Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.
Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.
Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.
Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.
Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.
Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.
Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.
Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato’ Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru. Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato’ Ahmad Yacob dan YB. Dato’ Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.
UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama’ di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.
Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.
Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.
Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut,
A) Kumpulan pertama
- N01 Pengkalan Kubor
- N04 Wakaf Bharu
- N15 Gual Periok
- N16 Bukit Tuku
- N22 Jelawat
- N25 Kok Lanas
- N29 Selising
- N31 Semerak
- N36 Bukit Bunga
10. N37 Air Lanas
11. N38 Kuala Balah
12. N40 Guchil
13. N42 Dabong
14. N43 Nenggiri
15. N44 Paloh
16. N 45 Galas
B) Kumpunan kedua
- N11 Tendong
- N23 Melor
- N27 Gual Ipoh
- N39 Mengkebang
- N41 Manek Urai
C) Kumpulan ketiga
- N21 Perupok
- N34 Temangan
- N35 Kemuning
Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato’ Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.
D) Kumpulan keempat
- N11 Chetok
- N12 Pengkalan Pasir
- N20 Tawang
- N24 Kadok
- N30 Limbongan
- N32 Gaal
- N33 Pulai Chondong
Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.
E) Kumpulan kelima
- N02 Kelaboran
- N05 Kijang
- N08 Tanjong Mas
- N09 Kota Lama
- N10 Bunut Payong
- N17 Salor
- N19 Demit
Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.
“Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita….”
Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan semangat tersebut.
Salam… Tersenyum juga
Masih menaruh harapan… Agar Umat Melayu Islam bersatu padu..
Hamas dan fatah boleh berdamai.. Mengapa kita org Melayu Islam tak boleh..
Sedangkan hati ini berbolak balik.. Jika maukan kedamaian dan kemakmuran utk org Islam… Moga berdolah hati kita semua kearah kebenaran dan perdamaian.. Biar Allah tentutakan nnt… Tapi sebelum doa dan tawakal… Usaha kena ada. Semoga Islam lbh bersinar dgn perdamaian org melayu Islam di Malaysia.. Tq pak shiekh..
ai xdop
ai xdop
ai takdop..
berBULAn BULAN bangun puko 3-4 pagi tadah air.
Pian boh pom ai xdop..
17 tahun lagi.. isk3
salam pak sheik,
sya melihat apa yg ditulis oleh pak sheik adalah apa yg di nampak atas kertas, ditmpat2 lain sya tidak tahu tp di 2 kerusi temangan dan kemuning, sya masih melihat kepayahan dan bnyak rintangan yg masih wujud. yg perlukan tndakan segara dato pengerusi perhubungan lakukan dgn segera, msalah yg perlu diselesaikan dgn kadar segera, sebelum ia mnjadi mkin teruk, sperti yg pak sheik sedia mklum. laporan bahgian selalunya tidak tepat dan budaya semua ok bos yg penah mgagalkn umno dahulu perlu ditangani,
Sheih said: Benar, saya rasa yang ada di dalam senarai UMNO hanya kumpulan 1dan 2 sahaja
Shieh,
Statement member shieh macam dah nampak nada PAS nak kalah. Or it is psywar, supaya UMNO rasa over-confident and become complacent. Saya minta Tok Pa dan bala tentera UMNO terus menyerang sebelum berperang. Ini tactic perang Sun Tzu, serang sebelum musuh bersedia.
Sembang dengan Tok Pa masa dia melawat Uni Apex baru-baru ni, rasanya Tok Pa macam belum bersedia nak menggempur…kena gempur sekarang…
lebih manis kalau husam mampun menjernihkan hubungan dengan istana.. kelibatnya bakal disegani lawan dan kawan dan ini akan membawa kebaikan kepada rakyat kelantan..
Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?
payoh lagi nok takluk semula kelate kalu set umnok bergerak n bertindakbalas cam ciput kat bendang tendong.hihihih..
cam tak ada semangat nok tawan kelate. tentera biru dan merah masih lesu… cam air sejuk di jeram linang..
kat bachok masih susah nok menang.. kalu parlimen tak tau la.. tengok sajo kat tawang.. berapa lama doh Yb dia dop tukar2… jangan harap laa BN nok tawan kalu set umno bachok dop wat kijo…
pendapat dan penelitian kawe- kawe jah tu..
Salam abg kick, moga sihat bersama keluarga.
Pertamanya, rupa-rupanya u adalah bekas pelajar sms tg muhd faris petra (sm sains kelantan) suatu ketika dulu. ambo baru tahu. kito serupo lah gitu.
Berkenaan artikel tuan ini, saya ingin beri sedikit pendapat.
Saya lebih suka jika Kerajaan Negeri Kelantan dibentuk oleh majoriti mudah kerana ini AMAT SELARI dengan Konsep SEMAK DAN IMBANG (‘check n balance’).
Ramai Yang Lupa apa itu POLITIK.
Sejujurnya, POLITIK adalah SEMAK DAN IMBANG.
Lihatlah Bukti dalam Parlimen Malaysia hari ini, KAN BANYAK KEBAIKAN DAN KEUNTUNGAN BUAT RAKYAT MALAYSIA.
Memanglah Suasana Perdebatan Kelihatan Begitu PANAS, Namun Sebenarnya Dengan ini Akan TERSERLAH KEBIJAKSANAAN atau KEDUNGUAN Pihak Yang Menjadi Kerajaan atau ‘GOVERNMENT of The Day’.
Mengenai abe husam, pada pendapat ambo, beliau bukan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliau WAJIB Bertanding Parlimen pada PRU akan datang. Husam Musa adalah ‘the next Prime Minister of Malaysia’.
Terima kasih.
Pas kena putuskan hbgn dgn DAPKR atau mgkn kehilangan Kltn dan Kedah sekaligus.Sekarang pun pas sentiasa rugi semenjak berkasih-kasihan dengan DAPKR,terutama di negeri Sngor dan PP.Dulu masa lepas menang orang menyokong secara terbuka PR,sekarang nak dengar orang cakap besar pasal kehebatan PR susah sekali terutama dengan tampaknya penipuan dan kemaluan(harfiah) Deltasierraalphaindia tu.Anyway boleh bro cita sikit ngapa istana tak suka Husam?
Bulan semakin malap……Pas akan jatoh dengan isu air je…gm aksb dapat surat tamat tugas 2/5/11 tp masih tak mahu pergi. Kenapa? Siapakah suhaimi ni? Siapa dibelakang dia……ooo..siapa lagi kalu tidak TMB, Mejer (B) penjaga meriam masa dlm atm kucu2nya anak mb, menantu, bos pmbk, zamri, iskandar,maznu dan …….. Perkara ni pun MB tak leh nak selesai, macamana rakyat nak caya lagi..SELESAI DULU MASALAH AKSB,ANAK SYARIKAT SEDC,LADANG RAKYAT,PENIAGA PASAR MPKB,UDA,KHADIJAH…SEMUANYA NI ADA MASALAH…KALAU KRONI OKKKKKK……ORANG ANA??????
saya menyakini tok pa mampu untuk melakukan sekurang-kurangnya tsunami kecil di kelantan, prk di kelantan memperlihatkan kemampuan tok pa
Ia bergantung kepada kes DSAI.Pada pandangan semasa populariti PAS pada tahap terendah terutama di Kelantan.Dulu org kelantan memang terkenal dgn islamnya,ditambah dgn momokan ulama PAS konongnya hukum hudud akan dijalankan sekiranya PAS memerintah Malaysia.Begitu juga dgn keluarnya fatwa jika sesebuah kerajaan yg bekerjasama dgn bkn islam maka kafirlah peyokongnya.
Keangkohan Datuk Nik Aziz dgn pelawaan PM utk bekerjasama atau bergabung dgn umno serta sikap mepertahankan 100 peratus DSAI dlm kes liwat dan video akan menjadi punca hilang sokongan golongan muda yg mendapat maklumat dari blog dan sbg nya.
Kepada PM jadikan tahun 2011 sebagai tahun utk membela golongan miskin atau lebih 3 juta pekerja swasta yg berpendapatan dibawah Rm1500 sebulan di bandar.
Golongan ini sebenarnya mudah di pengaruh dgn janji manis pembakang.begitu juga masyarakat kelantan.Org kelantan bukan miskin tapi tiada perhatian dari YB.
Ana rasa, PAS payoh nak kalah dikelantan, setelah lebih 20 tahun , kerana PAS sudah jadi macam satu ugama bg kebanyakan orang kelantan. Mereka bukan lagi ahli tetapi penganut PAS. Padahal apa sebenarnya yang berlaku dalam pentadbiran PAS kelantan, lebih besar hulu dari mata. Contohnya Dinar , bazar tok guru, bazar Tg. Anis, Skim Al-It’ Am. Kadar anak tak sah taraf, kadar HIV, Masalah Air Paip, Ladang rakyat, Kesesakan di dua kepala jambatan yang sudah berpuluh tahun, keruntuhan akhlak muda-mudi yang teruk. Tapi MB yang gaji RM12 ribu + Elaun + Itu ini = RM20 ribu sebulan, kerjanya banyak bersyarah, ccukur anak, potong jambul. Kerja-kerja yang ana sebut sebelum itu berilah kepada guru-guru pondok lain, ustaz-ustaz yang pendapatannya pun belum tentu ada. Gaji MB sebanyak itu untuk fikir, utk rancang dan untuk selesaikan masalah rakyat. walaupun ramai yang rela dan redha, tetapi sekarang semakin ramai yang mula sedar , tiada jalan singkat ke Syurga kalau cuma dengan memangkah PAS.
Keuzuran Nik Aziz mencerminkan keadaan Kelantan sekarang, hanya tinggal tongkat menampung bebanan.
Orang biasa digalakkan mendampingi ulama untuk ilmu dan keberkatan tetapi kalau ulama banyak sangat bergaul dengan kawan kawan yang fasik, munafik dan mungkar, apa kesudahannya?
Jika PR betul-betul yakin akan menguasai putrajaya, maka husam musa sewajarnya mengambil calon parlimen. Rakyat nak rasa pulak menteri kewangan atau MITI daripada PAS. Daripada apa yg shieh cuba sampaikan di sini, rasanya politik kelantan bergantung kepada satu faktor baru yg amat berpengaruh iaitu sheih-factor. Gitu ?
salam sheih
rakyat kelantan perlu membuka minda serta mata dan berfikir secara realiti.
melawat-lawat,kunjung kunjung ,pandang-pandang,lihat-lihat,tengok-tengok,renong renong negeri atau negara lain ,baca-baca dan fikir -fikirkan.
apa kurang,apa silap.lihatlah islam itu dengan minda yang luas seluasnya.
Dulu aku undi PKR kerana terkeliru, sebelum ini memang kawasan tu kerusi PAS, jadi hajat tu nak undi PAS tu masih membara, maka aku undilah. Tup-tup 3 negeri hilang dek buta politik. Menyesal tak sudah.
Akan datang aku tak akan undi lagi parti-parti terdahulu jauh sekali DAPig.
Borang suadah disi demi DS Najib yang aku yakin BOLEH berdasarkan kepada beliau berasal dari keturunan orang baik-baik.
Mungkin juga berita dan dakyah yang disebarkan mengenai berbagai tuduhan negatif itu ada kebenaranya namun aku terima bahawa DS Najib dulunya semasa muda memyunyai naluri seperti anak muda yang lain juga.
Tetapi melihat kepada keadaan sekarang, beliau telah matang dan kelihatan lebuh menyakinkan.
Ayuh anak bangsa ku kita bersatu dibawah payung MELAYU demi anak cucu kiata.
Haraf maaf ada sadikit typing error.
Terima kasih
Ambo suka melihat A)Kumpulan 1 N22 Jelawat – Sejak tahun 1990 – 2008, kekuatan PAS atau UMNO cukup hanya melihat trend pengundian di DUN Jelawat dimana kemenangan PAS-UMNO silih berganti berdasarkan isu setempat dan nasional. Untuk PR2008 lepas, saya cukup yakin PAS menang besar di Kelantan dengan melihat pengembalian sokongan kepada PAS di Jelawat sebelum dan semasa undi berlangsung. Untuk PRU13 nanti, saya melihat tiada sebab untuk Cikgu Aziz dan PAS ditolak diJelawat. UMNO perlu banyak usaha lagi. Jangan khayal dengan angka di atas kertas..
Juga pengundi Dun Jelawat, Parlimen Bachok
Peluang UMNO memang nampak lebih cerah, tapi desas desus kata banyak pemimpin UMNO Bahagian tak mau menang, miss projek dan bajet untuk Bahagian nanti. Kalau beginilah pemimpin UMNO bahagian, malang sangatlah untuk orang Kelantan. Tak habis2 dikhianati oleh pemimpin2 (tempatan) Melayu.
Salam antara faktor – faktor penting yang menyumbangkan kepada kesimpulan yang di buat oleh sheih mungkin:
1. Masalah air ( masalah memang besar…lebih 20 tahun)
2. Kebersihan : ketegasan pihak berkuasa dan disiplin dalam menjayakan agenda Bandaraya Islam termasuk banda satelit Islam tidak menampakkan hasil. Sepatutnya lebih kerap berkerja dalam memastikan kebersihan terjaga dalam mengerapkan pengutipan sampah-sampah. Ada setengah-tengah rumah di bandaraya satelit islam hanya meletakan sampah terkumpul di tepi jalan di depan rumah dan tidak di hantar ke tempat pengumpulan sampah yang di sediakan. Ini betul-betul mencacatkan pandangan mata. Di samping kekerapan yang kurang untuk mengambil sampah oleh pihak berkuasa tempatan. Sepatutnya denda di kenakan bagi mereka yang membuang sampah merata-rata.
Rumput-rumput dan lalang-lalang di bahu jalan yang di biarkan panjang mencacatkan pandangan. Parit -parit dan longkan besar yang tersumbat tidak di adakan pemeriksaan secara kerap.
3. ketidak terbukaan sesetengah kumpulan dalam membincangkan perkara -perkara positif walaupun pahit tetapi benar menyebabkan orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak (pas atau umno) jauh meninggalkan PAS. Sebaliknya kumpulan ini akan melabelkan mereka yang ingin berbincang ini sebagai UMNO. Jadi susahlah….apa-apa saja akan di kaitkan dengan UMNO dan dok se ke Isle. Memang susah isu macam air dan kebersihan pun di politikan.
4. Kekeliruan masyarat tentang pengabongan PAS dengan PKR dan DAP. Dan ketidak dominan nya PAS dalam PR memang tidak di nafikan. Agenda dan matlamat DAP yang membingungkan masyarakat yang sayang kepada ISALM.
5. Bukti bukti yang perlu di zahirkan oleh PAS dalam membaik pulihkan imej DSAI perlu di tunjukkan dengan jelas.
6. Blogger -blogger dari PR yang mengikut rentak blogger BN yang menggunakan kata-kata kesat dan maki hamun jelas sekarang dan lebih kepada menghina tanpa hujah yang jelas sungguh menyedihkan. Tiada langsung unsur dakwah tetapi lebih kepada politiking.
7. Kawasan kawasan selain dari Kota Bharu masih lagi di takuk lama. Tidak banyak perubahan dan sama seperti 15 tahun lepas.
Assalamualaikum..
Walaupun nama2 DUN di atas adalah formula atas kertas, ini bukan berarti ianya mendatangkan syok sendiri kepada BN kelantan. Ini menaikkan semangat kepada BN Kelantan untuk mengambil alih tampuk teraju Kerajaan Negeri Kelantan.
Pengajaran yg pahit bagi BN ialah PRK Manek Urai, gara-gara rasa ‘tawar heber’ untuk menang, analisis BN boleh menang di situ dipandang remeh. Sesetengah jentera tak sungguh2 nak buat kerja, last2 dah la kalah tipis..menyesal tak sudah pulak tu.
Bagi pihak yang menyerang, apa2 angka walaupun sedikit memihak, ambil dan gengam sekejap-kejapnya.
PAS kelantan mau ke Putrajaya, lebih2 lagi sejak mereka berjaya ‘mengatasi’ BN kelantan dalam pembelian bangunan UMNO Kota Bharu yg dikatakan ber harga RM 4.3 juta.
Waullahu ‘Alam.
amin amin Ya Rabbal ‘alamin
Saya adalah salah seorang yang akan mengundi untuk menumbangkan PAS di Kelantan dalam PRU13. Saya telah mengundi untuk PAS sejak 20 tahun lalu malangnya PAS kini ternyata sesat dalam cahaya yang terang. Politik dan fatwa mereka hanya mengikut ‘nafsu rakus untuk berkuasa’ tanpa mempertimbangkan sensitiviti umat yang selama ini menyokong mereka. Kerakusan mereka untuk berkuasa sama sahaja dengan rakusnya pemimpin ‘Pakatan’ mereka memuaskan nafsu. Mereka menjual prinsip yang selama bergenerasi menjadi pegangan hanya kerana terpedaya dengan dakyah DAP dan PKR.
Untuk memberi tentangan hebat kpd PAS, UMNO mesti meLantik KULI sebagai Ketua Operasi Pilihanraya Kelantan.
Kawe brani kato PRU13 Pas klate kaloh, kalu PAS betul2 kuat lamo doh Nik Aziz letok jawate, acu kelih gok Nik Aziz lagumano, dio tok rok bena tapi watpo yor gohek jugok, tu jaa nok royak tando2 PAS nok kaloh.
Putrajaya yang di kejar tak dapat… JKR10 dikendong berciciran. Insya-Allah.
Tanpa Syeikh buat analisis macam ni pun, dikampung kita dah dengar mood nak pilih BN pula dlm PRU-13. Tambah pula yg nak balik dari luar Kelate pun akan bawa balik mood yg sama, sebab tak tahan dah duduk tengok hari2 Islam/Melayu duk lawan Melayu/Islam tapi yang untung yang sentiasa Kiasu tu. Jadi kita kena pilih salah satu.
Pada pembacaan ambo, PRU-13 ni, P.Pinang kekal pada PR, negeri lain BN akan sapu semua walaupun tidak akan dapat majoriti 2/3 di setiap negeri memandangkan politik perkauman tebal sgt ketika ini.
Kesalahan husam yang melampau tak dapat dimaafkan oleh Tuanku seumur hidup. Husam sanggup jadi alat RP dulu (tengku anis) untuk jadi MB. Husam menjadi dalang dalam banyak perkara terutama semasa Tuanku Sultan Ismail dalam keadaan gering di Singapura. Husam telah menunjukkan perbezaan nyata dengan Tok Guru dalam hal ini sampai hubungan dengan Tok Guru keroh. tak ramai yang tahu. media, blogger tak tahu. Husam dah lama terkeluar dari senarai Tuanku. Orang Istana dan exco benci padanya tapi masing-masing takut dengan serangan dalamannya. Tengoklah apa yang jadi pada YB Taki dan Mejar Anizam. Hanya Tuanku sahaja yang boleh menyelamat keadaan
Semua exco tahu hal ini. Tuanku ni jenis yang susah melupakan perbuatan khianat orang kepadanya. Pesuruh husam telah gagal menjernihkan hubungan dengan Tuanku sampai kena reject dari Istana. Lawyer Nordin, Dato Jali Daud sentosa. Siapa lagi sanggup jadi alat Husam? Berapa Husam bayar? Apa sudah jadi pada Dato Rosli Senator? Tengku Razalieh?? Ramai dah tak berani ambil risiko utk bela Husam dengan Tuanku. Pergilah bertanding d parlimen Kubang kerian tu, ambik dari YB Salahudin. Boleh sapa yang berhajat utk bertanding d Salor bersiap sedia. kerusi selamat tu!
Pah,kito lagu mano…..??tok kang dok gini sokmo…
perbanyak la turun padang wei….jangan nak PRU baru nak turun….rakyat dah lama menanti rasa,memendam rasa serta meluah peRASAan….
kita rakyat marhain hanya sangat teRASA dengan isu isu seTEMPAT….isu global & nasional dok dang nok care maner wei….
selesai dulu isu setempat,baru rakyat ni berterima kasih….
dok rok cetong kalu dok pulah isu global,rakyak duk selok ngango…!!
Salam Sheikh…ambo pun sependapat dgn Mat Yie..dgn isu2 yg ada, ambo yakin UMNO boleh menang di Kelantan tetapi yang menjadi masaalah atau penghalang utama ialah set2 Ketua Bahagian yang tamak. Mereka takut kalau UMNO menang mereka tidak boleh lagi nak kontrol projek kerana ianya akan dikontrol oleh kerajaan negeri..tak percaya ??? Lihatlah sendiri gaya hidup mereka dan kuncu2 mereka, cukup hebat walau pun tidak ada kerja tetap..
Sebenarnya PAS bukanlah kuat sangat di Kelantan ni. PAS kuat kerana orang kampung sangat percaya kepada ajenda Negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud yg di war2kan diserata cerok kampung walau pun mereka sebenarnya tidak tahu bagainama nak laksanakan Hukum Hudud sedangkan Hudud telah lama diluluskan DUN Kelantan…tapi dibandar mereka cuma war2 dalam ceramah nak buat negara kebajikan kerana nak tarik undi Cina. PAS juga kuat kerana anak muda benci melihat lagak dan gaya hidup pemimpin UMNO tempatan yg membulukan mata..
Kalau nak menang UMNO perlu berubah !!!!!!
Salam brother Kick,
Adik ambo dok khijo di air kelantan, katanya ada 10 orang hok buat m’munah air kelantan, pah mcm mcm tak dok air. ringkasan nama AH, SMY, YY, NNM, AA, ZMN, MRH, NMIF, AHM dan MNAM. katanya level 10 org ni adalah level manager. Tapi jadi kaki fitnah.
Adik ambo dok bengong lagumana 10 org ni bulih jadi GM (Gi Mari), kalu betul lah nyaknyo ko TGuru dan rakyat kelantan.
kalu betul, brother kick ejas lah supaya benda ni terbukti bahawa ada masalah dalaman kronik air kelate
salam
APO GUNO UMNO MENE DI KELATE TAPI TERLEPAS PUTRAJAYA.
SIYE KO ORE KELATE..ASIK DUK NGAN PEMBANGKANG NASIONAL.
PAH KO CEROH ROYALTI MIYOK KENO BAHAM DEK FEDERAL.
Pak sheik, dgn mudah 4 Dun bolih d Tambah jika Ketua Bhagian Iklas dan Dato Berani. 1. MATAN YB D BERI TUGAS UNTOK BANTU UMNO a. Manek Urai b. Mengkebang c. Tendong dan Pengkalang Pasir. Kenapa dato pa TIDAK Guna mereka ini,betul mereka tidak d sukai olih ketua bahagian tetapi mereka Ada Perangruh dgn Raayat.Dato Hanapi beri Tumpuan d Pengkalan Pasir kerana beliau Pernah Menang dan anak tempatan.Dato hanapi akan bermasaalah d Tendong kerana raayat masih dgn Hj. Fauzi dan sokongan puak dato Ibrahim Ali. Azizuddin di Bantu olih pengaruh Bonda nya dan beliau mssih aktik bersama raayat walau pun tidak d beri tugas olih Dato Ramzi.
Dato Pa Harus beri tumpuan kpd.Umno Kelantan. Masih ada ketua Bahagian buat persiapan untok Pertandingan Bahagian dari kemenangan Pilihan Raya. Ada Kbhagian yang LARI DARI KAWASAN ASAL KONON NYA TEMPAT SELAMAT.Raayat berpendapat orang macam ini Penting Diri Sendiri. PAS TERPAKSA BELI ORANG UMNO UNTOK JADI PENCERAMAH SEKARANG dan Guna Pelawak.Tok Guru sudah tidak laku.
salam,
mohon pinjam artikel untuk dimasukkan ke forum kelabchedet.com
Sheik,dlm katogeri 2,, Pengkalan Pasir Bn Bolih Menang jika Ketua Bhagiaan Ketua Wanita, Timbalan, Dan Naib semua Anak jati, berpakat turun padang.Jentera parti 805 berada dalam Pengkalan Pasir .Dato pa harus lihat keadaan ini. Memang Tendong kawasan selamat,Kbahgian,Ketua Wanita (penyalaras) tetapi mereka bukan anak Tempatan.Tambahan pula Berpuloh Cwangan Wanita d bungkus semasa pemilihan Bhagian.UMNO PENGKALAN PASIR TERSA HINA BILA KBAHGIAN PILIH KAWASAN LAIN UNTOK BERTANDING.WALAU PUN AZIZ PENYALARAS DUN TETAPI SAUDARA AZIZ MEMPUNYAI SADIKIT KELEMAHAN DLM ERA SEKARANG.
Chetok. ini kawasan yang harus juga d beri perhatian. Dato Musthapa Taib kalah dgn 500 undi sahaja kerana beliau tidak mempunyai Kem.Latar belakang ilmu ugama. Anak tempatan dan d sebut2 olih orang kg.
Kesimpulan nya UMNO BOLIH MENANG JIKA PEMIMPIN SERAH KPD RAAYAT SIAPA CALUN YANG MEREKA MAHU. ajensi kerajaan,sb,MIO dan orang tertentu bolih buat kajian siapa yang layak Bertanding.
Ramalan mudah, Pas akan terus memerintah Kelantan selepas pilihanraya umum ke 13 tetapi dengan majoriti yang merudum.
Terlalu banyak kelemahan yang digembar-gemburkan mengenai pemerintahan PAS di Kelantan.Aku sendiri belum pernah jejak kaki di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni.Namun pada hakikatnya aku amat mengagumi keutuhan kerajaan PAS yang telah memerintah selama 20 tahun.Selagi kita bernama manusia yang terlalu kerdil pasti banyak kekurangannya Terpulanglah kepada rakyat Kelantan kalau nak tukar kepada UMNO.
Pada pendapat aku seteruk mana pun PAS ,teruk lagi UMNO sebabnya parti sekular ini tidak mempejuangkan Islam dalam erti kata sebenarnya (Islam cuma dimata tidak di hati).Jika fahaman Sekular seperti ini terus di dukung dan disokong alamatnya satu hari nanti kesucian agama Islam dikalangan orang melayu akan semakin pudar dan mungkin hanya tinggal pada nama bukannya menjadi ikutan mahupun panduan serta pedoman umatnya,Jika benar UMNO memperjuangkan Islam mengapa aurat kaum wanitanya tidak terjaga terbela?,Mengapa beria-ia seperti merestui penyebaran video lucah sedang mereka tahu kerja laknat itu haram?Mengapa para ulamaknya pulak seperti lembu dicucuk hidung ? Mengapa terlalu banyak kes-kes rasuah melibatkan kepimpinan UMNO jika dibandingkan dengan kepimpinan PAS( itupun jika ada)? Terjaminkah masa depan sesebuah negara mahu pun negeri jika pemerintahnya mengamalkan rasuah ?Fikir-fikirkanlah,Jangan kerana marahkan nyamuk,kelambu di bakar. Ayam menang ,kampung tergadai,Jangan jadi Pak Kaduk….,,WALLAH’HUALAM
Sebelum 2000 BN hanya ada 2 kerusi
Gerakan reformasi mata lebam anuar
Pada 2004 BN dapat 21 + 1 (pilihan raya kecil pengkalan pasir)
Pimpinan baru UMNO
2008 Tsunami BN dapat 6 + 1
2011 – ? Pas masih diwakili pemain 2004?
Ladang rakyat?
Air tiada ?
Video Anuar ibrahim?
Bazar Tok Guru?
Tok guru keramat/tok guru babok?
Tahun 1987, Pas berpecah Umno yang untung, dapat tawan Kelantan.
Tahun 1990, Umno berpecah Pas yang untung, dapat rampas kembali Kelantan.
Tahun 2002 (tak ingattahun sebenar), Umno berpecah lagi, Pas untung dapat tawan Trengganu dan kekal di Kel.
Tahun 2004, peralihan kuasa pucuk pimpinan Umno memberikan harapan baru kepada rakyat. Hasilnya BN menang besar. Pas Trengganu jatuh dan Kelantan terselamat hanya dengan kelebihan satu kerusi.
Tahun 2008, perubahan yang diharapkan tidak terjadi. Rakyat melihat PM baru juga tidak banyak bezanya dengan PM sebelum nya. Protes senyap pun berlaku dan dicampur sedikit dengan faktor Anwar Ibrahim lalu menghasilkan tsunami politik.
Analisis di atas terutama keputusan pilihanraya 2004 dan 2008 jelas menggambarkan rakyat sayangkan parti pemerintah tetapi tidak suka dengan dasar-dasar serta cara melaksanakannya. Ada juga rakyat yang sayangkan parti tetapi bukan pemimpinnya. Terpulang kepada parti bagaimana ‘membaca’ kemahuan rakyat terbanyak sebagai persedian pilihanraya seterusnya.
1978- pas berpecah, umno untung dapat tawan Kel.
1990- umno berpecah, pas untung dapat rampas Kel.
2000- umno berpecah lagi, pas dapat tawan trengganu & kekal di Kel.
2004- peralihan pucuk pimpinan umno memberikan harapan baru kepada rakyat. BN menang besar, Trengganu dapat dirampas kembali, Kel. hanya bertahan dengan kelebihan satu kerusi.
2008- perubahan yang diharapkan tidak terjadi. Pucuk pimpinan baru dilihat tiada bezanya berbanding yang lama. ‘Protes senyap’ pun berlaku hingga membawa tsunami politik.
Kini luahan rasa tidak puashati masih boleh didengari di mana-mana. Suara orang melayu berada di ‘ranking’ teratas tetapi tidak mendapat liputan media massa. Terpulang kepada kerajaan bagaimana memahami kehendak rakyat terbanyak. Saranan saya hanya kepada Umno dan Pas, utamakanlah penyokong ‘tradisi’. Ingat peribahasa ‘kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan’. Contoh yang berlaku ialah seperti di K. Lumpur, China Town dan Little India di wujudkan bagi menempatkan peniaga Cina dan India ( kera di hutan) manakala penjaja-penjaja Melayu (anak di rumah) terus diburu kerana terpaksa meneruskan perniagaan tanpa lesen.
masih ada lagi ka org UMNO yg berfikiran begini……macam ni lah ye……pernah dengar dengan hujah PAS bahawa apa yg BN bg kita ambik,tp pangkah bulan?…inilah yg berlaku bila research ini di buat……mengaku saja untuk mendapat habuan……(hasil tinjauan pemerhati)……..cuba baca tinjauan Merdeka Centre baru2 ni tentang keluhan rakyat,,,jgn syok sendiri…….kami UMNO bahagian pun pening sekarang ni…..
dalam banyak-banyak komen diatas, aku paling setuju dengan coxxon, untuk orang-orang UMNO macam ni lah, kalau kalian semua nak menang di Kelantan dan juga majoriti di parlimen perkara utama yang harus diperbaiki ialah RASUAH, isu rasuah yang memang memburukkan, menjatuhkan air muka UMNO jelas dilihat apabila calon timbalan presiden dan naib presiden seperti KM Melaka, DS Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad yang terlibat dalam politik wang (didalam pemilihan UMNO) dan dibuktikan bersalah oleh lembaga displin UMNO. Lihat apa yang terjadi kepada kedua mereka ini, Tan Sri Isa Sama telah digantung keahlian UMNO selama 3 tahun dan beliau telah meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu. Tapi kenapa DS Ali Rustam tidak digantung keahlian UMNO dan masih kekal sebagai KM Melaka?? Nampak sikap double standard UMNO itu sendiri yang memang tidak digemari rata-rata golongan rakyat. Terang lagi bersuluh, amalan rasuah atau politik wang ini sudah sebati dengan UMNO dari cawangan hingga la pemimpin utama tetap ada gejala rasuah. Perkara utama yang kedua ialah mesej 1M yang disanjung-sanjung sebagai idea yang baik, bijak dan mampu mengukuhkan perpaduan antara bangsa di Malaysia tidak sampai dan tidak boleh difahami oleh rakyat, terutama golongan belia. Bagi saya, idea 1M ini ialah idea lapuk yang hanya diambil dan diperbaharui sahaja kerana agenda perpaduan ini sudah lamamenjadi dasar agenda PM yang terdahulu… ke-3 program transformasi ekonomi dilihat sebagai program yang tidak menjadi dan hanya membuang duit dan wang rakyat.
dan perkara terakhir ialah rakyat terutama belia, tidak menyenangi isteri PM, imej dan dominasi beliau terhadap pengaruh kepimpinan DS Najib sebagai penghalang kepada kemenagan besar di PRU13.
calon pemimpin UMNO kelantan juga dilihat seperti tiada harapan dan kurang berkaliber untuk memerintah kelantan, calon seperti dato Awang Adek, dato pa dan juga anuar musa ..
Air masalah UTAMA di Kelate, klu ado pun, mok..oihhh, keroh, baju putih jadi koko…ajaib ciptaan PAS kelate. Meter air pun keno sewo RM1.50 sebule..orang kg tak sedar sebab guno air telago dan boring air bawah tanah.Gopo hok PAS buat…cweanah politik kutub orang lain…memang berjasa…
Ramai anak-anak muda kelate mat ganja, main pil kudo, hidap gam, curi sana-sini, takdok kijo… pisang, getah, wayar api rumah, besi…xxx…xxx pun keno curi! Apo komen?
itu masalah sosial yang lebih kepada individu, dalam perkara ini kta perlu salahkan didikan awal ibubapa..
Tera kito tuka kerajaan kelantan. Tengok gapo bn bulih buat.
saya tak kisah kalau PAS memerintah kelantan. tetapi kali ini kita kena tolak pas kerana berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menyokong pluralisme.