Skip to content

Archive for July, 2009

Melayu Lemah, Kesian Dia!

PARLIMEN Sheet1

Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti  komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP  bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.

BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat  Pakatan Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.

KOMPOSISI PARTI 2004

KOMPOSISI PARTI 2008

Ironinya, walaupun kerusi UMNO merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB, BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%.

Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.

Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.

Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu risau.

MALAY GOV 2004

MALAY GOV 2008

Prestasi Pembangkang 2004 dan 2008

Pilihanraya Umum ke 11 menyaksikan PAS dan PKR kembali terdampar dipersada realiti politik Malaysia apabila kecermelangan mereka dalam pilihanraya 1999 berakhir dengan malang sekali.

PAS kehilangan Terengganu atau lebih enak disebut, Presiden PAS hilang jawatan Menteri Besarnya. Timbalan Presiden PAS juga hilang kerusi Parlimennya.

Di Kelantan, Mursyidul Am berjaya mempertahankan penguasaan PAS dengan berpaut kepada majoriti 2 kerusi sahaja. Lebih menggerunkan, dua kerusi mereka berpaut itupun kalau dicampur keseluruhan majoritinya tidak lebih daripada 50 undi.

Pada 2006, PAS Kelantan kehilangan lagi satu kerusi DUN menerusi pilihanraya kecil. Lantaran mereka mencatatkan rekod dunia sebagai kerajaan yang boleh bertahan paling lama dengan hanya majoriti 1 kerusi.

Di Parlimen, setelah persempadanan semula konstituensi pilihanraya di Semenanjung dan di Sabah pada tahun 2003 serta faktor ‘feel good’ Perdana Menteri baru Malaysia, peratusan wakil rakyat Pembangkang di dewan Rakyat menguncup kepada hanya 9.6%.

Daripada jumlah ini pula wakil rakyat Melayu dalam Pembangkang hanyalah 38.1% berbanding dengan 61.9% wakil rakyat Bukan Melayu.

Tetapi kedudukan semasa hari ini, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Apa yang amat-amat signifikan ialah kedudukan wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8% daripada 38.1% didalam tahun 2004. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

MALAY OPPS 2004

MALAY OPPS 2008

Dalam erti kata lain, Melayu bukan sahaja mempunyai pengaruh yang besar didalam BN yang merupakan parti pemerintah, tetapi Melayu juga mempunyai pengaruh yang majoriti didalam Pembangkang.

Oleh itu apakah yang merisaukan orang-orang Melayu?

Apakah boleh dianggap Melayu berpecah semata-mata kerana satu pihak yang dulunya begitu dominan didalam politik Melayu kini sudah mula kehilangan taring?

Adakah kerana PKR dan PAS kini mempunyai jumlah wakil rakyat Melayu yang besar didalam gabungan Pembangkang maka itu tandanya Melayu berpecah?

Siapa Kata Hendak Selamatkan Melayu Sebenarnya Selamat UMNO

Sesetengah pihak bertungkus lumus membanting tulang mahu menyelamatkan Melayu. Persoalannya kenapa? Pengaruh Melayu terus hebat bahkan bertambah hebat. Melayu hari ini lebih dominan didalam BN dan begitu signifikan didalam Pembangkang. Kalau ada masanyanya Melayu ingin merasa bersyukur, inilah sebenar masa sebenarnya.

PAS dan PKR dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu kerana bekerja sama dengan DAP. Tetapi apa yang peliknya, menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya memperkasakan kedudukan Melayu di dalam Pembangkang.

Menerusi kerjasama dengan DAP, PAS dan PKR berjaya merampas sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen daripada MCA, MIC dan Gerakan. Ini bererti lebih 5 wakil rakyat Melayu didalam Parlimen.

Semenjak pilihanraya 1955, UMNO mengajar orang Melayu memberikan kerusi majoriti Melayu kepada wakil rakyat Bukan Melayu. Sebab itulah berkali-kali pilihanraya pengundi-pengundi Melayu memberikan undi kepada MCA, MIC dan Gerakan walaupun mereka ini ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan lain-lain parti.

OVERALL 2004

OVERALL 2008

Perjuangan Malaysia Dapat Memperkasakan Melayu

Ketidakseimbangan kekuatan Melayu dianggap sebagai satu masalah besar didalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia menimbulkan ketidakselesaan orang-orang Melayu.

Ketidakseimbangan ini sebenarnya hanyalah ciptaan UMNO. Pakatan Rakyat berjaya menimbulkan keseimbangan itu.

Hari ini representasi Melayu didalam Kerajaan dan Pembangkang adalah refleksi sebenar populasi Malaysia. Lebih unik lagi keseimbangan itu dicapai bukan atas dasar perjuangan bersikap perkauman tetapi perjuangan berteraskan keadilan untuk semua kaum yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat sudah memperjuangkan formula untuk Malaysia yang sejahtera buat semua dan ia telah terbukti berjaya. Dan ia berjaya tanpa perlu slogan atau laungan atau kempen seperti 1 Malaysia. Ia berjaya kerana keikhlasan untuk memakmurkan negara ini untuk semua rakyatnya.

Melayu Lemah Helah UMNO Yang Di Makan Segelintir Orang Kuat PAS

MELAYU DI DEWAN RAKYAT Sheet1

MELAYU DI DEWAN RAKYAT 2008

Makluman : Beberapa perubahan telah dibuat dan data dikemaskinikan. YB Ronald Kiandee dari UMNO tidak dikira sebagai Melayu dan YB Mohd Leo Michael Toyad dari PBB juga tidak dikira sebagai Melayu. Harap maklum.

Melayu sekarang lemah? Apakah indikasi Melayu lemah? Dimanakah statistiknya?

Sudah lebih setahun kita berbicara soal Melayu kini di dalam keadaan terpinggir di tanah tumpah darah mereka. Kelemahan Melayu didalam negara yang sudah lebih setengah abad ditadbir oleh kerajaan yang berterajukan parti Melayu bernama UMNO memaksa kononnya perlu ada penyatuan dan kerjasama diantara parti UMNO dan PAS.

Apakah penyatuan dan kerjasama yang dirindukan UMNO ini adalah satu manifestasi pengakuan pimpinan UMNO terhadap gagalnya pentadbiran mereka sehingga dikatakan Melayu terpinggir di bumi sendiri?

Dakwaan bahawa Melayu terpinggir di bumi sendiri adalah tidak betul. Bumi ini tidak lagi dikenali sebagai Tanah Melayu. Bumi ini bernama Malaysia dan milik penuh warganegara Malaysia. Jadi bumi ini milik Melayu, Cina, India, Dayak, Iban, Kadazan, Senoi dan lain-lain suku etnik.

Saya tidak percaya Melayu lemah dan Melayu perlu bersatu mengatasi kelemahan itu. Tetapi saya percaya,

  • Melayu menjadi mangsa ketamakan elitis di dalam UMNO dan kroni-kroni mereka.
  • Melayu dipajak dan digadai sesuka hati UMNO menerusi pelbagai polisi yang amat sedikit hasilnya sampai ke tangan orang-orang Melayu yang benar-benar memerlukannya.
  • Demi untuk mengikat Melayu supaya setia pada UMNO, UMNO telah membesarkan jurang perkauman menerusi perlaksanaan dasar dan permainan isu-isu sensitif.

UMNO begitu angkuh di teraju Kerajaan Malaysia selama lebih 50 tahun, jika formula yang dibawa oleh UMNO betul mengapa Melayu masih ditakuk yang membimbangkan pimpinan, ahli dan penyokong UMNO sendiri?

Yang lemah sebenarnya ialah UMNO dan bukan Melayu. Dari segi politik sesungguhnya Melayu bertambah kuat bukan semakin lemah. Kekuatan Melayu ini bukan kerana UMNO tetapi terimakasih kepada Pakatan Rakyat.

Selepas pilihanraya umum 2004, Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO meraikan kemenangan terbesar didalam sejarah dengan menguasai 198 daripada 219 kerusi di Dewan Rakyat.

UMNO sendiri memenangi 109 daripada 198 kerusi Barisan Nasional. Secara keseluruhannya, jumlah Ahli Parlimen Melayu di dalam Dewan Rakyat ketika itu adalah 123 orang atau 56.2% daripada isi Dewan Rakyat.

Apakah sumbangan besar UMNO didalam penggal tersebut sebagai parti yang hebat? Apakah sumbangan besar 109 ahli Yang Berhormat parti Melayu itu sepanjang tempoh tersebut?

Apapun sumbangan mereka, mungkin terjawab bila didalam pilihanraya umum 2008, jumlah 109 itu dicantas dan UMNO hanya menang 78 kerusi sahaja. Barisan Nasional pula kehilangan majoriti dua pertiganya bila hanya memenangi 140 (kini tinggal 137 kerusi) kerusi daripada 222 kerusi yang ditandinginya.

PRU2008 Overaal

Tetapi pilihanraya umum Mac 2008 itu menyaksikan lonjakan jumlah ahli-ahli Yang berhormat berketurunan Melayu di Dewan Rakyat. Hari ini jumlah ahli Dewan Rakyat Melayu ialah 130 orang kesemuanya atau hampir 60% dari jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat.

Maka jika pencapaian politik yang menjadi ukuran, ternyatalah tidak berasas mengatakan bahawa Melayu semakin lemah. Yang lemah bukannya Melayu tetapi UMNO.

Oleh yang demikian, apakah perlu di bantu UMNO sebuah parti yang lebih 50 tahun diberi kepercayaan memakmurkan anak bangsa sendiri tetapi gagal. UMNO bukan sahaja gagal didalam memperkasakan orang-orang Melayu tetapi juga telah merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia dengan segala bentuk ketidak adilan perlaksanaan polisi kerajaan yang diterajuinya.

Hari ini UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN yang berpolitik atas dasar etnik telah buntu di Semenanjung Malaysia. Pendek kata, bukan sahaja orang Melayu menolak UMNO, orang Cina dan India juga menolak parti-parti politik yang telah bersama UMNO sekalian lama di dalam kerajaan.

Pimpinan di dalam PAS yang mahu bekerjasama dengan UMNO harus mencari alasan yang lebih kukuh kerana alasan untuk menyatukan dan memperkuatkan Melayu adalah alasan yang amat-amat daif sekali.

Didalam pilihanraya umum 2008, kita juga telah menyaksikan bagaimana pengukuhan kedudukan Melayu di dalam Dewan Rakyat telah banyak dibantu oleh masyarakat bukan Melayu sendiri.

Anak-anak Malaysia dari keturunan Cina dan India telah sanggup menumbangkan calon dari keturunan mereka sendiri dan mengundi calon-calon Melayu yang bukan dari UMNO untuk mewakili mereka. Saya amat yakin pilihan ini dibuat kerana mereka ini sudah maju kehadapan dari segi pemikiran dan wawasan mereka. Mereka tidak lagi melihat politik berdasarkan warna kulit, agama dan keturunan. Mereka melihat politik dari perspektif masa depan anak-anak mereka dan wawasan mahu membawa Malaysia jauh ke hadapan.

Sekurang-kurangnya 5 kerusi parlimen telah menjadi saksi kenyataan di atas. Ini tidak termasuk banyak lagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

KUANTAN

KOTA RAJA

BKT GANTANG* Nota: Pada 2004 Bukit Gantang dimenangi oleh GERAKAN.

BAYAN BARUBANDAR TUN RAZAK

Kesimpulannya, usahlah kita termakan dengan agenda memperkukuhkan Melayu kerana agenda itu semuanya hanyalah dalang kepada usaha pengukuhan semula UMNO.

Untuk apa harus kita kukuhkan UMNO? Adakah untuk Melayu? Kalau untuk Melayu maka bertanyalah, datuk dan nenek kita, ibu dan bapa kita telah berikan UMNO peluang selama lebih 50 tahun, kalau UMNO telah berjaya sudah pasti mereka tidak lagi perlu bercakap soal perpaduan, penyatuan dan menyelamatkan orang-orang Melayu.

Perpaduan Antara Kerajaan Ya, Antara Parti Tidak – Nik Aziz

Tok Guru 27709_0008Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya,  Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.

Semangat Federalisme

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.

Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.

Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerjasama Negeri dan Persekutuan penting

Sehubungan dengan itu menurut Tuan Guru, intipati kehendaknya ialah memperkasakan semula hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipilih oleh rakyat yang keluar membuang undi dengan demikian ia harus membelakangkan soal parti dan mengutamakan hak rakyat dalam pentadbirannya.

Dari sudut Negeri Kelantan, Nik Aziz melihat banyak isu yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti isu tuntutan royalti, isu geran kewangan persekutuan kepada negeri, isu projek pembangunan persekutuan kepada negeri dan sebagainya, “sebab itu saya nak pulihkan hubungan ini,” kata Nik Aziz.

“Ini bukan urusan parti, saya tak minat nak pulih soal parti sebab itu isu lain,” tegasnya.

Mencabar media kemukakan bukti

Menurut Nik Aziz, beliau tidak pernah sekali-kali berganjak daripada pendiriannya sebagai Mursyidul Am PAS bahawa kerjasama antara parti UMNO dan PAS tidak perlu diadakan bahkan beliau tidak setapak pun berganjak dari tentangannya terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan.

“Itu mainan UMNO, bukan datang dari PAS”, tambahnya.

Dengan kalimah itu, Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama UMNO-PAS.

Hikayat Laila dan Majnun

Menteri Besar Kelantan itu merumuskan UMNO didalam keadaan amat terdesak dan menyamakan sikap UMNO terhadap PAS seperti Hikayat Laila dan Majunun.

“Nak sangat bersama, sampai kalau orang dah tak mau pun dia nak jugak, jadi boleh tulis nama atas pasir pun jadilah,” kata Tok Guru.

“Sebab tu UMNO dok suruk media ini tulis soal perpaduan soal kerjasama macam cerita Laila Majnun,” tambahnya lagi.

Nik Aziz juga menegaskan segala-galanya bermula selepas majlis perlancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas apabila Menteri Besar Kelantan itu duduk semeja dengan Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Selepas majlis tersebut, kedua-dua mereka menghadiri sidang media.

“Dalam sidang media itu, saya kata Kerajaan Persekutuan kena berbaik semula dengan Kerajaan Negeri, saya akan terus usahakannya,” kata Nik Aziz lagi.

“(Dato’) Mustapha Mohamed yang duduk bercakap pasal nak jalin hubungan antara parti (UMNO dan PAS), saya bercakap pasal Kerajaan,” tegasnya.

Nik Aziz turut berkata beliau tidak pernah serik walaupun sudah hampir 19 tahun berusaha untuk memulihkan hubungan Persekutuan dengan Negeri dan beliau tidak pernah berhenti berusaha ke arah itu demi kepentingan rakyat Kelantan dan Negara Malaysia.

Satu Lagi Projek Barisan Nasional

Selepas sidang media tersebut, Astro Awani pada malam Sabtu telah bertungkus lumus mengenengahkan isu kesediaan Nik Aziz menjalinkan kerjasama UMNO dan PAS. Astro Awani juga menemuramah pemimpin-pemimpin UMNO yang rata-rata mengalukannya.

TV3 pula dalam Buletin Utamanya semalam turut menghangatkan lagi isu tersebut.

Berita tentang kononnya Nik Aziz sudah lembut hati didalam isu kerjasama UMNO PAS juga mendapat liputan meluas media cetak.

Ianya dilihat sebagai sebuah projek Barisan Nasional mahu menjatuhkan kredibiliti Musyidul AM PAS yang sebelum ini konsisten menentang Muzakarah UMNO PAS dan gagasan Kerajaan Perpaduan. Dengan apa yang berlaku sejak Jumaat lalu, ia pasti mengelirukan penyokong PAS dan rakyat jelata seterusnya menampakkan Nik Aziz seolah-olah tidak konsisten dan sering berubah-ubah pandangan.

Menghancurkan kredibiliti Nik Aziz dikalangan ahli PAS adalah taktik UMNO bagi melenturkan pengaruh Nik Aziz dikalangan akar umbi PAS dan seterusnya menghuru-harakan suasana didalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun Nik Aziz cuba memberikan persepsinya yang sebenar didalam sidang-sidang media selepas itu, kenyataan-kenyataannya terus diceduk diluar konteks bagi memperkuatkan niat jahat BN.

Dengan kenyataan yang dibuat dipejabatnya pagi ini menerusi TVPAS, diharap segala-gala usaha jahat BN ini berkubur.

Kota Darulnaim,

Kota Bharu, 27 Julai 2009.

Ku Li: Petronas must pay Kelantan oil royalties

Cakrawala

Platform Cakerawala di JDA (ehsan Malaysian Thailand Joint Authority)

KUALA LUMPUR, July 26 – Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has rubbished reasons given by the federal government over its dismissal of the Kelantan state government’s claim on oil royalties and says that the national oil company is obligated by law to pay up.

The Kelantan state government has claimed that is is owed RM1 billion in royalties from oil that has been extracted in an offshore area bordering Thailand.

In response, Information Communication and Culture Minister, Datuk Seri Rais Yatim had said that the Kelantan demand for oil royalty had no legal basis and was made to earn political mileage.

According to Tengku Razaleigh however, the vesting deed agreement, which he signed on behalf of Petronas as founding chairman and CEO, entitles the state to five per cent of any revenue derived from hydrocarbon deposits found on or offshore of the state.

“If I am chairman still of Petronas, I will pay without all the fuss,” he told The Malaysian Insider in an interview earlier this week. “And I feel all the more it should be paid because I signed the agreement! There is no two ways about it. It must be paid.”

The former finance minister declined to comment on whether political considerations played a part in the decision not to pay Kelantan oil royalties but noted that Terengganu oil royalty payments were suspended when it was under the opposition but was reinstated when it returned to Barisan Nasional rule last year.

“I don’t know what kind of politics they are playing,” he said.

He also agreed with the view that the government is currently overdependent on Petronas oil revenue and that it needs to scale down expenditure. (read here)

Berikut adalah senarai semasa platform di perairan ‘offshore’ Kelantan,

  • Bulan Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 13.07 Timur 103 02.24.
  • Cakrawala / Jenis fix platform / Kontraktor carigali Hess / Kedudukan Utara 07 10.00 Timur 103 05.50.
  • Puteri Cakrawala / Jenis Fuel Storage Offshore (FSO) / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 09.10 Timur 103 06.50.
  • Suriya Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 06.38 Timur 103 11.11.
  • Bumi Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 08.57 Timur 103 14.55.
  • Bunga Orkid A / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.20 Timur 103 48.36.
  • FSO Orkid / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.93 Timur 102 52.54.
  • Roger W. Mowell / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 13.30 Timur 103 49.08.
  • Harvey H. Ward / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 03.56 Timur 104 07.20.
  • Bunga Raya Alpha / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 58.60 Timur 104 10.70.
  • FSO PM3 – CAA / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 56.10 Timur 104 09.30.

Saya akan letakkan kedudukan ini di dalam peta terkini eksplorasi dan eksplitasi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan siarkan di blog ini dalam masa terdekat.

Yasmin Leaves Us All

 

The best mind in the industry, as Pak Indrus put it, has left us at 11.25pm, saturday night in Damansara Specialist Hospital. 

Yasmin ventured into the industry with praises and criticism and yesterday night, she left after bringing  so much hope for the Malaysian Film Industry. She has brought the best out of many young Malaysians and she gave us the One Malaysia way before the current Prime Minister.

Yasmin, may you rest in peace. 

I will always remember you.

above pic courtessy of theopenroom

Yasmin’s Condition Deteriorates

I do not see how we as a Malaysian and for those who claims themselves as a muslim can leave such notorious comments (which I have deleted) in this blog about Yasmin Ahmad. Furthermore, all those words are written by those whom I believe never ever meet Yasmin in person. This blog will not tolerate this type of visitors. Please feel free to go elsewhere.

Yasmin, who ever she is, is a lovely person with such a kind heart. As a filmmaker, I would say, she has delivered to us the Malaysia story from a perspective of a true Malaysian. 

Yasmin is one of a kind.

Sadly our prayers for Yasmin, has yet to be answered.

“The condition of critically-acclaimed movie and commercial director Yasmin Ahmad, who suffered a stroke last Thursday, has deteriorated.

Her brother-in-law, Datuk Dr Zakaria Zahari, said Yasmin remained on life support at the Damansara Specialist Hospital’s intensive care unit.

“The family appreciates continued prayers for Yasmin,” he said in a brief statement issued Saturday.

Dr Zakaria said the family had requested that no visitors congregate at the hospital.

He said a further update on Yasmin’s condition would be given Sunday morning.” – The Star

 

Yassin For Yasmin

Courtesy of Malaysian Insider

Yasmin Ahmad – The blogger, Film Director, Producer, Scriptwriter, Screenplay Writer suffered a stroke this afternoon. My prayer is with her. 

We have lost so many great talent this past two years and recently it was Abang Shukri Hashim. I really hope Yasmin will make it. She still has much to offer.

Tok Guru Goes Organic

To view more photos at the launching of SRI Organic Paddy Field, please click here. To read about SRI Organic, please click here. To view the photos of the the paddy field, click here.