Skip to content

Archive for May, 2010

Judi: Siapa Untung Siapa Rugi

Ada beberapa perkara yang menggusarkan saya di dalam penentangan Judi Bolasepak oleh pihak-pihak politik. Penentangan Judi Bolasepak ini datangnya dari segelintir di dalam UMNO dan komponen-komponen BN dan di juarai juga oleh Pakatan Rakyat.

Siapakah yang untung dari segi kewangan jika Judi Bolasepak tidak dibenarkan di Malaysia secara sah?

Sudah tentu yang untung ialah mereka yang mendapat manfaat dari ‘Dunia Gelap’.  Judi Bolasepak dibenar atau tidak, ianya akan terus berleluasa dan bertambah-tambah makmur di musim Piala Dunia. ‘Dunia Gelap’ akan melimpah-limpah keuntungannya.

Negara tidak akan mendapat apa-apa hasil. Rakyat Malaysia yang kaki judi akan terus bertaruh. Tidak kira Cina, India, Melayu atau lain-lain. Ya, judi yang sah atau tidak sah dari segi perundangan Malaysia tetap akan menjadi tumpuan umat Islam yang berminat untuk berjudi. Usah kita nafikan itu semua.

Saya gesa umat Islam dan pemimpin-pemimpin politik mengambil iktibar dari dasar Membangun Bersama Islam yang sudah 19 tahun ditegakkan di Kelantan.

Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.

Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?

Kalau kita ambik iktibar dari Membangun Bersama Islam dan Nik Aziz, sudah tentu tidak salah bagi seorang pemimpin Islam memberi lesen untuk membenarkan aktiviti ‘dosa’ asalkan ia tidak dibenarkan kepada orang-orang Islam. Jika masalah sosial juga menjadi alasan, arak juga adalah satu punca yang sering membawa kepada maksiat dan jenayah yang besar.

Di dalam soal ini saya sependapat dengan Nik Aziz.

Nik Abduh Apa Khabar?

Lama tidak mendengar cerita berhubung Al Fadhil Ustaz Nik Abduh. Kali terakhir mendengar cerita ialah dia pergi bertemu bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Harap-harap Al Fadhil Ustaz didalam keadaan tenang.

Kemarau panjang di Kelantan nampaknya sejuk seketika buat penyokong-penyokong PAS yang galak menyeru SPRM menyiasat segala pembongkaran di dalam blog ini.

Bermula Ahad lepas, akhbar tempatan melaporkan pelbagai berita. Hari ini The Star lapor seperti berikut,

KOTA BARU: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has raided a logging concession company and seized documents in connection with timber concessions believed to be linked to the Kelantan state government.

Sources said three MACC officers from Putrajaya raided the company office at Jalan Pekeliling here at about 11am and spent at least five hours interviewing the employees.

They said the company had been awarding large tracts of timber concessions to companies and individuals linked to some politicians over the years.

It was also learned that the directors of the company were linked to several exco members in the PAS-led state government.

On Sunday, MACC officers raided the state Forestry Department and seized several files to investigate alleged corrupt practice in the award of logging concessions in Kelantan.

The officers spent more than five hours at the department office at Kota Darul Naim. (di sini)

Khabarnya, salah seorang syarikat tersebut adalah milik anak kepada kroni besar Nik Aziz. Sehari sebelumnya, The Star melaporkan seperti berikut,

KOTA BARU: A team of Malaysian Anti-Corruption Commission officers raided the state Forestry Department at Kota Darul Naim and took documents believed to be related to the awarding of logging concessions in Kelantan.

Four officers from Putrajaya arrived at the office at 10am yesterday and left at 3.30pm with the documents.

Kelantan Forestry Department director Datuk Abdullah Sani Shaffie told newsmen that his staff cooperated by providing the documents sought by the officers.

He added “his doors were open” and he had no problems rendering help to authorities to facilitate their investigations.

“The officers came to get the documents they wanted involving logging companies and I have no problem with it,” he said at his office after the five-hour visit by the officers.

The MACC officers were not available for comment. (lanjut di sini)

Sementara itu Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut,

KOTA BHARU 23 Mei – Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan masa lebih empat jam di Pejabat Perhutanan Kelantan di sini hari ini bagi meneliti beberapa dokumen berkaitan pemberian lesen balak di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shafie berkata, pegawai berkenaan yang datang secara mengejut itu turut mengambil dua fail yang mempunyai maklumat berkenaan kelulusan pembalakan tersebut.

Jelasnya, selain itu, beberapa dokumen berkaitan prosedur pemberian lesen pembalakan di negeri ini turut diteliti.

“Mereka yang datang dari Putrajaya masuk pada pukul 10.30 pagi tadi dan selesai meneliti fail-fail berkenaan pada kira-kira pukul 3.04 petang.

“Banyak dokumen membabitkan pemberian lesen pembalakan dan prosedurnya bermula tahun 1999 yang diteliti oleh pegawai-pegawai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu mengenai banyak kelulusan kawasan balak kepada beberapa syarikat yang dikaitkan dengan individu tertentu kini menjadi perbualan umum di negeri ini.

Di samping itu, ia dihangatkan dengan pendedahan melalui blog mengenai janji penyaluran dana kepada institusi yang berkait rapat dengan parti politik sebagai timbal balas bagi memudahkan kelulusan dibuat.

Abdullah berkata, beliau sendiri tidak mengetahui tujuan sebenar kehadiran pegawai SPRM itu dan hanya diberitahu mengenai kedatangan mereka pagi ini.

“Mereka cuma kata mahu meneliti beberapa dokumen pembalakan dan kita memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Pasal apa mahu siasat, itu saya memang tidak tahu dan biarlah mereka selesaikan kerja mereka,” jelasnya.

Tambahnya, SPRM mungkin akan membuat susulan lagi selepas ini kerana banyak lagi dokumen yang diminta oleh pegawai-pegawai berkenaan tidak ditemui. (Lanjut di sini)

Harap-harap Razak Abas didalam keadaan tenang juga dan tidak pula menyelak kain dihadapan Pegawai-pegawai SPRM jika ditakdirkan bersua di pejabat atau rumah anaknya, Roshaimi.

Sementara itu, kalau fail tahun 1999 ke atas yang dicari, Dato’ Husam Musa waktu itu berada di Parlimen dan belum menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Siapa pula Exco yang akan di siasat?

Saya Dah Suruh CheGu Pa Ambil Nombor Dulu…

Apa komen Sheih bila Setiausaha Agung PAS kata Sheih askar upahan, seorang lelaki yang tiada integriti? Tanya wartawan yang hadir di dalam sidang media oleh Mustafa Ali bagi menafikan pembabitan PAS dalam Operasi Gerak Saraf 4 Juta, di Pejabat Agung PAS.

“Suruh CheGu Pa ambik nombor dulu, saya pun boleh cakap, Pimpinan PAS yang saya kenali selalu cakap CheGu Pa spy UMNO, tetapi itu tidak penting bagi saya, saya nak minta CheGu Pa ambik nombor dan tunggu giliran untuk CheGu jawab bila isu yang berkaitan untuk CheGu Pa….”

Malangnya, dalam saya belum bersedia untuk menulis berhubung Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS di dalam blog ini, pagi-pagi saya menerima sms meminta saya pergi ke satu blog yang kuat membelasah saya sebelum ini. Katanya ada cerita pasal Kohilal.

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% – 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Itu adalah diantara highlights bahagian pertama skandal Koperasi berhubung kait dengan PAS. Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila ke sini.

Nampaknya nama CheGu Pa dah dipanggil untuk menjawab atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung Partai Islam SeMalaysia.

Dato’ Mohd Amar Berdepan Dengan Siasatan?

Ahli exco PAS yang disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menggantikan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bakal berkemungkinan berdepan dengan siasatan berhubung skandal penjualan tanah Yayasan Islam Kelantan.

The Star hari ini melaporkan sedemikian,

KOTA BARU: A police report has been lodged against the Kelantan government claiming that an exco member and an MP had received RM3mil from a businessman for the sale of land belonging to Yayasan Islam Kelantan.

The Kelantan People’s Action Council’s (MTRK) women’s wing chief Rosmaria Abdul Hamid, accompanied by 30 other council members, lodged the report at the district police station here yesterday.

According to the report, Rosmaria said she received information on May 14 alleging that the senior exco member and MP were approached by a businesswoman known only as Norihan over a 3,300ha land deal.

Norihan was said to have introduced a businessman from a Johor firm to the two persons.

Rosmaria added that Syarikat Suurban had allegedly agreed to pay RM3mil to PAS for the land.

She urged the police commercial crime and the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate the claims made by Norihan.

Meanwhile, the exco member, when contacted said the allegations were baseless.

“I would rather leave it to the police or any enforcement department to investigate the claims and allegations,” the exco member said.

The MP could not be reached for comment. (The Star).

MTRK satu ketika dahulu diterajui oleh YB Ibrahim Ali dan kebanyakkan pengikutnya yang ramai juga telah menyertai PAS.

Sebelum itu, Ibrahim Ali telah menjual KRISS, atau Kelantan Research Institute of Strategic Studies kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. KRISS menjadi pusat penempatan beberapa orang UMNO yang menyertai PAS.

Dato’ Mohd Amar juga adalah terkenal sebagai AJK Balak Kelantan yang boleh menurunkan tandatangan dan meminitkan surat permohonan balak.

Kebelakangan ini, Dato’ Mohd Amar yang sebelum ini agak low profile semakin lantang bersuara mengkritik beberapa pihak di dalam PAS Kelantan dan juga seolah mahu supaya Tuan Guru Nik Aziz berundur pada kadar segera. Saya melihat, di dalam suasana krisis, Dato’ Mohd Amar adalah tokoh yang berani untuk bangkit dan bersuara. Pada waktu rakan seperjuangannya memainkan strategi kura-kura yang menyembunyikan kepala bila di asak. Mohd Amar sebaliknya menunjukkan kehebatan bakat yang diwarisinya.

Ayahandanya, Arwah Nik Abdullah Arshad adalah seorang ahli politik yang berani dan lantang serta merupakan salah seorang lagenda PAS Kelantan. Saya pernah berkesempatan menjadi pemandu kepadanya sewaktu beliau adalah ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan ahli Parlimen tunggal PAS ketika itu.

Baru-baru ini, Dato’ Mohd Amar tegas bersuara bahawa ada seorang exco yang akan digugurkan dari Kerajaan Negeri Kelantan. Harap-harap kelantangannya tidak memakan tuan.

Koperal Kita

Keluarga Koperal kita, Saudara Jemain Bin Subi beberapa kali menolak dengan penuh hormat dan terharu usaha pembaca blog ini untuk turut menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Saya yakin, mereka di dalam keadaan keliru, tertekan dan hilang punca dan paling tidak ada secebis rasa dikhianati.

Bagaimanapun semalam, saya telah diberi kebenaran untuk menggerakkan satu bentuk kutipan bagi membantu keluarga Koperal kita bagi mendapatkan keadilan.

Apabila Koperal Jemain Bin Subi didakwa di mahkamah, kos untuknya mempertahankan dirinya dan juga untuk beliau mendapatkan keadilan tidaklah percuma. Berapa kali kita dapat melihat betapa mahalnya kos untuk menuntut sebuah keadilan di dalam mahkamah. Ada yang terpaksa berbelanja berjuta. Di dalam filem saya Persona Non Grata dahulu, saya ada menjolok bahawa, ‘keadilan (di mahkamah) hanyalah untuk mereka yang berada’.

Saya yakin, jika Koperal Jemain Bin Subi menggadaikan segala-galanya yang dimilikinya untuk menanggung kos mendapatkan keadilan di Mahkamah, beliau sudah pasti akan tidak berlaku adil kepada isteri dan empat orang anaknya.

Di dalam rayuan saya kepada Keluarga Koperal kita, saya berkata, ‘hari ini ramai yang mahu bersama mereka tetapi perjalanan ini baru hendak bermula, satu hari nanti, di penghujung perjalanan itu, hanya mereka yang tinggal untuk menempuhinya.’ Itu adalah lumrah.

Kita sendiri mungkin sudah terlupa dengan Koperal kita waktu itu. Maka hari ini, sementara kita masih ingat bahawa Koperal kita akan terpaksa berdepan dengan keadilan di Mahkamah dan sementara kita ingat beliau terpaksa berdepan dengan jentera Jabatan Peguam Negara serta diperhatikan dengan begitu ramai peguam dan ahli politik yang secara percuma menggadaikan diri mereka untuk keluarga Arwah Aminurrasyid Amzah, Koperal kita hanya ada kita.

Arwah Bonda saya pernah berpesan, “rezeki yang turun pada kita tu, tidak semua untuk kita, sebahagiannya untuk orang-orang lain yang diamanahkan melalui kita…”, mungkin ada sebahagian untuk kita gunakan supaya dapat kita jelaskan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, Penjawat Jawatan Awam, SPRM, BOMBA dan lain-lain bahawa,

“Melakukan kesilapan sewaktu menjalankan tugas adalah lebih produktif dari malas melakukan tugas kerana takut melakukan kesilapan.”

Seorang yang rajin bekerja akan lebih mudah terdedah kepada melakukan kesilapan berbanding dengan orang yang tidak melakukan kerja.

Insiden ini hendaklah menjadi penanda aras buat pihak berkuasa untuk memastikan kesilapan dalam melakukan tugas dapat dikurangkan tetapi bukan dengan kaedah yang merendahkan moral penjalan tugas.

Anda boleh bersama saya dengan menghulurkan sumbangan anda ke,

JENAIN BIN SUBI, MAYBANK 162106273888

Terima kasih Malaysia.

Koperal Jemain Subi

Syukur kepada Yang Maha Pengampun, sebentar tadi saya dapat bercakap dengan isteri kepada Koperal Jemain Subi yang didakwa menyebabkan kematian kepada Arwah Adik Aminurasyid Amzah.

Saya menyimpan hasrat untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan mencari wang ikat jamin yang berjumlah RM10,000 yang dikenakan oleh Mahkamah dua hari lepas. Saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa wang itu telah dilunaskan menggunakan wang simpanan keluarga itu.

Saya berjanji akan menyumbangkan RM3,000 pada petang ini kepada keluarga Koperal Jemain Subi bagi menggantikan sebahagian wang simpanan mereka.

Berharap untuk bertemu mereka petang ini.

Seorang penulis blog cabut seperti saya menulis apa yang difikirkan oleh saya betul. Kadang-kadang ia mengundang masalah perundangan dan di dakwa sedangkan saya menulis dengan niat yang jelas. Undang-undang hendaklah dilaksanakan tidak kira ke atas siapa sekalipun dan sementara mahkamah menjatuh hukum, orang yang tertuduh dijamin tidak bersalah.

Sewaktu kejadian tembakan yang meragut nyawa Adik Aminurasyid, Koperal Jemain Subi sedang menjalankan tugas. Setidak-tidaknya, itulah pemahaman saya.

Husam Sahkan Bayaran RM4 Juta

“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.

Katanya lagi,  sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.

Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam  buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.

Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.

Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.

“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.

“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan  korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.

Kerana itu, tambahnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.

“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. (HarakahDaily, penuh di sini)

Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan?

Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka  seberani Husam?

Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar  blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua.

GMC Hak Tok Guru

Beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum 2008, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz telah dijadualkan untuk memberi satu sidang media di Studio Global Media Channel Sdn Bhd. Memandangkan ini pertama kali Tuan Guru akan berkunjung ke GMC saya telah mengemukakan soalan kepada YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung pemilikan Global Media Channel.

“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.

“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.

Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.

Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya.

Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat juga pernah menghabiskan masa beberapa jam sehari selama beberapa hari di Global Media Channel, tetapi pada waktu itu kami sudah tidak lagi menjalankan Operasi Gerak Saraf secara intensif seperti dulu.

Tujuan kehadiran Penolong Kepada Mustafa Ali itu ialah bagi urusan penyuntingan Majalah Kelantan Gateway. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri juga kesal setelah menyaksikan sendiri peralatan yang kini tersimpan di dalam stor.

Sedikit sebanyak beliau cuba memberi bantuan dari segi projek untuk membantu Global kembali merangkak.

Di dalam sidang media seminggu sebelum Muktamar Pas pada awal Jun 2009, sewaktu melancarkan Majalah Kelantan Gateway, beliau menyebut, majalah itu diterbitkan dengan kerjasama “Global Media Channel, glc Kerajaan Negeri.”

Di dalam mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan juga nama Global Media Channel disebut beberapa kali. Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula Global Media Channel kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya.

Global Media Channel bukan weblog Kickdefella. Ia dua entiti berbeza.