Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi
Sheih
Posted on April 28, 2010
Saya menaruh keyakinan penuh bahawa YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan didakwa di antaranya atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah. Berdasarkan bukti-bukti yang saya lihat, saya amat yakin. Cuma masanya sahaja yang belum tiba. Beberapa minggu yang lalu, Setiausaha Akhbar baru kepada MB Kelantan mengeluarkan kenyataan akhbar membidas jawapan saya ke atas tuduhan yang dibuat oleh Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan di dalam akhbar Sinar Harian. HarakahDaily dan Akhbar Harakah membawa berita itu yang berbunyi begini, KOTA BHARU, 12 April: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan seorang blogger yang kini menjadikan PAS sasaran kecamannya sebagai seorang yang kecewa. Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan, dia…