Skip to content

Archive for April, 2010

The War Of The Running Dogs

“On June 16, 1948, the jungles of Malaya gave birth to terror. In one bold stroke, Communist insurgents shattered Malaya’s post-World War quiet with ruthless, well-planned attacks on two targets: the British colonialists, mostly planters and tin miners who considered Malaya their home and the native populace who, by sheer intimidation, were to be turned into tools of the revolution supplying food and material-and bodies-for the ambitions of the National Liberation Army.

It was a war of weird ironies: a battle for freedom, when the British had already volunteered to give Malaya its independence; a duel between bitter enemies who, a few years earlier, had shared danger and deprivation fighting the Japanese. And it was new kind of war, waged from the depths of impenetrable jungle, with hit and run tactics that forced the British to devise unorthodox responses, military and political-including the secretive, incredibly efficient SAS-that turned a rout into one of the great victories of the post World War period.” – Noel Barber, The War of The Running Dogs.

Setiausaha Akbhar Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata,

“Katanya, beliau tidak perlu menjawab cabaran Syed Azidi yang memintanya menyiasat sumber peruntukan itu.

“Dia yang dedahkan jumlah tersebut dan dia yang kena dedah bagaimana ia diperolehi. Buat apa saya nak siasat, itu dakwaan beliau sendiri, beliau bebas untuk menyatakan berapa juta yang dia dapat.

Beliau bertanggungjawab untuk dedahkan dan bukan kerja saya untuk respons kepada penulis blog murahan seperti ini,” katanya.”

“Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan tersebut berasas atau pun tidak kerana Pemuda Pas negeri tidak memiliki maklumat yang lengkap.

“Perkara ini akan dibawa ke peringkat pimpinan parti untuk diputuskan tindakan lanjut sebab kami di peringkat Pemuda tidak ada maklumat tentang jumlah tersebut, kita minta kepimpinan menjalankan siasatan terhadap dakwaan ini.” (Utusan Malaysia)

Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada ‘pimpinan parti’ dan jika ‘pimpinan parti’ bersependapat dengan Setiausaha Akhbar MB bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya.

Saya menanti.

Sementara itu anda boleh baca jawapan Rahman Tulang Besi terhadap jawapan saya dan posting oleh Perisik Rakyat disini.

Saya telah didakwa sebagai Spy Mahathir, Agen UMNO, Ketua Task Force 13, Agen CIA, FBI dan Mossad. Setidak-tidaknya, kemukakanlah hitam putihnya. Saya pasti ramai yang ingin melihat buktinya. Saya pun sama. Hendak juga saya tuntut gaji dan elaun dari ‘majikan’ saya itu.

Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi

Saya menaruh keyakinan penuh bahawa YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan didakwa di antaranya atas kesalahan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.

Berdasarkan bukti-bukti yang saya lihat, saya amat yakin. Cuma masanya sahaja yang belum tiba.

Beberapa minggu yang lalu, Setiausaha Akhbar baru kepada MB Kelantan mengeluarkan kenyataan akhbar membidas jawapan saya ke atas tuduhan yang dibuat oleh Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan di dalam akhbar Sinar Harian.

HarakahDaily dan Akhbar Harakah membawa berita itu yang berbunyi begini,

KOTA BHARU, 12 April: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan seorang blogger yang kini menjadikan PAS sasaran kecamannya sebagai seorang yang kecewa.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan, dia menjadikan PAS sebagai mangsa termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya, sedangkan pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

“Saya penuh meyakini dakwaannya banyak membantu kempen PAS di Kelantan merupakan satu pembohongan semata-mata. Hakikatnya, dialah yang mencari makan dengan kerajaan PAS sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, sebuah blog yang ditulis oleeh penulis kecewa itu mendedahkan beberapa dokumen secara terbuka melibatkan urusan parti dan kerajaan negeri.

Selain itu blogger terbabit mendakwa kerajaan negeri meminta mereka yang memohon tender kawasan balak memberi sumbangan kepada PAS Kelantan.

Ahmad Fadhli berkata, kemungkinan apa dia lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan mencari maklumat dan dibeli dengan harga mahal oleh pihak lain.

“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.

“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, blogger terbabit tidak pernah membuat laporan polis atau SPRM biar pun begitu galak membuat pendedahan dalam blog.

“Ini kerana semua pihak tahu bahawa pendedahan yang dibuat tersebut tidak boleh diketagorikan sebagai penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya. (HarakahDaily).

Kemudian, blogger Tulang Besi pula turut mengambil kesempatan untuk membelasah Kickdefella,

Semenjak “KICK” ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA. Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.

Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau. 

Saya sengaja mendiamkan diri terhadap Kick walaupun pada mulanya saya telah menghidu bau yang sangat tengik dan busuk melalui artikel beliau yang memuji Zulkifli Noordin Al Kazzab.

Agaknya sebab Kick dan Dzul ni dah masuk bakul yang sama, maka terpaksalah dia memuji sesama sendiri. 

Namun,sekarang saya mencabar Kickdefella supaya MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM di atas segala tuduhan beliau yang beliau katakana berlaku kronisma, nepotisma dan rasuah.

Dalam isu balak pun, saya mencabar Kickdefella untuk MELAPORKANNYA kepada SPRM bagi berlaku siasatan terperinci terhadap pemberian balak di seluruh Kelantan.

Kalau setakat dedah syarikat balak memberi sumbangan kepada PASTI Kelantan, apa masaalahnya? PASTI Kelantan adalah institusi yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan terutamanya yang miskin.

Bagi yang miskin, pendidikan pra sekolah yang mereka mampu tanggung hanyalah TADIKA KEMAS. Malangnya, Tadika Kemas adalah mempunyai kurikulum yang sekular dan tidak menjurus kepada pembinaan akhlak dan kefahaman Islam.

Maka, PAS menubuhkan PASTI bagi memberi pendidikan pra sekolah Islam yang murah harga yurannya supaya rakyat miskin di Kelantan dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.

Saya sendiri kalau menjadi MB akan MEWAJIBKAN semua syarikat yang mendapat konsesi balak untuk menyumbang kepada PASTI. Ini kerana ia menjamin kelangsungan dakwah, membantu orang miskin, memberi pendidikan pra sekolah yang sesuai dengan kemampuan orang miskin dan yang paling akhir menjadi saingan kepada kurikulum sekular Tadika KEMAS yang tidak membina minda Islam di kalangan kanak-kanak.

Jadi, kalau setakat sumbangan kepada PASTI si Kickdefella nak jadikan isu, saya nasihatkan Kickdefella, pegi main jauh-jauh.

BERIBU-RIBU keluarga miskin di Kelantan telah mendapat manfaat yang jelas dari sistem PASTI di Kelantan. Jangan lupa tu wahai Kick.

 Lagi satu, seperti yang saya kata sebelum ini, kalau saya menerima hadiah kek dan pakej haji, saya pun tidak akan bertanya kepada pemberi hadiah berapa harga kek atau pakej haji yang hendak dihadiahkan kepada saya.

 Itu namanya KURANG AJAR.

Adab orang Melayu bila orang bagi hadiah kita terima dengan baik dan tidak menyoal berapa harga hadiah tersebut hatta sebiji gula-gula pun. Mungkin Kick ni orang Siam sebab adab orang Siam mungkin lain dari belah sini.

Saya juga nak tengok di mana Tok Guru Nik Aziz menyimpan wang hasil dari “rasuah balak” seperti yang cuba dilukis oleh Kickdefella.

Saya jamin Tok Guru tak makan walau SEDUIT pun hasil balak tersebut.

Akhir kata, berenti lah melalak sana sini wahai Kick. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan SPRM dan biar mahkamah menentukannya.

 Saya tahu sapa tuan baru si Kickdefella ni dan mengapa beliau berani menuduh Tok Guru sebagai menderhaka kepada Sultan.

 Pelik tak dia boleh dapat surat menyurat yang berkaitan dengan Istana? Mana dia dapat ye?(Malaysian Waves).

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau. Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali.

Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut  nama orang tersebut dengan jelas.

Sementara itu, berhubung perlunya saya membuat laporan kepada SPRM, saya rasa memadai jawapan daripada SPRM dalam Utusan Malaysia semalam,

KOTA BHARU 26 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, pada masa yang sama, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi sekiranya maklumat yang diperoleh tidak lengkap.

Beliau berkata, sebelum ini, kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat pendakwa raya bagaimanapun ia dipulangkan kepada SPRM untuk meneruskan siasatan.

Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan disebabkan itu saya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut.

“Pada masa yang sama, kita akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan dan jika ada aduan lain atau tidak lengkap kita mungkin akan memanggil Nik Aziz dan Abdul Ariffahmi,” katanya. (Utusan Malaysian Online)

Kata orang, kalau kita mahu memerangkap seseorang, jangan ditanya padanya soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. Nanti habis kita dan sahabat kita pula yang terjerat. Saya tidak peduli sangat Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang baru itu, tetapi saya lebih prihatin dengan Rahman Tulang Besi.

Hikayat Orang Mengarut dan Mereka Yang Akan Di Hukum Pancung Oleh Husam

Berita Pertama,

KOTA BAHARU, April 22 (Bernama) — Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat on Thursday criticised the kickdefella blog site, describing it as nonsensical for trying to topple him with various accusations against the state government led by PAS.

In fact, Nik Abdul Aziz, who is also the PAS spiritual leader, described the writer of the blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, as being too obsessed with attacking him to the extent of making personal attacks which was against the teachings of Islam.

“That’s his business, he seems to be intoxicated and is talking rubbish. He likes to make personal attacks. He is not a journalist, he is an absurd blogger,” he told reporters when met at his residence in Pulau Melaka, here.

He said this when commenting on the attempts by the blog site to topple him as the Kelantan Menteri Besar by claiming various irregularities occurring in the state administration led by Nik Abdul Aziz.

On April 8, Kelantan Umno Youth head Anuar Sapian had urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to carry out investigations following several new issues which allegedly involved Nik Abdul Aziz which was exposed by the blog.

Anuar also called on the MACC to disclose the status of the investigation on Nik Abdul Aziz and his son-in-law, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman with regard to the alleged malpractices in the Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK).

The blogger, Syed Azidi had his contract of service as the PMBK Corporate Relations Officer terminated by Abdul Ariffahmi. Bernama

Berita kedua

KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat criticised the blog Kickdefella, describing it as “nonsensical” and trying to topple him with various accusations against the PAS state government.

Nik Abdul Aziz, who is also PAS spiritual leader, described the person behind the blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, as being too obsessed with attacking him to the extent of making personal attacks, which was against the teachings of Islam.

“That is his business. He seems to be intoxicated and is talking rubbish. He likes to make personal attacks.

“He is not a journalist. He is an absurd blogger,” he told reporters when met at his residence in Pulau Melaka, here yesterday.

Nik Aziz said this when commenting on the attempts by the blogsite to topple him as the Kelantan Mentri Besar by claiming various irregularities in the state administration.

On April 8, Kelantan Umno Youth head Anuar Sapian had urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to carry out investigations following several new issues which allegedly involved Nik Abdul Aziz and ex posed by the blog.

Anuar called on the MACC to disclose the status of the investigation on Nik Abdul Aziz and his son-in-law Abdul Ariffahmi Ab. Rahman over alleged malpractices in Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK).

Syed Azidi had his contract as the PMBK corporate relations officer terminated by Abdul Ariffahmi. — The Star

Berita ketiga

KOTA BHARU – Menteri Besar (MB) Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan yang kononnya beliau akan berundur daripada jawatan yang disandangnya itu dalam masa terdekat ini.

Katanya, beliau tidak akan melepaskan jawatannya disebabkan faktor usia dan tahap kesihatan yang dialaminya.

“Tak ada…tak ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, dekat sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta pimpinan Pas bersedia dari segi mental dan spiritual bagi menghadapi kemungkinan pengunduran Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz dilaporkan tidak menolak terdapat pelapis dalam Pas Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar tindakan penulis blog, Kickdefella yang didakwa cuba menjatuhkannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan.

“Itu dia punya fasal. Dia sudah mabuk dan cakap mengarut. Dia menyentuh peribadi orang. Ini bukan wartawan, ini blogger. Mengarut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, semalam.

Pada 8 April lalu, Ketua Perg:erakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pendedahan penulis blog itu.

Anuar juga mendesak SPRM mendedahkan status siasatan ke atas Nik Aziz dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dipecat oleh Abdul Ariffahmi sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK dengan ditamatkan kontrak beliau.

Pendedahan terbaru yang dibuat oleh blogger Kickdefella mengenai sumbangan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dijalankan oleh Pas Kelantan sebagai timbal balas apabila meluluskan pemberian kawasan balak kepada syarikat tertentu.

Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen penting membabitkan sumbangan terhadap Pasti sekiranya diluluskan kawasan balak malah ada di antara dokumen terbabit turut disertakan nombor cek. Sinar Harian

Dan apa YB Dato’ Haji Husam Musa kata,

KOTA BAHARU, 19 April (Bernama) — Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Husam Musa berkata tindakan menyebarkan rahsia parti itu menerusi laman blog tidak akan menggugat PAS.

Ini kerana masyarakat khususnya rakyat Kelantan sedar akan kewujudan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika ada orang dalam PAS bersikap membocorkan rahsia dalaman parti boleh dihukum pancung,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan laporan sulit hasil bedah siasat pilihan raya umum ke-11 di Kelantan pada 2004, yang menyaksikan Kelantan hampir jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Antara blog yang kerap membuat kenyataan mengenai pentadbiran Nik Abdul Aziz dan PAS di Kelantan ialah blog Kickdefella. Bernama

Kickdefella belum kata apa-apa lagi.

Aku Mohon Perlindungan Dengan Allah Dari Syaitan Dan Politik

Saya tidak mahu bersahabat dengan Syaitan biarpun Syaitan mahu membantu saya membersihkan PAS Kelantan dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi bila saya baca tulisan seorang insan yang amat-amat saya kagumi dari segi ilmu agama dan duniawi, saya akhirnya sedar, bahawa saya sebenarnya tidak bersendirian. maka rasanya tiada sebab perlu bersahabat dengan Syaitan kerana jika kita bersabar, kita akan menemui juga mereka yang Mulia untuk membantu kita. Baca tulisan sahabat saya di bawah yang saya petik dari blognya, Muqabalah Blog,

“Akhirnya, agaknya dengan insaf dan hina diri kita perlu mengaku yang ahli politik, dari parti mana pun mereka datang sebenarnya mempunyai neraca mereka politik yang berbeza daripada neraca kita, neraca mereka tidak sama dengan neraca kita. Sayunya hati kita mengenangkan peristiwa yang berlaku kepada Badiuzzaman Said Nursi ketika beliau mendengar ceramah politik dari seorang yang agak beragama yang telah mencerca seorang tokoh yang berperibadi baik kerana dia dari parti lawan dan memuji seorang tokoh yang terkenal dengan peribadi buruk kerana dari parti sendiri. Lalu Badiuzzaman Said Nursi mengisyhtiharkan beliau sebagai Said yang Baru , dan melafazkan ungkapan nya yang terkenal “A’uzabillahi mina as-Syaitani wa as-Siyasah” (Aku minta perlindungan dengan Allah dari Syaitan dan politik!).” (Sepenuhnya di sini)

Sebelum itu Muqabalah Blog juga ada bercerita perihal Driver Kereta Rosak Di Hulu Selangor.  Saya berharap, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang akan berkempen untuk Dato’ Zaid Ibrahim, calon PKR sempat berfikir sejenak perihal kisah Badiuzzaman Said Nursi.

Oooh… Aaah Zaid Ibrahim

Datuk Mohd Zaid Ibrahim akan sentiasa saya kenang sebagai seorang yang pada pendirian peribadi saya mempunyai intergriti tinggi. Secara peribadi juga saya suka menafsir Datuk Zaid sebagai seorang yang jujur, lemah lembut, berbudaya tinggi dan mudah mesra.

Seperti rakan blogger lain yang mengenali Zaid, beliau telah membuka pintu rumahnya seluas-luasnya untuk saya, pertama kali kami bertemu. Beliau menghabiskan 2 jam untuk mendengar serba sedikit taklimat saya tentang tuntutan royalti minyak Kelantan, pandangan saya tentang Pakatan Rakyat, PAS Kelantan, Mustafa Ali dan Husam Musa.

Melihat kepada beberapa pertemuan di antara YAB Dato’ Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dengan Zaid Ibrahim sebelum Zaid menyertai Pakatan Rakyat, saya dapat merasakan Nik Aziz juga mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada Zaid Ibrahim walaupun pelbagai kecaman dilemparkan oleh PAS dan Nik Aziz sendiri terhadap Zaid sebelum itu.

Zaid Ibrahim pernah bertanya pada saya di dalam pertemuan kali pertama beberapa minggu selepas PRK Manek Urai 2009 yang lalu, “Kenapa Di (Azidi) tak masuk PAS?”

“Sama seperti Datuk, buat apa kita nak seksa diri kerana siapa kita satu ketika dulu…” Jawapan saya merujuk kepada penjelasan Zaid mengapa beliau memilih PKR dan bukannya PAS untuk memperjuangkan ideologi politiknya.

Ketika ditanya media waktu itu, jawapan Zaid adalah kerana beliau tidak fikir PAS boleh menerima dirinya seadanya.

Ternyata perkiraan Zaid adalah silap. Zaid Ibrahim sudah tentu bukan Malaikat, Nik Aziz pun tahu, tetapi waktu itu mungkin Zaid tidak percaya kata-kata Nik Aziz pada 24 Januari 1999, Nik Aziz sanggup berkawan dengan Syaitan untuk mencapai matlamat politiknya.

Meminum arak, berzina, berjudi adalah persoalan moral dan bukan kesalahan jenayah dalam konteks perlembagaan persekutuan yang diangkat oleh Zaid ketika menyaman Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud.

Zaid Ibrahim hari ini mengakui tidak menentang perlaksanaan Hukum Hudud tetapi berpendapat perlembagaan persekutuan tidak membenarkannya lalu sebagai seorang peguam beliau perlu mengangkat perlembagaan persekutuan dan bertindak.

Pendirian dan pemahaman Zaid sebenarnya jelas seperti yang tercatat di dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada Isnin, 11 Julai 2005,

Ini bererti pada umumnya, undang-undang jenayah mestilah digubal di peringkat Parlimen Persekutuan. Inilah pembahagian kuasa yang kita persetujui dari dalam.

Saya bimbang kalaulah garis panduan personal law dan private law ini kita kabur kita akan menghadapi satu keadaan di mana kita akan mempunyai bermacam-macam undang-undang jenayah yang digubal oleh Dewan-dewan Undangan Negeri yang tidak pun menjadi satu kesalahan di peringkat Federal ataupun Penal Code.

Jadi pembahagian kuasa ini tidak ada ertinya kalau kita melanggar garis-garis

yang telah ditetapkan ini. Ini adalah satu perkara constitutional issue yang penting dan dalam kita ingin melaksanakan undang-undang Islam ini pun kita harus terbatas dalam hal ini supaya kita tidak menimbulkan permasalahan yang lain.

Saya melihat sejak tahun 1988 khususnya kita banyak menggubal undang undang jenayah. Di Wilayah Persekutuan sendiri kita banyak undang-undang jenayah misalnya mengembangkan doktrin agama yang salah ataupun ajaran sesat yang kita sebut dan bincangkan pagi tadi. Kita minum atau makan dalam bulan puasa, itu juga satu jenayah. Kita tidak sembahyang Jumaat, kita juga boleh dikenakan tindakan jenayah. Kalau kita pondan, kita berpakaian lelaki dan berpakaian seperti wanita juga menjadi jenayah. Kita berjudi juga satu perkara jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah kita buat undang-undang berasaskan kepada semua ini. Yang menjadi masalah kepada saya ialah mengapakan hanya orang-orang Islam sahaja yang disalahkan. Kalaulah berjudi itu satu perkara yang tidak baik, mengapa kita benarkan? Mengapa kita benarkan?”

Perenggan terakhir di atas jelas Zaid berpendapat, jika benar Undang-Undang Jenayah Islam itu baik untuk dunia sejagat, mengapa ia harus diguna ke atas orang-orang Islam sahaja. Sebaliknya ia harus dibentang di Parlimen bagi menggantikan Kanun Acara Jenayah dan digunapakai untuk semua yang melakukan kesalahan di Malaysia.

Zaid Ibrahim juga berpendapat bahawa isu Lina Joy bukan isu murtad tetapi sekadar isu seorang perempuan Melayu beragama Islam yang mahu menggugurkan kalimah Islam dari tercatat di dalam kad  pengenalannya.

“Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam,” kata Zaid seperti dilaporkan oleh HarakahDaily.

Berikut adalah sebahagian daripada petikan tulisan HarakahDaily,

“Islam tidak terancam, pemikiran kolot anda yang terancam,” katanya di sebuah forum bertajuk ‘Freedom of Religion and the Federal Constitution,’ anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini 9 September lalu.

Ahli panel pada forum tesebut adalah pensyarah dari Kuliyah Undang Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Mohammad Hashim Kamali yang membentang topik ‘Human Rights and Islam’ dan Zaid sendiri.

“Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? “Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya?

Adakah kita tahu?” tanyanya.

“Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya.

Tidak perlu kata Islam terancam,” kata Zaid.

Beliau turut menyifatkan rakan ahli Parlimennya menonjolkan ‘kebodohan’ apabila tidak berpuas hati tentang kelemahan undang-undang yang disifatkan membuka ruang lebih ramai umat Islam untuk murtad.

“Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita?” tanyanya lagi.

” Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman,” katanya.

Ramai yang kecewa dengan sikap Zaid yang secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad.

Di Dewan Rakyat juga Zaid Ibrahim melahirkan dengan jelas pendiriannya,

“Pertama kerana dalam Perlembagaan kita membenarkan kebebasan beragama dan kita juga ketahui bahawa dalam Islam sendiri pun memberikan kebebasan itu. Kalau tidak tidakkan ada dalam surah Al-Baqarah bahawa kita tidak ada paksaan dan surah-surah lain dalam Quran yang menyatakan Allah S.W.T. boleh membuatkan kita semua ini serupa tetapi tidak pun dibuat begitu.

Ahli-ahli fikir Islam sendiri pun mengakui bahawa Islam itu begitu toleran agamanya. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah ada satu kes murtad yang dibuat hukuman.”

Tetapi pendirian Zaid itu diselar oleh Ismail Bin Noh, Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas di dalam dewan yang sama,

“…apabila kita sudah masuk Islam hokum taqlif ini kena kepada kita. Hendak sembahyang, tidak mahu sembahyang, hendak minum arak tidak mahu minum arak, hendak berjudi tidak mahu berjudi. Allah S.W.T. paksa kita jangan berjudi, Allah S.W.T. paksa kita kena sembahyang dan Allah S.W.T. jangan minum arak.

Maknanya, bila kita sudah masuk Islam maka paksaan itu wajib ke atas kita dan tidak boleh keluar daripada itu. Jadi, minta Yang Berhormat Kota Bharu supaya ambil perhatian dalam hal ini.”

Pendirian Zaid juga mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen BN dari Sri Gading yang turut mencelah ketika ucapan Zaid dan berkata,

“Yang Berhormat bagi Kota Baharu ini orang pandai, tetapi kadang-kadang pandai ini boleh menghanyutkan orang Islam. Ini yang saya bimbang.

Apabila kita menjadi orang Islam, kita wajib tertakluk kepada undang-undang Islam, tidak dapat hendak elaklah. Memanglah ada undang-undang negara kita yang setia. Tetapi, sebagai orang Islam, kita kena patuh, taat kepada undang-undang Islam dan undang-undang Islam itu dia guna pakai hanya kepada orang Islam. Itu sahaja.

Jadi, kalau seperti itu, undang-undang yang ditetapkan oleh agama Islam yang maha suci, yang maha benar, seolah-olah kita mempertidakkannya.

Maka, kalau kita mempertidakkan undang-undang yang diwajibkan kepada orang Islam, kita terkeluar daripada landasan Islam dan ini amat berbahaya kepada orang Islam.

Sebab itu dalam Islam, kalau minum arak, boleh disebat. Itu undang-undang dalam Islam. Tetapi kalau orang kafir minum arak, dia tidak adalah dalam undang undang negara itu, tidak mengharamkan arak itu, tidak ada apa-apa undang-undanglah kepada dia.

Tetapi, kepada orang Islam, kita gunakanlah undang-undang Islam, walaupun nampaknya orang Islam ada dua hukum. Hendak diapakan, memang dalam hidup ini kita macam terhukum.”

Sepanjang Ucapan Zaid Ibrahim di Dewan Rakyat pada hari tersebut, beliau tidak mendapat gangguan daripada DAP, sebaliknya, pendirian beliau disambung pula oleh Ahli Dewan Rakyat DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan sejurus selepas Zaid duduk dari membahaskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005.

Di dalam konteks Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk Parlimen Hulu Selangor, sekali lagi, pihak yang tidak berbelah bahagi dengan sokongan terhadap Zaid ialah DAP.

Jika saya mahu memilih pemimpin, saya tidak akan menilainya dari segi persoalan moralnya tetapi saya akan lebih mengutamakan penilaian saya terhadap pendirian calon tersebut.

Di atas pendirian-pendirian Zaid Ibrahim di dalam isu Lina Joy dan Hukum Hudud serta pendiriannya menentang ISA menyebabkan Zaid dilihat sebagai Melayu bernafas baru oleh kebanyakan Masyarakat Cina hari ini.

Lantaran tidak hairan jika DAP menaruh harapan besar supaya Zaid Ibrahim terpilih sebagai Yang Berhormat Hulu Selangor.

Namun begitu, tidak semua di dalam PAS, PKR dan pemilih-pemilih Melayu yang mampu bersetuju dengan pendirian Zaid Ibrahim.

PAS telah menerima taubat Zaid Ibrahim terhadap jenayah moral, tetapi bagaimana pula berhubung pendirian-pendirian Zaid Ibrahim.

Jika Zaid mengubah pendiriannya bagi memuaskan hati PAS, bagaimana pula dengan DAP. Mampukah DAP menerima Zaid Ibrahim yang baru tanpa perasaan berbelah bahagi.

Saya amat bersimpati dengan Zaid Ibrahim. Tetapi saya sedikitpun tidak bersimpati dengan DAP, PKR dan PAS di dalam soal ini. Ketiga-tiga parti ini diwakili oleh pimpinan yang matang politik dan di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu menimbulkan isu moral calon atau pimpinan dalam Kerajaan adalah darah daging mereka.

Jika kita boleh menerima permainan isu moral oleh Pembangkang, kita juga perlu menerima permainan isu moral oleh Kerajaan. Masalahnya isu moral sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang seperti PAS sebelum ini dengan hasrat membuktikan mereka lebih mulia dari lawan mereka.

Saya tidak akan menilai atau mempertikaikan persoalan moral seseorang tetapi, jika saya mahu menilai seseorang, saya akan nilaikannya dari sudut pendiriannya.

Siapakah yang akan mendapat faedah daripada pendirian Zaid Ibrahim?

Perjanjian Syaitan

“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,

‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.

Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.

Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.

Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,

Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).

Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,

Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.

Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa

Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,

PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.

Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam

Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.

Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.

Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,

Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.

“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Mohon Maaf

Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan blogger yang telah dicelakakan oleh beberapa blogger berhaluan kanan di dalam PAS kerana mendiamkan diri terhadap kritikan-kritikan saya.

Budaya kasar dan ayat-ayat yang amat kesat mungkin menjadi budaya bagi segelintir pihak di dalam PAS kerana ia memang dihalalkan oleh Mursyidul Am PAS. Ia hanya akan membawa persepsi buruk terhadap Ajaran Islam yang menjadi perjuangan PAS.

Sejak saya ditamatkan perkhidmatan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, saya telah bergerak sendirian. Saya jauhkan diri daripada rakan-rakan blogger ataupun dari rakan-rakan di dalam PAS. Saya elakkan diri dari bertemu mereka kerana saya tidak mahu mempengaruhi sesiapa dengan isu yang saya paparkan.

Saya bergerak di atas fakta malangnya PAS masih dipengaruhi oleh segelintir golongan yang lebih suka retorik. Usah lemparkan kata-kata muhasabah diri atau soal membuka aib kerana itu semua akan kembali kepada Parti PAS sendiri.

Selama ini PAS bergerak dan berkempen atas dasar membuka keaiban musuhnya. PAS bergerak dan berkempen atas dasar fitnah dan fakta separa masak. Hari ini bagaimanapun, PAS sudah banyak berubah. PAS semakin matang sebagai sebuah parti politik dan mula mampu menjadi sandaran masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Untuk terus matang, PAS harus bersedia membuka pintu terhadap kritikan. PAS bukan sahaja harus bercakap soal membasmi penyelewengan, tetapi juga harus membasmi penyelewengan di dalam PAS.

Kepada cyber trooper PAS, menulislah sebagai seorang yang beriman. Menjadi cyber trooper PAS tetapi gaya bahasa mirip insan rendah akhlak hanya membawa imej buruk kepada PAS. Jika fakta yang saya kemukakan tidak mampu untuk anda lawan dengan fakta, maka, berundur ke tepi dan desak pimpinan anda untuk bersuara.

Masalahnya tidak ada pimpinan PAS yang mahu menghubungi saya dan memberi penjelasan atau meminta penjelasan saya. Yang ada hanyalah panggilan untuk menawarkan saya kerja dan wang ringgit bagi menyelesaikan isu yang saya bangkitkan.

Banyak juga tuduhan bahawa saya lakukan semua ini adalah untuk membalas dendam kepada Menteri Besar Kelantan kerana tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Jika pembaca rujuk kembali posting-posting terdahulu, sejak 2009 lagi saya sudah nyatakan di dalam blog ini bahawa saya tidak lagi berminat bekerja dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya juga nyatakan bahawa saya menolak tawaran daripada Dato’ Haji Husam untuk berkhidmat sebagai Pegawai Khas beliau dan tawaran kedua beliau untuk berkhidmat di PMBK Sawit. Semua ini sudah saya nyatakan beberapa bulan lebih awal daripada tarikh saya ditamatkan kontrak.

Dato’ Haji Husam dan Dato’ Haji Takiyuddin Hassan sendiri tahu bahawa saya menghadiri beberapa temuduga kerja di luar Kelantan, lama sebelum kontrak saya ditamatkan. Bahkan secara terbuka saya maklumkan kepada banyak pihak bahawa saya akan tinggalkan PMBK pada akhir Disember iaitu 4 bulan sebelum kontrak saya tamat.

Sepanjang saya di dalam perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri, saya telah luahkan ketidakpuasan hati saya terhadap pelbagai kegiatan tidak sihat di dalam Kerajaan Negeri dan cara Kerajaan Negeri dan Parti menangani sesetengah isu.

Beberapa kali juga menerusi saluran yang ada saya jelaskan bahawa ‘Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru sudah tidak lagi berminat untuk berkhidmat untuk rakyat Kelantan’ semenjak menang besar pada PRU 12 yang lalu.

Berapa banyak juga dokumen yang membuktikan berlaku penyelewengan di dalam Kerajaan Negeri yang saya serahkan mengikut saluran yang disediakan tetapi tiada apa yang berlaku kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz enggan menerima kenyataan dan daif dalam pentadbiran.

Atas desakan saya, sekurang-kurangnya 2 exco telah mengadap Tuan Guru dan minta supaya Tuan Guru pertimbangkan semula keputusan-keputusannya dalam isu-isu tertentu tetapi Tuan Guru tetap berkepala batu semata-mata kerana ianya melibatkan ahli keluarganya.

Apa yang saya dedahkan selepas kontrak saya ditamatkan bukanlah dokumen yang ada pada saya sewaktu saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri. Dokumen-dokumen tersebut diserahkan dan terus diserahkan kepada saya oleh pelbagai pihak selepas saya tidak lagi berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya akan terus nekad untuk membetulkan keadaan. Sama ada ‘overkill’ atau tidak bukan persoalan kerana saya tiada apa-apa agenda selain mahu rakyat Kelantan tahu wajah sebenar pentadbiran Nik Aziz.

Sekembalinya saya ke Kelantan saya terkejut dengan pelbagai aktiviti tidak ‘Islamik’ di dalam PAS Kelantan. Saya terkejut dengan rasuah, nepotisme dan kronisme yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya terkejut dengan cantas mencantas dan politiking yang hampir melumpuhkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya bertanya kepada diri saya, benarkah saya sedang bekerja dengan sebuah Kerajaan Islam?

Apakah ini Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W? Apakah para sahabat dahulu menyebarkan Islam menerusi fitnah, umpat mengumpat dan membiayainya menerusi duit derma yang dituntut dan dipersetujui sebelum kontrak atau projek diluluskan? Yang dipungut secara tunai sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Perjalanan saya baru bermula. Matlamat boleh menghalalkan cara bagi PAS Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz. Tetapi bagi saya, yang salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Jangan halalkannya semata-mata kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.

April Dalam Sejarah

Pada 6 April 20 tahun yang lalu, Rakyat Malaysia mendabik dada dengan penuh bangga bila wira-wira negara gandingan The Sabah Connection James Wong dan Hassan Sani dalam kesebelasan negara berjaya membawa Malaysia ke Sukan Olimpik di Moscow (Malaysia kemudiannya memulaukan temasya itu) dengan menewaskan Korea Selatan di pusingan kelayakan Pra Olimpik.

Pada hari yang sama tetapi pada tahun ini, rakyat Kelantan pula tersenyum gembira bila akhbar tempatan beserta blog ini telah menyiarkan gambar KDYMM Tuanku Ismail Petra bersiar-siar dengan kereta dipandu oleh anakanda Baginda.

Pada 7 April 2010, KDYMM Al Sultan yang gering dan didakwa oleh Menteri Besar Kelantan sebagai ‘makan ikut tiub’ muncul dikhalayak ramai buat pertama kalinya semenjak keberangkatan pulang Baginda hampir sebulan yang lalu. Walaupun Baginda kelihatan tidak pulih sepenuhnya tetapi jauh sekali dari penilaian pakar perubatan tempatan sebelum Baginda mendapatkan rawatan di Singapura. Sumber dari HUSM didakwa memaklumkan kepada Pihak Kerajaan Negeri bahawa ‘jikapun Tuanku terus hidup, Baginda akan jadi sayur sahaja (vegetable)’. Seperti titah Raja Perempuan Kelantan beberapa minggu yang lalu, keadaan Tuanku sekarang adalah kekuasaan Allah.

Pada hari yang sama, Akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1976 melaporkan pihak berkuasa telah menembak mati 4 orang samseng. Bagaimanapun nama-nama samseng itu bukanlah pula bernama Halim, Shukri, Aiseri atau Aziz. Peraturan pemilik senjata api di Malaysia membenarkan pihak polis melepaskan tembakan kerana beberapa sebab termasuk kearah penderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Negeri.

Sehari selepas kemunculan KDYMM Tuanku di khalayak ramai, sebuah kapal terbang dilaporkan mendarat secara terbalik atau ‘turns turtle’. Kejadian itu berlaku pada tahun 1958.

Diharapkan Negeri Kelantan tidak akanlah pulak ‘turns turtle’ kerana ada diantara pemimpin dan rakyatnya yang melanggar wadat diantara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu antara lain memberitahu negeri akan diterbalikan dengan bumbung rumah dibawah dan tuku rumah di atas sekiranya berlaku salah satu iaitu pihak rakyat atau pihak istana tidak berlaku adil keatas satu sama lain.