Ramadan Charity and Surat Long Sidek Kepada PM
In 2001, I wrote Surat Long Sidek Kepada PM in collaboration with Datuk Effendi Norwawi, Tiara Jacquelina and Uwei Hajisaari. Below are parts of the screenplay.
111. INT. RUANG MAKAN COLISEUM KUALA LUMPUR — SIANG 111
Darren Staunton sedang meneguk wiski nya.
CHENG TECK CHI
(Dalam Bahasa Mandarin)
Jadi, kamu ke sini dari Lipis, kerana dia?
Darren Staunton meletakkan gelasnya yang sudah kosong.
DARREN STAUNTON
(Dalam Bahasa Mandarin)
Aku tak keseorangan, burung pun aku bawa
sama. Burung dalam sangkar.
Dia sedang duduk bersama dengan Cheng Teck Chi. Suasana di situ riuh rendah, sesuai untuk mereka bercakap perkara yang agak sulit.
Cheng Teck Chi kelihatan sudah sepuluh tahun lebih dewasa dari pertama kali kita lihat dia. Tubuhnya sudah berisi.
CHENG TECK CHI
(Dalam Bahasa Mandarin)
Apa permainannya?
DARREN STAUNTON
(Dalam Bahasa Mandarin)
Lepaskan dia terbang semula ke hutan. Bawa
subjek keluar. Dapat wang pampasan.
(Continued)
Raut wajah Cheng Teck Chi nampak dia sudah biasa dengan permainan tersebut.
CUT TO :
112. INT. BILIK HOTEL — MALAM 112
Kopi panas di tuangkan ke dalam dua cawan kosong.
CHENG TECK CHI O.S
(Dalam Bahasa Mandarin)
Nama saya Li Bo Hua… saya di fahamkan
nama kamu Mei Ling… betul ?
Mei Ling menganggukan kepalanya.
Cheng Teck Chi meletakan flusk kopi itu. Dia kemudian menarik kerusi dan duduk di hadapan Mei Ling.
CHENG TECK CHI
(Dalam Bahasa Mandarin)
Saya difahamkan, kamu juga di kenali dengan
nama “Half Half”*… boleh jelaskan kepada saya
kenapa?
*Di dalam dailek Hokkien.
MEI LING
(Dalam Bahasa Mandarin)
Sewaktu perang Jepun, selepas abang aku
mati di bunuh Jepun… aku di hantar bersembunyi
di kampung Melayu…
Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya. Dia sudah tahu semua fakta – fakta itu daripada siasatan Cawangan Khas terhadapt Mei Ling selama dia didera sebelum ini. Dia cuma mahu menguji pattern jawapan Mei Ling sama ada konsisten atau tidak.
CHENG TECK CHI
Berapa lama kamu tinggal dengan keluarga itu.
Kali ini Cheng Teck Chi berbahasa Melayu untuk menguji Mei Ling.
MEI LING
Sehingga perang tamat.
CHENG TECK CHI
Siapa nama keluarga angkat kamu?
(Continued)
MEI LING
Lebai Leman dan Mak Tijah.
Cheng Teck Chi bangun dan menuju ke satu meja lain di bilik itu. Di situ ada bersusun fail.
Di hotel ini tidak mempunyai katil. Segala kelengkapan lain ada seperti bilik hotel lain waktu itu. Cuma tiada katil.
Sebuah fail terbuka dan kita lihat segala jawapan tentang latar belakang keluarga Lebai Leman dan Mak Tijah dengan detail.
CHENG TECK CHI
Siapa jiran terdekat kamu di situ?
MEI LING
Abang Din, anak Lebai Leman.
Jawapan yang sama terdapat pada fail itu.
Kita lihat senarai nama jiran – jiran Lebai Leman di kampung tersebut. Iaitu, Ibrahim Mat Sat, Din Belanda dan nama – nama lain.
CHENG TECK CHI
Boleh kamu sebutkan nama – nama jiran
tetangga di kampung itu?
MEI LING
Ibrahim Mat Sat….
Dan suara Mei Ling fade under sedang kita melihat konsistennya jawapan Mei Ling dengan dokumen Cawangan Khas sebelum ini.
CUT TO :
113. INT. BILIK HOTEL — SIANG 113
Mei Ling sedang menceritakan kepada seorang anggota Cawangan Khas yang lain. Anggota itu berketurunan Melayu.
ANGGOTA CAWANGAN KHAS 1
Siapa anak Lebai Leman yang duduk dekat
dengan rumah dia.
MEI LING
Abang Din.
CUT TO :
114. INT. BILIK HOTEL — MALAM 114
Mei Ling kini di soal siasat oleh anggota cawangan khas perempuan berketurunan cina.
ANGGOTA CAWANGAN KHAS 2
Kamu kenal seorang lelaki yang duduk di kampung
itu, dia ni dulu dreber kepada seorang Inggeris.
MEI LING
Ibrahim Mat Sat, dia pernah jadi dreber
tapi bukan pada pegawai Inggeris, dia pernah
jadi dreber kepada isteri seorang pengurus
ladang getah berketurunan Inggeris.
Muka Mei Ling sudah pucat. Matanya merah.
CUT TO :
115. INT. BILIK HOTEL — SIANG 115
Mei Ling kelihatan tidak bermaya langsung. Dia kini di soal siasat oleh seorang anggota Cawangan Khas lelaki berketurunan Melayu.
ANGGOTA CAWANGAN KHAS 3
Antara lima beradik anak – anak Cik Tijah,
siapa yang dah kawin?
MEI LING
Anak Cik Tijah hanya empat orang. Semua
belum kawin. Yang dah kawin, Abang Din, dia
anak Lebai Leman dengan isteri pertamanya.
CUT TO :
116. INT. BILIK HOTEL — SIANG 116
Darren Staunton sedang berdiri di tingkap. Cheng Teck Chi turut ada di situ.
Di lantai, Mei Ling yang sedang tidur di atas lantai. Seorang anggota cawangan khas perempuan mengejutkannya.
Mei Ling bangun.
Cheng Teck Chi melihat ke arah Mei Ling.
CHENG TECK CHI
Selamat pagi Tan Su Hwa.
(Continued)
Darren Staunton menoleh ke arah Mei Ling.
DARREN STAUNTON
Hi Mei Ling… good morning…
Mei Ling masih kebingungan.
DARREN STAUNTON
Cepat – cepat ke sini… ada istimewa.
Cheng Teck Chi beredar dari tingkap itu.
Anggota Cawangan Khas itu membawa Mei Ling ke arah tingkap.
Cheng Teck Chi menuangkan kopi ke dalam dua cawan.
Darren Staunton menarik Mei Ling rapat padanya.
DARREN STAUNTON
Look… down there.. look…
Mei Ling melihat ke arah yang ditunjukan oleh Darren Staunton.
CUT TO :
117. EXT. DERETAN KEDAI BERTENTANGAN HOTEL — SIANG 117
Terdapat sekumpulan rombongan keluarga cina sedang di bawa berjalan oleh anggota polis biasa.
CUT TO :
118. INT. HOTEL — SIANG 118
Mei Ling sedang melihat ke bawah. Darren Staunton berundur setapak.
DARREN STAUNTON
Look carefully… look at the crowd.
CUT TO :
119. EXT. DERETAN KEDAI BERTENTANGAN HOTEL — SIANG 119
Rombongan itu sedang berjalan.
Kita tumpukan perhatian ke arah seorang budak lelaki berusia lingkungan sembilan tahun sedang berjalan mencari – cari sesuatu. Dia nampak panik. Kemudian seekor anjing berlari kepadanya. Budak
(Continued)
lelaki itu adalah budak lelaki di pemindahan kampung baru yang kehilangan anak anjingnya.
CUT TO :
120. INT. HOTEL — SIANG 120
Cheng Teck Chi memandang serius ke arah Mei Ling sambil memegang dua cawan kopi.
Mei Ling tiba – tiba tersenyum
MEI LING
Ah Chai…. Ah Chai….
Darren Staunton turut tersenyum.
MEI LING (CONT’D)
(Di dalam bahasa Hokkien)
… Mak… itu mak… ayah…. ayah….
CUT TO :
121. EXT. DERETAN RUMAH KEDAI — SIANG 121
Budak lelaki itu kini bersatu bersama mak dan ayahnya juga anjingnya. Mereka kemudian beredar mengikut rombongan lain di atas arahan polis yang mengiringi mereka.
CUT TO :
122. INT. HOTEL — SIANG 122
Mei Ling kelihatan begitu gembira sekali. Darren Staunton berundur. Mei Ling memegang – megang tingkap seperti mahu menjamah mereka. Tiba – tiba dia jadi berubah.
MEI LING
(Dalam dailek Hokkien)
Mana mereka nak pergi… ke mana polis
bawak mereka….
Darren tidak faham. Dia memandang ke arah Cheng Teck Chi.
CHENG TECK CHI
Su Hwa….
(Continued)
MEI LING
(Dalam dailek Hokkien)
Ke mana kamu nak bawak mereka… kamu nak
buat apa pada mereka.
Cheng Teck Chi meletakkan semula kedua – dua cawan ke atas meja.
CHENG TECK CHI
Su Hwa… dengar sini dulu… dengar sini.
Cheng Teck Chi memegang Su Hwa. Darren Staunton cuba memahami apa yang di cakap secara tepat oleh Su Hwa. Dia cuma boleh menganggaknya sahaja sekarang.
CHENG TECK CHI
Biar saya cakap… mereka ke sini, tidak ada
kaitan dengan kami… faham…
Darren Staunton baru faham sepenuhnya perbualan di dalam Bahasa Melayu itu.
DARREN STAUNTON
Oh… jangan risau Mei Ling… jangan risau…
mereka datang ke Kuala Lumpur, atas
jemputan dari General Templer!…
Mei Ling mengangkat mukanya memandang ke arah Cheng Teck Chi minta simpati.
DARREN STAUNTON (CONT’D)
… Mereka terpilih menyertai rombongan
bulanan ke King’s House… atas jemputan
General Templer.
Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya. Mei Ling merenung mata Cheng Teck Chi minta kepastian.
MEI LING
Aku mahu jumpa mereka.
CHENG TECK CHI
Ya… ya pasti… itu kamu jangan risau..
betul Darren ya?
DARREN STAUNTON
Ya… memang betul.
Cheng Teck Chi membawa Mei Ling dan di dudukan ke kerusi.
(Continued)
Darren Staunton mengeluarkan Cuban Cigarnya.
CHENG TECK CHI
Tuan Darren sedang mengatur rancangan
untuk kamu sekeluarga, kamu akan di satukan,
dan dengan duit pampasan, kamu sekeluarga
akan dapat mulakan hidup baru.
Darren menghidu bau tembakau dari Cuban Cigarnya.
Cheng Teck Chi pergi mengambil cawan kopi itu.
CHENG TECK CHI
Kita tak boleh temukan kamu sekeluarga
sekarang. Ia amat merbahaya.
Cheng Teck Chi membawa dua cawan kopi. Satu di serahkan kepada Mei Ling. Satu di hirupnya sendiri.
DARREN STAUNTON
Sementara itu, kami perlu kamu bantu kami
di dalam satu operasi.
Mei Ling memandang Cheng Teck Chi. Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya.
Darren Staunton menyalakan Cuban Cigarnya. Cheng Teck Chi mendapat isyarat itu.
Dia tarik kerusi dan duduk.
CHENG TECK CHI
Aku mahu cerita pada kamu kisah Long
Sidek…
Mei Ling seperti kaku mendengar nama itu. Dia tidak bergerak.
Darren Staunton menikmati Cuban Cigarnya seperti meraikan satu kejayaan.
Cheng Teck Chi memandang ke arah Mei Ling. Mei Ling memandang ke arah Cheng Teck Chi.
Mata tertentang mata. Suasana amat tegang.
CUT TO :
—————————-
Flashback
192. EXT. POS UTAMA — MALAM 192
Long Sidek memanjat tangga itu dan tiba di atas.
Cheng Teck Chi sedang melihat kem itu dari atas.
Long Sidek menghampiri Cheng Teck Chi. Dia juga menikmati pandangan dari atas itu. Kem itu gelap dan hanya ada satu dua cahaya yang datang dari obor.
CHENG TECK CHI
Selama satu tahun, selepas kami mendarat
dekat lumut, baru kami dapat kem ini.
Cheng Teck Chi mengeluh.
CHENG TECK CHI
Itupun dengan ehsan Komunis.
Long Sidek memandang Cheng Teck Chi.
Cheng Teck Chi mengeluarkan dua batang cigar. Satu di hulurkan kepada Long Sidek.
(Continued)
CHENG TECK CHI
Bekalan baru di hantar dari India.
Bunyi di dalam hutan itu berlainan sekali dengan siang hari yang aman. Malamnya sungguh bising sekali dengan bunyi serangga.
Long Sidek menampar nyamuk.
CHENG TECK CHI
Dari Singapura, aku ke Chungking… menyertai
Kem Kuomintang… untuk menentang Jepun.
Long Sidek mula mendapat gambaran sebenar.
CHENG TECK CHI
Tapi aku di pujuk untuk menawarkan diri
menyertai operasi sulit British untuk
membebaskan Malaya. Dari situ, aku ke
India. Kemudian ke Ceylon dan dengan
Kapal Selam, kami di hantar ke Pangkor.
Cheng Teck Chi memasangkan api cigar Long Sidek.
Kemudian dia seperti seorang yang kecewa melepaskan satu pandangan jauh.
CHENG TECK CHI
Pelik… tiba di sini, aku dan rakan – rakan di
paksa bekerjasama dengan Komunis. Aku
menyabung nyawa ke Chungking untuk
bersama Kuomintang, tapi bila tiba sini,
aku terpaksa meletakan nyawa aku di tangan
komunis.
Cheng Teck Chi membakarkan cigarnya.
CHENG TECK CHI
British bekalkan mereka senjata, beri
mereka latihan…
Long Sidek cuba bersuara tetapi dia tidak tahu apa yang akan di katakannya.
Cheng Teck Chi mengelengkan kepalanya beberapa kali.
CHENG TECK CHI
Siang tadi kami dapat maklumat… Kawan
kita, Inspektor Sanjit dan Shi Fu kini dalam
tahanan. Ah Eng.. tidak ada berita.
Cheng Teck Chi memandang ke arah Long Sidek.
CHENG TECK CHI
Wahab Dol juga di siasat. Pusat percetakan
nya di tutup.
LONG SIDEK
Wahab…
Long Sidek memejamkan matanya.
LONG SIDEK
Jadi kamu agen British?
Cheng Teck Chi menganggukan kepalanya.
CHENG TECK CHI
Aku sangka kamu agen Jepun… dan
Wahab sama.
Long Sidek tersenyum.
CHENG TECK CHI
Kamu jujur Long… kamu jujur… dan
peperangan kejujuranlah yang pertama
sekali menemui kematian, tapi kamu ada
sesuatu di itu..
Cheng Teck Chi menunjukkan ke dada Long Sidek.
Cheng Teck Chi melihat Long Sidek memegang cigar itu yang kini sudah padam. Dia tidak pernah sekali pun memasukan cigar itu ke dalam mulutnya.
CHENG TECK CHI
Esok, ada rombongan kanan dari Parti
Komunis Malaya akan datang.
Long Sidek menganggukan kepalanya.
CHENG TECK CHI
Aku akan pujuk mereka supaya menerima
kamu…
Raut muka Long Sidek berubah.
CHENG TECK CHI (CONT’D)
… dan memberi perlindungan pada kamu,
sehingga selamat untuk kamu keluar.
(Continued)
LONG SIDEK
Kenapa?
Cheng Teck Chi mengelengkan kepalanya menandakan dia tidak akan menjawab soalan itu.
CUT TO :
————-
215. EXT. JALAN DI RAUB – SIANG 215
Sebuah bas berhenti. Long Sidek turun dengan beg galasnya. Wajahnya kelihatan bersih dan berseri. Kulitnya menerima cukup sahaya matahari.
Pakaiannya kemas dan segak. Rambutnya di sisir rapi.
Dia memandang ke kiri dan kanannya. Yang dia nampak ialah ladang getah.
Long Sidek berjalan masuk ke dalam ladang getah itu.
CUT TO :
216. EXT. LADANG GETAH — SIANG 216
Long Sidek terus berjalan. Dia nampak ada pekerja ladang getah sedang memerhatinya. Long Sidek membetulkan beg galasnya dengan bergaya.
Salah seorang pekerja itu kemudiannya mengetuk tempurung penadah susu getah itu dengan pisau pemotongnya. Dia mengetuk dengan satu kod.
Ini di ikuti oleh pekerja lain, seorang demi seorang sehingga sampai ke hujung ladang getah itu.
“Malaya
1948”
CUT TO :
220. EXT. BLOK KHEMAH PEGAWAI — SIANG 220
Khemah pegawai di buat daripada kayu dan nampak kukuh. Setiap pegawai mempunyai khemahnya sendiri.
Kelihatan “Machine Gun Soon” sedang berjalan menghampiri sebuah daripada khemah tersebut. “Machine Gun Soon” kelihatan susut sekali.
Dia nampak kurus dan pucat.
CUT TO :
221. INT. KHEMAH LONG SIDEK — SIANG 221
Long Sidek sedang membelek sepasang uniform yang di letakan di ata pelantar tempat tidurnya. Dia kurang bersetuju dengan uniform tersebut.
“MACHINE GUN SOON”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Selamat pulang komrade kesayangan ku!
Long Sidek berpaling ke arah suara itu. Dia nampak “Machine Gun Soon” sedang tercegat di pintu.
LONG SIDEK
(Dalam Bahasa Mandarin)
Berapa tinggi burung terbang, dia pasti pulang,
pulang dan hinggap di ranting kesayangannya.
Long Sidek menarik kakinya dan berdiri tegak lalu memberi tabik hormat kepada “Machine Gun Soon”.
“Machine Gun Soon” tersenyum. Kali ini dia tidak membalas tabik hormat itu.
(Continued)
“Machine Gun Soon” menghampiri pelantar Long Sidek dan duduk. Dia nampak letih dan tidak gagah lagi.
Long Sidek menghampiri meja membaca yang ada di dalam khemah itu. Long Sidek tidak duduk di kerusi, tatapi duduk di meja.
LONG SIDEK
(Dalam Bahasa Mandarin)
Aku dengar kau sakit?
“Machine Gun Soon” menganggukan kepalanya dan mengisyaratkan Long Sidek ke arah tubuhnya.
“MACHINE GUN SOON”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Aku fikir, aku tidak akan bernyawa lagi untuk
melihat kamu semua.
Long Sidek menerung tubuh “Machine Gun Soon” yang nampak kurus itu.
“MACHINE GUN SOON”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Bagaimana konvesyen di London?
LONG SIDEK
(Dalam Bahasa Mandarin)
Kau tak tahu cerita.
“Machine Gun Soon” mengelengkan kepalanya.
Long Sidek memandangkan keluar seketika. Kemudian tanpa menoleh ke arah “Machine Gun Soon” dia bercakap.
LONG SIDEK
Komunis Komenwel tidak sokong permintaan
aku supaya menaja kemerdekaan Malaya.
“Machine Gun Soon” termenung seketika cuba memikirkan alasannya.
“MACHINE GUN SOON”
Mungkin sebab Tanah Besar Cina?
Long Sidek tidak menjawab. Mereka termenung.
Long Sidek nampak seorang perempuan berjalan keluar daripada Khemah pegawai yang terbesar. Itu adalah Khemah Chin Peng. Dan perempuan itu adalah Mei Ling, dia memakai uniform Bintang Tiga.
CUT TO :
222. EXT. HADAPAN BLOK PENTADBIRAN — SIANG 222
Long Sidek sedang berjabat salam tangan dengan “Babi Kontot”. Dia nampak semakin bertambah berat badannya. Dia lengkap memakai uniform Bintang Tiga.
“BABI KONTOT”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Aku dengar polis cari engkau.
LONG SIDEK
(Dalam Bahasa Mandarin)
Aku pun dengar begitu. Lepas aku balik dari
London.
“BABI KONTOT”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Ya, sekarang mereka tengah buat operasi…
Komander Setiausaha Agung kita cukup marah.
CUT TO :
223. INT. BILIK MESYUARAT PKM — SIANG 223
Long Sidek masuk. Dia melihat sekeliling. Dia di sambut oleh Mei Ling. Long Sidek merenung Mei Ling. Mei Ling nampak serius sahaja.
Mei Ling menunjukkan tempak duduk Long Sidek. Long Sidek mengambil tempatnya dan duduk.
Bilik itu di penuhi oleh wakil – wakil tertinggi Parti Komunis Malaya di seluruh Tanah Melayu.
“Machine Gun Soon” duduk di sebelah tempat duduk yang di kosongkan untuk Setiausaha Agung.
Mei Ling meletakan beberapa keping kertas yang di siklostail di sisi Long Sidek. Kertas itu mempunyai tulisan Mandarin. Long Sidek kemudian membelek kertas itu.
Mei Ling terus mengedarkan kertas tersebut.
Long Sidek sesekali menjeling Mei Ling. Mei Ling sedang memberikan kertas itu kepada seorang lagi perwakilan berketurunan Melayu. Long Sidek memandang muka lelaki itu. Berkulit gelap dan matanya tajam sekali. Lelaki itu di panggil RASHID.
224. INT. KHEMAH LONG SIDEK — MALAM 224
“Machine Gun Soon” duduk di kerusi berhadapan dengan meja mambaca.
Long Sidek masih berdiri.
“MACHINE GUN SOON”
Dua kali cita – cita aku tak tercapai.
Long Sidek tersenyum. Dia sedikit hampa.
“MACHINE GUN SOON”
Aku akan terus lobi untuk engkau… selagi aku
masih bernafas… kau serahkan pada aku.
LONG SIDEK
Mungkin betul, MUNGKIN, aku tak ada bakat untuk
jadi askar…
“MACHINE GUN SOON”
Habis kau ingat kau sapa? Ahli Politik?
“Machine Gun Soon” nampak ‘piss off’.
(Continued)
“MACHINE GUN SOON”
Ahli politik tak duduk dalam hutan. Hanya
seorang sahaja ahli politik yang aku tahu
duduk dalam hutan!
CUT TO :
———————–
290. EXT. HADAPAN SEBUAH BALAI POLIS — MALAM 290
Satu tangan menepuk belakang seorang daripada dua anggota polis yang bertugas di hadapan balai itu.
Anggota itu menoleh. Serta merta dia melepaskan senjatanya ke bawah dan mengangkat tangan. Anggota kedua juga terkejut dan bertindak seperti anggota pertama.
“Machine Gun Soon” berada berdepan dengan dua anggota polis itu. Di belakang “Machine Gun Soon” terdapat 12 orang gerila Ct’s beruniform dan berketurunan Cina dan Melayu lengkap bersenjata. Kesemua gerila itu turut mengangkat tangan seperti anggota polis itu.
“MACHINE GUN SOON”
Kawan! Aku mahu serah dirilah… apasal kamu
pulak angkat surrender?
CUT TO :
291. INT. DALAM BALAI — MALAM 291
Kedua – dua anggota tadi masuk ke balai di ikuti oleh “Machine Gun Soon” bersama 12 orang gerilanya
ANGGOTA 1
Sir!
Seorang lelaki Inggeris berpangkat Inspektor menoleh ke arah anggota polis itu dan nampak para gerila itu di hadapannya.
Dia serta merta angkat tangan.
INSPEKTOR
“Bloody Marie” … mother of god!
Para gerila itu turut angkat tangan. “Machine Gun Soon” mara ke hadapan.
“MACHINE GUN SOON”
Hei John… put your hand down… I
surrender. They surrender…. no more
shooting!
Inspektor itu masih lagi panik
INSPEKTOR
Holly Shit…
(Continued)
Dia menoleh ke arah lima orang anggota polis lain yang berada di belakangnya. Kesemua mereka turut mengangkat tangan.
INSPEKTOR
You!… Call King’s House… ask General
Templer… what should I do.
“Machine Gun Soon” meletakan senjatanya di dalam tangan Inspektor itu.
“MACHINE GUN SOON”
I show you what you…. do.
“Machine Gun Soon” menoleh ke arah para gerila.
“MACHINE GUN SOON”
(Dalam Bahasa Mandarin)
Semua dengar sini. Letak senjata dekat sana.
Lepas tu duduk mencangkung. Tangan atas
kepala… sekarang.
Para gerila itu melakukan apa yang di suruh. Mereka nampak gembira.
“MACHINE GUN SOON”
(Dalam dailek Hokkien)
Cepatlah… terhegeh – hegeh… cepat sikit.
Nanti nak balik rumah…. cepat, cepat, cepat,
bini aku dah tunggu dekat rumah ni.
Para gerila itu semua tergesa – gesa.
“Machine Gun Soon” memandang ke arah Inspektor itu.
“MACHINE GUN SOON”
Hello kawan,
Inspektor itu masih panik.
“MACHINE GUN SOON”
Ini baru posting ke?
(Ke arah polis lain)
Seorang Sarjan Polis keturunan Melayu keluar.
SARJAN
Mau surender ka?
“MACHINE GUN SOON”
Ya kawan… surender lah… nama aku…
(MORE)
“MACHINE GUN SOON” (CONT’D)
…Ah Soon… komunis panggil
“Machine Gun Soon”, kawan baik panggil
la… “Bren Gun Soon”… Saya punya amoi
panggil “Kam Too Soon”. Berapa Leward
aku?
Gerila lain semua sudah mencangkung. Ada yang sedang mengambil rokok dari seorang anggota polis.
CUT TO :
292. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG 292
Mei Ling sedang duduk di pelantar sebuah pondok orang asli.
CUT TO :
293. EXT. HUTAN — SIANG 293
Seorang lelaki muncul dari celah pokok – pokok hutan itu. adalah seorang gerila keturunan Melayu dan bersenjata.
CUT TO :
294. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG 294
Mei Ling nampak lelaki itu. Dia cam muka lelaki itu. Mei Ling bangun.
CUT TO :
295. EXT. HUTAN — SIANG 295
Lelaki itu tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya berdiri di situ dan memandang sekeliling.
Di satu sudut hutan itu juga, muncul lagi seorang gerila berketurunan Melayu, di ikuti oleh lima lagi yang muncul satu selepas satu. Mereka agak tiga depa antara satu sama lain.
CUT TO :
296. EXT. PONDOK ORANG ASLI — SIANG 296
Mei Ling mula merasa curiga. Dia tidak mendapat sebarang respond daripada gerila – gerila itu.
CUT TO :
297. EXT. PONDOK LAIN — SIANG 297
Seorang perempuan orang asli di pondok itu menutup tingkap pondoknya. Dia seperti merasa takut.
CUT TO :
298. EXT. PONDOK ORANG ASLI – SIANG 298
Mei Ling tambah curiga. Dia berundur setapak. Tangannya mula menyeluk ke dalam bajunya, tempat tersembunyi pistolnya.
Perlahan – lahan Mei Ling berundur dan tiba – tiba, satu tangan menariknya dari dalam pondok itu.
CUT TO :
299. INT. DALAM PONDOK — SIANG 299
Long Sidek menutup mulut Mei Ling dengan tangannya. Kedua memberi isyarat kepada Mei Ling supaya diam.
Dia kemudian melepaskan tangannya. Mei Ling segera mendakap Long Sidek. Long Sidek turut mendakap Mei Ling dengan penuh rindu.
CUT TO :
300. EXT. HUTAN — SIANG 300
Para gerila tadi mencari tempat yang sesuai untuk masing – masing berehat.
CUT TO :
301. INT. BALAI POLIS — SIANG 301
“Machine Gun Soon” sedang duduk di bangku bersama beberapa anggota polis dan juga sarjan polis. Semua nampak amat letih dan mengantuk.
“MACHINE GUN SOON”
Apasal aku punya leward lagi sikit… dia lagi
banyak…
“Machine Gun Soon” sedang menyemak senarai reward. Dia membandingkan rewardnya yang hanya Straits Dollar 40,000.00 berbanding dengan Lau yang rewardnya adalah Straits Dollar 200,000.00.
(Continued)
KONSTABLE
Aisey Uncle… dia banyak jahat… lu tarak
jahat.. Lu Mat lawak…
“MACHINE GUN SOON”
Haiya… jangan cakap macam itu. Semua
rekrut takut sama aku, aku kem komander…
aku tarak bunuh orang, tapi aku ajar macam
mana bunuh orang ikut itu Soviet Union punya
cara.
Mereka semua ketawa.
“Machine Gun Soon” termenung seketika.
“MACHINE GUN SOON”
Macam ini ya. Lagi jahat lagi mahal dapat
reward, lagi baik, lagi murah dapat reward.
Kali ini “Machine Gun Soon” serius seperti dia selalu di hutan. Dia tidak lagi cuba menceriakan keadaan.
Di kawasan lain di dalam balai itu, kelihatan para gerila lain sedang di ambil statement dan gambar mereka. Ada juga yang sudah terbaring tidur. Suasana di situ amat kecoh dan banyak aktiviti bagi Balai Polis kecil dan terceruk itu.
CUT TO :
302. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG 302
Kereta yang di pandu oleh Darren Staunton masuk ke perkarangan Balai Polis itu.
Darren Staunton turun bersama dengan dua lelaki Melayu yang selalu mengikutnya.
Darren Staunton berjalan melihat kekecohan di situ. Dia nampak beberapa anggota gerila sedang menyusun kerusi. Dia jugak nampak seorang tukang gambar Polis sedang membetulkan kameranya.
CUT TO :
303. INT. DALAM BALAI — SIANG 303
Darren Staunton masuk. Dia lihat sekitarnya. Kemudian dia nampak “Machine Gun Soon” sedang di kerumuni oleh para anggota polis.
Darren Staunton tidak berganjak. Dia hairan.
CUT TO :
304. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG 304
Darren Staunton sedang berdiri di satu sudut dengan Inspektor Polis warganegara British itu.
INSPEKTOR
(Di dalam Bahasa Inggeris loghat Welsh)
Aku tak tahu apa nak buat, mereka lebih
ramai dari polis di balai… aku pun telefon
King’s House.
Darren Staunton tidak percaya apa yang di dengarinya.
INSPEKTOR
(Di dalam Bahasa Inggeris loghat Welsh)
Jeneral Templer cakap, ambik gambar bersama
mereka. Itulah yang saya nak buat sekarang.
Darren Staunton mengeluarkan cigarnya.
“Machine Gun Soon” menghampiri mereka.
“MACHINE GUN SOON”
Gentlemen… come… come…
Mereka semua, para gerila yang menyerah diri dan juga para anggota polis di balai itu berserta Darren Staunton duduk.
“Machine Gun Soon” sedang berdiri di kamera sambil memeriksa angle. Dan memberi pelbagai arahan dari situ.
Kemudian dia menghampiri tempat duduk tengah sekali, di himpit oleh Inspektor di sebelah Kanan dan Darren Staunton di kiri. Dia duduk.
Dia nampak cigar Darren Staunton.
“MACHINE GUN SOON”
Kawan… gimme me one…
Darren Staunton masih tergamam dengan karektor “Machine Gun Soon” lalu dia segera berikan sebatang tanpa kerelaan kepada “Machine Gun Soon”
“MACHINE GUN SOON”
Good… nanti aku tell you lot story about
komunis… I know everything.
(Continued)
Darren Staunton memasang api kepada “Machine Gun Soon”.
DARREN STAUNTON
Kamu tahu pasal Long Sidek…
“Machine Gun Soon” memandang ke arah Darren Staunton satu macam.
“MACHINE GUN SOON”
Itu anak angkat aku… sebab dia, aku di sini.
Ketua mahu bunuh dia. Dia kahwin dengan
“Half Half”.
Dia meletak cigar di mulutnya dan memberi isyarat ‘V’ dengan tangannya seperti Winston Churchill.
CUT TO :
308. EXT. PONDOK ORANG ASLI — MAGHRIB 308
Long Sidek dan Mei Ling masih diam. Tiada siapa yang berkata apa – apa.
Akhirnya Long Sidek menoleh ke arah Mei Ling.
Long Sidek turun dari tangga. Dia berjalan ke arah pinggir hutan.
Mei Ling memandang Long Sidek.
CUT TO :
309. EXT. HUTAN — MALAM 309
Long Sidek menghampiri tempat berteduh sementara yang di buat oleh gerila – gerilanya. Jumlah mereka sekarang lebih ramai dari jumlah asal siang tadi. Sekarang ada 25 orang gerila bersenjata. Ada juga yang di dalam keadaan kesihatan yang amat serius dan memerlukan rawatan.
LONG SIDEK
Kamu tahu kenapa “Half Half” ke sini…
Para gerila itu bangun dan membetulkan kedudukan. Keadaan moral mereka amat rendah sekali. Balan dan Guna di satu sudut. Hanya mereka sahaja dua gerila Tamil yang tinggal. Selainnya dalah gerila Melayu.
Balan terus tidak berganjak dan bersandar di pokok kayu.
LONG SIDEK
Semua ramalan kita memang benar, komrade.
Dan aku tahu ada di antara kamu yang telah
membaca risalah – risalah Imperialis… Mei
Ling… mahu bercerita tentang risalah itu.
CUT TO :
310. EXT. PONDOK — MALAM 310
Mei Ling berdiri di pangkin pondok itu. Melihat ke arah Long Sidek.
CUT TO :
311. EXT. HUTAN — MALAM 311
Long Sidek memerhatikan wajah para gerilanya.
LONG SIDEK
Aku… janjikan kamu merdeka…
Kelihatan seorang gerila bangun. Dia memandang ke arah Long Sidek dan kemudian terus beredar ke arah Mei Ling di pondok sana,
Long Sidek terhenti dari berkata apa – apa.
CUT TO :
312. EXT. PONDOK — MALAM 312
Mei Ling nampak seorang gerila berjalan ke arah pondoknya. Dia menoleh ke arah Long Sidek. Dari jauh dia nampak Long Sidek memandang ke arahnya.
CUT TO :
313. EXT. HUTAN — MALAM 313
Long Sidek sedang merenung ke arah Mei Ling. Kemudian dia menoleh ke arah gerilanya.
Seorang lagi bangun. Di ikuti oleh seorang lagi. Mereka berjalan meninggalkan Long Sidek dan menuju ke arah Mei Ling.
LONG SIDEK
Aku janjikan kamu merdeka. Aku janjikan
kamu merdeka…
Seorang gerila Melayu menghampiri Long Sidek. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Long Sidek.
LONG SIDEK
Aku janjikan kamu merdeka….
GERILA 1
Long, aku fikir – fikir, kalau kita kalah… bukan
Melayu yang kalah… cina… dan cina boleh…
(MORE)
GERILA 1 (CONT’D)
…balik ke negeri Cina, atau boleh terus duduk
di sini.
Long Sidek memandang Gerila itu dengan satu perasaan aneh yang sukar di huraikan olehnya.
Para gerila lain yang sedang berjalan ke arah Pondok itu turut terhenti dan mendengar kalimah ucapan Gerila 1 itu.
GERILA 1
Tapi kalau kita menang Long… yang kalah Melayu,
ke mana bangsa Melayu nak bawak diri, negeri
tergadai pada orang….
Gerila itu terus berdiri di hadapan Long Sidek. Long Sidek tidak memberi sebarang reaksi.
CUT TO :
314. EXT. PONDOK — MALAM 314
Mei Ling memandang ke arah sana. Di hadapannya, seorang gerila sudah tiba dan berdiri. Tetapi turut memandang ke arah sana.
CUT TO :
315. EXT. HUTAN — MALAM 315
Gerila – gerila lain juga terus bangun. Dan mereka mula berjalan seorang demi seorang meninggalkan Long Sidek. Ada gerila yang memapah komrade mereka yang cedera. Ada yang terhinjut – hinjut. Tetapi mereka terus satu persatu pergi.
Gerila yang berada di hadapan Long Sidek kemudian memandang ke belakang dan melihat rakan – rakannya sedang berjalan.
Gerila itu kemudian memandang Long Sidek.
GERILA 1
Di sana juga, ada menjanjikan merdeka,
cara mereka lebih sesuai dengan kita,
Long.
Long Sidek memandang Gerila itu.
GERILA 1
Silakan Long….
(Continued)
Dia memberi isyarat tangan supaya Long mendahuluinya. Long Sidek tidak berganjak.
Gerila itu kemudiannya menganggukan kepalanya tersenyum. Dia menepuk – nepuk bahu Long dengan tangannya.
GERILA 1
Selamat tinggal…
Dia berjalan pergi. Yang tinggal hanya dua orang gerila Melayu. Dan Balan serta Guna.
Dua orang gerila itu juga akhirnya berjalan pergi.
Long Sidek terus tercegat.
CUT TO :
316. EXT. PONDOK — MALAM 316
Mei Ling berdiri di atas pangkin itu. Seorang demi seorang gerila yang datang dan duduk di hadapannya. Mei Ling masih memandang ke arah Long Sidek.
MEI LING
Bagi setiap seorang dari kamu yang
menyerah diri, kamu layak mendapat
wang pampasan berjumlah …
CUT TO :
317. EXT. HUTAN — MALAM 317
Long Sidek perlahan – lahan membongkokkan badannya dan duduk.
MEI LING O.S (CONT’D)
… dua puluh ribu tunai serta segala bantuan
untuk memulakan hidup baru. Pemerintah
baru British di London juga, sudah bersetuju
untuk memulakan rundingan bagi kemerdekaan
Tanah Melayu. Ini akan bermula dengan satu
pilihanraya pada tahun hadapan. Wakil yang
menang di dalam pilihanraya itu akan kelak
menerajui Tanah Melayu di dalam rundingan
tersebut (fade under)
Long Sidek mencabut pistol di pinggangnya, Dia memegang pistol itu.
(Continued)
Balan dan Guna memandang ke arah Long Sidek. Kini hanya mereka bertiga di situ.
Guna menepuk peha Balan dan kemudiannya bangun. Dia kemudian berjalan meninggalkan Long Sidek. Long Sidek memandang Balan.
Balan bangun. Dia berjalan dan berhenti di sebelah Long Sidek.
BALAN
Long, selama ini… kita fahaman
jugak kasi pejuang…. ideologi…. Rakyat,
kita saja guna…. aku tak mau lagi… lama
sudah fikir… tak mau Long. Tak mau….
Long Sidek tidak berganjak. Balan akhirnya tinggalkan Long Sidek seorang diri.
CUT TO :
318. EXT / INT. BELAKANG PONDOK — SIANG 318
Long Sidek melangkah untuk turun ke sungai untuk mandi. Mei Ling berdiri di atas rumah itu.
MEI LING
Ini peluang untuk kita mulakan hidup
baru kita, kau, aku, keluarga… anak- anak…
LONG SIDEK
Tidak dengan mengkhianati perjuangan aku…
MEI LING
Di luar sana perjuangannya lebih baik Long,
aku sudah lihat itu semua.
LONG SIDEK
Kau sudah di racun.
Mei Ling diam. Dia turun dan merapati Long.
MEI LING
Kita harus terima hakikatnya… perjuangan
ini sia – sia… janji merdeka di luar sana
lebih manis Long… lebih nyata.
LONG SIDEK
Ini perjuangan aku… ini sumpah aku…
aku sendiri akan bebaskan bumi ini…
(MORE)
LONG SIDEK (CONT’D)
…biar aku harus berjuang hingga tumpah
darah aku…
MEI LING
Long, perjuangan kita hanya menumpahkan
darah bangsa kita sendiri. Kita mengusir
imperialis, tapi setiap peluru kita meletup,
setiap inci bumi kita makin menjadi hak orang.
Sedarlah… sedarlah…
Long Sidek memandang ke arah Mei Ling. Masing – masing menahan kesedihan kerana tidak mahu menggugurkan air mata.
MEI LING
Aku cintakan kau. Berikan aku kekuatanmu,
pimpin aku sebagai seorang isteri yang rindukan
pimpinan seorang suami, kita perlu rumah…
bukan khemah… kita perlu anak – anak…
bukan komrade….
Long Sidek tersenyum kepada Mei Ling.
MEI LING
Aku kembali kerana kau suami aku.
LONG SIDEK
Aku tetap menyayangi kamu…
Long Sidek beredar ke sungai.
CUT TO :
319. EXT. SUNGAI — SIANG 319
Long Sidek terjun ke dalam sungai dan mandi.
CUT TO :
320. INT. PONDOK — SIANG 320
Mei Ling sedang menyereng baring di lantai. Matanya pejam celik.
Terdengar tapak kaki orang melangkah. Long Sidek muncul dari belakang. Rambutnya basah.
Dia kemudian perlahan – lahan duduk di belakang Mei Ling.
(Continued)
LONG SIDEK
Aku tidak boleh serah diri.
Mei Ling tidak menoleh.
MEI LING
Kenapa?
LONG SIDEK
Aku tidak tahu.
MEI LING
Kau boleh kehilangan aku?
LONG SIDEK
Aku tak akan serah diri.
MEI LING
Apakah perkahwinan bukan satu
perjuangan?
LONG SIDEK
Perjuangan aku hanya satu.
Suasana menjadi senyap sunyi selepas kalimah itu.
Akhirnya airmata Mei Ling gugur beberapa detik selepas itu.
Long Sidek kemudian berjalan ke hadapan Mei Ling dan merapatinya. Dia duduk di antara dua sujud.
Mei Ling bangun dan duduk di antara dua sujud.
MEI LING
Rupanya, aku hanya mengawini perjuangan
mu…
Long Sidek mengucup dahi Mei Ling. Mei Ling mendakapi Long Sidek sepuas – puasnya.
Perlahan – lahan Long Sidek menolak Mei Ling.
LONG SIDEK
Tenggelam matahari nanti, gugurlah
talak satu antara kita.
Sekali lagi Long Sidek mengucup dahi Mei Ling.
(Continued)
LONG SIDEK
Siti… aku bangga pernah berjuang di
bersamamu…
Long Sidek bangun dan berjalan ke luar pondok itu.
CUT TO :
321. EXT. HADAPAN PONDOK — MALAM 321
Mei Ling berdiri melihat Balan berjalan menghampiri mereka. Semua menoleh ke arah Balan.
CUT TO :
322. EXT. HUTAN — MALAM 322
Long Sidek melihat Balan menghampiri pondok itu.
CUT TO :
323. EXT. HADAPAN PONDOK — MALAM 323
Balan akhinrya tiba. Guna bangun dan menghulur tangan berjabat dengan Balan. Balan menyambut tangan itu.
Balan memandang wajah Mei Ling. Mereka bertentang mata seketika. Balan akhirnya menoleh ke arah Long Sidek. Mei Ling menoleh ke arah Long Sidek.
CUT TO :
324. EXT. HUTAN — MALAM 324
Long Sidek belum berganjak sama sekali.
CUT TO :
325. EXT. PONDOK — MALAM 325
Para gerila seorang demi seorang bangun menoleh ke arah Long Sidek dan akhirnya semua sekali bangun dan menoleh ke arah Long Sidek.
CUT TO :
326. EXT. HUTAN — MALAM 326
Long Sidek tertunduk seketika dan kemudiannya berjalan ke arah hutan. Beberapa langkah ke dalam hutan, dia terus hilang dari pandangan.
CUT TO :
327. EXT. HADAPAN BALAI POLIS — SIANG 327
25 orang gerila berdiri dua barisan. Di hadapan mereka terdapat bangku.
Mei Ling duduk di tengah sekali, “Machine Gun Soon” dengan cigar di tangannya duduk di sebelah kanan dan di sebelahnya ialah Teresa Lee, Darren Staunton di sebelah kiri bersama Cheng Teck Chi dan Wahab Dol yang menghisap paip.
“Machine Gun Soon” memberi isyarat ‘V’ dan gambar itu di rakamkan.
FREEZE :
328. STILL PHOTO 328
Photo “Machine Gun Soon” memberi isyarat ‘V’ dan cigar di mulutnya.
CAPTION
“Machine Gun Soon” di lantik sebagai
Ahli Jawatan Kuasa Perang Saraf pada
tahun 1952. Dia bekerja untuk kerajaan
sehingga tahun 1962.
Photo “Teresa Lee”
CAPTION
Teresa Lee akhirnya berjaya menumbangkan
rangkaian penyebaran maklumat PKM dengan
bantuan Mei Ling pada tahun 1953.
Photo Wahab Dol, Darren Staunton dan Cheng Teck Chi”
CAPTION
Mereka bertiga terus memburu Long Sidek
sehingga 1955. 1959, Wahab Dol bertanding
Pilihanraya Umum sebagai calon PERIKATAN.
Darren Staunton tinggalkan Malaya pada tahun
1958. Sebelum meninggal dunia, Cheng Teck
Chi menulis sebuah buku, mengenai penglibatannya
di dalam “Force 136” dan pertemuannya dengan
Long Sidek.
Photo reward Long Sidek
CAPTION
1955, beliau di lantik sebagai Timbalan
Pengerusi Parti Komunis Malaya dan
berpindah ke sempadan. Beliau pernah di
lihat muncul di Republik Rakyat
Cina dan Vietnam. Tetapi beliau
tidak pernah lagi muncul di hutan Tanah Melayu.
Namanya terus menjadi sebutan, bagi generasi
muda berkaitan mitos yang menyelubunginya.
Photo Mei Ling
CAPTION
Mei Ling alias Tan Su Hwa alias Siti Abdullah,
bekerja rapat dengan
Teresa Lee sehingga tahun 1953. Selepas
itu, dia terus menyepikan diri. Sesetengah
pihak mendakwa dia berhijrah ke Australia.
Tetapi Mei Ling tidak akan tinggalkan negara
tumpah darahnya. Dia terus hidup, di dalam
diri setiap rakyat Malaysia yang cintakan
negara.
FADE TO BLACK :
CAPTION
The Malayan Police casualties totalled 2,947
of whom 1,346 were killed.
The Military Forces suffered 1,478 casualties
of whom 519 were killed,
There were 4,668 civilian casualties of whom
2,473 were killed and 810 went missing.
The total cost amounted to $1,470 million (Malayan)
but the economic damage to the country cannot
be measured.
The Malayan Emergency ended on 31st July 1960.



















