(Permohonan Maaf – Setelah menyelidiki semula tentang YB Dato’ Haji Takiyuddin Hassan, saya menyedari terdapat kesalahan fakta di dalam posting ini berhubung dengan ikatan hubungan perkahwinannya dengan ‘Anak AJK Bahagian UMNO’ dan hubungannya dengan Pemilik Red Carpet Worldwide Sdn Bhd. Kickdefella memohon maaf kepada YB Takiyuddin dan keluarganya di atas kesalahan yang dikesali ini.)
Mengapa mahu salahkan UMNO dan Red Carpet Worldwide Sdn Bhd? Itu perkara pertama para blogger pro PAS dan Ahli-ahli PAS perlu bertanya kepada diri mereka sebelum mereka membuka mulut berhubung isu Fiesta Kelantan 2010.
Mengapa pula exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan juga seperti terkejut dengan apa yang terjadi? Apakah mereka tidur selama ini?
Bagi yang arif mengenai insiden ini tentu sekali melihat ini sebagai satu lagi sandiwara besar Kerajaan Kelantan Pimpinan Nik Aziz dan juga sandiwara besar PAS Kelantan.
Bagi yang arif tentang Fiesta Kelantan juga tahu bahawa orang penting disebalik pesta ini juga bernama Arif, iaitu Abdul Ariffahmi Ab Rahman. Fiesta Kelantan juga adalah salah satu punca pemberontakan dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Sila rujuk laman blog Suara Rakyat bagi melihat perjanjian antara PMBK dan Red Carpet serta lain-lain bukti penglibatan PMBK menerusi Ariffahmi.
Apabila Ariffahmi tersingkir daripada PMBK, beliau memberi tekanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif baru bahawa Fiesta Kelantan perlu diteruskan. Bahkan diperingkat awal pemecatannya, beliau meminta CEO baru PMBK melaporkan perkembangan pengurusan PMBK termasuk aktiviti-aktiviti yang perlu diteruskan secara mingguan, iaitu setiap hari sabtu kepadanya.
PMBK sudah membayar RM200,000 kepada Red Carpet sebagai pendahuluan untuk ‘soft-launch’ (ikut link laporan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan) Fiesta Kelantan di Kuala Lumpur di mana YAB Tuan Guru Menteri Besar dan Dato’ Seri Mustapha Mohamed sebagai tetamu terhormat.
Walaupun dari segi luaran Fiesta Kelantan ini kelihatan sebagai satu jambatan penghubung PAS dan UMNO terutama di waktu Nik Aziz hebat membelasah Timbalan Presiden PAS kerana mahu PAS dan UMNO berdampingan, tetapi mereka yang berada di PMBK melihat ia hanyalah agenda peribadi Abdul Ariffahmi.
Fiesta Kelantan sebenarnya bertujuan mengangkat Ariffahmi dan supaya dia dilihat di dalam parti sebagai tokoh muda yang berkemampuan membawa perpaduan. Salahnya, tindakannya mengejar kejayaan peribadi telah membelakangkan banyak prosedur.
Dato’ Takiyuddin Haji Hassan di lantik oleh Ariffahmi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Takiyuddin sendiri bersama beberapa exco tidak hadir di ‘soft-launch’ dan tidak hadir ke mesyuarat Jawantankuasa Penganjur ketika itu kerana menyedari banyak perkara yang tidak kena. Di antaranya ialah perlantikan Takiyuddin di buat oleh Ariffahmi bukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Fiesta Kelantan tidak pernah di angkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kelantan. Persetujuan Tuan Guru dan aturcara serta kehadiran Mustapha Mohamed tidak pernah di maklum kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun Dewan Harian PAS Kelantan. Tahu-tahu kad jemputan tiba.
Hanya seorang exco muda yang belum sepenggal jadi ADUN dan berada di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mengetahui secara penuh. Inipun kerana beliau tidak fasih dengan prosedur parti dan Kerajaan Negeri serta kerana masih baru beliau sering termakan dengan kata-kata Ariffahmi bahawa ‘Ayahanda dah setuju’ dalam semua benda yang terpancul dari mulut menantu MB itu.
Setelah tersingkir Ariffahmi dari PMBK, ruang untuk beliau menggunakan PMBK bagi menganjurkan Fiesta Kelantan menjadi pudar bersama pudarnya pengaruhnya di PMBK. Tetapi Ariffahmi mendapat rakan baru kerana dia telah berjaya menyakinkan banyak pihak bahawa pemecatannya adalah agenda Dato’ Husam Musa, Persuruhjaya II PAS Kelantan.
Antara yang menjadi sayang dan akrab tiba-tiba dengan Ariffahmi selepas itu ialah Takiyuddin Hassan yang sebelum ini merasakan dan memberitahu kepada beberapa pihak pemecatannya dari menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan adalah kerana permainan Dato’ Husam. Turut menjadi akrab dan ke hulu ke hilir membela Ariffahmi ialah Nik Abduh, anak Nik Aziz yang berdendam hebat dengan Husam kerana merasakan niatnya dan kuncu-kuncunya mendapat imbuhan dari penjualan Kelantan Waters kepada syarikat bernama Air Darulnaim Sdn Bhd telah di sekat Husam yang menjadi Setiausaha Politik MB Kelantan waktu itu. Air Darulnaim diterajui oleh orang kuat UMNO Kelantan waktu itu dan masih lagi seorang Timbalan Ketua Bahagian UMNO sekarang.
Kedua-dua ini adalah musuh utama Husam Musa dan kedua-dua ini ada pertalian dengan musuh nombor satu Husam di Kelantan iaitu Razak Abas, kroni besar MB Kelantan. Syarikat balak milik Roshaimi Razak banyak mendapat kelulusan balak sebelum Husam dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kemewahan yang dinikmati oleh Nik Abduh banyak berpunca dari kemakmuran yang dirasai oleh Roshaimi. Takiyuddin pula di ikat dengan Razak Abas menerusi perkahwinannya dengan anak AJK Bahagian UMNO Kelantan yang juga ayah kepada pemilik Red Carpet Worldwide Sdn Bhd.
Selepas PMBK hilang minat terhadap Fiesta Kelantan, PMBK berkemungkinan akan hangus wang sejumlah RM200,000 yang dilaburkan oleh bekas CEOnya yang juga menantu Nik Aziz itu.
Pada waktu yang sama Red Carpet tidak berdaya untuk meneruskan Fiesta Kelantan tanpa nama besar yang dapat memaksa banyak pihak menaja fiesta itu. Maka timbullah nama YAB Perdana Menteri. Hanya dengan kehadiran Dato’ Seri Najib Razak, Fiesta Kelantan akan dapat diselamatkan dan menjamin pihak Red Carpet dan Penganjur mendapat pulangan kewangan seperti yang dirancang menerusi pengiklanan dan lain-lain sumber.
Syahrul Nasrun Bin Dato’ Kamaruddin yang juga ipar kepada Takiyuddin Hassan telah menggunakan pengaruhnya untuk mendapat sokongan daripada UMNO Kelantan. Bagaimanapun, UMNO Kelantan yang telah sedar dan akur dengan kemelut politik PAS Kelantan yang sedang memuncak waktu itu dikatakan telah tidak selesa dengan cadangan kehadiran Presiden mereka untuk merasmikan Fiesta Kelantan. Tambahan pula nanah dari luka melihat bekas Presiden mereka, Abdullah Ahmad Badawi di perli, di hina oleh ucapan Tok Guru sewaktu merasmikan ECER masih berkuping parutnya.
Tentu sekali UMNO Kelantan mahu Presiden baru mereka hadir demi semangat Satu Malaysia tetapi tidak mahu Presdien mereka menerima semburan yang sama seperti Presiden lama mereka. Di dalam pada itu kabel menantu Nik Aziz terus gagah melampaui UMNO Kelantan dan berjaya mendapat persetujuan PM untuk hadir.
Bagi Jabatan Perdana Menteri dan bagi Perdana Menteri sendiri, kehadirannya adalah sesuatu yang amat baik. Inilah Satu Malaysia. PM sendiri tentu menanti peluang dia sepentas dengan Nik Aziz kerana itulah kepimpinan Satu Malaysianya dan ini dapat dirasai bila pada jam 9.14 am 16 Jun 2010 YAB Perdana Menteri menggunakan perkhidmatan twitter dan menghantar mesej ini,
‘Baru tiba di Kota Bharu untuk meluangkan masa sehari bersama rakyat di Kelantan, termasuk di Karnival Kelantan Fiesta malam nanti.’
Apa yang terjadi selepas itu sudah diketahui umum. Penyokong PAS dan peminat Nik Aziz tentu yakin kemungkaran besar telah berlaku. Nik Aziz telah dikecewakan maka ribut petir telah melanda Kota Bharu. PM kembali ke Kuala Lumpur tanpa hadir ke Majlis Perasmian Fiesta Kelantan.
Syahrul Nasrun telah menjelaskan keadaan kepada media sehari selepas kekecohan berlaku bila Kerajaan Negeri memulaukan Fiesta Kelantan ,
KOTA BHARU: Penganjur Karnival Kelantan Fiesta 2010, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd (Red Carpet) menafikan membelakangkan kerajaan negeri dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap sempena majlis perasmian karnival berkenaan, malam kelmarin.
Pengerusi penganjur, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata keputusan itu memang pada asalnya sudah dipersetujui kedua-dua belah pihak iaitu Red Carpet dan kerajaan negeri untuk memberi penghormatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan ucapan perasmian.
Katanya, ia adalah cadangan sejak awal lagi dan kerajaan negeri turut memaklumkan kepada mereka bahawa Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dijemput hadir untuk merasmikan majlis.
“Red Carpet sudah mencadangkan sejak awal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi ucapan dan seterusnya merasmikannya.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri memaklumkan Pemangku Raja dijemput hadir jadi kami bersetuju baginda yang akan merasmikan majlis namun ucapan perasmian tetap dilakukan Perdana Menteri.
“Jadi tidak timbul Red Carpet membelakangkan kerajaan negeri dan tidak membenarkan Menteri Besar berucap kerana ini memang keputusan kita dari awal dan turut dipersetujui kedua belah pihak,” katanya ditemui media selepas perasmian itu di sini, kelmarin.
Penganjur terbabit diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri memboikot majlis perasmian itu apabila mereka menarik balik beberapa acara dijadualkan. (Di sini)
Dan Sinar Harian melaporkan seperti berikut,
KOTA BHARU – Tidak pernah timbul isu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dibenarkan berucap pada majlis perasmian di Kelantan Fiesta 2010 kerana perjanjian asal hanya dua individu yang akan berucap pada majlis itu.
Penganjur Karnival Kelantan Fiesta 2010, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, dua pihak yang diberikan peluang untuk berucap pada majlis itu ialah wakil daripada penganjur iaitu RedCarpet Worldwide dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perasmi karnival.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah silap faham berhubung karnival empat hari yang menelan belanja RM1.8 juta itu apabila menganggap RedCarpet Worldwide sebagai pengurus projek (event manager) manakala Kerajaan Negeri sebagai penganjur program.
Beliau berkata, kekeliruan itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri cuba bertindak sebagai penganjur dengan cuba mengatur setiap perjalanan program karnival itu termasuk jemputan tetamu kehormat pada malam perasmian.
“Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah mensalahtafsirkan RedCarpet Worldwide sebagai pengurus projek dan Kerajaan Negeri sebagai penganjur yang berhak menentukan setiap perjalanan karnival,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 di sini, malam kelmarin.
Shahrul berkata, RedCarpet Worldwide adalah penganjur dan segala keputusan berhubung karnival itu termasuk jemputan tetamu kehormat adalah bidang tugas mereka dan mereka juga yang berhak menentukannya.
“Bagaimanapun setiap pendapat yang disuarakan oleh Kerajaan Negeri dalam karnival itu, seperti menjemput Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra merasmikan majlis itu tetap diambil kira oleh pihak kami,” katanya.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed sebagai wakil kepada Perdana Menteri yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan pegawai-pegawai agensi yang menyertai program tersebut.
Shahrul Nasrun berkata, isu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan tidak dibenarkan berucap pada majlis itu juga sepatutnya tidak timbul.
“Ini kerana mengikut perancangan asal majlis perasmian itu ialah hanya RedCarpet Worldwide yang akan berucap sebagai penganjur diikuti ucapan Perdana Menteri sebagai perasmi program,” katanya.
Bagaimanapun katanya hasil perbincangan sebelum ini Kerajaan Negeri telah menyuarakan pandangan untuk menjemput Pemangku Raja Kelantan sebagai merasmikan karnival itu dan RedCarpet Worldwide menerima pandangan itu selain bersedia mengubah perjalanan majlis perasmian dengan Tengku Mahkota Kelantan sebagai perasmi bagi memberi penghormatan.
“Kami (RedCarpet Worldwide) bersedia menerima cadangan kerajaan negeri itu dan sekiranya Tengku Mahkota Kelantan mencemar duli hadir ke majlis perasmian itu maka baginda yang akan menjadi perasmi termasuk menyempurnakan upacara perasmian dengan meletakkan replika tetapi ucapan perasmian tetap diberikan kepada Perdana Menteri.
“Tetapi pada hari terakhir sebelum perasmian (semalam) kami mendapat maklum bahawa Kerajaan Negeri memulaukan majlis perasmian dengan alasan pihak penganjur telah melanggar perjanjian asal dengan tidak membenarkan Menteri Besar berucap pada majlis perasmian dan pada saya kerajaan negeri mungkin keliru dengan perkara ini (perjalanan majlis perasmian),” katanya.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut,
KOTA BHARU 22 Jun – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengurusan acara, Red Carpet Worldwide Sdn. Bhd. (Red Carpet) berhubung kenyataan syarikat itu terhadap kerajaan negeri dalam isu Kelantan Fiesta 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sedang mengkaji semua aspek perundangan sebelum tindakan itu diambil.
Beliau berkata, tindakan itu perlu diambil kerana syarikat berkenaan melanggar perjanjian dan mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjejaskan imej kerajaan negeri.
“Program yang dianjurkan ini adalah hasil persefahaman di antara agensi kerajaan negeri, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpet.
“Hasilnya, pada 24 Julai tahun lalu diadakan pra pelancaran Kelantan Fiesta yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Selepas itu, satu perjanjian antara Red Cerpet dan kerajaan negeri dimeterai pada 24 Ogos 2009 di Kuala Lumpur yang menetapkan agensi kerajaan negeri PMBK sebagai penganjur manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010,” katanya menggulung perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri penggal ketiga di sini hari ini.
Sebelum ini, majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 pada 16 Jun lalu menimbulkan kontroversi apabila kerajaan negeri membuat keputusan tidak hadir kerana pengurusan Red Carpet tidak membenarkan Nik Aziz untuk berucap.
Takiyuddin berkata, kerajaan negeri terpaksa mengambil alih majlis perasmian program tersebut daripada PMBK kerana ia satu program yang besar melibatkan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apakah ini satu sandiwara? Sama-samalah kita lihat kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyaman Red Carpet ini. Atau Kerajaan Negeri Kelantan rupa-rupanya pandai bermain sandiwara. Saya sememangnya tahu PAS Kelantan hebat bermain sandiwara.
dalang nya ialah pork nik….abbodoh pun juga memain peranan jahat dalam sandiwara ini…
jawab JUAK JUAK PAS..skrg dah ada detail kat posting ni..terang2 boikot!
g mari,g mari..brg anak branak blako pas nga umno..!!
# jangan anggap hujan itu sebagai bala sebab Pok N.Ajis tak leh berucap kat Fiesta Kelantan semata-mata
# anggaplah hujan lebat itu satu rahmat Allah kepada seluruh bumi kelantan yang kemarau sejak beberapa bulan lalu. Dah lama duk panas, tiba-tiba PM Najib datang, Allah bagi hujan lebat, seluruh rakyat Kelantan wajib bersyukur dan berterima kasih.
Sandiwara kata pak sheikh.
Orang politik kalu tak pandai main sandiwara tak boleh hidup sheikh. Dengan orang melayu orang islam, guna hadis guna quran, sebut ayat sampai tempias2. Tapi bila dengan bangsa lain agama lain, cakap lain pula.
Kita yang jadi pengundi ni ada kuasa, suka kita pangkah, tak suka jangan pangkah dia, kita pangkah orang lain. Nak tengok lepas tu dia nak jadi apa pulak bila dah tak jadi wakil rakyat.
Saya tak sebut Pas tak sebut Umno.
Hmm… palo pun tak pening.
ikut demo semuolah…bagi kawe hok mano baik kawe sokong&buruk kawe tok sokong…sebab kito tak tahu wei hok mana baik didunia ni, bila masuk lube kubur baru akan rasa diri ni betul ko dok…maknanya tak tahu lah hok mano betol dan hok mano saloh boh….
Busuk2 orang Pas depa saudara sebangsa dan seagama dengan kita juga. Begitu juga busuk2 orang Umno pun depa tetap sama bangsa dan sama agama dengan kita. Jangan kita buang kedua2nya. Ada masa kita perlu kepada Umno dan ada ketika kita mau Pas jadi suara kita.
Masa dan keadaan yang menentukan. Dan kita sebagai pengundi kena buat pilihan secara yang terancang (maksudnya apa dan siapa yang kita mau untuk bersuara bagi pihak kita sebagai orang melayu dan orang islam).
Kena cerdik. Kita lama dah duk jadi pengundi yang setengah masak dan tak berapa cerdik. Kita ikut apa kata pemimpin. Kita buat apa pemimpin suruh. Tapi kita lupa bahawa akibat paling perit kita rakyat lah yang akan rasa dan tanggung. Pemimpin, mereka orang senang, banyak pitih, boleh gi cari tempat yang selamat, yang tinggal ni kita lah terkonteng2 berempas pulas melawan keadaan.
Tak usah tengok jauh2. Lihat saja jiran kita Thailand. Puak baju merah buat demonstrasi, tidur bersepah, makan minum tak menentu, yang ada kerja tinggal kerja, anak bini tah ada makan ke tidak tak siapa yang tau. Tapi pemimpin dan para perancang demonstrasi tu duk di mana ? Tidur di mana ? Makan di mana ? Macam mana anak bini dia ?
Tsunami politik PRU 12 berlaku bukan sangat kerana melayu beralih arah. Melayu Umno tetap pangkah Umno. Melayu Pas tetap pangkah Pas. Tapi adakah cina Mca tetap pangkah BN. Cina gerakan tetap pangkah BN. India Mic tetap pangkah BN.
Berlaku stunami kerana bukan melayu boleh sepakat pada masa itu untuk menurunkan BN pimpinan orang melayu untuk digantikan dengan PR yang berketuakan orang melayu juga tapi di dominasi oleh orang mereka.
Nak tanya, dalam PR. Berapa kerusi MP dari Pas ? Berapa kerusi MP dari PKR (berapa melayu ? berapa cina ? dan berapa india ?) ? Berapa kerusi MP dari DAP (berapa melayu ? berapa cina ? berapa india ?) ?.
Yang tau, tolong jawab supaya ramai pakat tau untuk buat analisa sendiri.
Almanantunya ada lagi ??? masih ada pengaruh ??? hmmmmm ….. agenda belum selesai ……
Lebai malang Musang Berjanggut …..
Takiyuddin suka ikan kembung buat projek tesco …. Bercakap bohong, patutla bleh jadi exko …
Heheheheehe ….
Amat sukar utk PAS dan UMNO bersatu..cuma sebagai pengundi, kita perlu pilih parti manakah yang paling kurang memberi musibah pada kita. Undi PAS,sudah tentu islam dan hak melayu tergadai(Mr.Karpal Singh pernah buktikan).Undi UMNO, hak islam dan melayu terjaga walupun mungkin terhakis.
Tepuk dada tanya selera..
Mak oii.. nak berucap pun nak berebut…pasal tu je dah merajuk.
Sandiwara ke tidak, itu lantak dia oranglah, tapi kemaruk nak berucap tu buat aku nak pecah perut…dah berapa tahun agaknya dia orang ni tak diberi peluang berucap sampai kemaruk macam tu.
Pesanan aku kepada kedua dua pihak – kalau diberi peluang berucap, buatlah ucapan yang elok elok jangan dok maki, fitnah, sindir dan doa jahat.
Perniagaan Anak beranak, Pas lagi teruk kronisma Nya. Bapa, menantu, besan , mertua, sepupu semuat terlibat dlm Red Carpet.itu yang turun Ribut,Allah nak perlihat apa yang berlaku. Jika tidak ribut mukin program ini senyap tanpa orang tanya siapa Punya??
Kesian pdd Pengajur,untong tidak seberapa,Malu keluarga Razak & co.dan Nik aziz@co.mukin sudah banyak joint venture mereka telah lakukan.dengar Kada pun hadis Beratus ribu pasang Kemah(duit petani),mujur dapat air hujan.
Cerita ini macam beli “Dato” Mindanau.mula2 suroh keluarga dia panggil dato .orang ramai
pun panggil lah dia dato….diri sendiri pun dia tipu. Kelantan Fiesta pun mac
tu kerajaan tpu kerajaan
isu bodo ni jugak yg di perbincangkan.. kalau ikut tatatertib majlis sepatut nye tak kisah sape2 pon nak merasmi bende tu n tak kisah sape yg berucap, cume selalunye org yg berucap tu tergolong dalam org2 yg berjawatan paling tinggi kat dalam majlis tu cth ketua negara, pengurus majlis, ketua negeri etc.
dan selalunye walaupon dah ade aturcara, tetibe ade honorary guest yg tetibe muncul pon org tu di beri slot utk berucap sepatah dua kata.. tu bende standard la utk pengacara majlis buat.. pelik gak kalau pengacara majlis tu tak reti bende2 mcm nih..
anyway isu sengal mcm ni pon nak gaduh2 patut la negara susah nak kedepan..
salam sheih
terima kasih atas penjelasan sheih
ianya kelihatan macam kes budak belum baligh lagi.tiada kematangan dan tolak ansur.
kepada rakyat kelantan nampaknya anda terus menjadi mangsa politik yang tak berkesudahan,apakah keuntungan yang rakyat kelantan dapat didalam hal ini?
Memang sengaulah kepala otak orang melayu Kelantan nih. Hal sapa patut berucap pun jadi isu besar. Takiyudin tu memang tak leh buat kerja satu ape pun, benda kecik pun tak leh selesaikan, camne nak selesaikan isu rakyat Kelantan. Ariffahmi lagi? Tak dak orang lain ke kat Kelantan nih? Kepala otak Ariffahmi dan Takiyudin kalau dibedah, kusut dgn putarbelit, nak cari yg idea bernas sikit pun takde. Cukup-cukuple rakyat Kelantan bagi peluang kat dua orang ni.
umno & pas tidak boleh dipisahkan… dendam tak berkesudahan… ruginya umat islam… jadilah insal yang berjaya dunia & akirat
Tuan Sheih,
Yang jadi masaalah nye, puak puak penyokong PAS yang “gedebe” tu faham ke apa yang ditulis dan diterangkan olih pihak tuan?????
Kerana mereka2 ini “Bebal” atau sewaktu dengan nye dan memang kerja pemimpin mereka yg juga 2 kali 5 bebal nye atau memang hati mereka telah “hitam” akan tidak dapat menerima kenyataan….maka terus2an akan menyalah kan orang lain terhadap apa yang berlaku di kelantan…
Semoga Allah akan membuka “mata hati mereka” perlahan2 dan dapat memahami akan kelemahan pemimpin mereka dan insyallah mereka akan insaf dan tidak akan meyalahi “orang” lain lagi dimasa akan datang.
Ya Allah ya Tuhan ku buka lah hati mereka2 supaya mereka dapat membezakan yang mana intan dan yg mana kaca ..dan maafkan dan ampuni lah dosa2 kesalahan mereka kerana buruk sangka dan dengki mereka terhadap hambaMu yang lain dek kerana mereka ini tergilakan kuasa yang amat sangat hingga snggup melakukan “dosa”….
Ya allah ya tuhan ku,berikan lah kesedaran pada mereka sebelum terlambat…Amin yarabal alamin…
Salam
Tok Janggut menulis :
“Perniagaan Anak beranak, Pas lagi teruk kronisma Nya. Bapa, menantu, besan , mertua, sepupu semuat terlibat dlm Red Carpet.”
Soalan :
Kalau perniagaan anak-beranak sepupu-sepapat kaum-kerabat, KENAPAKAH Nik Aziz tidak di beri luangan untuk berucap bersama2 dengan PM..
Bukan kah menantu Nik Aziz telah di singkirkan..
Imam samudra menulis :
“# anggaplah hujan lebat itu satu rahmat Allah kepada seluruh bumi kelantan yang kemarau sejak beberapa bulan lalu. Dah lama duk panas, tiba-tiba PM Najib datang, Allah bagi hujan lebat, seluruh rakyat Kelantan wajib bersyukur dan berterima kasih.”
Rahmat Allah SWT.. untuk bumi Kelantan + rakyatnya..
Pengusiran Najib??.. Sebab tak sempat berucap.. dah kena balik..
Penjagaan Nik Aziz.. Iman tidak boleh dibiarkan bercampur dengan maksiat..
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
kira nya pork nik turunkan hujan gagalkan majlis kerana tak bagi dia berucap…lagi baik pork nik berhentikan hujan masa musim tenjukuh nanti kesian rakyat kelantan….
aritu tak silap nik aziz emo gak kan pasal tak dapat rasmikan le tour de langkawi tu..haha
Jangan Marah kalau saya katakan Rakyat kelantan ni umpana PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).
Kalau kita kaji dan lihat sendiri disetiap penjuru di Malaysia ini ada orang Kelantan yang berhijrah mencari rezeki dan kemudian duit itu disalurkan kepada keluarga mereka di Kelantan. Kenapa ini terjadi? ini disebabkan ekonomi di Kelantan tidak membangun dan tidak dapat membekalkan pekerjaan kepada warganya.
Rakyat Kelantan sungguh tebal sifat kenegeriaannya sehingga sanggup berbunuh demi isu yang kecil, ini adalah pengalaman saya tinggal bersama beberapa orang kenalan dari kelantan.
Orang Kelantan ini mempunyai sifat curiga yang sanggat tinggi dan sentiasa menaruh syak kepada sesiapa sahaja tanpa mengenali seseorang itu terlebih dahulu. Pada hanya Puak mereka sahaja yang boleh dipercayai dan diharapkan, sedangkan PAS banyak menyusahkan dan mengikis harta rakyat mereka sendiri dan ini tidak sedikitpun memberi pengajaran kepada mereka.
Sedangkan Orang Asli dibeberpa negeri di Malaysia sudah keluar dari garis kemiskinan, namun begitu tahap kemiskinan di Kelantan masih ditahap yang sama itu yang kita tahu, PAS biasanya tak pernah IKLAS dalam membantu meningkatkan ekonomi orang islam kerana istilah redha yang menjadikan mereka membiarkan kemiskinan terus membelengu rakyat Kelantan.
JANGAN MARAH SAYA HANYA MELUAHKAN APA YANG SAYA LIHAT SELAMA INI, BERTAHUN SAYA TINGGAL SERUMAH DENGAN ORANG KELANTAN DAN INI MEMBUAT SAYA TIDAK MAHU LAGI TINGGAL DENGAN MEREKA KERANA SIFAT MEREKA YANG AMAT TERUK DAN SERING BERGADUH SESAMA SENDIRI.
Salam Tuan Sheikh
Maaflah kerana lari sedikit dengan tajuk di atas.
Di dalam komen saya yang lepas saya pernah mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO sering mengulangi kenyataan demi kenyataan bahawa ahli-ahlinya perlu berubah supaya dapat menarik balik sokongan orang melayu kepada parti itu.
Tapi realitinya, UMNO yang diwakili sebilangan besar pemimpin mereka sebenarnya mewarisi minda dan tingkah-laku lama pemimpin-pemimpin terdahulu mereka. Mereka rasanya amat selesa di dalam zon selamat dan rela berkeadaan begitu tanpa perlu mengkaji apa yang perlu mereka lakukan sesuai dengan tuntutan persekitaran.
Persekitaran yang saya maksudkan ialah UMNO melalui pimpinan yang berlatar belakangkan agama perlu mampu berhujah dengan pemimpin-pemimpin PAS tentang isu-isu semasa lebih-lebih lagilah apabila isu-isu yang dicetuskan oleh parti PAS itu melibatkan soal-soal agama.
Amatlah mendukacitakan bilamana ada sebilangan pimpinan UMNO yang berlatar belakangkan agama agak pasif serta kaku. Mereka ini mungkin dengan sengaja atau hanya mampu melihat serta tidak mahu ambil pusing tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
Sebaliknya tugas-tugas berhujah ini terpaksa diambil-alih oleh mereka yang kurang arif dalam hal-hal agama. Maka terdengarlah suara-suara sumbang akan rentak dan tempo dari hujahan mereka itu. Keadaan sebegini akan memberi kelebihan dan memudahkan kerja-kerja pimpinan PAS dalam menarik sokongan orang-orang melayu yang ratanya amat sensitif kepada isu-isu agama.
Apa yang paling menyedihkan saya baru-baru ini, dalam kita ingin memperkasakan ulamak di dalam UMNO bagi menarik balik sokongan orang ramai kepadanya, terdengar pula akan kenyataan yang kurang bersemangat dari seseorang yang kita sanjung sebelum ini.
Katanya; ‘‘Saya tidak fikir begitu (usaha UMNO tarik penyertaan ulama) kerana UMNO sentiasa mempunyai ulama meskipun mereka tidak mempamerkan diri sebagai ulama.
‘‘Mereka itu (ulama UMNO) mempunyai ilmu mendalam dan mengamalkan ajaran agama serta memberikan pandangan agama tanpa mengira apa yang dilakukan oleh UMNO,”
Pada pendapat saya yang hina ini, untuk berdakwah di jalan yang benar, ulama UMNO sebenarnya perlu sering menonjolkan diri mereka kepada masyarakat serta sentiasa terkehadapan dalam menjuarai isu-isu semasa.
Peranan ulamak yang relaks lagi santai sebagai penceramah-penceramah jemputan atau pembaca doa di majlis-majlis resmi kerajaan serta sebagai penganjur kepada majlis-majlis keagamaan perlu diubah kepada ulamak yang tahan lasak serta berani berjuang dalam membantu kerajaan bagi melawan fitnah serta politik kotor pihak pembangkang.
Kita sebenarnya tidak perlu berburuk sangka dalam memberi ruang yang seluas-luasnya kepada ulamak-ulamak yang betul-betul ikhlas untuk berjuang bersama-sama dengan UMNO. Anggaplah ianya satu penghargaan dan peluang yang tidak ternilai untuk semua orang menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
Apa yang saya risaukan, kalaulah UMNO masih lagi tidak mahu berubah, maka akhirnya nanti, ianya bolehlah diumpamakan sebagai sekampongan dinasor yang hanya menanti masa untuk dilupuskan dari muka bumi Malaysia ini.
Sekian, wassalam.
lannkb
Saya ingin menyeru pengundi2 diKelantan untuk mengelakkan kalut, mengelakkan raayat Kelantan jadi PATI pada PRU 13 nanti pakohlah BN.PR toklih harak untuk membantu orang Kelantan kerana PKR dan PAS akan dicucuk hidung oleh DAP.
Tak paksa, fikir-fikirkanlah.
salam to all, i dengar citer ada di kalangan exco pas ingin bawak usul supaya sultan kelantan yg baru ditabalkan?????tapi telah ditolak…ye la kan ..senang sikit sb pmangku raja sekarang korang boleh kontrol…senang korang nak bolot balak….semenjak pemangku raja memerintah, dah berapa puluh ribu kelulusan exco pas lulus..m.b plak diam membisu…itu baru setahun sultan cuti sakit,..kalo dh tabal yang baru sedap la korang…siapa yg melawan, akan dibuang pingat…alahaiiiiiiiii senangnya mentadbir negara mcm mak bapak dia yg punya..dah lupa kpd ALLAH azzawajalla ke…hmmm bwk2 bertawbat taki n geng..org yg derhaka kpd kedua ibu bapa xkan kemana…syurga di bawah kaki ibu…xde pom satu ayat drp al quran menyuruh kita melawan ibu bapa kita kecuali jgn mendengar arahan jika disuruh berbuat jahat….ingat!!setitik air mata ibu,….neraka jahanamla..kpd ulamak2 ,..di mana ilmu agama mu..jgn takut utk satukan bnda yg baik….jgn ckp sahaja…
encik, cik, tuan, puan CENCALUK…
aku orang JOHOR BAHRU, tapi gi Kelantan rasa bahagia. SEBAB?? peniaga ramai melayu, rumah kat BACHOK tu, selang 1KM taraf banglo, berjemaah kat masjid BACHOK walau SUBUH pun penuh, makan makanan tanpa was-was, yang best tu awek cun2. tapi kat JOHOR BAHRU aku dah macam PATI pulak.. semua milik bangsa asing..
Salam Semua,
Bangunnya UMNO kerana orang melayu, bangunnya PAS pun kerana orang Melayu, tetapi kedua-duanya hendak diruntuhkan oleh orang Melayu sendiri. Perlu diingat, walaupun pahit, tunggak perjuangan Islam di Malaysia adalah orang Melayu, bukan bangsa tu dan tu dan tu. TU dan Tu dan Tu hanya untuk menjatuhkan Melayu dan Islam. Berapa ramai Tu dan Tu dan Tu muslim yang memajukan islam di malaysia ini memasukan orang Melayu dalam agenda mereka? Mereka juga yang banyak memburukan orang orang melayu. Berpijak pada bumi yang nyata. Di Malaysia, baik atau buruk atau jahat sekalipun, Islam subur di Malaysia kerana orang Melayu, bukan bangsa Tu dan Tu dan Tu…
Paham paham dan pikir pikr kan lah….
betul tu t.s jefry, islam menyuruh umat supaya sentiasa menziarahi org sakit,..
nabi juga selalu menziarahi org yg sakit,..berbeda pulak dgn m.b kelantan., tidak melawat sultan yang sakit, nak kata disekat .tak lojik.xkan P.I.D menyekat M.B, XKAN pemangku raja menyekat org melawat ayahanda sendiri.Mana exco2 semua.Kalo polis boleh bawak tuanku pg hospital maknanya ada kebebasan utk melawat apatah lagi menteri besar kelantan.
kalo tuanku pom M.B susah nak lawat, alamatnya apatah lagi rakyat biasa…
Islam menyuruh kita supaya melawat org sakit, islam pas plak menyuruh kita jgn melawat org sakit kerna org sakit tersebut tidak menyokong dan membantu kita.
Perdana menteri Malaysia ke kelantan masih sempat melawat tuanku, inikan pula M. B KELANTAN YG selalu berada di kelantan. Red carpet dan kroni menggunakan duit rakyat, tapi M.B berdiam diri..Apakah jenis pemimpin islam yg ada sekarang,.Majlis yg dibuat tidak menguntungkan rakyat miskin menelan sampai berjuta juta.
Aku harap M.B kelantan sedar apa yg dilakukan. Tuanku sultan masih berada di kelantan, bawak2lah menziarah. 1 minggu sekali kalo xkesempatan 1bulan sekali. Kita mengaku kita ulamak tapi kita tidak buat apa yg islam suruh.
Saidina Abu bakr, Saidina Umar, Saidina Ali tidak sanggup utk dilantik menjadi khalifah disebabkan liabiliti yg akan ditanggung di akhirat kelak,.tapi ulamak kita, M.B kelantan sanggup pertahankan jawatan.Dunia sudah terbalik. Malahan sanggup menjadikan Khalifah Guan Eng sebagai sahabat utk memerintah negara islam.. nauzubillah!!!
Sahabat2ku, cuba lihat sejarah islam di zaman nabi dan sahabat, ada x org bukan islam dijadikan pemimpin utk memerintah negara islam?????ingat!!jgn menukar sejarah..kelak umat islam yg kecundang,..-refer surah al mumtahinah ayat 1-2 ..
wasalam
salam.,
terima kasih kepada t.s jefry n zura,
saya ingin menambah sdikit sahaja,
walaupom amalan baik kita setinggi langit dan bumi,
jika kita hanya sedikit sahaja menyakiti hati ibu kita walaupom ibu kita itu kafir dan menyuruh kita menyembah slain allah taala,
kita tidak akan dimasukkan ke syurga, malah bumi juga tidak akan menerima kita . nauzubillah….begitu agungnya allah taala mengangkat darjat ibu kita.
Kepada Menteri Besar Kelantan,
Sebagai seorang ulama, tanggungjawab ke atas kamu adalah amat besar,
jika benda sedemikian berlaku di hadapan mata,
tampillah dgn membaca ayat2 allah,
tegakkan ayat2 allah, jangan bacul dgn melarikan diri,
Nik Aziz Nik Mat tidak dijamin syurga,
Saidina Abu Bakr, Umar, Ali dan Uthman dijamin syurga,
Jgn ingat menjadi pemimpin itu senang, malah kamu lagi berilmu,
Daripada exco2 yg lain.
Jangan kan pulak hal ini, kamu akan di masukkan ke dalam neraka kerana bersubahat,ingat bukan senang untuk memerintah, ini adalah cubaan ilahi, kegagalan kamu memerintah bukan sahaja merugikan rakyat malah jaminan kamu ke syurga juga akan dipersoalkan kelak.
kamu membaca dan memahami ayat2 allah tapi kamu tidak menggunakannya pada jalan yang betul.
ingat, TgNa. kamu adalah pemimpin num1 di kelantan.
kamu yg terlebih dahulu akan didakwa,.
kamu hanya pandai berpolitik tapi bodoh utk mengawal kesejahteraan umat.
kamu senang diperbodohkan oleh org lain,kamu senang ditipu,
Air kelantan, Bazar Tok Guru, Red Carpet dan pelbagai lagi telah menonjolkan kebodohan kamu,
semua akan dipersoal di akhirat kelak.
wahai rakyat2 kelantan,
dakwahlah Tgna ini, kerna dia bukanlah sebenar ulamak,
dia masih lagi perlukan seorang ulamak lain utk mengajarnya.
ulamak yg sebenar tidak akan tertipu dan senang dibodohkan,
ulamak yg sebenar adalah taat kepada ajaran islam yg sepenuhnya dan bukan mengambil separuh semata2 utk mencapai cita2 politik.
TgNA TIDAK PERNAH MEMAKAN rasuah tapi sgt bodoh dan mudah dipergunakan oleh perasuah2 seperti anak menantu dan EXCO2.
Nyanyuk adalah tanda ulamak yg songsang,
tidak pernah berlaku dlm sejarah islam,
seorang khalifah atau ulamak yg diberkati allah menjadi seorang yg nyanyuk.
ini mungkin kerana campur aduk ayat2 allah dan cita2 politik semata2 inginkan sokongan rakyat islam.
sekian wasalam.
Nik Aziz tak letih lawan sekularisme
Tue | May 15, 07 | 05:43:39 PM
salam ,
dulu nik ajis sibuk melawan sekularisme, sekarang nik ajis mengambil (dap) yg memperjuangkan sekularisme sebagai sahabat.
ayoo dunia sudah terbalik wooo..
gilaaa ini punya olang..
cakap berbelit2 lebih drp umno wooo..
semua bole tukarr woo..
kalo macam ni susah olang cina mahu masuk islam.
tunku abdul rahman buat ramai olang cina masuk islam drp nik lajis .
perkim banyak bantu olang cina masuk islam,
pas banyak bantu olang cina dpt kawasan balak maaaa..
cisiii
pak shieh..pas/umno mcm orang arab islam kat sana tu..kuat berdengki,dendam,bodoh kerana mempercayai kafir menjadi rakan.fanatik sangat nak berkuasa.itu le pasai sampai skrg dok bercakar..
GI KOT TU ARIF FAHMI..GI KOT NI ARIF FAHMI….
KELANTAN NI HAK MENANTU TOK GURU KO?????????????
Siakap Senohong,
Gelama Ikan Duri,
Dah cakap bohong,
lama-lama mencuri
Itu pantun orang tua-tua.
Sepatutnya UMNO sudah lama mengadakan barisan penyerang balas bagi menangkis daayah fitnah , pembohongan , pendustaan , putar belit ,caci maki dan kemungkaran puak2 PAS terhadap BN.
Selagi mereka tidak dijinakan , selagi itulah mereka akan menyalak !
BANGKIT BN , BANGKIT BLOGGER UMNO
KITA SERANG BALAS TERHADAP PAS…………..
amnu, pah,amnu ,pah,amnu,pah………nak bepolitik tak gheti, gi mapuhla demo semuo bia kawe idup soghe baghu ame dunio!!!!!!
Saya fikir,fikir je,,Allah telah menutup pintu hati TG Nik Azizi kerana telah banyak kemungkaran yang telah dilakukannya.
Memburuk-burukakn Allah dengan mengecapkan Allah sebagai ,,PENCARUT,,.
Kita selalu berdoa Ya Allah aku memohon perlindungan mu daripada SYAITAN YG DIREJAM,,tapi TG Nik Aziz kata tak apa kita boleh bersahabat dengan syaitan,
Nabi Muhammad s.a.w melarang ummatnya mendoakan keburukan kepada orang lain TG Nika Aziz doakan orang lain buta mata biar nampak lambang PAS je.
TG Haji Hadi melafaskan kata bahawa orang UMNO kafir TG Nik Aziz menyokongny.
Perkara2 di atas menunjukkan betapa TIDAK ISLAMIKnya TG Nik Aziz. Kalau dihalusi jatuh KAFIR.
Berdasarkan hukum Islam, pengikut mereka dan ahli PAS sama-sama seperahu ke nerakalah alamatnya kalau tidak bertaubat. Bertaubatlah wahai penyokong PAS. Cara yang terbaik ialah dengan menjauhi PAS dan jugak PKR.
Hayatilah perjuangan UMNO, kesungguhan, usaha , kemurniannya untuk memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada agama, bangsa dan negara.
Tidak ada pemerintah yang tidak membuat silap. Tetapi kalaupun GILA kuasa nak memerintah janganlah AGAMA ISLAM dijadikan pertaruhan lebih-lebih lagi untuk sebuah parti yang terang2 menentang Islam seperti DAP.
Jangan SALAH SANGKA dengan salam persahabatan mereka. Mereka akan bersifat lembut gigi dari lidah apabila nak sesuatu. Bila dapat mulut menjadi bisu. Bila undi Melayu PAS dan PKR meletakkan Pakatan Rakyat ke satu tahap lebih baik,DAP akan muncul dengan wajahnya yang sebenar. Ketika itu Melayu PAS dan Melayu PKR akan terjaga dari lamunan dan mimpi dek ulikan DAP termasuk hamba mokpeknya
PKR dan PAS.
Ayuh marilah Melayu kita bersatu menentang apa saja cubaan untuk melemahkan kita dan menjahanamkan perpaduan kita. KITA Islam adalah bersaudara.
Membujur lalu melintang patah.Hunuskan keris perjuangan.Biar putih tulang jangan putih mata. Terlentang meminum embun, tersungkur membaham tanah kita mesti pertahan Malaysia NEGARA KITA.
Hidup UMNO.
Awang Besut.
Pak Sheikh
Nampaknya maki memaki, sumpah menyumpah dah kurang sikit dalam blog ni. Mungkin yang masuk dalam blog ni ramai yang berpendirian sederhana kut. Umno tidak Pas pun tidak. Banyak yang atas pagar kut.
Ada yang cadang suruh ulamak Umno lebih aktif sikit untuk mematahkan hujah ulamak Pas. Saya tak setuju. Sebab ulamak Umno ke ulamak Pas ke, depa rujuk kepada kitab dan hadis yang sama. Kalu nak berhujah juga boleh, tapi untuk menang maka terpaksalah putar belit kan ayat2 dan hadis yang dibacakan untuk mempengaruhi para pendengar.
Tak payah lah nak pi terlalu detail sangat, faham islam seperti yang kita faham sekarang ni pun jadi lah setakat itu. Kalau lebih2 sangat merbahaya kepada perpaduan melayu.
Anggap lah Umno dan Pas ni sebagai adik beradik yang memakai satu ” bin ” cuma ibunya saja yang berlainan. Gunakan lah kedua2nya dengan tujuan untuk memastikan supaya melayu tak merempat di bumi sendiri.
Pemimpin Umno dengan pemimpin Pas, nak berlawan sampai mati pun biar lah mereka. Kalu ada yang mati kita pilih saja orang lain sebagai pemimpin ganti. Namun Umno jangan kita tolak dan Pas jangan kita buang… kita akan rugi dan menysal tak sudah2.
Sandiwara
Mungkin ada diantara kita tak sedar, ada orang bermain sandiwara. dari dalam mereka minta itu dan ini kepada kerjaan pimpinan Umno. Umno tak layan. dalam diam dia berbisik kepada orang dia yang berada diluar, dengan berkata ” aku dah minta tapi mereka tak layan, aku nak desak sangat2 pun tak baik juga kerana kami dalam satu gagasan, sekarang kau pulak riuh atas benda yang sama, sure mereka akan beri perhatian, dan aku akan main peranan dari dalam ”
Maka orang mereka diluar pun riuhkan isu yang sama, dan peranan orang mereka yang didalam adalah memberitahu kerjaan ” tengok pembangkang dah timbulkan isu ini, kalu kita tak ambil berat, saya tak boleh nak jamin sokongan orang saya kepada gagasan kita dalam pilihanraya nanti “. maka dengan berat hati kerjaan pun tunaikan walau pun tak sepenuhnya. biasa lah minta 10 boleh dapat 5 pun dah kira ok dah. lain kali minta lagi, desak lagi, lama2 dapat habis lah.
Itu lah sandiwara mereka. Dan melalui sandiwara juga mereka hampir2 berjaya menumbangkan BN pimpinan Umno pada PRU 12. Dan melalui sandiwara juga lah Penang semakin jauh dari kita. Dan Penang mungkin akan begitu lah keadaannya seperti mana Singapura terlepas daripada pegangan kita. Hanya masa yang menentukan.
Dan mereka terus bersandiwara. Umno terkena dengan mereka. Pas terkena dengan mereka. Anuar Ibrahim terkena juga. Adakah kita sebagai pemilih hendak membiarkan mereka berjaya mengenakan kita juga.
” Hendak menjadikan malaysia sebagai negara islam ?”
” Over my dead body, my friend ”
Setiap kita jangan lupa pada ungkapan yang sangat sombong dan angkuh itu.
Kata Dr Mahathir ” Melayu mudah lupa “, dan mari kita tukar kepada saling berpesan2 sesama kita ” Melayu jangan mudah lupa “.
Harapan….
Kalu BN boleh rampas balik Penang dari DAP pada PRU 13 nie, fuh… aku tabik dengan PM Najib. Dia hebat, dan lebih hebat daripada Dr Mahathir.
Cuma aku rasa yang Umno duk pulun nak ambil balik pada PRU nie adalah Kelantan dan Kedah. Tapi kalu setakat kedah dan kelantan … rasa2 duk ada dalam kerongkong Umno dah. Kalau setakat berjaya rampas balik kedah dan kelantan, tak hebat apa pun sebab itu negeri yang dibawah perintah parti melayu. tapi kalu Penang yang dibawah perintah parti ultra kiasu … BN boleh rampas balik … aku tak tau nak cakap apa dah kerana terlalu mengharapkan…. keajaiban berlaku.
Salam,
Nik Aziz bukan ulamak, hanya pemimpin politik dan MB yang tidak bijak memimpin dan lemah dari segi pentadbiran…
Dia hanya pandai menjawab “ambo tidak tahu”
Sedangkan, khalifah dan umarak Islam seperti Khalifah Umar Abd Aziz dan leluhurnya Saidina Umar al Khattab, adalah pemimpin yg sgt adil..sanggup berjaga malam melihat dan meninjau kehidupan rakyatnya…beza ini bagai bumi dengan langit ketujuh…
Nik Aziz sudah memperdaya org Islam dgn lakonan kealimannya, beliau bagaikan ular berkepala dua…jauhilah beliau, kerana tidak ada keselamatan brsama pemipin yg hanya pandai bermuka-muka..
Nak tanya korang semua…
Ada tengok muka depan Berita Harian. Nisbah 1 : 40. Heii .. menakutkan kalu betul apa yang di dedahkan tu.
Jadi tolong lah ingat2 kan orang disekeliling kita. Jangan syok duk berpolitik sangat sampai terlupa nak mendaftar diri sebagai pemilih.
Tak guna menyalak kalu kita sendiri tak layak mengundi kerana nama tak ada dalam daftar pemilih.
tukar topic skit,
Persoalan yg perlu dfikirkan;
Sejak 2,3 minggu kebelakangan ini, byk kebakaran besar yang memusnahkan byk kedai dan rumah berlaku di negeri Kelantan,
Bila kebakaran seperti ini berlaku di negeri pemerintahan Barisan Nasional, seperti biasa , tanpa usul periksa pihak pembangkang akan menfitnah BN yg melalakukan khianat.
Tetapi kenapa, apabila kebakaran yg berlaku dinegeri pemerintahan pembangkang, pihak pembangkang berdiam diri saja?
tak nak fitnah BN yg khianat ke?
Nisbah 1:40 ni memang sangat membimbangkan. Ini salah satu punca orang Melayu hilang kuasa politik. Dahlah anak muda kita banyak merempit, banyak menjadi doktor cucuk sendiri banyak pulak tak daftar mengundi.
Saya bekerja keras untuk menyedarkan pemuda kita betapa pentingnya menjadi pengundi yang sah dan mengundilah bila diberi peluang. Kurang berjaya, mereka mengambil mudah. Mereka tidak sedar betapa bukan Melayu sedang berusaha keras untuk mengambila alaih kuasa politik dari orang Melayu. Mereka meresap dalam badan PAS dan PKR dengan seolah-olah menjadi alim, meminati Islam dan percaya kpd Quran dan Hadis. Orang2 yang tidak bijak ( yang cerdik, ijazah berjela ramai) seperti TG Nik Aziz dan pengikutnya sudah TERMAKN gula-gula mereka seperti ramainya anak Melayu termakan dadah.
Selagi PAS dan PKR, TEBAL dengan dendam peribadi terhadap UMNO, kita orang Melayu tak kiralah ahli PAS, PKR atau UMNO sentiasa dalam bahaya.
Beritahulah kpd orang Melayu kalau PR ambil alih pemerintahan negara akan terbentuk Malaysia ( Baru ) dan yang memerintah ialah DAP. PAS dan PKR hanya menjadi ‘pak turut’ sepanjang hayat.
Perlembagaan akan dipinda, tiada lagi perkara 152, 153. Universiti menjadi hak semua atas dasar SAMA RATA ( UMNO/BN berjuang atas dasar SAKSAMA ), kemasukan ke u berdasarkan MERIT sepenuhnya. Berapa keratlah anak Melayu, anak kita, yang boleh masuk u nanti.
Sama-samalah kita berusaha agar PRU 13 menjadi PRU untuk menguburkan cita-cita kotor DAP bersama PAS dan PKR.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Salam hormat.
Awang Besut.
Karut la Awang Besut, seiged mentality
Pemikiran semacam inilah yg memperendahkan org melayu, hingga mereka takut kepada bayang-bayang sendiri
oohay: comment encik awang besut tu tidak karut. jangan kamu sempitkan fikiran semata mata dendam. cuba kaji2 betul peratusan melayu skrg. amat senang jika kaum cina terus bersatu utk merampas malaysia.
Sdr. Oohay, kalau sdr orang Melayu saya merasa hairan kenapa tak nampak apa yang saya katakan.
Cuba renung perkara berikut:
Penentangan yang amat kuat terhadap dasar ekonomi yang condong kepada membantu Melayu walaupun mereka mendapat faedah yang sama,Pakturut Melayu sama-sama menyokong mereka.
Mendesak agar kemasukan ke U berdasarkan merit sepenuhnya, Berapa ramai Melayu yang akan tercicir.
Mendesak agar bukan bumiputra dibenarkan masuk UiTM sekurang-kurangnya 10%,Pakturut PKR di Selangor beria-ia benar mendesak.
Dengan halus mendesak hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan banyak lagi yang sdr. Ooy boleh baca dalam akhbar.
Samarata dilaung-laungkan sedangkan SAKSAMA lebih baik untuk raayat Malaysia yang berbilang kaum dan berbeza taraf ekonomi.
Saya cadangkan sdr. membaca dengan ‘matahati’ kalau tidak amat sukar untuk mentafsirkan gerakan mereka lebih-lebih lagi kalau dah termakan gula-gula yang dihulurkan.
Terpulanglah kepada sdr. untuk menilainya. Saya sekadar memberi amaran untuk kebaikan kita anak, cucu di masa depan.
Seiged Mentality baik dalam keadaan sekarang agar orang Melayu lebih berwaspada jauh lebih baik daripada ‘Pakturut Mentaliti’ ,’Dendam Mentaliti’ dan ‘Hasad Dengki Mentaliti’ yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.
Salam hormat,
Awang Besut.
(Saudara, apa yang saudara tulis menarik dibaca tetapi saya tidak boleh siarkan melainkan, saudara emailkan apa yang saudara tulis kepada saya dengan nama penuh, alamat dan juga nombor telefon. Walaupun saya tidak akan siarkan maklumat saudar dan akan sembunyikan identiti saudara tetapi saya perlu tahu kewujudan sebenar saudar sebelum saya boleh bertanggungjawab siarkan apa yang saudar tulis. Terima kasih.)
24oldfitghter: sighs….what u mean kewujudan sebenar? syed ni palsu ka? ayooo read the first posting till now la..adoi adoi tu pon nak kata palsu lagi
Saudara Awang Besut
Terima kasih kerana menyahut sentuhan saya berkenaan isu Melayu Kurang Mendaftar Sebagai Pemilih.
Sedih dan sungguh sedih serta malang sekali orang seperti ” oohay “” ni tak nampak akan kesan yang bakal di tanggung oleh orang melayu jika tidak terdapat nama dalam daftar pemilih. Ada tiga kemungkinan di sini.
1. boleh jadi ” oohay ” ni bukan orang melayu yang menyamar sebagai melayu dengan niat untuk melekakan orang melayu daripada mendaftar diri dengan SPR sebagai pemilih.
2. boleh jadi ” oohay ” ni adalah melayu tapi dari puak parti berfantasi (Pas) yang merasakan orang melayu kalau pun tak menjadi pengundi maka dengan pertolongan dari langit islam tetap akan menang.
3. boleh jadi ” oohay ” ni seorang yang tak reti langsung tentang peralihan kuasa politik secara demokrasi, maka sebab itu pada dia melayu daftar atau tak daftar sebagai pengundi tak penting.
Orang yang ” benak ” dan ” bingong ” seperti ini tak perlu di layan.
hahahaha….mapuh laa ……x tahu hak mana betui hok mana salah….dua2 x leh pakai…..hahaha…dua2 kaki tipu anak bangsa…hahahaha
ha hahahah “KAWE” MAPUH LAA demo p la duk tak bai ..bru la demo tau hahahaha