja menggugurkan 4 orang termasuk Adindanya iaitu Tengku Temenggong Kelantan dari Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

“Kalau saya (telah menjadi ahli Majlis Perajaan Negeri) pada masa itu, saya tidak akan biarkan 10 hari itu berlaku,” tambah Shukri.

“Tidak boleh memberi ruang kepada mana-mana pihak  untuk memasuki ruang yang kosong itu menjadikan suasana itu keroh dan kesinambungan  Kesultanan itu  menjadi terhenti atau  tergendala,” kata Shukri mempertikaikan kewibawaan Majlis Perajaan Negeri yang dipengerusikan oleh YM Tengku Aziz dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Naib Pengerusi.

Apa yang sedang berlaku di Kelantan hari ini adalah amat mendukacitakan. Dua hari yang lepas KDYMM Al Sultan Kelantan menerima mengadap YAB Menteri Besar Kelantan dan barisan exconya. Tuanku dilaporkan oleh sumber dari dalam istana sebagai antara lain bertitah berhubung kedudukan pemangkuan jawatan Sultan setelah kembalinya baginda.

Sebagai rakyat Kelantan, saya berpendapat, sekiranya seseorang Ketua Negeri itu gering, Baginda tidaklah patut diturunkan dari tahta kerana Undang-Undang Tubuh Negeri jelas memberikan ruang untuk pemangkuan dan juga kuasa yang diamanahkan kepada Majlis Perajaan Negeri adalah jelas.

Majlis Perajaan Negeri dilantik oleh Ketua Negeri iaitu Sultan dan Raja Melayu dari kalangan mereka yang amat dipercayai Baginda supaya didalam suasana ketidakupayaan Baginda, Majlis Perajaan Negeri dapat menjalankan amanah yang dianugerahkan Baginda seperti yang mereka fahami kehendak Baginda.

Apa yang telah berlaku di Kelantan, rombakan telah dibuat ke atas Majlis Perajaan Negeri sewaktu pemangkuan. Oleh yang demikian komposisi didalam Majlis Perajaan Negeri sudah berubah.

Jawatan Ketua Negeri bagi Negeri-Negeri Melayu adalah jawatan yang diwarisi. Seringkali kita melihat Sultan dan Raja Melayu jatuh gering. Bahkan ada yang jatuh gering sewaktu di singgahsana sebagai YDP Agung namun tidak pernah ianya diturunkan dari tahta oleh Majlis Perajaan Negeri atau Majlis Raja-Raja. Dalam sejarah Malaysia proses turun tahta Raja-Raja Melayu sehingga kini berlaku secara semulajadi.

Ada baiknya proses semulajadi dibenarkan berlaku didalam Institusi Raja Kelantan yang berdaulat.

Pada waktu yang sama, ada baiknya insiden ini membawa kepada rakyat untuk lebih peka dan memahami keunikan dan peri pentingnya satu instistusi yang diwarisi didalam sistem Demokrasi Malaysia. Institusi Raja Berpelembagaan di Malaysia sudah semakin dipandang enteng dan bertaut dengan pelbagai negativiti kebelakangan ini. Rakyat harus bijak membezakan antara individu dan institusi.

Jika kita benar-benar memahami dan mengisafi sejarah, kita akan sedar keagungan institusi ini untuk Agama Islam di Malaysia, Bangsa Malaysia dan orang-orang Melayu.

Ancaman Nik Aziz Lebih Bahaya Dari Ancaman Komunis

Sebahagian daripada 600 ekar tanah yang dimajukan oleh Tauke Cina untuk Akademi Yakin

“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.

Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah  yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.

Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina  yang kebetulan berada di tapak itu.

Tauke Budiman bersama rakan ‘barunya’

“Tauke, ini tanah atas nama Mazlan Abdul Ghani, betul ke,” tanya Johnson.

“Tarak tau, ini saya bayar sendiri….” Jawab Tauke yang bercakap dengan pelat Kedah.

“Tauke bayar… bayar sama sapa…” tekan Johnson.

Menurut penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan.

Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.

Tauke cina yang ditemui oleh agen Johnson enggan memberitahu namanya, tetapi memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat adalah untuk 1,000 ekar tanah. Bagaimanapun setelah wang persabahatan dan wang derma ditunaikan, pihak Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan perjanjian dan hanya mampu memberi 600 ekar tanah. Baki 400 ekar menjadi masalah apabila tanah tersebut telah diterokai oleh penduduk tempatan.

Apabila berurusan dengan wakil dari PAS Kelantan, anda perlu faham istilah-istilah seperti ‘menjual’, ‘persahabatan’ dan ‘derma’. Maksudnya seringkali berbeza dengan maksud sebenar di dalam kamus bahasa Malaysia.

Begitu juga dengan kalimah ‘penerokaan haram’. Seperti yang masih diingat oleh Tok Da Hussin dari Felda Ciku, perkataan penerokaan haram tidak wujud menurut Nik Aziz kerana, “… bumi ini milik Allah…” kata Nik Aziz.

Tok Da Hussin menunjukkan pelan tanah yang sudah disukat dan diserahkan kepada Pejabat Tanah Gua Musang. Siapa yang menjadi pemilik tanah itu? Kisahnya tak ubah harapkan pagar, pagar makan padi.

Tok Da Hussin atau nama penuhnya, Hussin Bin Deraman masih ingat apabila Angkatan Perpaduan Ummah merampas Kelantan dari Barisan Nasional pada tahun 1990, Nik Aziz selaku Menteri Besar PAS datang ke Gua Musang dan memberitahu penduduk-penduduk tanah rancangan di situ “… takda tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya dua, satu di Mekah dan satu di Madinah. Tanah lain, kalau bukan reserve hutan, cangkullah. Kalau dah cangkul jadi milik kita doh tanah tu…”.

Sebeum ini sewaktu pemerintahan BN, Kerajaan Negeri melarang keras penduduk mengusahakan tanah Kerajaan, tetapi setelah mendapat lampu hijau dari Nik Aziz, berduyung-duyunglah mereka membuka tanah hutan seawal 1990 an lagi.

Tetapi kini, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa mereka ini adalah peneroka haram tanah Kerajaan dan enggan mengiktirafkan hasil titik peluh mereka walaupun mereka sudah menyerahkan pelan sukat tanah dan sesetengahnya sudah juga membayar deposit.

Tanah yang dibangunkan oleh Tok Da Hussin di mukim Relau Gua Musang, telah diserahkan kepada pemilik lain baru-baru ini dengan menggunakan pelan sukat tanah yang dibayar oleh Tok Da Hussin dan peneroka-peneroka lain. Ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat terhadap pengikut tegar PAS ini dan rakan-rakannya, sehingga ada rakannya yang juga ahli PAS telah berdiri dan kencing di atas gambar Nik Aziz di persimpangan jalan di berdekatan rumah mereka.

Namun nasib Tok Da Hussin dan rakan-rakannya tidak semalang nasib mereka di Kampung Serasa, Kuala Krai. Ini kerana Tok Da Hussin adalah peneroka Felda dan kebajikan mereka dan keluarga dijaga oleh Felda. Bahkan mereka sudah memperolehi geran tanah bersama Felda. Yang mereka kehilangan ialah tanah terokaan mereka seperti yang dijanjikan oleh Nik Aziz.

Sewaktu Johnson ‘memburu’ bersama dengan tauke cina, saya teruskan perjalanan hingga ke Kampung Serasa yang jaraknya sejauh 50.4 km dari Bandar Gua Musang. Perjalanan saya membawa saya melalui Kampung Toseng dan kemudian melintasi kawasan Ladang Akademi Yakin terus ke perkampungan itu.

Di situ kedatangan saya disambut oleh tuan rumah Encik Zainuddin Mat dan rakan-rakan penerokanya iaitu Encik Mat Nawi Mamat, Abdul Rahman Mamat dan Zainal Azwin.

Bersama 5 peneroka di Kampung Serasa Kuala Krai

Perkampungan itu sudah diduduki sebanyak 4 generasi iaitu semenjak sebelum merdeka lagi. Kampung itu didiami oleh 20 keluarga dan setiap dari mereka telah mengusahakan seluas 10 ekar tanah dengan tanaman getah dan pokok buah-buahan.

Pada tahun 2004 mereka mendapati Kerajaan PAS Kelantan telah membenarkan kayu-kayu balak dipotong dan dikeluarkan dari kawasan tersebut. Kemudiannya mengikut maklumat mereka, tanah itu diserahkan kepada Akademi Yakin pada tahun 2008 sedangkan ada dikalangan peneroka itu sudah membayar deposit sehingga RM4 ribu untuk mendapat pemilikan tanah itu.

Baru-baru ini, dikatakan pihak Kerajaan PAS mahu mengambil 400 ekar tanah lagi dan ini melibatkan tanah yang telah dimajukan oleh mereka tanpa mahu berunding sebarang pampasan. Apabila mereka menemui Yang Berhormat PAS DUN Dabong, apa yang dikatakan hanya, “…tak usah risau…” itu sahaja.

Bagaimanapun semakin hari mereka semakin risau bila mendapati juruukur dan jentolak sudah mula memasuki kawasan yang diusahakan oleh mereka. Apabila rintihan mereka diketengahkan kepada media, Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar telah mengadakan lawatan ke kawasan berdekatan pada 17hb Julai lalu. Kesemua penduduk telah keluar untuk mendengar dan berdialog dengan Dato’ TMB itu. Bagaimanapun mereka amat kecewa kerana mereka tidak dilayan dan TMB tidak langsung menyentuh isu berkenaan.

Apa yang jelas, mereka sudah pasti akan kehilangan tanah itu. Cuma mungkin ianya ditangguhkan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Penyokong PAS pasti akan mendakwa, dekat Mekah pun tanah rakyat di ambil atau, Kerajaan Barisan Nasional pun buat kerja yang sama. Persoalannya, inikah konsep Negeri Berkebajikan oleh PAS? Jika Kelantan adalah makmal perlaksanaan konsep Negara Berkebajikan oleh PAS, maka yang jelas ‘Kebajikan’ yang dimaksudkan ialah mengamalkan konsep ‘Ali Baba’ yang dulu sinonim dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Lebih teruk lagi, di bawah konsep ‘Kebajikan’ ini, penduduk tempatan akan kehilangan segala-galanya. Kebajikan hanya untuk tauke cina yang boleh menderma kepada wakil parti tersebut.

Siapakah wakil parti itu? Apakah yang dikatakan oleh tauke cina itu kepada Agen Johnson? Buat masa ini, hanya Agen Johnson yang tahu.

Bagaimapun Agen Johnson selalunya tidak akan diam lama, cuma mungkin dia agak terganggu dengan penemuan terbaharunya terhadap sebuah kenderaan buatan Mercedes Benz dengan nama model S280 Automatik. Nombor enjinnya 11292230916058 dan nombor casis WDB2200632A18.

Apakah ini akan membuka skandal terbaharu nepotisme di dalam Pejabat Menteri Besar?

 Agen Johnson melihat Ladang Rakyat yang dibangunkan oleh rakannya ‘tauke besar’

Sesudah Video Lucah Tak Apa, PR Buat Video Maut Pula?

Konspirasi? Siapa yang hebat dengan teori konspirasi ini. Lelaki ini sudah mati atau masih hidup. Siapakah dia. Siapa yang membayarnya dan siapa yang menyusun strategi semua ini.

Siapa yang perlu memberi penjelasan?

Untuk makluman Lelaki didalam Video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang Broker tanah yang juga mempunyai Dua orang isteri.Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al Arqam.

Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.

Lihat Gambar Gambar di atas bagaimana Gambar Suhardi Mohd telah diambil lebih awal dan ianya ditunjukkan didalam pelbagai aksi seolah olah beliau menunjukkan tanda sebelum ajalnya.

Rakaman Video pula menunjukkan bagaimana Suhardi Mohd mengelupur ketika digari pihak Polis dan dalam masa yang sama beberapa orang berada disekitarnya mengucap Kalimah Syahadah.

 

Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja untuk pihak polis menangkap beliau kerana telah dirancang akan penangkapan itu. Untuk makluman Pihak Polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan namun akan menangkap mereka yang mencetuskan Provokasi.

Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa Kekecohan sehingga mencabar pihak Polis menangkap beliau. Dan akhirnya pihak Polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.

Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.

Sejurus sampai di Hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu ini lah segala galanya terbongkar.

Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu Kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC.

Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tak putus putus mereka Media pakatan Pembangkang memainkan Gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video Suhardi Mohd yang pura pura mati disebarkan diseluruh medium sama ada Blogg, Facebook dan lain lain lagi.

Pada Mereka Pakatan Pembangkang Ianya Membawa Keuntungan Dalam Lakonan Palsu Kematian Suhardi Mohd ini.

Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawa nya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak mati tersebut. Suhardi Mohd yang kini masih menetap di Bangi difahamkan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis.

Berdoa sebelum memulakan aksi? Siapa yang memegang loudhailer itu?

Apakah ini lelaki yang memegang loudhailer itu? Lelaki ini di dakwa sebagai Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan. Apakah benar?

Apakah ini lelaki yang sama? Apakah dia sedang menerima taklimat terakhirnya?

Apakah lelaki ini, seorang blogger bekerja di bawah Husam Musa terbabit di dalam konspirasi ini?

Snapshot dari laman fitnah Pro Bersih yang mendakwa lelaki berbaju biru ini meninggal dunia.

Nota di atas dipetik dari blog blogger superstar Pro UMNO. Apa pula jawapan dari blogger Pakatan Rakyat dan Pro Bersih. Apakah ini konspirasi UMNO? Apakah di Mekah pun ada orang buat begini?

Saya tidak pelik.

Jelak Menjadi Loya Yang Membawa Muntah

Sekumpulan 30 orang lelaki dari Terengganu dengan sebahagiannya membawa bendera parti PAS cuba melepasi sekatan polis di sebuah lorong di Kuala Lumpur pada tengahari 9 Julai 2011. Pegawai polis yang mengetuai sekatan disitu menasihatkan mereka supaya bersurai dan berundur. Sebaliknya mereka bertegas mahu melepasi sekatan itu walau dengan apa cara sekalipun.

“Kalau pak cik hendak lintas dengan apa cara sekalipun, saya jugak terpaksa guna apa cara yang saya di latih untuk sekat pak cik,” kata pegawai polis itu dengan tenang.

Mendengar kata-kata pegawai polis itu, pak cik dari Terengganu tadi terus meluru dan cuba merempuh mengakibatkan berlaku pergelutan di antara sebahagian daripada 30 orang peserta perhimpunan haram itu dengan anggota polis.

Pegawai polis tadi sempat melepaskan satu tumbukan mengenai bawah dagu pak cik tadi sebelum merebahkannya lalu menggari tangan pak cik tadi.

“Pak cik tok soh dok nak lawan ambo, ni kerja ambo sejak ambo kenal langit dan bumi lagi!” kata pegawai polis itu di dalam loghat Kelantan.

“Ni bukan perhimpunan untuk bersihkan pilihanraya, ni perhimpunan untuk Anwar, buat apa yang pak cik ni membazir masa…” sambungnya.

“Kita tok kira, Anwar maing pelacur ke, maing jubur ke… Anwar saja hok bolih selamatkang Malaysia ni!” jerit pak cik tadi kepada anggota-anggota polis yang mengelilinginya.

“Kerajaang ni zalim, semua ni anjin!” teriak pak cik itu lagi.

Lebih kurang tiga jam kemudian, pak cik tadi dan beberapa sahabatnya yang ditahan polis menikmati nasi beriani dan lain-lain juadah istimewa di pusat tahanan sementara yang disiapkan oleh Polis DiRaja Malaysia. Mereka juga sempat bersholat dengan selesa sebelum lepak beramai-ramai berbual sambil minum kopi menanti giliran mereka untuk di proses dan dibebaskan.

Mereka juga menjenguk-jenguk melihat wajah-wajah yang mereka kenali tetapi tidak nampak pun wajah Anwar Ibrahim. Di dalam hati mereka, Anwar sudah berjaya tiba di Stadium Merdeka dan misi sudah berjaya.

Apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sudah lama cabut. Anwar tidaklah sehebat atau mungkin sebodoh pak cik dan beberapa kerat orang-orang Melayu tadi. Anwar hanya mahu publisiti, sementara kenderaannya menanti untuk membawa dia pergi bersembunyi di mana-mana kedutaan asing.

Memandangkan tiada ancaman yang boleh diterima akal untuk Anwar berlari ke kedutaan asing, maka terpaksa dia melakonkan watak mata lebamnya sekali lagi, malangya kali ini gambar yang disebarkan tidak lagi segagah gambar mata lebam tetapi gambar seorang pelakon tua bangsawan yang takutkan bayang-bayangnya sendiri.

Perhimpunan haram BERSIH 2.0 menakutkan bukan sahaja Anwar tetapi juga pimpinan pembangkang lain terhadap bayang-bayang mereka. Kesilapan perkiraan mereka mengakibatkan mereka kini sedar keputusan pilihanraya akan datang sudah pasti sesuatu petanda yang tidak elok buat mereka. Kegagalan PAS membawa keluar 100,000 orang peserta untuk menyertai perhimpunan tersebut seperti yang diteriakkan menunjukkan benarlah jangkaan bahawa PAS sudah kehilangan tapaknya di kalangan orang-orang Melayu.

Anggaran yang keluar di dalam perhimpunan kali ini hanyalah di antara 7-8 ribu atau paling banyak pun, tidak lebih dari 10,000 orang. Jumlah ini amatlah kecil berbanding dengan jumlah yang keluar pada perhimpunan BERSIH 2007 dahulu.

Lebih dari itu, mereka yang keluar menyertai perhimpunan kali ini ternyata hanyalah ahli-ahli aktif parti-parti politik pembangkang dan NGO pro pembangkang. Ia gagal mendapat sokongan massa dan kualiti rakyat yang keluar seperti perhimpunan BERSIH 2007.

Ini adalah petanda yang memalukan. Disebalik publisiti besar-besaran yang diberikan, perhimpunan haram ini membuktikan kegagalan penganjurnya mendapat simpati dan sokongan meluas.

Ini jelas kerana rata-rata rakyat Malaysia sudah jelak dengan politik syok sendiri pembangkang. BERSIH 2.0 adalah sebahagian daripada agenda politik syok sendiri mereka. Tiada siapa lagi yang mahu percaya bahawa BERSIH itu sebuah badan bebas sebaliknya mereka semua tahu ia adalah sebahagian agenda anarki pembangkang.

Anggapan bahawa pembangkang yang kuat, baik untuk keseimbangan dan pemerhatian pengendalian kuasa oleh Kerajaan sudah menjadi tidak benar di Malaysia. Pembangkang Malaysia pasca 2008 membuktikan bahawa mereka hanya berminat untuk menumbangkan kerajaan dengan apa cara sekalipun. Segala-galanya dipolitikkan untuk tujuan yang satu, kerana mereka syok sendiri bahawa mereka boleh menjadi kerajaan yang lebih baik.

Ironinya di negeri-negeri yang ditadbir mereka pasca 2008, membuktikan sebaliknya.

Kejelakan massa terhadap pembangkang dan bukannya tuntutan syok sendiri pilihanraya BERSIH sebenarnya yang tidak sihat dan tidak akan menyuburkan demokrasi di Malaysia. Oleh yang demikian, parti-parti pembangkang seharusnya bertanggungjawab membersihkan parti-parti mereka dahulu daripada kata-kata, tindakan-tindakan dan lakonan-lakonan yang meloyakan sebelum mereka sekadar menjadi muntah yang menjijikan menjelang PRU13 kelak.

 

 

Untitled

Jika Anda Inginkan Keamanan, Bersedialah Untuk Berperang

Allahyarham Lt. Col (Rtd) Syed Abdul Aziz Bin Syed Razak

The wheel in the cycle of political struggle has turned. Communist armed struggle per se is no longer in fashion, as a general rule. A trend towards racial ‘nationalism’ and independence is emerging as the communist or non-communist ‘empires’ of the past begin to break up in the name of ethnic racialism, democracy or in the face of dissillusionment. On the side-lines, the still ardent hardliner communist broods and ponders. The unsuccessful communist in the armed struggle in Malaysia meanwhile may endeavour personally to try his hand at constitutional democracy. What happens next if he also fails in this? Will he just retire to write his memoirs? – Yuen Yuet Leng (Operation Ginger)

Artikel di bawah saya tulis pada 30 Januari 2007, sewaktu buat pertama kalinya, blogger-blogger politik merintis ruang ke arus perdana. Pada masa itu, kali bersatu dan hari ini semangat perjuangan yang sama melebarkan perbezaan antara kami.

Esok adalah hari penting di dalam sejarah Malaysia pasca Abdullah Ahmad Badawi, di mana ianya bermula.

Buat mereka yang cintakan tanah air ini, saya berharap sudi untuk membaca nukilan lama saya ini yang saya paparkan semula dengan sedikit pembetulan fakta.

Being Sheih is not easy. My great great grandpa was traced back to Bukhara
Desert and please I beg you not to ask me where it is. My arwah father used to show me the map but I always took it for granted that I always can refer to him in regards of the geography.

Somewhere along the line, one Syed by the name of Karim sailed from India to
Penang with his Indian wife. Syed Karim AlBukhary later settled down in Klang. He is the father of my grandpa, whom later took a job in the Kota Bharu General Hospital where he soon became a legend. He was known as Abiq Razak. Fierce but wise.

The trishaw peddlers in Kota Bharu always shared with me their encounter with Abiq Razak who was a dresser. They said, if you meet Abiq Razak, you can be cured just by hearing his lecture on how to live a hygienic life. To be honest, I knew my grandpa well, he will scream at you and your fever will run away.

When Abiq Razak moves to Kota Bharu, my father is still very young. As Abiq Razak was a good man, everybody would love to send his or her children to stay at his house. One lucky kid, was my mother.

She suffered a tragic life. Her mother and her father died 12 hours apart due to typhoid. The authority burned down her house. My mother and her siblings had to be separated. Two were sent to remote part known as Kuala Krai (this is in the late forties) and two other to an island.

As my mother recalled, my father would always ask my mother to wash his shirt and said, when you grow up, I shall marry you. One day my father disappeared after an argument with my grandpa. Only for him to return two years later as a handsome young man in military uniform. My dad kept his promise. He married my mother and took her almost everywhere in Malaya and Malaysia. My father served the military for almost thirty years. Life was hard for both of them.

Early in their marriage, my father had to fight the Emergency. Towards the end of their marriage, my father struggling fighting the Insurgency.

When I was two years old, my father was posted to South Vietnam as the Military Attaché. I had to admit, there were many flying saucers in our house. I used to watch the saucers flying and our dinner ended hitting the ceiling. My mum cried a lot. We cried a lot. My dad cried a lot too, just that he did his crying deep inside.

Life is difficult for my dad because he is a man who would stand his ground. The military top men did not like it. Once he and his platoon was ambushed in Katibas River, Sarawak. Half of his platoon was mutilated by the Northern Kalimantan Communist. According by some sources, the ambushed was meant for my father but only for him to become a spectator because his longboat took a detour to check on an intelligent report of a sighting at nearby village.

Arrived at the scene, moments later, my father took a chase. He went after the bandits although he was ordered to stay behind. He was the Commanding Officer of The First Renjer not a spectator.

However, the military believed that he serves the country better by being a spectator rather than being a trophy for the bandit. After that incident, he was ordered back to MINDEF.

My father, even until his last breath, remains a fighter not an ass kisser. (Read the detailed version of the history here).

At the end of his military career, he was left fighting for his pride. When others get to enjoy the snow in Europe, he was sent to enjoy the war-torn Saigon. His Camelot crumbled so as ours, and soon we ceased to become a family anymore.

The five years old me, sat on my mum’s lap when my father sign the divorce paper. This was his word, you can have my pension, and you can have the kids, just give me my life.

I did not cry, only many years later I realized the effect of the incident. Then I cried a lot. Not having a father in 1970’s was a big deal. My schoolmate teased me because my report book signed by my mum. They laughed at me because only my mum attended our sports  day. They took every opportunity to make me think that I am not normal just because they have their dad and I did not.

I grew up determined not to be the father I hardly knew.

The last ten years of his life, my father was left fighting to love me. Unfortunately, I am a father myself and struggling to make a living. I find no time for him. He would call me every alternate day. Some time I answered it, most of the time, I just ignore it.

When I answer it, this shall be our routine conversation,

“Hi Azidi, how are you” “I’m fine Bah, thank you”. Silence. “Apa cerita Azidi?” “Tak da cerita Bah”. Silence. “How are the kids doing?” “They are fine Bah, thank you”. Silence. “How is my lovely daughter in law?” “Lovely as ever Bah, thank you”. “Azidi, why don’t you bring them over for makan-makan this weekend?” “Sorry Bah, we already had other plan, thank you”.

After more silent, my father will always said this “Any way, drop by anytime okay” “I shall Bah” “Okay Azidi, I love you” “Me too Bah, bye”.

When I narrated this incident in my class, my students started to tears.

My father suffered a heart attack when I was watching Suzuka Formula One Grand Prix in 2001. He died two weeks before Suzuka Formula One Grand Prix, two seasons later.

I bathed him and performed the last rites.

Almost a year later, while scrolling the phone numbers in my mobile, I came across his number. I do not know for what reason I actually called that number. Nevertheless, that day, I surely did. How I wished he is still alive and I will give him the chance to be my father.

Damn! (Read the whole article here)

I wish I could call him today.

“Hi Bah, how are you?” “I’m fine Azidi… where have you been?” “I was away Bah, forgive me, but now I’m back, and I love you” “I know Azidi, I know, I love you too” “Bah, may I ask you for an advice?”

I know for sure, he who chooses to live his life as a fighter will have a good piece of advice for me.

Petikan di atas saya tujukan kepada semua anggota polis dan tentera yang akan berdepan dengan tanggungjawab mempertahankan keamanan yang kita cintai ini, esok dan hari-hari mendatang. Ia juga buat seluruh rakyat Malaysia yang sudi mempertahankan kedaulatan negara ini.

Izinkan saya mengakhiri tulisan ini dengan memetik perenggan-perenggan terakhir tulisan Aloysius Chin dan bukunya “The Communist Party of Malaya”

When the Emergency was first declared by the British in June 1948, the Emergency Regulations were introduced to counter the communist threat. As the situation deemed appropriate ammendments were made to the Emergency Regulations and this law was used until August 1960 when it was repealed and replaced by the Internal Security Act (ISA). The Malaysian Government was then faced with the threat of communist subversion and it was vital that the government should be armed with such a law to counter this threat.

The CPM has often attacked these law and has repeteadly made appeals in their publications and radio broadcast to have these laws repealed and abolished. They have repeteadly called for detainess detained under the ISA to be released unconditionally. Would they have done so if these measures were not the divide between their success and failure? (Aloysius Chin

 

 

Kita pernah duduk semeja dan jalan bersama

‘Mencemar Duli’ – Institusi Raja di Bola Sepakkan

Sukatan glukosa pada darah saya telah turun ke tahap 4.4 mmol/L dan bukan itu sahaja berita yang menggembirakan saya. Ini kerana hasrat saya untuk melihat Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang ditercatat di dalam artikel saya sebelum ini semakin hampir untuk menjadi kenyataan.

Di dalam artikel bertajuk BERSIH Dan Membersihkan Tindakan Pencegahan secara dasarnya saya mengulas mengenai peri pentingnya isu ini dilihat secara rasional. Sepanjang masa saya yakin bahawa Dato’ Seri Najib Razak akan dapat menangani isu ini dengan bijak dan bukan seperti Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.

Berkali-kali kita melihat kaedah Najib Razak menangani sesuatu isu ini amat berlainan daripada kepimpinan sebelumnya dan ini adalah nafas baru untuk kita semua. Demokrasi harus terus hidup subur tetapi kesuburannya tidak harus mempercepatkan kematiannya.

Tidak ada kerajaan didalam dunia yang mampu menyekat kebangkitan rakyat dan pada waktu yang sama, BERSIH 2.0 tidak pernah menerima mandat secara sah bagi membuktikan ia mewakili majoriti rakyat Malaysia. Sebaliknya ia tidak lain sekadar mengharap untuk menunggang dan ditunggangi oleh DAP, PKR dan PAS. Oleh yang demikian, ia tidaklah mewakili majoriti rakyat Malaysia.

Bagaimana pula jika mereka yang mewakili majoriti suara rakyat Malaysia secara sah mengambil tindakan melawan api dengan api? Kuala Lumpur akan terbakar dan api itu akan merebak membakari kita dan keluarga kita, jiran-tetangga dan sahabat handai.

BERSIH 2.0 tahu mereka tidak mewakili suara rakyat massa seperti perhimpunan pertamanya pada 2007. Akhirnya mereka terpaksa mencari jalan keluar bermaruah. Itu semua putar belit semata-mata.

Berkali-kali kebelakangan ini Raja-Raja Melayu diuji untuk tujuan politik pembangkang. Berkali-kali sistem Raja Berpelembagaan Malaysia menjadi bahan cacian dan celaan oleh penyokong pembangkang. Ianya amat berbeza dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perubahan terhadap sistem Raja Berpelembagaan Malaysia dibuat berdasarkan ruang lingkup perlembagaan dan bertujuan jangka panjang bagi memastikan institusi berkenaan terus kekal relevan disebalik mula timbul banyak keresahan rakyat terhadap keperibadian individu-individu di dalam institusi tersebut.

Terima kasih kepada kebijaksanaan dan keberanian itu, ia terus kekal relevan terutama ditempoh-tempoh genting selepas Pilihanraya Umum ke 12. Di dalam tempoh-tempoh genting itu, UMNO sendiri berdepan dengan kemelut tersendiri dengan institusi ini terutamanya sejurus selepas PRU tersebut.

Pakatan Rakyat turut merasa bahangnya bila institusi itu menghalang seorang Menteri Besar Cina dari dilantik di Negeri Perak.

Semenjak Tuanku Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong pada 2007, kencederungan pembangkang terutamanya PAS dan PKR menunggangi nama baik institusi tersebut bermula. Ini mungkin kerana pihak pembangkang pernah memerintah Terengganu sewaktu baginda disinggahsana Negeri Terengganu.

Saya masih ingat sewaktu Husam dan saya didalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Gantang untuk menyertai jentera kempen pilihanraya kecil tersebut. Selepas maghrib, Husam menunjukkan kepada saya sms yang diterima daripada seorang pimpinan PKR yang mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi mendapat perkenan baginda untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru pada keesokkan harinya.

Husam memaklumkan kepada saya hasratnya untuk pulang semula ke Kuala Lumpur selepas ceramahnya bagi persediaan terhadap perkembangan terbaharu ini. Kita semua tahu apa yang berlaku pada keesokkan harinya.

Husam adalah diantara pemimpin pembangkang yang dilihat pernah mengunggangi institusi Raja Berpelembagaan sewaktu Sultan Ismail Petra berada ditampuk Kesultanan Negeri Kelantan. Hubungan baik beliau dengan Raja Perempuan Kelantan ketika itu diketahui umum. Malangnya, telunjuk lurus, kelingking berkait.

Sewaktu berkhidmat dengannya, saya dimaklumkan bahawa beliau pernah menghantar dua orang lelaki, seorang sahabatnya dan seorang lagi aktivis parti ke Selatan Thai untuk ‘berbomoh’ bila dia berhadapan dengan masalah dengan ‘individu dalam pagar istana Kelantan’. Aktivis parti tersebut menceritakan kepada saya setiap kali kunjungan ke Selatan Thai di buat. Saya hanya mampu berharap di dalam diam, apapun yang dibuat adalah mengikut ketentuan Agama Islam.

Tetapi insiden yang paling mengecewakan saya ialah sewaktu kami berdua di dalam kereta, beliau menerima panggilan daripada Raja Perempuan Kelantan yang ketika itu di Singapura bersama Sultan Ismail yang gering. Raja Perempuan Kelantan bertitah bahawa Dato’ Seri Najib memaklumkan kepada baginda, beliau bersedia untuk mengkaji isu tuntutan royalti minyak Kelantan. Rasionalnya pemberian sebarang bentuk imbuhan tidak sepatutnya merenggangkan lagi hubungan diantara orang-orang Melayu serta hubungan negeri dan persekutuan. Wang sebegitu tidak harus terguna untuk ‘pembiayaan’ memecahkan lagi orang-orang Melayu dan mengheret masalah lebih besar diantara sebuah Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Raja Perempuan turut bertitah agar rundingan dibuat antara Dato’ Seri Najib dengan YAB Menteri Besar Kelantan.

Husam membantah dan menyarankan agar rundingan itu hendaklah diantara Dato’ Seri Najib dengan Husam sendiri dan ini membawa kami berdua berbicara berhubung kegeringan Tuanku Sultan ketika itu. Lantaran saya berkata, cepat sungguh kesihatan Tuanku merudum, dengan bermaksud, sewaktu sambutan Puja Umur Tuanku dan tempoh kritikal baginda.

Tetapi Husam mencelah bahawa sudah lama menanti kegeringan ini berlaku dengan merujuk kepada ketidakpuasan hati penyokong PAS terhadap tuanku di dalam insiden darurat di Kelantan pada tahun 1977.

Semalam Datuk Ambiga Sreneevasan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Hanya Ambiga dan rombongannya yang tahu apa yang dibicarakan di dalam pertemuan tersebut. Tetapi pertemuan tersebut yang pastinya memberi ruang kepada Ambiga menyelamatkan maruah dan dirinya.

Benarlah ungkapan ‘mencemar duli’ bila keikhlasan dan kebijaksanaan baginda tuanku berkenan menerima rakyat seperti Ambiga mengadap lantaran nama baik institusi itu akan terlelong dan tergadai akibat terus dipergunakan.

Ironi bagi orang-orang Islam, apabila nama Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ketua Agama Islam bagi Persekutuan Malaysia  dipergunakan untuk menyelamatkan maruah seorang perempuan yang selama ini memperjuangkan hak orang Islam untuk murtad. Insiden ini seharusnya menjadi teladan dan renungan oleh pimpinan bukan Melayu PKR dan anggota DAP tentang luhur dan mulianya institusi Raja Berpelembagaan.

Maka belajarlah menghormatinya terutamanya di dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Memakai songkok untuk beberapa minit pun mereka tidak sanggup, bagaimana mereka hendak menjadi pemimpin yang bijaksana, adil dan peka kepada masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Kebersihan perlu bermula dari dalam barulah bersih sebenarnya.

Daulat Tuanku.