Skip to content

Archive for December, 2010

Ariffahmi Pusingan Ke Dua?

“Berita tentang perlantikan haram ini telah sampai ke SPRM. Keadaan menjadi kelam kabut selepas penulis blog, Kickdefella dipecat dari PMBK. Semasa hari Kickdefella mengadakan sidang media berhubung pemecatannya, 11 November 2009, exco-exco Kelantan telah bermesyuarat bagi membincangkan bagaimana cara untuk menyelamatkan Nik Aziz dari SPRM kerana telah melantik menantunya secara haram.

Satu keputusan telah dicapai dalam mesyuarat itu, keputusannya ialah mengubah minit mesyuarat PMBK dan memasukkan perlantikan Ariffahmi sebagai salah satu agenda mesyuarat untuk dijadikan bukti kepada SPRM.”

Itu adalah petikan dua perenggan dari blog bernama “Gelombang Merah”. Sekembalinya dari DUN Tenang petang tadi, saya menerima panggilan yang merujuk kepada saya berhubung satu artikel yang tertulis di dalam sebuah blog yang sebelum ini tidak pernah saya tahu kewujudannya. Saya diminta mengesahkan beberapa maklumat yang ada di dalam artikel tersebut.

Saya diminta mengesahkan sama ada benar kes siasatan ke atas Ariffahmi sudah ditutup sebagaimana yang didakwa oleh Ariffahmi di dalam blog isterinya. Jawapan saya mudah, sila majukan soalan itu kepada pihak SPRM.

Saya tidak tahu dan sudah lama tidak lagi berminat untuk ambil tahu selagi ianya tidak mengganggu saya. Setahu saya nama Ariffahmi tidak disebut dan tidak diberitahu pula pada saya oleh sesiapa bahawa sebarang siasatan ke atas Ariffahmi telah ditutup.

Saya kemudiannya di minta merujuk kepada beberapa perenggan seterusnya,

“Husam berkata, tidak mengapa dan mengajak Hj Sabri pergi berjumpa dengan Nik Aziz. Setibanya di pejabat MB, Husam memberitahu Nik Aziz yang SPRM telah mengetahui segala-segalanya dari Hj Sabri dan rancangan untuk menipu SPRM dengan meminda minit mesyuarat PMBK tidak boleh dipakai lagi. Jika diteruskan juga keadaan akan menjadi lebih parah.

Kami difahamkan Husam mencadangkan idea lain kepada Nik Aziz. Patutlah Nik Aziz sayang kepada Husam kerana beliau banyak berkorban untuk menyelamatkan Nik Aziz.

Tiba-tiba Pegawai Undang-Undang Negeri (LA) dipanggil ke pejabat MB. Dalam pejabat MB pada masa itu hanya ada mereka bertiga, Nik Aziz, Husam dan LA. Semua setiausaha MB diminta keluar kerana perbincangan sulit.

Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan daun pisang, perkara buruk akan diketahui juga walaupun mereka bertiga sahaja berada dalam bilik itu.

Dalam perbincangan tiga orang itu, kami difahamkan Husam telah mencadangkan agar LA dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Nik Aziz. Dan kami difahamkan LA setuju dengan perkara itu. Dalam soal untuk dijadikan kambing hitam kebiasaannya pak sanggup tidak akan sanggup buta-buta tanpa sebarang habuan. Kami tidak mahu menuduh, tetapi kami bercakap atas dasar kebiasaan.”

Soalan yang dikemukakan kepada saya ialah, apa benar Husam telah menyelamatkan Nik Aziz di dalam insiden tersebut? Jawapan saya mudah, Ya, Husam seperti di dalam insiden-insiden lain telah memainkan peranan tertentu untuk menyelamatkan Nik Aziz walaupun pada ketika dan saat itu, Ariffahmi, isterinya dan sebahagian ahli keluarga Nik Aziz lantang cuba membunuh Husam dengan menuduh Husam cuba menjatuhkan Nik Aziz. Banyak pihak seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Husam.

Kemudian saya dimajukan pula dengan soalan cepu emas yang saya suka. Soalannya, apakah ‘Abe Kick’ rasa motif untuk tidak mendakwa Nik Aziz?

Jawapan saya, dalam kes melantik menantunya, Nik Aziz telah didakwa melanggar akta SPRM yang diluluskan di peringkat Persekutuan, tetapi perlantikan itu dibuat menggunakan enakmen Kerajaan Negeri yang menyerahkan kuasa mutlak dalam hal PMBK kepada Menteri Besar. Ini soal melanggar undang-undang persekutuan untuk memperkasakan enakmen negeri. Kalau saya penyokong UMNO, saya akan kata tindakan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Nik Aziz adalah satu keputusan politik yang amat positif untuk UMNO kerana mendakwa Nik Aziz lebih banyak menguntungkan PAS dan memberi tekanan tidak munasabah kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam soal rasuah Haji ke Mekah pula, bagi saya tentu sekali Peguam Negara sudah menilai hasil siasatan dengan teliti dan pada waktu pengumuman dibuat, kita juga mendengar kontroversi yang sama menyelubungi kepergian Peguam Negara ke Mekah baru-baru ini. Bezanya, kepergian Nik Aziz tidak berlaku, terima kasih kepada usaha Sinar Harian dan diikuti oleh para blogger semua.

Bagaimana pula dengan fail ke tiga ke atas Nik Aziz? Ummm, fail ketiga? Lagi saya tidak tahu.

Jika anda berminat untuk membaca sepenuhnya artikel di dalam Gelombang Merah, sila ke link ini.

“Apakah ‘Abe Kick” setuju dengan apa yang ditulis dalam Gelombang Merah?” Jawapan saya, saya hanya komen blog yang memberi ruang kepada pembaca kenal siapa penulisnya.

“Jadi Ariffahmi pusingan ke 2?”. Jawapan saya, pusingan pertama dah habis ke? Saya nak main satu pusingan saja.

ADUN ‘Zina’ Memang Gatal – Ahli Dewan Harian PAS Kelantan

ADUN Selising, Ustaz Saipul Bahrin B. Mohamad memang seorang yang gatal! Itulah pengakuan yang dimaklumkan kepada saya. Pengakuan itu datangnya dari seorang pemegang jawatan di dalam Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Pengakuan itu dibuat bagi mengulas desas-desus di ruang siber yang mendakwa Ustaz Saipul Bahrin pernah ditangkap berdua-duaan di dalam koc kelas pertama keretapi oleh bekas seorang anggota pasukan keselamatan Menteri Besar Kelantan.

Video ceramah oleh bekas anggota pasukan keselamatan Menteri Besar Kelantan bernama Ustaz Saidi adalah antara video tempatan terhangat di youtube masakini. Di dalam video tersebut Ustaz Saidi mengaku telah menangkap Saipul Bahrin yang hanya berseluar dalam sedang bersama seorang guru yang merupakan isteri orang, di dalam bilik di koc kelas pertama. Menurut Ustaz Saidi lagi, guru tersebut hanya bertuala warna merah.

Setelah menangkap YB Ustaz Saipul, Saidi menyerahkannya kepada Nik Aziz untuk diambil tindakan. Bagaimanapun Saidi kecewa bila Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Mursyidul Am PAS dilaporkan sehari kemudian memaklumkan bahawa “Allah Ta’Ala dah maafkan Ustaz Saipul”.

Ustaz Saipul yang baru pulang dari Mekah telah membuat kenyataan media menuduh isu yang dimainkan itu berniat jahat terhadapnya. Bagaimanapun pihak media tidak pula menyatakan sama ada Ustaz Saipul menyangkal dakwaan Ustaz Saidi yang mengaku menangkapnya itu.

Nik Aziz juga tidak membuat sebarang kenyataan bagi menafikan dakwaan Ustaz Saidi terhadapnya.

Menurut sumber yang diceritakan oleh seorang Ahli Dewan Harian PAS Kelantan, berita itu mula tersebar apabila guru-guru muslimah PASTI yang mengikuti satu rombongan lawatan telah pulang dan bercerita perihal ‘kegatalan’ Ustaz Saipul yang ketika kejadian itu telah menjadi ADUN PAS. Ustaz Saipul diceritakan telah menimbulkan ketidakselesaan mulimah PASTI sepanjang rombongan itu. Bagaimanapun tidak pula dihuraikan apa yang dimaksudkan dengan ‘kegatalan’ Ustaz Saipul.

Sumber yang sama juga bagaimanapun menafikan rombongan Muslimah itu ada menceritakan insiden Ustaz Saipul ditangkap dengan hanya berseluar dalam bersama wanita bukan muhrim yang hanya bertuala merah.

Cerita kegatalan Ustaz Saipul dari muslimah-muslimah itu kemudiannya di dengari oleh musuh politik Ustaz Saipul di dalam PAS Kawasan Pasir Puteh dan isu itu menjadi besar.

Sumber lain yang rapat dengan Nik Aziz pula memberitahu isu ini mula dimainkan oleh beberapa pihak dalam PAS Kawasan Pasir Puteh sejak pilihanraya 2004 lagi. Ia ditimbulkan oleh fraksi yang menentang cadangan Perhubungan PAS Kelantan untuk mencalonkan semula Ustaz Saipul sebagai Calon PAS bagi DUN Selising pada PRU 2004.

“Ramailah berarak jumpa Tok Guru. Tubik (keluarlah) cerita zina ni sebagai alasan nok tolak Saipul…” katanya menerusi perbualan telefon dengan saya.

Bagaimanapun Nik Aziz berkeras mengekalkan Saipul sebagai calon. Ustaz Saipul yang menang kerusi DUN Selising pada tahun 1999 bagaimanapun tewas 187 undi dalam PRU 2004. Pada PRU 2008, Ustaz Saipul berjaya merampas semula kerusi DUN Selising dengan majoriti 783 undi.

“Ini cerita lama dalam PAS Kelantan, UMNO baru boleh hari ni…. Itulah UMNO Kelantan, lebih koho (perlahan) daripada KTM (Keretapi Tanah Melayu)”, katanya lagi.

Kedua-dua sumber ini bagaimanapun bersetuju bahawa tiada kesahihan di dalam kisah ini sebaliknya sekadar pengikut UMNO menyambung semula usaha pihak tertentu di dalam PAS Kawasan Pasir Puteh untuk membunuh karier politik Ustaz Saipul Bahrin.

Hanya masa akan menentukan.

 

Tempoh Bertenang (di Tenang)

“Welcome to Old Trafford, The Theatre of Dreams… House of Manchester United”… rakaman audio dari speker itu kedengaran disulami teriakan dan sorakan penonton. Kami di arahkan melangkah menerusi terowong ke dalam stadium mengikuti jejak langkah bintang-bintang ternama sebelum ini.

Perlahan-lahan pelawat ke stadium kelab bolasepak ternama itu menyusun langkah, mengikut rentak jutaan pelawat sebelum kami dan rentak ratusan pemain sejak 1910.

Bila ditanya mengapa saya menyokong Manchester United, jawab saya mudah, “…adik beradik saya semuanya sokong United, ayah saya juga sokong United dan ayah kepada ayah saya, iaitu datuk saya juga penyokong Manchester United…”

“Perdana Menteri Malaysia hari ini pun a red devil” tambah saya.

“Must be dangerous not to support United then…” kata pemandu teksi yang saya naiki.

Dia kemudian bertanya mengapa saya tidak membawa ayah saya bersama. Ayah sudah tiada. Tetapi sewaktu hayatnya, kami adik beradik pernah membeli tiket dan membawanya menonton perlawanan di antara Manchester United dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dikenangkan kembali, saya tidak pasti sama ada arwah ayah gembira dapat menyaksikan perlawanan itu. Saya tidak pernah bertanya padanya. Mungkinkah kerana saya hanya ingin melakukan sesuatu bersama dengannya sebagaimana membeli tiket wayang dan membawanya menonton filem perang Pearl Harbour. Dan berdekad kemudian saya boleh bercerita saya pernah melakukan itu semua dengannya?

Atau mungkin soal gembira atau tidak sebenarnya tidak penting. Yang penting ialah kami pernah melakukannya bersama.

Sudah beberapa ketika saya tidak menulis berhubung perpaduan Melayu. Beberapa perkembangan telah berlaku sejak itu. Di antaranya PAS telah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan dalam Pilihanraya Kecil November 2010.

Pilihanraya Kecil Galas menyaksikan jentera DAP bergerak secara besar-besaran di bumi Kelantan, sesuatu yang saya rasakan berlaku buat pertama kali dalam sejarah politik Kelantan. PRK Galas juga menyaksikan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk DAP melebarkan pengaruhnya yang hampir tidak ada sebelum ini di Kelantan.

Dan akhirnya, apabila keputusan tidak rasmi kekalahan PAS mula merayap bersama rintik-rintik hujan yang turun di senja 4 November 2010 itu, kenyataan pertama pengakuan kekalahan PAS yang diperolehi media, akhirnya datang dari seorang bernama Tian Chua seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini. Sudah tiada lagi Tuan Haji atau Ustaz yang mampu bersuara bagi PAS agaknya.

Pada 22 Januari 2011, kita berkemungkinan akan menyaksikan pertembungan ke lima PAS-UMNO dalam PRK DUN dan pertembungan yang ke tujuh secara keseluruhannya sejak PRU ke 12 yang lalu.

Di peringkat PRK DUN, PAS menang 2 dan BN menang 2. Berikut imbasan kembali kesemua PRK yang menemukan UMNO dan PAS selepas PRU 12.

  • 17 Januari 2009 – PRK Parlimen Kuala Terengganu akibat kematian Ahli Parlimen UMNO. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 4.15% menewaskan calon BN UMNO dan BEBAS. PRU 12 BN UMNO menang dengan peratus majoriti 0.96%.
  • 7 April 2009 – PRK Bukit Gantang akibat kematian Ahli Parlimen PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 6.80% menumpaskan calon BN UMNO dan BEBAS. PRU 12 calon PAS menang dengan peratusan majoriti sebanyak 3.97%.
  • 14 Julai 2009 – PRK Manek Urai akibat kematian ADUN PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 0.62% menumpaskan calon BN UMNO. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 13.31%.
  • 25 Ogos 2009 – PRK Permatang Pasir akibat kematian ADUN PAS. Calon PAS menang dengan peratusan majoriti 30.86% menumpaskan calon BN. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 32.78%.
  • 11 Oktober 2009 – PRK Bagan Pinang akibat kematian ADUN BN UMNO. BN UMNO menang dengan majoriti 49.65% menumpaskan calon PAS. PRU 12 BN UMNO menang dengan 20.84%.
  • 4 November 2010 – PRK Galas akibat kematian ADUN PAS. BN UMNO menang dengan majoriti 12.58% menumpaskan calon PAS. PRU 12 PAS menang dengan peratusan majoriti 7.89%.

Secara kasar, sejak PRU 12, PAS telah berjaya merampas 1 kerusi Parlimen dari UMNO dan kehilangan 1 kerusi DUN dan selebihnya status quo. UMNO pula semakin jelas menunjukkan semakin selesa di konstituensi-konstituensi majoriti pengundi Melayu menerusi peningkatan undi dari pemilih-pemilih keturunan Melayu.

Di Galas, seperti juga Bagan Pinang UMNO kelihatan kembali selesa dengan membuat pertaruhan kepada pengaruh pimpinan veteran tempatan. Analisa PRK Galas menyaksikan PAS berdepan dengan kemerosotan yang amat membimbangkan.

  • Daerah Mengundi POS BROOK yang mempunyai komposisi pemilih 2.3% Melayu, 0.18% Cina dan 97.52% Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008 UMNO perolehi 241 undi dan PAS 112 undi. Pada 4 November 2010, undi diperolehi BN ialah 424 berbanding 78 bagi PAS.
  • Daerah Mengundi  SUNGAI BER yang mempunyai komposisi pemilih 2.18% Melayu dan 97.82 Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008 UMNO memperolehi 158 undi dan PAS perolehi 105 undi. Pada 4 November 2010, 257 pengundi memangkah UMNO dan 99 memangkah PAS.
  • Daerah Mengundi BELATIM yang mempunyai komposisi pemilih 2.33% Melayu dan 97.67% Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008 UMNO perolehi 74 undi dan PAS 11 undi. Pada 4 November 2010, seramai 117 pengundi memilih UMNO dan PAS hanya meraih 9 undi.
  • Daerah Mengundi BALAR yang mempunyai 2.91% Melayu dan 97.09% Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008 UMNO memperolehi 85 undi dan PAS 51 undi. Pada 4 November 2010, 153 pengundi memilih UMNO dan 41 memilih PAS.
  • Daerah Mengundi BIHAI yang mempunyai 3.68% Melayu, dan 96.32% Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008 menyumbangkan 82 undi untuk UMNO dan 27 undi untuk PAS. Pada 4 November 2010, 233 memilih UMNO dan 5 memilih PAS.
  • Daerah Mengundi HAU yang mempunyai 6.32% Melayu dan 93.77% Lain-Lain (Orang Asli) pada 2008, 115 memilih UMNO dan 81 memilih PAS. Pada 4 November 2010, 138 pengundi memilih UMNO dan 89 memilih PAS.
  • Daerah Mengundi KG PULAI – 15.61% Melayu, 83.76% Cina dan 0.63% India. Pada 2008 UMNO memperolehi 192 undi berbanding 167 undi yang diperolehi PAS. Dalam PRK November 2010, Pimpinan PAS memberi kuasa penuh kepada jentera DAP berkempen di sini bagi menjamin sokongan pemilih Cina yang amat besar jumlahnya. 4 November 2010 keputusannya UMNO memperolehi 220 undi dan PAS 176 undi. Ini menyaksikan undi diperolehi BN meningkat dari 53% pada 2008 kepada 56% manakala undi PAS merosot sebanyak 3%.

Bagi daerah-daerah mengundi lain yang pada 2008 PAS menang keputusannya pula adalah seperti berikut,

  • Daerah Mengundi KG BHARU – 46.48% Melayu, 52.6% Cina dan 0.41% India. Pada 2008 PAS mengalahkan UMNO dengan memperolehi 946 undi berbanding 746 undi yang didapati UMNO. Pada 4 November 2010, UMNO menang di saluran pengundi 2, 3 dan 4 dan memperolehi 859 undi berbanding 818 yang diperolehi PAS. Ini menunjukkan PAS mengalami kemerosotan sebanyak 11% undi di daerah mengundi ini.
  • Daerah Mengundi BANDAR LAMA GUA MUSANG – Melayu 65.42%, Cina 6.21%, India 1.55% dan Lain-Lain 0.83%. Pada 2008 PAS menang dengan 671 undi berbanding hanya 481 yang diperolehi UMNO. Pada 4 November 2010, PAS hanya mempertahankan saluran pengundi 1 dan kecundang di saluran-saluran lain. Dari segi jumlah undi, PAS hanya mampu meraih 584 undi berbanding 621 undi yang diberikan kepada UMNO. Ini menunjukkan PAS mengalami kemerosotan perolehan undi sebanyak 10%.
  • Daerah Mengundi BANDAR BARU GUA MUSANG – 91.64% Melayu, 6.21% Cina, 1.55% India dan 0.6% Lain-Lain. Pada 2008 PAS menumpaskan UMNO dengan memperolehi 375 berbanding 274 undi yang diperolehi UMNO. Pada 4 November 2010, keputusan rasmi melihat PAS kecundang dikesemua saluran melainkan saluran pengundi 1. UMNO memperolehi 414 berbanding 398 undi untuk PAS. Ini menunjukkan PAS mengalami kemerosotan 9% undi di sini.
  • Daerah Mengundi KG BATU PAPAN – 85.03% Melayu, 11.93% Cina, 2.16% India dan 0.88% Lain-Lain. Pada 2008 PAS mendahului dengan 619 undi berbanding 527 yang diperolehi UMNO. Pada 4 November 2010, PAS menang satu undi di saluran pengundi 3 dan tewas kesemua saluran-saluran lain. Undi yang diperolehi PAS merosot sebanyak 8% dan parti itu memperolehi sebanyak 662 berbanding 770 undi yang diperolehi UMNO.
  • Daerah Mengundi LEPAN TUPAI – 96.82% Melayu, 2.17% Cina, 0.67 India dan 0.33 Lain-Lain. Pada 2008 daerah mengundi ini memberi kemenangan kepada PAS dengan memperolehi 248 berbanding 237 undi untuk UMNO. Pada 4 November 2010, UMNo menang dengan 296 berbanding 216 undi untuk PAS. Ini bermakna undi PAS di sini merosot sebanyak 9%.
  • Daerah Mengundi SUNGAI TERAH – 62.35% Melayu, 20.56% Cina, 1.61% India dan 15.48% Lain-Lain. Pada 2008 melihat PAS menang besar di sini dengan memperolehi 942 berbanding hanya 432 undi untuk UMNO. Pada 4 November 2010, PAS kekal menang di kesemua saluran pengundi dengan memperolehi 933 undi berbanding 675 diperolehi UMNO. Bagaimanapun PAS terus menyaksikan kemerosotan sebanyak 11% undi di kubu kuatnya.

Sehingga hari ini kita dimaklumkan  PAS akan meletakkan calonnya pada hari penamaan calon PRK DUN Tenang pada 22 Januari 2011 kelak. Dalam PRU 2008, calon PAS tewas dengan majoriti 24.3%. Pada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, PAS tewas dengan majoriti melebihi 50%. Secara rasionalnya, BN UMNO berkemungkinan tidak akan memperolehi semula majoriti sebesar itu dalam PRK akan datang namun ia sudah tentu berkeupayaan melebarkan lagi majoritinya berbanding PRU 2008.

Selepas PRU 2008, PAS Negeri Johor meletakan harapan ‘menawan Nusajaya’ dalam PRU ke 13. Antara perancangan yang dikatakan akan diambil bagi mencapai cita-cita menggunung itu ialah mewajibkan semua pimpinan PAS yang berasal dari Johor untuk kembali bertanding di Negeri Johor. Ini mungkin satu impian murni bagi PAS.

Dan bagi memastikan pimpinan dan ahli-ahli PAS Johor terus mampu bermimpi lebih lama lagi, ada baiknya mereka tidak bertanding dalam PRK di Tenang ini. Kerana ketewasan dalam PRK itu kelak, mungkin menyebabkan tidak lagi tenang untuk mereka dibuai mimpi indah ‘menawan Nusajaya’ itu.

Ketidakhadiran PAS di Tenang juga boleh melancarkan tempoh bertenang bagi PAS dan UMNO supaya masing-masing dapat terus berfikir yang terbaik untuk Islam dan Melayu.

Dengan adanya tempoh bertenang dapatlah diisi dengan kunjung mengunjungi, ziarah menziarahi diantara wakil kedua-dua pihak sementara waktu masih ada buat kita.

Keputusan PRK Galas seharusnya menjadi satu iktibar buat PAS dalam menilai semula kedudukan mereka dalam bersedia menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Sewaktu berjalan bersama anak-anak saya melalui Munich Tunnel di luar stadium Old Trafford, saya dapat merasakan betapa significant tragedi itu di dalam mencipta brand Manchester United. Tanpa tragedi itu, Manchester United akan tetap menjadi kelab bolasepak yang hebat. Manchester akan kekal di persada kelab-kelab lagenda Eropah. Tetapi bezanya United dengan Liverpool, Real Madrid, Barcelona dan Ajax Amsterdam adalah kisah pilu 6 Februari 1958 dan bagaimana ia bangkit semula. Ia menjadi sebuah kisah romantis yang membina ikatan cinta diseluruh pelusuk dunia bolasepak sehingga ia menjadi pentas impian jutaan umat manusia.

Namun begitu bagi Manchester United, pengarahnya dan para penginsurannya tidak lagi bersedia untuk menyaksikan lagi satu insiden yang sama berulang. Ada desas-desus bahawa, pasukan bolasepaknya tidak lagi dibenarkan terbang di dalam pesawat yang sama. Ini kerana di dalam kepesatan dunia hari ini, satu lagi insiden Munich hanya mungkin meninggalkan United di dalam lipatan sejarah buat selamanya.

PAS boleh turut mengambil langkah yang sama.

Allah Ta’Alla Maaf Dah….

Menuduh seseorang berzina adalah amat-amat berat beban membuktikannya. Seorang sahabat di Kelantan yang tinggi ilmu agama dan banyak membelek kitab pernah memberitahu saya, di dalam sebuah kitab dikatakan untuk mendakwa seseorang itu melakukan persetubuhan haram, saksi perlu melihat dengan jelas insiden itu sepertimana melihat keris memasuki sarungnya.

Oleh yang demikian, bagi pembaca yang bercadang menonton video dibawah, saya berharap tidak membuat sebarang konklusi darinya tetapi perlu menuntut penjelasan dari pihak-pihak yang berkenaan.

Begitu juga dengan sebuah kisah ini. Berita itu saya terima sewaktu saya bersama seorang pemimpin tertinggi PAS dalam kenderaan rasminya di Kota Bharu pada tahun 2007. Pemimpin tertinggi itu menerima panggilan telefon dari seorang pimpinan Badan Bukan Kerajaan berkaitan pekerja Indonesia yang melaporkan secara terperinci insiden tersebut. Sewaktu saya ke Indonesia, saya dipelawa wakil NGO tersebut untuk menemui dan menemuramah ‘mangsa’ itu. Segala-galanya bagaimanapun berakhir di situ. Saya tidak tahu mengapa pimpinan tertinggi PAS itu tidak mahu mendedahkan hal tersebut untuk kepentingan politik. Namun, syukur kepada Allah.

Bukan tugas kita, kerana kita tidak melihat keris memasuki ke dalam sarungnya. Dan kalau kita melihat, bererti kita berkemungkinan besar telah bersubahat jika kita tidak menghalangnya.

William Wallace? He ‘isbettalookinthan’ Mel Gibson!

He stood at six foot six inches and his sword is 66 inches long.

Paris: Not love at first sight

But you can’t help to still fall in love with the city.

 

Can I Walk Into Your Trap Today?

Kami berempat, saya dan production team saya sedang menumpang sebuah teksi di Kota Bangkok bila pemandu teksi tersebut mula bercerita bagaimana beliau begitu kagum dengan Tun Dr Mahathir Mohamed. Tak habis-habis dia memuji Mahathir dan mengeji Thaksin (Perdana Menteri Thai ketika itu).

Apabila teksi kami berhenti di persimpangan di Patpong, tiba-tiba pemandu teksi itu berhenti mengalih bercakap pasal Mahathir, sebaik ternampak seorang pondan melintas jalan. “Mr Anwar!” kata pemandu teksi itu dengan kuat dan bangga sambil menunjukkan ke arah pondan yang melintas jalan itu.

Kami ketawa sehingga terasa nak pecah perut tanpa perlu doa pecah perut Nik Aziz.

Sehingga hari ini saya masih geli hati mengenangkan insiden yang berlaku pada tahun 2005 itu.

Semalam, jam tiga pagi waktu Paris, saya dikejutkan dari tidur setelah menerima mesej dari twitter di Malaysia. Saya duduk termenung agak lama.

Isteri saya terjaga melihat kegelisahan saya dan dia dengan prihatin bertanya,

“Are you okay”

Saya menoleh kepadanya dan berkata,

“Can I **** you tonight!”, Dia terkejut dan membaling bantal pada saya.

Saya menunjukkan berita kebocoran kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat yang melaporkan bahawa Singapura yakin Anwar memang terlibat dalam perbuatan meliwat. Saya juga membaca tweet reaksi balas Anwar.

Sebenarnya ramai juga orang-orang penting di Malaysia dan di dalam Pakatan Rakyat sendiri yang saya kenal dan tahu, sudah lama merasai Anwar terlibat dengan kes liwat.

Saya masih ingat pada malam Saiful Bukhari membuat laporan Polis dia di liwat Anwar, Husam memanggil saya bertemunya di persimpangan bulatan Kijang di Kota Bharu. Kami minum teh halia bersama dan Husam memberitahu saya apa yang telah terjadi.

“Saya yakin Anwar memang buat Dato’” kata saya. Saya tidak akan bocorkan apa yang Husam kata tetapi saya tahu, dikalangan yang menyokong Anwar pun ada keraguan terhadap Anwar sendiri.

Tetapi seperti yang selamu dikata Husam bila merujuk hal-hal perhubungan antara parti politik, ‘Bodohlah kita untuk berperang banyak penjuru pada satu masa yang sama’.

Caught in political sex trap

Philip Dorling and Nick McKenzie

December 12, 2010

MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim’s sodomy charges are the result of a ”set- up job” which the politician ”walked into”, according to an assessment by Australia’s peak intelligence agency. A leaked US state department cable reveals that Singaporean intelligence officials told their Australian counterparts that Dr Anwar engaged in the conduct for which he is accused, a claim he has steadfastly denied.

Australia’s Office of National Intelligence also states the conduct was the result of entrapment by Dr Anwar’s enemies.

The cable is one of several that deals with the highly explosive private views of senior Singaporean officials, including claims that:

Advertisement: Story continues below

>Malaysia is in a ”confused and dangerous” state due to its incompetent politicians;

>Thailand’s political elite are dogged by ”corruption” and the country’s crown prince is ”very erratic and easily subject to influence”;

>Japan and India were struggling to deal with China’s influence due to their ”stupid” behaviour;

> and some Asian leaders wanted the junta to retain power in Burma to ensure the country’s stability.

The cable that deals with Dr Anwar’s sodomy case, dated November 2008 and released exclusively to The Sun-Herald by WikiLeaks, states: ”The Australians said that Singapore’s intelligences services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader Anwar ‘did indeed commit the acts for which he is currently indicted’.”

The document states the Singaporeans told ONA they made this assessment on the basis of ”technical intelligence”, which is likely to relate to intercepted communications.

The ONA is also recorded as saying that Dr Anwar’s political enemies engineered the circumstances from which the sodomy charges arose.

”ONA assessed, and their Singapore counterparts concurred, ‘it was a set-up job and he probably knew that, but walked into it anyway’,” the cable states.

Sodomy is illegal in Malaysia and carries a jail sentence of up to 20 years.

Dr Anwar, a former Malaysian deputy prime minister, was jailed in 1999 on charges of corruption and sodomy after a falling out with then prime minister Mahathir Mohamad.

He later had his sodomy conviction overturned and was freed from jail in 2004.

In 2008 he was charged again with sodomy. Dr Anwar has maintained the case against him is fabricated and trumped up by his political enemies who fear his political resurgence.

The case against Dr Anwar has drawn widespread international criticism and has included some bizarre twists. Earlier this year, a prosecutor in the sodomy trial was dropped after she was accused of having an affair with the star witness.

The witness, 25-year- old Mohamad Saiful Bukhari Azlan, worked as an aide in Dr Anwar’s office. He has accused the 62-year-old of sodomising him in an apartment in Malaysia.

Earlier this month, Australian politician Nick Xenophon travelled to Malaysia to observe Dr Anwar’s ongoing court proceedings, which were adjourned.

In December 2009, a month after ONA’s brief assessment of Dr Anwar’s case, the Malaysian criticised Kevin Rudd for not meeting him during his visit to Australia. He accused Mr Rudd of appeasing Malaysia’s ”corrupt leaders” by snubbing him.

”He [Mr Rudd] was too obsessed with interests of getting the two countries together [and therefore] appease Malaysia’s corrupt leaders,” Dr Anwar said at the time. (sini)

 

Journey to The Heart of Van Gogh