Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan blogger yang telah dicelakakan oleh beberapa blogger berhaluan kanan di dalam PAS kerana mendiamkan diri terhadap kritikan-kritikan saya. Budaya kasar dan ayat-ayat yang amat kesat mungkin menjadi budaya bagi segelintir pihak di dalam PAS kerana ia memang dihalalkan oleh Mursyidul Am PAS. Ia hanya akan membawa persepsi buruk terhadap Ajaran Islam yang menjadi perjuangan PAS. Sejak saya ditamatkan perkhidmatan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, saya telah bergerak sendirian. Saya jauhkan diri daripada rakan-rakan blogger ataupun dari rakan-rakan di dalam PAS. Saya elakkan diri dari bertemu mereka kerana saya tidak mahu mempengaruhi sesiapa dengan isu yang saya paparkan. Saya bergerak di atas fakta malangnya PAS masih dipengaruhi oleh segelintir golongan yang lebih suka retorik. Usah lemparkan kata-kata…