Dua perkara yang dibangkitkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan beliau bukan lelaki di dalam rakaman video yang disiarkan oleh Dato’ Eskay Shazryl Abdullah. Perkara pertama ialah sewaktu beliau dikatakan sedang berasmara dengan seorang pelacur, beliau sebenarnya sedang beriteraksi di laman sosial twitter dan facebook. Keduanya, jam Omega yang dikata dicuri oleh pelacur cina dari Anwar sebenarnya ada tersimpan pada isterinya, Wan Azizah Ismail.

Di dalam kes dakwaan oleh Dato’ Trio bahawa Anwar adalah lelaki yang sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur, Anwar perlu diingat, tidak bersalah sehingga beliau didapati bersalah oleh proses perundangan negara.

Bagaimanapun, di dalam isu beriteraksi di laman sosial dan jam Omega, seharusnya tiada masalah untuk Anwar membela dirinya sekarang kerana isu tersebut ditimbulkan sendiri oleh beliau.

Sedang kita masih menanti jam Omega itu ditunjuk kepada umum, yang saya jangkakan sudah pasti tiada masalah untuk Wan Azizah berbuat demikian di dalam masa terdekat ini atau di masa yang difikirkannya sesuai, dalam isu interaksi Anwar di laman sosial, Anwar nampaknya sudah terjerat apabila wartawan yang melaporkan kesnya mula membuat pendedahan yang mengelirukan semua.

KUALA LUMPUR: It is almost a week since Datuk Seri Anwar Ibrahim said his officers would issue copies of time-stamped entries he had made in Facebook and Twitter.

This was to show that he was updating both at the time the alleged sex video of him was recorded.

Yet, his officers have released nothing.

Anwar said he would do so hours after “Datuk T” had shown the video to several journalists. He said the entries would show that he was not the man in the video having sex with a woman of East Asian origin.

He said he was at home at the time of the recording — between 10.23am and 10.45pm on Feb 21 — and his proof was that he had updated his Twitter and Facebook accounts.

But the opposition leader’s alibi was challenged the next day when China Press published a story stating otherwise.

A reporter from the daily, who helped in the translation of the Chinese-language daily, said its report found proof to refute Anwar’s claims. She said a reporter found no tweets or Facebook updates made by Anwar during the alleged time.

Checks by the newspaper on Anwar’s Twitter account on that same date found only two tweets at 9.20pm and 11.39pm. Checks on Anwar’s Facebook fan page showed the nearest entries at 10.40pm and 10.49pm.

With these, the daily said it doubted Anwar’s claim. (NST)

Akhbar Berita Harian turut melaporkannya seperti di bawah,

KUALA LUMPUR: Laman sosial Twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dikemas kini pada tempoh video seks yang membabitkan seorang lelaki yang dikatakan miripnya dan seorang warga asing pada malam 21 Februari lalu.

Ketua Pembangkang itu hanya mengemaskini akaun Twitter miliknya pada jam 9.20 malam dan kembali berbuat demikian pada 11.39 malam.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily mempersoalkan alibi Anwar yang menyatakan bahawa dia merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video seks itu, antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

Katanya, dia tidak menemui sebarang pengemaskinian pada kedua-dua akaun laman sosial milik Anwar ketika masa rakaman video seks itu didakwa dilakukan.

Isnin lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’, ketika menayangkan satu rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media mendakwa adegan itu berlaku antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

‘Datuk T’ ketika mendedahkan perkara itu di Carcosa Seri Negara, turut mendakwa adegan itu dirakam menggunakan empat kamera litar tertutup pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Beberapa jam selepas pendedahan itu, Anwar dalam satu sidang media menafikan beliau ialah individu dalam adegan seks itu.

Nanyang Siang Pau dalam laporannya Selasa lalu, memetik Anwar sebagai berkata dalam sidang medianya bahawa beliau juga merekodkan tulisannya dalam Twitter dan Facebook pada tempoh rakaman video itu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa ketika itu, wartawan yang menghadiri sidang media membuka komputer riba bagi menyemak perkara itu dan mendapati di antara jam 9 malam hingga 11 malam tiada sebarang rekod dalam Twitter.

Apabila wartawan bertanya mengenainya dan jawapan Anwar ialah “tak apa, kita ada,” kata Nanyang Siang Pau, serta ayat sama turut disiarkan Sin Chew Daily pada laporannya.

Sementara itu, sehingga semalam Anwar belum mengeluarkan salinan mengandungi maklumat kemas kini akaun Facebook dan Twitter yang didakwa dilakukan beliau pada tarikh dan masa rakaman video itu.

Bagaimanapun sehingga semalam tiada sebarang salinan dokumen itu diterima daripada pegawainya. (BH)

Berhubung ‘pengakuan’ oleh bekas pengawal peribadi Arwah Tan Sri Megat Junid pula, Malaysiakini melaporkan seperti berikut,

Selepas bekas pengawal peribadi seorang menteri mendakwa ada kemungkinan ahli Datuk Shazryl Eskay Abdullah marah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memberi keterangan dalam kes jambatan bengkok, seorang peguam yang mewakili plaintif, hari ini menafikan perkara itu.

CV Prabhakaran, yang merupakan peguam utama Eskay dalam saman pada tahun 2002 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya, Datuk Yahya A Jalil, berkata ketua pembangkang itu sebaliknya bersedia memberi keterangan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Anwar memang bersedia untuk memberi keterangan dalam kes itu. Ia bukan satu kes di mana Anwar tidak bersedia memberi keterangan kerana beliau sedia berbuat demikian,” katanya sambil menambah beliau sedia dipetik memberitahu demikian.

“Apa yang saya boleh katakan ialah peguam, Eskay dan saya telah memutuskan untuk tidak memanggil Anwar untuk kes ini. Ini berikutan Eskay dan defendan Yahya tidak menafikan bahawa peranan Anwar adalah hanyalah menyerahkan surat mereka (Yahya and Merong Mahawangsa) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Oleh kerana tiada penafian terhadap peranan kecil Anwar itu, maka kami memutuskan untuk tidak memanggil Anwar and Eskay bersetuju,” katanya kepada Malaysiakini.

Prabhakaran juga adalah salah seorang peguam pembela yang mewakili Anwar dalam kes liwat II.

Mohamad Mahti Abdul Rahim – bekas pengawal peribadi seorang menteri – mendakwa Eskay marah kerana Anwar enggan menjadi saksinya dalam satu saman sivil melibatkan projek ‘jambatan bengkok’.

Selepas hampir 10 tahun, kes tersebut telah dipindahkan kepada tiga hakim, sebelum dipindahkan kepada Hakim Datuk VT Singham, dan didengar bulan ini.

Awal minggu ini, Hakim Singham telah menetapkan 5 Mei untuk mengumumkan keputusannya.

Dalam kes itu, Shazryl menuntut RM20 juta dari Merong Mahawangsa and Yahya kerana didakwa mungkir kontrak selepas dia membantu mendapatkan projek tersebut. (MK)

Mahti telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu sebagai saksi pertama plaintif (Eskay) apabila dia memberi keterangan bahawa dia melihat bekas bosnya, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, yang ketika itu merupakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, memberi surat EPU kepada Eskay untuk melaksanakan projek jambatan menggantikan tambak Johor.