Skip to content

Archive for February, 2011

Husam Mesti Kena Sokong Saya

“Tapi kalau blogger ini cukup ‘power’ dan berjiwa rakyat, beliau patut suarakan supaya Uda kekalkan peniaga itu di situ sampai kiamat. Saya akan sokong. Semoga lubang kubur semua kita jadi lebih luas…..” – Husam Musa

Isteri saya melangkah masuk ke Mahkamah Majistret dengan ‘wang Husam’ berjumlah RM160 ribu tunai.

Beberapa hari lepas saya kembali ke Kelantan sebelum singgah ke Kerdau, Pahang, di atas jemputan ‘ratah kambing’ bersama beberapa rakan dari sebuah PBT.

Diceritakan kepada saya bagaimana kini telah reda fitnah saya di bayar RM20 ribu sebulan oleh Menteri MITI dan timbul pula dakwaan majikan sebenar saya ialah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Exco berkenaan dikatakan berkerat rotan dengan Husam dan kononnya mahu saya ‘mati’ Husam.

Saya diminta ingat dan sedar jasa Husam pada saya. Saya diminta kenang bagaimana Husam telah membayar jaminan dan peguam untuk saya sewaktu ditahan oleh pihak berkuasa.

Ya, saya tidak lupa. Saya tidak lupa bagaimana pada pagi 18hb September 2008, isteri saya dengan seorang bekas ADUN PAS telah menemui seorang peguam di Kota Bharu dan mengambil wang tunai sejumlah RM160,000 yang dikatakan olehnya kepada saya  sebagai ‘sebahagian dari milik Husam’.

Wang tunai yang diisi di dalam beg galas itu dibawa masuk ke dalam mahkamah dan ditunjukkan kepada saya yang sedang bergari di kandang orang salah. Husam pun ada sama tidak jauh dari situ bersama seorang peguam lain yang diamanahkannya menyelesaikan kes reman saya.

Malangnya cerita itu bukanlah cerita yang masak sepenuhnya. Wang itu bukan untuk saya dan kes saya di Kuala Lumpur dikendalikan oleh saudara Amrit, rakan kakak saya yang juga seorang peguam di Kuala Lumpur.

Saya dibebaskan dengan jaminan polis dan tiada bayaran perlu dibuat. Penjamin saya ialah isteri saya sendiri.

Habis apa cerita dengan wang tunai berjumlah RM160 ribu itu? Wang itu adalah sebahagian daripada wang satu juta ringgit yang Husam minta saya pergi ambil dari seorang peguam. Perincian apa yang berlaku dan segala kira-kira kewangan boleh saya bukukan bersama cerita Global Media Channel sebaik sahaja SPRM mengumumkan tutup kes terhadap siasatan RM4 juta untuk aktiviti Global Media Channel. Itu sahaja halangan saya setakat ini. Penyokong-penyokong PAS galak nak tahu yang sebenar. Saya nekad untuk cerita yang sebenar dari A sehingga Z.

Kepulangan saya ke Kelantan ini juga memberi saya peluang singgah di Pasar Pasir Mas, sesuatu yang telah saya rancang beberapa kali tetapi tertangguh.

Lihatlah gambar-gambar Pasar Pasir Mas ini dan nilailah bagaimana terjaganya peniaga-peniaga Melayu di Kelantan. Selainnya, biarlah pembaca-pembaca dari Pasir Mas sendiri yang bercerita di ruang komen.

Buat masa ini saya menumpukan perhatian menyelesaikan masalah Bazar Arked UDA seperti arahan berlapik Husam di atas kepada saya. Kemudian kita boleh fokus kepada nasib peniaga-peniaga lain.

Pasar di sebelah landasan keretapi, ini bukan Bombay atau Madras. Ini di Pasir Mas Kelantan setelah 21 tahun Membangun Bersama Islam

Pasar berlantaikan tanah, bayangkan lecah dan lumpur bila hari hujan.

Ini bukan khemah pelarian, ini pusat peniaga kain dan pakaian di Pasar Pasir Mas.

Beginilah usahawan Melayu mencari rezeki.

Saiznya dan kerumitannya mungkin inilah yang mengilhamkan ruang kubur di Bazar Tok Guru.

Sekali lagi, ini bukan khemah pelarian, ini adalah tempat peniaga Melayu mencari rezeki halal di bumi yang hampir 99% orang Melayu beragama Islam.

Bila Islam membangun bersama slogan, yang naik hanyalah papan-papan tanda menampakkan syiar Islam.


Aduhai Dato’ Omar pt 7

Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal.

Jika anda tujukan tiga soalan kepada pemimpin PAS Kelantan, anda akan pasti mendapat 3 jawapan skema.

Soalan satu, kenapa masalah air di Kelantan tak selesai-selesai? Jawapannya ialah, di Mekah pun tak ada air.

Soalan ke dua, kenapa tidak berhenti menebang balak di Kelantan, cuaca di Kelantan dah banyak berubah dan semakin bertambah panas. Jawapan yang akan anda terima ialah, di Mekah pun panas jugak.

Soalan ke tiga, kenapa negeri Kelantan terus kotor walaupun dan 20 tahun pemerintahan berdasarkan Membangun Bersama Islam di laksanakan. Jawapan yang akan diberi ialah, di Mekah pun kotor jugak.

Baru-baru ini, apabila saya ketengahkan isu pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kota Bharu Bandar Raya Islam, saya dikejutkan dengan jawapan skema yang baru. Jawapannya ialah, apa pelik ada pelacuran di Kelantan, di Mekah pun ada pelacuran juga!

Sekarang saya sedar kenapa Kelantan di panggil Serambi Mekah. Rupanya supaya segala keburukan yang ada di Mekah dapat digunakan untuk membetulkan segala keburukan yang ada di Kelantan.

Baru-baru ini apabila kisah ADUN PAS berzina di atas keretapi tersebar luas di ruang siber, kita dikejutkan oleh kenyataan seorang yang mengaku menjadi saksi bahawa Nik Aziz berkata perbuatan ADUN tersebut sudah di maafkan oleh ‘Allah taalla’.

Nik Aziz sering menyamakan dirinya dengan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. apabila terjerat dengan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan perbuatannya sebagai pemimpin di curigai. Contohnya di dalam isu kronisme, Nik Aziz lantang mendakwa amalan kronisme adalah sunnah nabi bagi menjelaskan kenapa beliau melantik menantunya Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Boleh jadi sekiranya Nik Aziz di gasak oleh wartawan berhubung kesahihan zina seorang ADUN PAS di atas keretapi, Nik Aziz akan menjawab, ‘Sahabat Nabi Muhammad pun ada yang berzina….”

Itu tidak mustahil. Mungkin ADUN PAS Perupok, YB. Dato’ Omar boleh mula mencari-cari senarai sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dihulurkan namanya dan insidennya kepada Nik Aziz, untuknya melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seks menerusi telefon di antara beliau dengan seorang wanita sudah bersuami dan beranak satu yang sedang membara di ruang siber.

Benarkah di Mekah ada pelacuran? Saya tidak pernah tahu sebelum ini dan mereka yang kembali dari Mekah tidak pernah menceritakannya. Tetapi apabila pengikut-pengikut PAS bertegas mendakwa di Mekah pun ada pelacuran, ini menunjukkan mentaliti mereka. Mencari industri pelacuran di Mekah? Pelacuran Islam? Mutaah? Alhamdullillah.

Mengingatkan saya kisah dua orang ADUN PAS sekarang. Seorang ahli exco dan seorang bekas ahli Parlimen. Satu ketika kedua-dua mereka berkunjung ke Amsterdam bersama-sama.

Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal. Bekas ahli Parlimen itupun segeralah masuk dan yakin dia tidak akan  bertembung dengan sesiapa yang dikenalinya di dalam itu kerana masih di awal pembukaan muzium tersebut.

Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati beliau bukanlah pelawat yang pertama tetapi yang kedua pada hari itu. Bila beliau asyik menikmati paparan di Sex Museum itu, beliau terserempak dengan pelawat pertama, dan orang itu tidak lain-tidak bukan adalah teman se hotelnya dari PAS Kelantan. Orang itu adalah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Sudah tentu jawapan dari pengikut PAS ialah melawat ke Sex Museum tidak pelik sebagaimana tidak pelik ada rumah pelacuran di Mekah dan di zaman Rasulullah s.a.w. Cuma ia akan menjadi pelik jika Adnan Yaacob atau Ali Rustam yang melawat ke Sex Museum. Tentu pengsan Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh berceramah soal orang UMNO masuk ke Sex Museum. Tentu gugur jambang Khalid Samad kerana tidak berhenti buka tutup mulutnya berkata-kata mengeji perbuatan tersebut.

Semoga insiden-insiden ini di ambil iktibar oleh YB. Dato’ Haji Omar dan dijadikan perangsang untuk menempuh hari-hari akan datang. Yakinlah Dato’ Omar bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mungkin boleh didakwa atas kesalahan moral kerana Nik Aziz ada nas bahawa kesalahan moral dunia hari ini, hanyalah untuk UMNO dan Barisan Nasional. Jika kesalahan moral itu dibuat oleh pimpinan PAS, itu kerana zaman Nabi dan para sahabat, ianya juga dilakukan mereka.

Maksiat Kelantan: Nik Aziz Perlu Panggil Ropein Hassan

“Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO.” Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perjuangan Nik Aziz ialah perjuangan politik. Mahu mendapatkan kuasa politik dengan alasan mahu memartabatkan Islam. Itu adalah satu alasan yang legitimate.

Setelah 21 tahun memerintah Kelantan, adalah mustahil untuk menidakkan kefahaman eksekutif-eksekutif di Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam tentang pentadbiran secara Islam yang dijalankan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Dengan status Bandar Raya Islam, MPKB memikul tanggungjawab paling berat berbanding dengan PBT lain di seluruh Malaysia ini. Implikasinya sudah harus disedari.

Bagaimanapun, PAS tidak melihat implikasi itu kerana selama ini kekuatannya ialah pada undi orang-orang Islam. Bagaimanapun semenjak 2008, PAS semakin kuat memancing undi bukan Melayu.

Secara tidak langsung, penguatkuasaan agenda Islam di dalam PAS turut mula di kompromi, bukan sahaja di tempat-tempat seperti Shah Alam tetapi juga di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Kini terdapat dua pendekatan berbeza di dalam perlaksanaan Islam PAS. Secara mudah boleh dikatakan satu ialah pendekatan Nasruddin Tantawi dan satu lagi ialah pendekatan Khalid Samad.

Ketegasan PAS dalam hal-hal moral mula gendur. Dulu PAS mengambil pendekatan keras mengharamkan segala yang haram, sekarang pendekatan PAS ialah pengharaman sesuatu walau di tegas di dalam Al Quran, perlu dilaksanakan berperingkat-peringkat dan disertakan dengan pemahaman yang jelas.

Alasan yang diberikan mudah, UMNO dan Barisan Nasional telah 50 tahun menjahanamkan masyarakat Islam di Malaysia, dan PAS tidak boleh mengubahnya dengan sekelip mata. Tanpa disedari, PAS akhirnya mengambil pendekatan yang dilaksanakan atau di amalkan oleh UMNO dan BN sebelum ini bila berdepan dengan kemelut di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

PAS sedar, dasar yang sama di Kelantan tidak boleh digunapakai di negeri-negeri lain. Di Kelantan sejak 1990, kesemua wakil rakyatnya beragama Islam. Kesemua ahli exconya beragama Islam dan kesemua parti politik yang menang adalah parti politik Islam.

Selepas 2008, barulah PAS menyedari polemik yang di hadapi oleh UMNO di dalam menerajui Malaysia.

Mengapa mahu dibandingkan maksiat di negeri-negeri lain dengan negeri Kelantan? Penyokong tegar PAS harus sedar, mereka sudah berada dalam pakatan pemerintah di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka juga menguasai hampir keseluruhan Wilayah Persekutuan. Apakah kadar maksiat di negeri-negeri dan wilayah itu lebih rendah sejak 2008 berbanding dengan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perlis dan Pahang?

Saya sendiri menyaksikan kerancakan maksiat tumbuh di Selangor dan Pulau Pinang selepas 2008. Pulau Mutiara kini dikenali dengan jolokan Little Hatyai. Dr. Hassan Ali dan Salleh Man perlu berusaha lebih keras mengatasi maksiat yang berleluasa di Selangor dan Pulau Pinang. Atau Hassan Ali boleh letak jawatan sebagai exco dan Salleh Man boleh turun dari jadi ADUN PAS di Pulau Pinang.

PAS sebenarnya sedar kerumitan berkongsi kuasa dengan parti-parti politik yang tidak memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.

Ini juga disedari oleh MPKB Bandar Raya Islam dan diambil kesempatannya oleh segelintir individu-individu tertentu. Menuduh masih terdapat ramai eksekutif warisan UMNO dalam MPKB-BRI yang menyebabkan ia tidak berfungsi seperti dikehendaki adalah kebodohan yang amat sangat.

Selama 21 tahun pelbagai ustaz mendapat tempat di dalam MPKB-BRI bukan kerana mereka berkemahiran atau berpendidikan dalam pengurusan PBT tetapi kerana mereka adalah aktivis atau pimpinan pelbagai peringkat PAS.

Anak Menteri Besar sendiri dan saudaranya sudah beberapa lama menikmati habuan dari MPKB-BRI. Menuduh UMNO masih berkuasa bererti dayus sangatlah Nik Abduh.

Apa yang berlaku ialah, penguatkuasaan peraturan-peraturan moral secara tegas oleh MPKB-BRI akan mengembalikan PAS kepada imej Taliban dan merbahaya kepada order baru politik PAS.

Dahulu PAS menjual partinya kepada orang-orang Islam, jadi taktiknya ialah menakut-nakutkan mereka dengan hukum-hukum Allah. Sekarang PAS turut terpaksa menjual partinya kepada bukan Islam, jadi elemen menakut-nakutkan manusia dengan kisah-kisah ngeri tidak lagi boleh digunakan.

Apapun, Nik Aziz perlu memanggil Ustaz Ropein Hassan, bukan kerana kesalahan memakai kopiah ke pusat maksiat tetapi ada beberapa perkara yang tidak selesai. Jawapan Ustaz Ropein bahawa beliau telah membuka kopiahnya bila sampai ke tempat maksiat boleh diterima dan tidak disanggah oleh mana-mana saksi.

Tetapi Nik Aziz perlu memulakan siasatan mengapa pusat-pusat maksiat tumbuh seperti cendawan di Kelantan sejak kebelakangan ini. Siapakah di belakangnya? Biar ia bermula dengan menyoal jawab MPKB-BRI dan Ropein Hassan.

(Sementara itu nak tahu apa blog sahabat Husam tulis,  klik foto di bawah)

Anak-Anak Quraisy Sekali Lagi Selamatkan Kepimpinan Nik Aziz

Kisah aktiviti disebalik rumah berlampu hijau di tangguh dahulu.

Sudut K&I di DUN Chempaka, kisahnya turut ditangguhkan bagi menghormati operasi MPKB-BRI

 

Update 16 Februari 2011 10 pagi :

Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

 

Posting Asal

Dahulu Nik Aziz dengan bongkak mendakwa kepergiannya ke Mekah di halang oleh anak Quraisy dan menyamakan bagaimana Rasulullah terpaksa menangguhkan hajatnya ke Mekah kerana di halang oleh orang-orang kafir Quraisy.

Tanpa diketahuinya, tindakan anak Quraisy itu telah menyelamatkan dia dari menjadi mangsa rasuah dan di dakwa. Selepas kejadian tersebut, nasib Nik Aziz banyak diselamatkan oleh anak Quraisy di dalam beberapa kes lain.

Saya menafsirkan anak Quraisy itu sebagai pengamal media, bercetak dan online. Saya yakin, pengamal-pengamal media ini tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih sebagaimana tidak mengharapkan pendedahan mereka mengundang penghinaan dan kejian. Bagaimanapun, penghinaan dan kejian selalunya tidak akan melunturkan semangat mereka dari menulis tentang kebenaran.

Pagi tadi saya dihubungi oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas pendedahan yang akhbar Utusan Malaysia dan blog Kickdefella lakukan.

Saya dimaklumkan tentang operasi yang sedang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap lokasi-lokasi maksiat yang telah didedahkan kepada rakyat. Turut dimaklumkan ialah selama ini pembuat-pembuat polisi di MPKB-BRI  beranggapan aktiviti pelacuran di Kelantan amat kecil serta terlindung dari pengetahuan umum. Oleh itu tidak perlu dibazirkan peruntukan kewangan untuk membiayai bayaran lebih masa akibat menjalankan operasi.

Sekarang mereka sedar, operasi-oparasi sebegini perlu diteruskan. Pada waktu yang sama, saya dipelawa untuk memantau keberkesanan tindakan MPKB kebelakangan ini.

Jawapan saya Alhamdulillah, dengan penuh rendah diri saya bersyukur kerana dapat menyumbang sedikit untuk membanteras maksiat di negeri saya. Pahala hendaknya kepada semua pembaca blog ini yang berjaya memberi impak yang besar terhadap posting di Kickdefella berhubung isu maksiat ini. Pahala juga kepada para wartawan-wartawan dan pihak-pihak media lainnya.

Sementara itu petang semalam saya dimaklumkan seorang kakitangan kanan MPKB telah mengaku beliau pernah ke pusat pelacuran Kg. Limau Manis. Kakitangan yang bergelar ustaz itu bagaimanapun berkata,

“kick tulis pakai kopiah, ambo memang gi, tapi sampai situ ambo buka kopiah letak tepi….”

Tujuan kehadiran beliau ke situ adalah bagi memantau aktiviti di tempat tersebut sebelum memaklumkan kepada bahagian penguatkuasaan.

Bagi menghormati usaha MPKB Bandar Raya Islam yang giat menjalankan operasi mereka, Kickdefella tidak bercadang untuk meneruskan posting bahagian 3 dan 4 pada minggu ini seperti yang telah dijanjikan.

Ejen Johnson juga terpaksa menolak banyak tawaran untuk menyiasat aktiviti-aktiviti maksiat di daerah-daerah lain di Kelantan buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan. Bagaimanapun ejen Johnson dalam keadaan selamat dan sedang berehat di kampung halamannya.

Jelasnya kebelakangan ini Menteri Besar Kelantan lebih berjaya dijaga oleh anak-anak Quraisy daripada Husam Musa, exco kesayangan MB Kelantan itu. Mungkin Husam harus mengkaji semula strateginya dan perlu berlaku lebih jujur dan bukan menjadi sokong membawa rebah kepada Nik Aziz.

Orang Kelantan Mudah Lupa (pt 2) : MPKB – Bandar Raya Islam Sakit Sebelah Mata

Update 14 Februari 2011, jam 8.10 am :

“Kita sudah dengar berita ini (sebelum ini) tetapi sekarang sudah keluar dalam surat khabar dan media online. Maka rakyat nak tahu ada atau tidak pelacuran dan perjudian, kita nak kerajaan negeri bertindak dengan segera.

“Kerajaan Pas Kelantan jangan dabik dada kata kita bersih segala-galanya. Kata ini negeri Serambi Mekah, walhal benda macam ini pun ada di Kelantan.

“Cakap tak serupa bikin. Cakap seolah-olah bersih belaka tetapi ada kemungkaran dan maksiat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, hari ini.

Beliau mengulas penjualan loteri big sweep dan empat nombor ekor secara berleluasa di negeri ini biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan judi sejak parti itu memerintah negeri ini.

Pada masa sama, laman blog Kickdefella mendedahkan aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis, kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan, Kota Darulnaim.

Kickdefella mendakwa, adalah mustahil sekiranya Kerajaan Pas Kelantan tidak mengetahui aktiviti itu kerana lokasinya yang begitu hampir dengan kompleks pentadbiran yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exconya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas secepat mungkin sebaik sahaja berita tersebut disiarkan kerana rakyat mahu mengetahui kebenarannya. Kerajaan PAS  Kelantan Tidak Bersih – Utusan Malaysia 14 Feb 2011

Update 13 Februari 2011, jam 3.30 ptg : MPKB Bandar Raya Islam di jangka akan keluarkan kenyataan rasmi hari ini kepada media berhubung isu pelacuran di Kelantan. MPKB dikatakan akan menunding kesalahan kepada Polis DiRaja Malaysia dan mengakui kes pelacuran berlaku di Kelantan dan fail mereka membuktikan ada tindakan sebelum mereka senyap sunyi seperti kebelakangan ini walaupun tahu aktiviti pelacuran masih berjalan. Sementara itu MPKB belum akan respons tentang perjudian di Kelantan. Saya menanti respons MPKB Bandar Raya Islam sebelum memajukan posting seterusnya.

Ejen Johnson meninggalkan sebuah kedai di Kota Bharu setelah membeli 3 keping tiket judi loteri.

“Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sedang membuat persiapan bagi menganjurkan “Konvoi 10 ribu Rakyat, Didik dan Dakwah Tak Nak Judi” ke puncak Genting Highlands.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi, program tersebut dijadual pertengahan Syawal depan selepas umat Islam selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan.

“Kita mahu capai objektif utama iaitu mahu menyemarakkan Kempen Tak Nak Judi dan mahu mengimarahkan puncak Genting dengan solat hajat dan kalimah Allah setelah sekian lama gersang,” katanya ketika dihubungi.

Antara lain, pada program julung kali diadakan itu juga akan mengedarkan risalah dakwah bagi menyedarkan orang ramai berkenaan bahana judi dan kesannya kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, program tersebut hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari rakyat dengan berjaya mengumpul 10 ribu penyertaan.

Sehubungan itu, DPPP katanya akan membuka pendaftaran kepada rakyat yang prihatin yang mahu menolak judi.

“Tak cukup 10 ribu, kami tak akan buat sebab kita takut tidak berkesan,” katanya.” HarakahDaily 5 Julai 2010.

Itu adalah berita lapuk sewaktu demam Piala Dunia 2010 yang lalu. Hari ini kita sudah segar dan tidur pun sudah mencukupi, baik kita baca berita hari ini seperti di bawah,

“Biar pun judi diharamkan di Kelantan sejajar konsep ‘Membangun Bersama Islam’ yang diamalkan oleh Kerajaan Pas negeri itu namun ia tetap berleluasa dan dijual secara terbuka terutama membabitkan loteri ‘Big Sweep’.

Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar ini.

Begitu juga dengan empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai kopi dan ia sudah menjadi rahsia umum sejak 20 tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai buku di sini baru-baru ini mendapati pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Gan tidak banyak bersoal-jawab ketika ditanya mengenai tiket loteri tersebut.

Gan berkata, dia telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mengetahui ia melanggar peraturan.

“Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa.

“Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini,” katanya kepada wartawan yang berlagak seolah-olah mahu membeli loteri berkenaan. Sementara itu, tinjauan di sebuah kedai kopi mendapati kaki judi hanya menulis nombor di atas secebis kertas dan diberikan kepada peniaga atau pelayan bersama wang untuk membeli tiket judi empat nombor ekor.

Bagaimanapun, transaksi judi empat nombor ekor di kedai kopi itu agak sukar dikesan kerana ia hanya ditulis di atas cebisan kertas dan berasaskan prinsip saling mempercayai antara kaki judi dan pengendalinya.” Utusan Malaysia 11 Februari 2011.

Pada 3 Julai 2010 Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan telah menjelaskan berhubung penjualan judi di Kelantan setelah saya mendakwa tiket judi loteri terus di jual di Kota Bharu.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen judi walaupun untuk bukan Islam sebagai mana lesen arak,” ujarnya. Lesen judi dan arak adalah perkara yang berbeza. Katanya, lesen arak mengikut majlis daerah masing-masing di seluruh jajahan di negeri ini yang hanya diluluskan di restoran bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan lesen arak dan judi. Kerajaan negeri hanya memberi kelonggaran kepada golongan terbabit untuk tujuan itu, bagaimanapun hanya di restoran terpilih sahaja.

Tambahnya, namun kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bentuk lesen judi sejak hampir 20 tahun PAS mentadbir negeri ini. Bagaimanapun, sekiranya kegiatan itu masih berlaku di negeri ini, ianya beroperasi secara haram.

“Kalau didapati ada yang terlibat dengan kegiatan ini, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Pihak MPKB-BRI secara bersepadu dengan beberapa jabatan lain lagi akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjalankan kegiatan terbabit,” ujarnya.

Saya percaya seratus peratus kenyataan Takiyuddin kerana saya tiada bukti beliau pernah berbohong di atas kapasitinya sebagai Exco, bukan seperti Husam Musa dan Nik Aziz.

Tetapi saya percaya, ada pihak di MPKB Bandar raya Islam telah tutup sebelah mata di dalam isu ini. Dalam hal judi, saya yakin Dato’ Takiyuddin boleh selesaikan hal ini dengan segera.

Kerajaan Negeri menerusi PBT mesti ada kuasa menarik balik semua lesen premis perniagaan yang melanggar syaratnya. Judi haram di Kelantan. Jadi MPKB Bandar Raya Islam, sila buka kedua-dua belah mata.

Nik Abduh sudah bukan Ahli Majlis MPKB. Tidak perlu hipokrasi itu.

Pada 28 Mei 2010, saya menulis di blog ini,

Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Apakah penjualan Big Sweeps di Kelantan dipelopori oleh dewa dunia gelap juga?

Orang Kelantan Mudah Lupa (pt 1): Dari Serambi Mekah Ke Serambi Golok

Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi bapak ayam bernama Jai di 014 811 9203

Kaunter pembayaran berasingan di antara lelaki dan perempuan di pusat-pusat membeli belah adalah diantara revolusi yang laksanakan oleh kepimpinan Nik Aziz bagi mengelak umat Islam di Kelantan mendekati zina dan perbuatan yang boleh membawa kepada zina.

Kemudian Nik Aziz menyarankan perempuan yang cantik tidak di ambil bekerja, juga bagi konteks yang sama dan menyelesaikan masalah pengangguran di Kelantan.

Anak-anak muda yang tidak menutup aurat akan di beri kaunselling dan di dakwa. Beberapa tahun yang lepas, muslimah juga di larang memakai gincu bila berada di bandar Kota Bharu.

Samalah seperti mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda di seluruh Kelantan. Kita diperbodohkan seolah-olah jawi itu menandakan Islam dan simbol ketinggian syiar Islam di Kelantan. Bukankah jawi itu Melayu.

Dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa. Orang-orang Kelantan pun terus lupa. Yang tinggal ialah papan tanda kaunter berasingan, amalannya sudah tiada siapa pedulikan. Apabila Islam ditonggang untuk doktrinasi politik, PAS berjaya tetapi Islam tidak berjaya. Kelantan tidaklah lebih Islam dari negeri-negeri lain di Semenanjung dan tidaklah kurang maksiat berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Beleklah dokumen-dokumen, makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah,

  • Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
  • Menutup kelab-kelab malam.
  • Menghapus kegiatan pelacuran.
  • Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
  • Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
  • Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.

Operasi Johnson

Minggu lepas Kickdefella telah melancarkan operasi Johnson di Kota Bharu. Operasi Johnson bertujuan menyedarkan rakyat Kelantan bahawa segala dakwaan PAS selama ini hanyalah retorik.

PAS tidak pernah berjaya menghapuskan pelacuran seperti di dakwanya. PAS hanya mengharamkan pemberian lesen pusat hiburan dan pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan seks tetapi pusat-pusat sedemikian terus tumbuh secara haram tanpa berselindung sehingga ke azan subuh. PAS mengharamkan judi di Kelantan tetapi kedai-kedai yang beroperasi dengan lesen dari PBT terus menjual loteri dan lain-lain bentuk judi di kaunternya.

Pada hari Kickdefella akan siarkan operasi Johnson bahagian satu, bagi menunjukkan bagaimana ejen kami dengan codename Johnson boleh mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur di tepi jalan dengan mudah di Kota Bharu.

Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall dan 500 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, merupakan kawasan elit dengan perumahan orang-orang Cina.

Selepas Maghrib, beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Hampiri mereka dan anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.

Di lorong ini, ‘pengawal keselamatan’  bermotosikal akan memerhati orang luar yang keluar masuk sambil menjaga keselamatan beberapa orang pelacur bertudung yang berdiri di sini

Ini merupakan laluan ketiga ke kawasan perumahan Tmn Limau Manis, jalan utama ke pusat maksiat, juga di kawal oleh lelaki bermotorsikal.

Pondok Polis Taman Limau Manis, pada waktu malam, anda boleh melihat seorang dua pelacur perempuan atau pondan berdiri di sini.

Lorong menuju ke Kg Limau Manis, dalam 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu.

Dua premis, di kiri dan kanan adalah tempat sarang pelacuran dan perjudian. Wanita yang sedang berjalan adalah salah seorang pelacur yang berdiri ditepi jalan pada malam operasi kami.

Bahagian belakang salah sebuah premis pelacuran. Lihat tiang gol tempat budak-budak bermain. Bagaimana aktiviti ini boleh berlaku di tempat sedemikian?

Sebuah rumah putih dua tingkat di sebelah rumah kayu yang menjadi salah satu tempat pelacuran. Tidak pernahkah laporan di buat kepada pihak berkuasa?

Dua orang lelaki berjalan meninggalkan rumah tersebut. Tidak dapat dipastikan adakah mereka pekerja di situ atau tempat itu juga merupakan sarang panagihan dadah,

Aktiviti harian di siang hari. Kiri dan kanan adalah bangunan yang digunakan untuk pelanggan melepaskan nafsu mereka.

Perhatikan beberapa lelaki yang duduk di atas tangga di rumah sebelah kanan foto. Mereka adalah diantara beberapa orang yang bertugas di premis ini.

Premis pejabat di lihat dari lorong masuk ke sarang pelacuran.

Premis perniagaan Chua and Chu

Johnson Ke Jalan Hamzah

“MPKB tak kacau,” tanya saya kepada Jai, bapak ayam di situ.

“MPKB tak kacau, dia saing-saing belako, boh dia pun ada mari jugok, dia kawal semua,” kata Jai memaklumkan saya bahawa ada pihak di MPKB berkawan dengan pemilik premis pelacuran di sini mengakibatkan pusat itu tidak diserbu oleh MPKB Bandaraya Islam.

“MPKB mari mintok pitih?” tanya saya kepada Jai lagi.

“Dok, dia mari main lah…. ramai mari main… orang pakai kopiah pun mari sini juga…” kata Jai lagi yang antara lainnya menjelaskan bahawa beberapa orang dari Majlis Perbandaran itu adalah pelanggan premis pelacuran itu.

Mereka sungguh selesa walaupun melihat saya memegang kamera dan merakamkan perbualan kami. Ini menunjukkan mereka benar-benar yakin sistem yang sedia ada tidak akan dapat digugat oleh sebarang pendedahan jika berlaku.

Jai dan beberapa bapak ayam yang berlegar-legar di tepi jalan di Taman Limau Manis berdekatan Jalan Hamzah, itu bersenjatakan pisau rambo yag terselit di belakang pinggang mereka. Manakala mereka yang mengawal premis itu disyaki memiliki senjata api. Aktiviti mereka bagaimanapun di buat secara terbuka.

Di zaman pemerintahan PAS di bawah Dato’ Asri Haji Muda dan beberapa Menteri Besar lain, Jalan Hamzah memang sudah terkenal dengan aktiviti pelacuran dan apa yang di panggil Kopi & Korek. Tetapi apabila BN mengambil alih Kelantan pada 1978, Tan Sri Mohammed Yaccob telah menutup tempat berkenaan tetapi BN membenarkan operasi pusat hiburan berlesen, yang antara lain turut menawarkan perkhidmatan seks secara ‘underground’.

Apabila Nik Aziz menerajui pemerintahan ulama di Kelantan, beliau berbangga dengan mendakwa PAS berjaya menghapuskan aktiviti pelacuran di dalam manifesto-manifestonya.

Pusat pelacuran di Kampung Limau Manis ini tidak lebih 100 meter dari kediaman Taman Limau Manis. Ia juga tidak sampai 200 meter dari kediaman dan premis perniagaan sahabat baik Nik Aziz bernama Kenny Chua. Serta tidak lebih 500 meter dari Kompleks SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan.

Mustahil Kenny Chua dan penduduk di situ tidak menyedari aktiviti yang sudah berlarutan sekian lama ini. Mungkin Kenny Chua tidak berani berbisik hal ini kepada MB setiap kali beliau menanti di SUK untuk mengangkat briefcase MB dan mengiringi MB ke kereta.

Menurut ejen kami yang masuk ke dalam premis tersebut, selain daripada pelacur perempuan dan pondan, premis itu juga menawarkan aktiviti perjudian.

Dari jalan utama bersebelahan KB Mall, anda akan lihat beberapa perempuan bertudung dan pondan berdiri di dalam gelap menanti pelanggan.

Di hadapan lorong masuk ke sarang pelacuran. Dua Pelacur sedang berdiri. Lihat Hotel Tune di belakang. Pelacur juga menyarankan sewaan dibilik hotel itu bagi pelanggan yang mahukan keselesaan.

Jika di tepi jalan utama pelacur memakai tudung, di lorong masuk ke premis mereka, mereka lebih ‘daring’ berpakaian bahkan tiada masalah berkongsi cerita dan sejarah dengan kami sewaktu kami menanti ejen Johnson yang masuk ke dalam sarang pelacuran.

Kota Bharu Bandaraya Islam Yang Lindungi Pelacuran dan Lain-Lain Maksiat

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.

Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.

Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.

Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.

Beberapa posting akan datang mungkin akan menganggu sensitiviti anda dan tidak sesuai untuk mereka di bawah usia 21 tahun. Harap maklum.

 

Aduhai Dato’ Omar pt 6

Update: Kenali Blogger Belaan Husam

Bukankah saya dah kata, Husam tentu masih ingat, saya seorang penakut. Saya tidak akan beranikan diri membuta tuli.

Di dalam posting Aduhai Dato’ Omar pt 4, saya mendedahkan bagaimana blogger belaan Husam mencari maklumat dari seorang blogger superstar dari UMNO untuk menjatuhkan YB. Dato’ Omar, ADUN PAS dari Perupok.

Di dalam posting Aduhai Dato’ Omar pt 5, saya mendedahkan sms blogger belaan Husam yang ditujukan kepada saya yang menafikan beliau mencari maklumat tentang Dato’ Omar tetapi kononnya beliau mencari maklumat tentang Ustaz Saiful Bahari.

Saya telah nasihatkan Dato’ Omar supaya tidak merasa lega kerana sebenarnya, Dato’ Omar dan bukan Ustaz Saiful Bahari adalah sasaran blogger belaan Husam itu.

Di bawah ialah sms yang di hantar oleh blogger belaan Husam yang mahir berbahasa pasar kepada blogger superstar dari UMNO.

“Gua tanya psl adun perupuk, bkn adun selising… samdol la lu ni…”

“Klu ada info , gua bngkar la… skrg lu ada bhn bukti, klu lu tkut nk bngkar, lu email smua bhn bukti smpi dia ltak jwtn…”

“Lu email dkt gua smua gmbr2 n bahan bukti.”

Maksud sms di atas dari segi konteks perbincangan adalah lebih kurangnya seperti berikut,

“Saya tanya berhubung bukti-bukti skandal ADUN PAS Perupok, Dato’ Omar dan bukan berkaitan kes zina ADUN PAS Selising Ustaz Saiful Bahari.”

“Kalau awak ada maklumat dan bukti, serahkan kepada saya supaya saya bongkarkannya (sudah tentu jika blogger PAS sendiri yang bongkar tentang skandal ADUN PAS, ia akan lebih kredibel). Sila email semua bahan bukti dan saya akan usahakan sehingga YB Dato’ Haji Omar terpaksa meletakkan jawatannya sebagai ADUN PAS.”

“Awak emailkan kepada saya semua gambar-gambar dan bukti berkaitan skandal Dato’ Haji Omar kepada saya.”

Aduhai Dato’ Omar, pandai-pandailah jaga diri daripada blogger belaan Husam ini.

Mungkin ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada Husam Musa dan biarlah apa blogger belaannya hendak kata.

Oh ya, menarik sungguh puji-pujian sahabat siber Husam ini.